nuffnang

Mar 25, 2019

KURUS SECARA SIHAT DAN SELAMAT

Hai assaamualaikum semua. 
Entry kali ni aku fokus untuk siapa yang mengalami masalah berat badan dan juga masalah membentuk body shape. Tapi kalau korang dah cantik, dah kerengga, boleh je la baca. Amalan membaca budaya kita #tiber haha!

Starting aku buat baju kurung awal tahun haritu, ramai mintak aku buat baju plus size. Aku bukan tak nak buat plus size. Tapi aku tau, orang yang plus size ni size dia tak menentu. Kadang badan steady, bahagian bawah yang besar. Ada tu problem kat lengan je. Ada tu bahagian atas bawah ada tak balance. So ada beberapa orang dm aku kat ig mintak buat size macam tu macam ni, situ besar sana besar sikit. So aku macam takleh imagine gaish. hahahaha!

Iye sebab aku tak mengalami, jadinya aku kurang paham la maksud korang tu. Tapi aku cuba nak selesaikan masalah korang. Duk fikir-fikir. Eh apa kata aku jual produk yang boleh tolong korang kecilkan bahagian atau part-part yang korang rasa pelik (ini bukan aku cakap eh, ini yang dm aku yang cakap). Aku tak pelik pun tengok orang plus size, biasa je aku tengok. Cuma bila dorang explain secara terperinci dan kata dorang ni pelik sini ok tapi situ besar. Haa aku dah takleh bayang. 

Jadi aku pun cam tinggg tinggg idea datang, haha! Terus teringat bengkung. Actually kisah bengkung ni pulak dia camni. Bengkung ni memang dari tahun lepas aku nak beli dengan kaklang, tapi asik la takde stok. aku nak beli bukan sebab aku nak kurus ke apa. Tapi sebab aku rasa cam aku dah bongkok. Tua sangat rasa badan bila membongkok. Bukan sengaja tau, orang yang nyusu badan je faham yang kita terpaksa bongkok sikit untuk menyusu. Dah tu aku 4 tahun tanpa henti menyusu badan. Ko ghaseee...

Jadinya, macam 2in1 la ni. Aku beli sebab nak structure balik (amboih over ayat tu,haha) tulang belakang aku plus aku boleh tengok helok ke tak bengkung tu untuk dijual ke sesiapa yang mahu kurus tapi pagi pukul 8 pagi dah fikir nak lunch apa. gicew. haha!

Gigih la mencari kat ig, tetiba nampak satu bengkung ni jenama Sexycurve. Eh baru teringat product ni sama-sama tempat buat kotak dengan aku. Ok la cuba contact HQ dia nak jadi agen.. Memula restock minimum je syarat nak jadi agen kena ambik 20 helai. So aku pakai satu dah tinggal 19. Aku ingat lagi hari yang aku iklankan kat instagram (ig story), pagi tu sebelum aku meeting dengan Go Shop. Habis meeting je, Ya Allah rasanya lebih 100 orang dm aku nak beli. Cemana tu aku ada stok 19 je. Harun betul.

Terus wasap HQ nak order Bengkung lagi 60. Yela 60 je la dulu. Kang bukan 100 orang dm tu semua nak beli masa tu kan. Haha! Pastu HQ offer takmo jual girdle ke. Aku ni pun satu, tak teringat pulak nak jual girdle sekali. So restock la 60 girdle jugak. Sampai je dua produk ni kat aku. Yes memang satisfied sangat. Lepas tu bermulah episode restock lagi restock lagi restock lagi sampai ke hari ini. Hahaha!

Untuk yang belum tau macam mana rupa bentuk Bengkung ni, adakah sama macam bengkung yang lain. Jujur aku cakap, bengkung ni memang firm sangat. Senang gilaaaaaa ye nak pakai, tak sampai 5 saat. Tak perlu bercinta nak cangkuk dari bawah ke atas. Dia sejenis DOUBLE STRAP. Memang bagi badan kita ada curve. So bengkung ni function dia sangat tip top la selain buat kita ada shape, boleh kurus, dan jugak boleh hadkan jumlah isipadu makanan ke dalam perut engko tu, haha! Kalau ko nak makan, pakai bengkung cepat. Nescaya kau makan secara berpada-pada. Siyes talk bebehhh...

Lepas tu, girdle dia pulak. Yang paling best adalah coverage dia sampai bawah dada. Kebanyakkan girdle yang aku beli semua macam cover sampai pusat . Yang ni memang sampai bawah dada. So semua lelemak ko digenggam erat tidak melimpah di tepiannnn.. Garisan panties pun tak nampak. Siapa nak pakai baju kurung nampak cantik terletak tu, tolong beli girdle ni ye.... Plish saya merayu, haha!

BENGKUNG DAN GIRDLE memang dah jadi wajib ataupun fardu ain untuk korang beli, siapa dah baca entry aku ni memang terpaksa beli ye..

Tapi, seperti yang warga ig story ketahui. Memakai bengkung atau girdle tanpa sapu losyen kurus sememangnya tidak berdosa. Tapi perbuatan tu agak sia-sia. Haha! Rugi kot, kalau sapu losyen kurus, kau akan dapat double action. Jadi mengapa tidakkkkkk di sapuuuu.. Why why why.. Tak kisah la korang nak sapu losyen kurus apa pun, yang penting tolong lah sapuuuuuu...

