nuffnang

May 21, 2018

Juadah Berbuka DAY 1 - DAY 4.

Aku akan ada masalah nafsu makan dan sekaligus ada masalah berat badan bila tiba bulan puasa. Aku ni kiranya dalam golongan abnormal lah sebab bila puasa menjelma, berat badan akan bertambah. Banyak faktor yang buatkan nafsu aku tak boleh di kawal. Bila nampak kuih, aku akan jadi gila. Gila nak beli semuanya sekali. Gila tak tau nak pilih yang terbaik dalam kehidupan.

Lepas tu masa bulan puasa, semua makanan jadi feveret. Bihun sup sedap, soto sedap, nasi sedap, lauk sedap, kuewtiaw sedap, air semua sedap, ayam percik sedap. Kadang tu bawak anak jalan-jalan tasik, nampak ikan lalu pun rasa sedapnya ikan ni kalau masak. Parah betul.

Sekarang tak tau lah berat berapa, takut nak timbang. Tunggu lah hari ke 10 puasa baru kita insof ye. Bagi saya kurus dalam tempoh 20 hari puasa. Saya yakin boleh. matakeatas.

Kita mulakan dengan Berbuka Day 1. Eh gambar sahur takyah tengok sebab selalunya sahur repeat makan makanan berbuka, kekeke!
Hari pertama tu, kitorang beli ikan, siput sedur dengan sup sayur untuk lauk. Sekali singgah rumah mertua, dapat bekal rendang ayam. Mak mertua kakak, memang puasa pertama dah raya. Hahaha! Tiap tahun camtu, mesti masak rendang masa puasa pertama. Lauk sahur dah beli sia-siap kuewtiaw (kakak) dengan roti john (qery).

Kuih keria tu wajib. Tapi kakak dah spot satu kuih baru yang sedap yakmat. Tak tau namanya, harini nak tanya makcik tu nama kuih. Huhu! Kitorang memang makan habis, korang jangan risau tau, hahaha!
 Tengok, aku memang dah beli siap-siap makanan sahur, senang takyah masak dah. Bebudak ni bukan boleh aku takde kat katil. Nanti semua bangun jenuhnya sayaaaaaaa...

Ulam benda wajib, kalau takde sayur kena ada ulam. Camtulah cerita dia. Saya pencinta sayur.

Hari ketiga, berbuka rumah mak.
 

Berbuka rumah mak la baru dapat rasa masakan kampung. Memang syok sangat makan rebut-rebut. Walaupun anak kau nangis, lantok sana. Hahaha!

Banyak menu tak sempat snap dalam gambar.

Ada menu ikan tongkol gaul bersama air asam. (kakwe masak the best)
Kerabu campur mak buat the best.
Sambal terung pipit + terung telunjuk + petai belalang (all mix sedap ya ampun)
Sup tulang pedas kaklang masak the best dalam donia.
ikan bakar
ayam percik saya beli, kihkih.
kuih muih ramai yang beli termasuk saya sekali.
ayam bakar kuah merah.
pelbagai air jus.

Huih.. Kenyang, tapi nyesal tak makan dua tambah.Sebab Yurika dah ek ek ek, pastu kejo solat #doneriak, hahahaha! Sampai sekarang teringat-ingat sup tulang kaklang. Masalah betul.

 Turn berbuka rumah mertua pulak, kisahnya makan 4 orang je. Hahaha! Mak mertua memang suka masak banyaaaaak. jadi kakak terpaksa makan banyak-banyak supaya tiada pembaziran berlaku. 
Eceaaaa...haha!

Tapi sangat nyesal sebab lupa nak bungkus mee goreng tu. Terkenang-kenang sampai harini. 

Kesimpulannya, paling suka berbuka rumah mak n mertua sebab meriah sikit, plus dapat rasa masakan ibu. Kita dah lama tak makan masakan ibu benonya. Sibuk makan masakan mamak je, ahahaha!

Ritu Qaiser tanya Qery.

'Daddy asik makan kat mamak, Daddy ni kawan mamak ke'

Mengilai aku ketawa kat dapur, hahahaha!

Ok uolls.. Harini semoga murah rezeki semua dapat makan makanan yang menggembirakan hati. Berhenti sebelum kenyang ye Zuhana. Iya itu nasihat kat diri sendiri, kekeke!

p/s : Masih ada promosi Seqy. 

Wasap KLIK SINI. Atau contact Stokis agen dan dropship sekarang =)

No comments: