nuffnang

Mar 28, 2019

PELABURAN YANG TIDAK SIA-SIA



Lately ni ramai dm n wasap nak join jadi dropship under aku. This time aku sendiri yang jaga dropship. Takde la bagus mana pun aku jaga, just aku bagi info apa yang perlu di iklankan. and beberapa tips yang aku tau.

Then aku takde la jaga bagai menatang minyak yang penuh. Kerana aku tau dropship datang dan pergi. Biasa tu lumrah kehidupan. Sedangkan anak kandung dah kawin pun tinggalkan makpak. Inikan pulak anak didik je ye tak. Pedih hati bila kita sayang, tapi balasannya macam tu. But apa yang aku belajar, apa yang aku tempuhi hari lalu, membuatkan aku belajar banyak benda. Dalam dunia yang penuh kepalsuan, datang dari hati yang tidak ikhlas. Datang kat kita hanya sebab kita ni ada kepentingan untuk mereka.. Wow madah berhelah tiber.

Berbalik kepada perenggan pertama tadi. Untuk hari pertama aku ambik dropship dalam pertengahan bulan 3. Ada la dalam lebih kurang dalam 25 orang. Pengambilan 1 hari sahaja sebab aku taknak ambik setiap hari, susah nak manage. So setiap sebulan aku akan ambik satu hari untuk kumpulkan siapa yang berminat nak jadi dropship.

Untuk next pengambilan adalah pada 29 March 2019 (Jumaat). Apa yang best menjadi drosphip under Sepet Noh. Kerana...

1. TIADA YURAN PENDAFTARAN.

Aku tak kata aku nak tolong korang buat bisnes. Aku tak tolong dan aku tak boleh tolong korang selagi korang tak tolong diri sendiri. Ini just aku membuka peluang untuk korang yang belum ada modal nak mulakan bisnes. Yang rasa nak berniaga tapi tak pandai, baru nak cuba-cuba. Yang rasa nak berniaga tapi takut rugi bila beli stok banyak. Yang nak bisnes online tapi takde masa nak pos barang..

2. PELBAGAI BARANG DALAM KEDAI SEPET NOH

Maksudnya, bukan setakat satu produk korang boleh cuba jual. Ada pelbagai produk yang korang boleh cuba. Sebab aku paham, korang sendiri tak tau barang apa yang customer korang nak beli. Korang sendiri tak tau apa interest kawan-kawan di sekeliling korang. Suka kurus ke, suka beli tudung ke, suka jaga penampilan muka ke, suka ambil collagen ke. So korang boleh try and error tanpa perlu rugi duit satu sen pun.. Hidup ni memang kita perlu cuba, selagi tak jumpa yang mana betul-betul dengan jiwa, selagi tu kita kena cari okay.

3. TAK PERLU POS BARANG.

Ini paling best. Aku tau ramai bekerja. Ater mana nak manage pos. Balik dah pukul berapa, nak berkejar pulak  balik, nak membalut, nak mengepos. Kerja dah la penat, stress. Badan tak rehat. Nak berniaga pun rasa tak syok je bila penat-penat ni. So korang takyah susah-susah. Just iklan-iklan macam korang main facebook n instagram je. Dapat order, just pas kat aku. Then aku akan poskan. Pengeposan setiap Isnin - Jumaat. Insyaallah tak ada apa masalah untuk pos lagi.

4. ADA FREE GIFT!!

Best ke tak la. Selalunya aku akan bagi free gifts untuk setiap pembelian RM20 ke atas. Jadinya, korang tak perlu lagi nak fikir beli free gifts apa. Semua tu dah disediakan. Dan kisah balut ni korang jangan risau. Aku balut sendiri produk. Ada banyak feedback dari customer yang suka dapat parcel, katanya macam dapat hadiah. Tak perlu korang nak pening fikir bila nak beli prabayar kat poslaju, takyah fikir mana nak beli bubble wrap. Korang hanya keep iklan dan pas order sahaja.

5. GAJI SETIAP BULAN.

Ini paling lain dari yang lain. Kalau selalunya korang jadi dropship ni, akan tolak komisyen terus kan. Tapi untuk dropship aku. Aku tak bagi komisyen on the spot. Aku taknak korang tak nampak berapa banyak keuntungan korang. Sebab kita ni kalau dapat setiap hari, kebanyakkan terus enjoy. Hujung bulan still eh mana pergi duit. Berapa eh aku jual, berapa banyak untung sebenarnya. So kat sini, setiap hujung bulan, aku akan bagi komisyen terkumpul selama sebulan korang join tu. So kat situ korang akan dapat UNTUNG BERSIH. Yang mana itulah hasil korang sebulan, hasil yang korang usahakan, segigih mana korang iklan. Itulah dia.. Konsep ni, memang aku bagi gaji every month hujung bulan. Siapa rasa setuju yang ini, then baru aku akan invite ke group DS.

Aku tak menjanjikan apa-apa untuk dropship. Kerana semua orang tau, siapa yang usaha dia lah mendapatkannya. Dengan ZERO modal ni, actually korang sendiri yang kena pandai grab peluang. Peluang dah ada depan mata. Tak pandai, tak tau boleh tanya. Memang kena disiplin. Kena rajin. Benda ni basic mana-mana pun sama. Kau jual lah produk apa pun, tapi kalau banyak alasan, nak bersuap je, memang tak kemana. 

So far, tak sampai dua bulan group DS aku ni, dah ada beberapa dropship yang ada sales. Alhamdulillah. Yang penting kita iklan. Selagi kau ada tenaga nak iklan, iklanlah sebanyak mana pun. Orang lain nak cakap apa, atau nyampah ke, biarkan. Sebab at the end, bukan dia yang bayar bil kau. Okay..

Jadi untuk pengambilan 29.3.2019 ni, boleh follow instagram aku siap-siap, aku akan update kat ig story atau korang boleh terus wasap nanti.. 

Peluang memang sentiasa ada, terpulang kita nak ambil atau tak.. Kalau dah kaya, abaikan. Kalau nak berjaya dan hidup selesa, boleh cuba dan ambil peluang....

Haritu kan aku pernah berborak dengan Dato Sri Salmah di Korea (pengedar utama toko-toko jamu seluruh Malaysia), dia pun cakap dengan keadaan ekonomi sekarang, memang agak struggle untuk hidup dengan satu pekerjaan. Jadi dinasihatkan untuk semua orang, kalau boleh bisnes banyak benda, teruskan. Jangan terlalu bergantung dengan satu bisnes sahaja. 

So, ada banyak produk yang aku jual. Korang boleh tengok sendiri kat shopee KLIK SINI. Dan pilih produk mana yang korang nak fokuskan. Aku dah mudahkan korang banyaaaaaaaak. Tinggal korang nak membaca dan mengiklan je...

Esok, aku tunggu wasap korang ye. We grow together as a team.. #teamfoundersuamsuamkuku