Pulak tu, kalau korang di fasa memang nak kurus tahap serius gaban punya. Tolong la minum Detox sementara belum bulan puasa ni. Puasa nak dekat wei, aku tak galakkan korang ambik detox bulan puasa sebab Puasa ni adalah proses detox secara natural ataupun secara alami. Jadi inilah masanya untuk korang detox + buang lelemak yang tidak diperlukan oleh badan.

So suggestion aku untuk yang memang dia dah tekad nak kurus, apa nak jadi, jadilah, nak sihat, nak selesa, nak senang pilih baju, nak pakai baju raya atleast size XL (sebab baju raya aku jual sampai size XL, kahkah), jadi inilah masanya untuk korang ubah.. Setiap apa yang kita impikan memang perlukan pengorbanan.. Memang kena berkorban duit, kena bekorban nafsu, kena berkorban masa ke toilet, demi secebis impian. Ewah, haha!

Apa yang korang perlu ada dalam hidup korang sekarang adalah...

1. Bengkung
2. Girdle
3. Lotion Kurus
4. Detox
5. Makanan tambahan (bagi korang kenyang). Yang ni aku dah order tapi belum sampai. Sesaat dia sampai terus aku roger. Gitu kelam kabutnya, haha!

Semua aku jual. Jangan risau semua best. Aku tau korang nak cakap elehhh ko jual memang la ko cakap camtu... Ikhlas dari hati, iye betul tu. haha. Memang la aku jual aku cakap best. Tapi sebab dia best la aku jual. Korang sahaja yang boleh ubah diri korang ye, bukan aku. Aku dapat membuka jalan dan memberi inspirasi je kat korang, tapi kalau korang rasa sokey sepet. Aku tak nyusahkan sesiapa. I love my self. Terpulang, itu hak masing-masing. Ada orang selesa je bila berisi. Ada orang dia nak kurus sebab mudah nak berjalan, nak bekerja, nak cari baju, nak solat.

Pastu sebelum ni ada orang cam sentap la dengan aku. Sepet ni asik nak suruh orang kurus je. Salah ke gemok. Ha gitu ayat dia bagi kat aku. Aduh aduh aduh. Bukan aku nak suruh semua orang kurus. Tak salah nak kurus ke tak. Kurus atau plus size ni adalah pilihan masing-masing. Nak kurus kena berkorban, nak berisi pun kena berkorban. Ikutlah mana yang suka.. Tiada paksaan.. Hidup ni simple je takyah rumit2. Gembira milik kita semua. Auw!

So di sini aku tunjukkan gambar bengkung supaya korang boleh nampak dan bayangkan..

Best lagi sebab dia takde tulang yang keras tu. Very flexibel. Tak berlipat. Korang boleh adjust double strap tu nak shape bahagian pinggang atau nak bagi perut firm. Orang berpantang memang boleh pakai. Yang beranak operate pun boleh pakai cuma tunggu luka baik dan jangan pakai terlalu ketat.

Bengkung ada 3 size. 

Petite ni kebanyakkan customer beli sebab dia nak bagi badan ada shape.
Size A ni yang pakai size S-XL
Size B 2XL - 5XL

Untuk girdle pulak...
Ha, ini satu lagi best, sebab dalam dia ada bintik tourmaline. Kalau korang takleh bayang, dia macam stokis kat bawah yang ada getah tu. Ha bintik tu ada kat bahagian dalam girdle. Dia tak berlipat, kain dia tak tebal tak nipis, tapi memang stretchable. Yang ni satu size je. 

Hq bagitau max berat untuk girdle ada lah 70kg, tapi pengalaman aku jual girdle ni, feedback customer lah....

Tinggi 155 Max berat 75kg masih muat
Tinggi 160 Max berat 80kg masih muat
Tinggi 165 Max berat 90 masih muat.

Siapa yang beli 1, mesti nak beli lagi satu, sebab selesa. Senang satu pakai, satu basuh. Gitu la. Lepas tu memang mudah je nak bukak kalau rasa nak terkucil tu. Takde struggle sangat. Kalau tak, takde la orang beli sampai 2 3.

Untuk losyen, aku ada 3 pilihan losyen untuk korang.

1. XXS Losyen Seqy (Sejuk)


2. Felinna Losyen (Panas)


3. Wonder Curve (Panas, ini brand Sexycurve)

Ikut la mana suka. Tapi aku suggest, kalau kerja luar tempat panas. better ambik losyen sejuk. Losyen panas pakai malam masa nak tidur. Lebih selesa. Tapi kalau korang jenis suka je panas. Boleh beli yang panas. Ikut keselesaan masing-masing.

Detox pun aku ada 3 pilihan.

1. Dflush She (mild tapi lawas sampai 2 3 hari)


2. Teatox Sisfel (yang ni aku tak rasa lagi, tunggu aku rasa nanti aku edit sini)

3. Detea Sexycurve (power effect, tapi sehari je)

Dflush dan Teatox, bf mom boleh minum. Detea bf mom tak boleh ambik ye.

Makanan tambahan pulak, aku masukkan satu je dulu iaitu MEALVY SISFEL. Belum sampai kat aku. Yang ni pun memang feedback kata best. Tu yang aku beli nak rasa. Nanti aku edit sini jugak bila dah rasa.

So sesiapa yang nak ubah, meh wasap aku, atau dm aku, atau boleh beli terus kat Shopee...

Kalau nak any suggestion boleh.. Klik link kat bawah.

1. WASAP
3. Shopee

Semoga tahun ni kita kurus dan sihat selalu. Sayang semua. Muah!

No comments: