MY THINGS

Mar 15, 2013

About Me

'aku seorang yang blur, konfius, happy, menjengkelkan, pendiam, suka bercerita, kuno, tak suka jawab fon, degil, suka menari sorang-sorang dalam bilik, kentut, korek hidung, berangan, bercinta, frust, menangis, suka berkawan dengan nenek-nenek, aku seorang manusia yang sama macam korang, masih berpijak dibumi yang nyata. Aku adalah seorang anak, adik, makcik, kawan, kekasih, dan aku adalah aku' Ecewahhhh

=)


 bajet gila taip diri sendiri punya biodata kenn...hihi!

Membesar dengan jayanya

Aku lahir pada 5 April 1988. Lahir secara songsang. Mungkin kerana aku songsang, mak kata perangai aku lain sikit dari yang lain. Kerana aku songsang jugak, doktor tak bagi mak beranak lagi. mihmihmih!

Gambar dah buruk, tapi still nampak aku kenyit mata kan. Hihi! Aku memang suka ambik gambar kenyit mata dari kecik.Pakej dengan silangkan kaki. Kat album ni, kebanyakkan gambar aku masa kecik gaya sama.

Anak buah aku Ajoi, masa dia tengok album ni, dia boleh tanya kat Mak aku apa tau..

"Opah, maksu memang dari kecik gedik kan"

Aku perhatiiiiiiiii je Ajoi dari jauh time tu..huhu!

Adik beradik aku kata, masa kecik-kecik, budak laki tu boifren aku. Tapi aku tak ingat la kan. Gila ke hape boleh ingat pulak. Musykil jugak, takkan aku dari kecik pun dah gatal. Pfttttt...

 Aku dan Ceera. Gemoknyeee la haiii...

 Masa ni darjah berapa tak ingat. Ofkos dah darjah. Sebab masa Ika (kiri) lahir, aku dah 6 tahun. Anak buah dah macam adik-adik je. Hihi! Ajoi gemok kaki lipat-lipat.

 Tell u, tengok kaki silang. Hehe!

Main kat kedai abah. Kecik-kecik aku suka gi kedai abah, sebab boleh main.

 Berangan jadi jurutera. hew hew hew

Raya tak ingat darjah berapa.

Aku membesar macam orang lain. Kuat nangis, pemalas pergi sekolah, selekeh, suka main waktu rehat, suka gila hari jumaat sebab boleh balik awal.

Pendidikan

2006-2009 - Management &Science Universiti (MSU)
2004-2005 - Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja (SMTDLM)
2001-2003 - SMK Taman Seraya
1995-2000 - SKKCB
1993-1994 - Taska Al-Islah KCB

 Gambar selepas SPM. Rasa lawak bila edit camtu.

Aku bukan mix chinese. Kalau tak berapa nak silap, moyang aku orang Jepun. Tapi aku tak boleh berbahasa Jepun, mahupun Korea *tiba-tiba sangat* hihi! Aku lagi selesa berbahasa Melayu. Sejak dah duduk rumah ni lagi jarang berbahasa Inggeris. Masa kerja dulu cakap la jugak kan. Sehari walaupun sikit. Kalau speaking balik ni confirm berterabur.

Blogging

Aku start tahun 2008 secara tidak disengajakan. Lepas tu terasa best gila kot menulis, sebab aku jenis pendiam. Apa yang aku tak puas hati, aku cakap dalam hati. Darah muda masa tu baru umur 20 tahun. Apa sahaja aku tak puas hati, terus aku tulis kat blog. Sekarang ni dah pandai tapis sikit. Sikit je laaa...kuikui! Aku cerita apa sahaja yang terlintas dalam kepala hotak ni. Takde specific sangat.

Pekerjaan

2008 - KPJ Seremban
2009 - KPJ Ampang Puteri
2009-2010 - KPJ Selangor
2010-2012 - Pantai Hospital Ampang
2012-sampai sekarang - Bisnes Online, hihi!

Travel

Korang rasa aku suka travel ke? Hehe! Aku jarang dapat jalan-jalan. Cuma dapat pergi sini je.

- Umrah (Madinah, Makkah,)
-Jordan
-HK Disneyland

 Kuikui! Entry ke HK dah save. Tak payah cari dah.
Citarasa terhadap lelaki.

Auw! Haha! Aku nak kata tak memilih tu menipu sangat la. takkan la aku nak kapel dengan mat rempit kan. Tapi aku tak kisah kalau boifren tak de kereta.Tak ada masalah. Pun aku tak kisah kalau kena belanja lelaki tu makan. Kalau shopping pun tak pernah mintak lelaki pegangkan barang2. Aku tak suka lelaki kaya. Aku suka lelaki yang tinggi, matang, manja, comel, klaka, gentle, garang, bertanggungjawab. Aku tak suka lelaki yang harapkan mak bapak. Pelis la. Lelaki kot. Kena la usaha sikit kan..huhu!

Itu sahaja setakat ni. Takde yang menarik sangat. Ordinary girl beginila. Kalau aku lahir jadi puteri santubung lain cerita la kan..hihi!


Ok sekarang kenalkan diri korang pulak.
*haha, takde keje orang nak perkenalkan diri kat ko*

TQ for reading. =)

29 comments:

  1. sepet baru pakai tudung eh? me pon..bulan 7 nih genap setahun..moga kita semua semakin baik dan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Baru pakai jugak bulan 7 tahun lepas. Hihi. Sama le kittew...

      Delete
  2. hehe.....selamat berkenaalan yer sepet...full bio tu...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat kenal. Blm full lg tu. Kalau full blh pitam baca sbb mengarut sgt. Hihi

      Delete
  3. Bgus akk..cover gmbr y x pkai tdung..istiqmah taw..cntik..

    ReplyDelete
  4. sepet ..

    asal la muka dr kecik sampai besar sama je ekekkeke ...maintain shomels

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ke kak?? Knpe sume org ckp sme ni..huhu

      Delete
  5. hahahaha .. muka ko dari kecik xberubah .. nway .. bagus la ko save sume gmbr ko xpakai tudung ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb aku mls nk edit. Huhu.. save je senang.

      Delete
  6. hai sepet..lama akak xkomen..huhu
    sepet..awak berubah ke arah kebaikan..alhamdulillah..susah kan kalo gambo kita zaman jahil dah dipublish memana..

    ketara kak jem rapat ngan ayie kan..hehe

    muka awak dari kecik sama jek dik..rambut kerinting adalah shomel..tp masa awk freehair tu rasa mcm rmbut awk dah lurus..maintain kerinting la comel dik..hihi

    ok, akak perkenalkan diri plak eh..
    akak dah kawen..ada anak sorang..
    tak lawa mcm sepet..sekian..

    ececeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Letih nk edit balik gmbr xpki tudung. Huhu..kak jem mmg adik kesayangan dia ayie. Nyampah betul. Hikhik..rmbut kerinting masa kecik2. Dah besar xbrapa sgt. Huhu.

      Delete
  7. comil gmbr kecik2.. rambut kerinting gituwww :D

    ReplyDelete
  8. Dulu ke HK ngan siapa ya. Tak silap saya pergi sorang kan. Wah, brutal jugak spepet ni ya.

    ReplyDelete
  9. Ok. Now ioll dah tahu serba sedikit pasal sepet. Ingt mix chinese. Made in japan ghuponya. Kikiki..

    ReplyDelete
  10. so sweet...sbb tu i suke bce blog u hari2..tiap2 hari mesti bce blog ni..sampai icon depan chrome dah automatic site u...hehe.. =) (silent reader)

    ReplyDelete
  11. sepet...comel sangattt..kecik2 gemok..hehe..tp dah besar jd slim..yg tak berubah tang mata tu..mmg sepet sesangat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dulu gemok xdpt trima lgsg kan. Hihi. Tang mata xblh tlg dah.

      Delete
  12. muka sepet nampak tak berubah dari kecik,,hekhek..

    betol-betol nak pilih kekasih kena la pilih yg bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  13. Tp x cite pon knp name sepet. Xde la sepet sgt huhu cecite ce cite

    ReplyDelete
  14. Alololoooo comel nya cik zu....muka dulu dan sekarang tak banyak beza.......suka tengok rambut kerinting tu...rasa nya rambut si keisha tu ikut macam moksu dia lah.

    ReplyDelete
  15. nama kita sulaika just call ika . Name ngada2 "minnie" . Kita kecik lagi kod . 16 taun . Kecoh bile d rangsang , diam pon bile d rangsang . Kite tak biasa "ber-kite ber-awk" tpi x tau nk bahasa kan diri apa . Kita tak reti buat reaksi muka bile org tngah ckp psl kite . Kita tak hot tapi cool sje .. Kite ramai peminat hahaha lol ....
    kita lah yg mng contest raya akk tu . Ayat kita mcm tadika kan ? hehe ... and kite tak suka ayat tadika kita >.<

    ReplyDelete
  16. sepet!! terus tulis kolej vokasional tueee. hihi. sedangkan kolej vokasional baru thn nie perkenalkan nama. kehkehkeh.

    btw, epy to read ur blog. :D

    ReplyDelete
  17. Kak Sepet, baju yg gmbar last sgt lawa eh.. :)

    ReplyDelete
  18. rambut kamu masa kecit kinting2 ye
    mcm rambut anak akak je//hehe

    ReplyDelete
  19. rumah mom in law dkt area sekolah2 sepet..plus hubby pn skool kt ctu jgk....;)

    ReplyDelete