MY THINGS

Feb 15, 2013

Kegilaan Drama Korea

Sekarang ni aku telah menjadi seorang perempuan gila. Kerana sanggup tak tidur menghabiskan cd cd korea. sehari 1 drama. 1 drama okeyh, bulan 1 cd. Bayangkan berapa lama. 16 - 20 episode. 1 episode lebih kurang sejam. Pftttt...

Gara-gara hero dia yang handsome. Heroin yang comel. Sekarang dah jatuh cinta kat Hyun Bin. Okey mungkin tak kenal. Aku pun baru kenal sejak 3 hari lepas, haha! Lepas tu sanggup beli semua drama yang beliau berlakon. Kegilaan apakah ini??

Aku bukannya jenis yang tengok tv. Jadi cerita korea kat tv memang aku tak tengok. Sebab aku tak suka tunggu. Aku nak tengok sekali harung, puas hati, senang hati. Kalau tengok episode, malam tu mesti terfikir-fikir, esoknya sebelum cerita tu start pun mesti teringat2, tak suka tau. 

Dulu aku suka gila dengan Lee Dong Wook, kalau korang pernah tengok cerita My Girl. Hero dia yang tu la. Aku suka lelaki yang jarang senyum. Yang muka garang, tapi bila senyum manissssss je. 

Dulu Qery jarang senyum hokeyh. Susahnyeeeee nak tengok dia senyum. *tetiba cerita pasal Qery ken..kekeke* Sebab tu aku suka dia. Sebab tu jugak, dulu aku terpaksa buat lawak hari-hari sebab nak tengok dia gelak tau. Kalau tak berborak dengan dia, dia buat muka blur, suruh senyum pun tak pandai. Dia garang sebenarnya..sekarang je dah gedik gila, tak tau ikut perangai sapa.. huhu!

Berbalik kepada cerita tadi, Aku suka Lee Dong Wook kan. Jadi CD pertama yang aku beli adalah CD My Girl.


Tapi ni beli baru sebab CD lama kat kawan aku. Hihi! Dek kerana suka dengan mamat ni, aku terpaksa beli cd2 yang dia berlakon.


Dan cerita di bawah.


Yang ni belum sempat tengok lagi

Selepas lelaki ni, aku suka kat Rain, alah yang iklan Nama saya Rain. Gittew, yang berlakon cute Full House tu. Jadi aku beli CD Full House.


Suka tengok dorang, sweet. Dan terpaksa beli cerita yang ada Rain lagi.


Yang ni belum sempat tengok lagi. Kekeke!

Selepas beberapa tahun aku suka kat dua orang lelaki ni. Baru 3 hari lepas, aku dah jatuh cinta tahap gila kat Hyun Bin ni. Stress tau! Terpaksa beli cd yang dia ada, tak kisah la tak best ke best ke. Aku beli jugak.


Cite ni best!

 .
Secret Garden pun best


Yang ni best, tapi last2 heroin mati. Macam apakah??


Semua cd ni aku baru beli dalam minggu ni.  Kecuali Full House tu. Jadi ada yang tak tengok lagi. Dah berapa hari aku tak tidur kerana merekaaaaaaa...

Rasa nak campakkan cd-cd ni kat rumah Qery beberapa hari. Baru la aku boleh hidup tenang. Hihi!
Kepada penggemar cerita Korea, cite apa lagi yang best. Pastikan hero dia hensem k. Yang muka jambu sweet2 tak nak la. Yang macho2 je tau. =P

36 comments:

  1. sehari satu drama, memang kelas la sepet...

    p/s: cam nak kena cari jer world within tu...

    ReplyDelete
  2. boys over flower bestt!! sya tgk citer tu sampai tak kuar rumah :)

    ReplyDelete
  3. Sila lah minat Lee Min Ho yang super cute tu. Memang menangis nengok dia. Cite Personal Taste, City Hunter and ape lagi tah. Sila google. Ekeke

    ReplyDelete
  4. try tengok BOys over flower...
    cerita dye memang best giler...
    pastu byk giler hero handsome dalam tu....siyes...
    tengok byk kali pun xjemu...

    ReplyDelete
  5. yg paling best ever drama sassy girl & take care of us captain (yes captain) pastu yg latest kira best gak lah, I miss you...silah lah tgk wahai sepet =)

    ReplyDelete
  6. Plg best akk pnh tgok citer sedih..autumn in my heart..giler sedih sis..heroin full house tu berlakon..

    ReplyDelete
  7. a love to kill memg terbaik!jatuh cinta trus kt rain!

    suka tgk smile,you sbb hero dan heroin sgt sweet.mcm ada chemistry gile.tp xfemes sgt kot.xsilap heroin min jung kot nama dia.hero comel la..hihi

    ReplyDelete
  8. sepet, aku nak bagi kamu suggestion ni

    1) roof top prince ( hero n heroin yg mantap )
    2) a king 2 heart ( mmg best gile citer ni, kamu xkan nyesal tengok sampai habis )
    3) the moon that embraces the sun ( aku mmg minat gila kat hero dia..hensem....cair tgk )
    4) city hunter ( best jugaaaak )
    5) my princess ( hensem n lawa )
    6) goong aka princess hour ( citer ni da lama, tapi best...ji hyo ( running man berlakon dalam drama ni )
    7) playfull kiss
    8) personal preferance
    9) dream high
    10) love rain ( drama romantik yg plg aku suka )
    11) marry stayes out all night
    12) TTBY to the beautifull you

    banyak lagi la, aku x tau kamu ni jenis suka drama mcmana, tapi bagi aku semuanya best la....

    ReplyDelete
  9. rofftop prince.. sangat best. pelakon dia sama dgn pelakon I Miss U.

    ReplyDelete
  10. Perghhh! Terbaik semua..lepas ni kumpul duit kena beli semua2 ni.. sebulan tak tido pun sanggup. haha!

    ReplyDelete
  11. kte xde la ske sgt sbb rse mcm ntah pape jerk.. tp hubby kte ske g d0wnl0ad bg pnuh mem0ry hp kan.. s0 terpaksa la tg0k. padahal tue p0n tg0k 1 cte mkn bermggu2 =p s0 mmg x la kl0 nk beli cd. d0wnl0ad jer sng. her02 p0n x kenal -_-

    ReplyDelete
  12. Sis Sepet, tryla cari IRIS, Hero memang macho habis. Takde cute-cute. Ihik. Jalan cerita pon memang best tahap melampau. =D

    ReplyDelete
  13. sila tgk drama yg ada Lee Min Ho. City Hunter, Faith, Personal Taste. hemsem gile kihkihh

    ReplyDelete
  14. Sepet...tgk laa my girlfriend is gomiho...besttt nnt msti kamu nangis...hehehe
    Hero die Lee seung gi..tp seung gi ni muke comel lah...hehe tp citer ni sweet tau... ^^,

    ReplyDelete
  15. Drama korea mmg best! ni antara yang best2 punya; Playful Kiss, Boys over flower, love rain, dream high, shut up flower boy band, 49 days, you're beautiful, coffee prince, mary stayed out all night, faith, my princess, rooftop prince, flower boy ramyun shop and byk lagi dah tk ingat sangat. Saya tgk online je dekat dramacrazy.net lagi senang ;D

    ReplyDelete
  16. kte pn suka tgok cerita korea...klu jmpa kedai cd tu, cbuk cari drama pe yg lum tgok g

    ReplyDelete
  17. Dear Sepet,

    saya suke Lee Dong Wok start cite MyGirl tulah.. pastu lastes tengok cite Scent of Women tu...sedey sangat..wpun heroin "tua" sket..huhu

    Hyun Bin ensemmm...mula2 kenal Hyun Bin cite My Lovely Samsoon...kebetulan pulak heroin same dgn Scent of Women tu...

    Rain pun comel dalam Full House tu.. paling latest tengok Rain dalam Return To The Base, dia jadik pilot jet perang..ensem tu..

    ReplyDelete
  18. jgn tak tgk boys over flower!! hero gila hansem...heroin pun kiut awww!!..haha

    ReplyDelete
  19. kita pun hantu sangat dengan drama korea..sanggup tak tidur malam nak layan drama korea...haha

    buat masa sekarang,rooftop prince bestttt:) ce tengok trailer dia dekat youtube :))

    ReplyDelete
  20. Cerita korea yang aunty tengok cuma winter sonata je.....yang lain2 tak tengok....aunty takut ketagih nanti satu kerja rumah pun tak siap.

    ReplyDelete
  21. Sepet...try tgk movie soar into the sun..rain belakon..kacak dan bergaya abes!! Bertambah kacak lg sbb rain jd pilot jet fighter..ohsem sgt!!

    ReplyDelete
  22. Sepet...cepat beli cd soar into the sun.. Rain belakon jd pilot jet fighter! Ohsem sgt!!

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum.,

    hai sepet...


    Nak share gak lah.hehe=)

    Drama

    1. Brain (shin ha kyun hero dia-pernah mng award daesang KBS 2011)...peh style giler dia berlakon.Garang giler.tapiromantik hokey)

    and terbaru

    2. level 7 civil servant.(joo won hero dia)


    And and and kalau nak gelak-gelak boleh tengok variety show ini:

    1. Running Man
    2. Family Outing
    3. 2 days 1 night

    Hehe.Best hokey...=)

    ReplyDelete
  24. 1)love rain
    2)rooftop prince
    3)gentlemen dignity
    4)youre beautiful
    5)to the beautiful you
    6)boy over flower
    7)my girlfriend is gumiho
    8)king 2 heart
    9)sungkyuwan scandal
    10)personal taste
    11)city hunter
    12)city hall
    13)scent of woman
    14)mary stayed out all night
    15)playfull kiss
    16)dream high 1 and 2

    ReplyDelete
  25. cuba cek sepet layan drama the partner.best gile cerita pasal peguam dan penyisatan

    ReplyDelete
  26. layan a gentlemant dignity dulu..dah 2 kali tgk..memg beshhhh

    ReplyDelete
  27. layan a gentlemant dignity dulu..dah 2 kali tgk..memg beshhhh

    ReplyDelete
  28. sepet , nak tanya ni . 1 dvd brapa harganye eik ? nak beli !!

    ReplyDelete
  29. Hi,
    i'm selling :-
    Korean Drama
    Korean Movie
    Japan Drama
    anime
    Chinese/ Taiwan Drama
    Japan Movie
    Korea Variety Show
    Korea Concerts/ Award~
    english tv series
    Affordable and always available.
    For any INQUIRY for price etc or ORDER please DIRECTLY EMAIL ME AT geniuslowpro5@yahoo.com or just pm us^^
    available in DVD, VCD dan DATA

    ReplyDelete
  30. ceritakdrama.blogspot.com..untuk cerita korea dengan eng subtitle..murah2

    ReplyDelete
  31. ceritakdrama.blogspot.com..untuk cerita korea dengan eng subtitle..murah2

    ReplyDelete