nuffnang

Oct 15, 2018

Catering Terbaik Kuala Lumpur Selangor

Ini bukan paid review tau, ini ikhlas nak share dengan korang. Mana tau nak buat majlis bertunang ke, sanding je, majlis harijadi ke, majlis akikah ke, kenduri kesyukuran ke. Kalau rasa malas nak renyah-renyah masak sendiri. Korang boleh la order catering.

Catering ni, ekceli catering kesayangan aku. Hahaha! Since bertunang sampai lah anak dah keluar 3 orang ni. Memang aku ambik catering ni je. Yang pertama aku menitik beratkan tentang,

1. SEDAP.

Sedap tu bukan aku sorang je cakap. Kalau siapa yang datang tu memang selalunya akan tanya catering mana ni. Ha camtu. Sedap dia tu ada rasaaaaa la. Bahannya tak kedekut dia bagi. Takde la asal hado je. Sedap tu jenis dia, bila ko tak lapar pun ko boleh rasa sedap dia. hahaha! Selalunya bila dah kenyang, kita rasa semua makanan sama je takde feel kan. Ini memang sedap lah...

2. MURAH.

Harga dia bermula pakej RM10. Menu RM10 dia...

Nasi Putih
Ayam Goreng Berempah
Masak Lemak Cili Api + Kentang
Sambal Sotong
Ulam-ulam
Sambal Belacan
Buah Tembikai
Air Sirap Limau

Menu RM13 dia..

Nasi Beriyani / Nasi Minyak / Bukhari / Hujan Panas
Ayam Masak Merah
Acar Timun
Papadom
Laksa Penang / Laksa Johor
Pendang Daging
Nasi Impit
Kuah Kacang
Air Kordial
Buah Tembikai

Kalau korang ada lauk yang korang nak, boleh request. Dia boleh masukkan mana-mana, ekceli ada banyak lagi pakej. Tak tertaip lah aku, hahaha!

MUDAH DEAL

Mudah deal ni, maksudnya bos dia sejenis peramah lah. Dia akan cuba buat sehabis baik untuk pelanggannya. Macam laki aku cerewet kot. Tapi dia layan je. Hahahaha! Laki aku, kalau mintak kat dia macam-macam wei. Aku dengar kat tepi tu dah rasa sakit jiwa kalau aku yang layan. Hahaha!

PEMURAH

Selalu kalau kitorang order untuk 100 orang, mesti dapat lebih. Serius lah baiknya. Selalu aku doakan murahlah rezeki beliau sebab selalu je bagi lelebih. Apa pun rezeki memasing lah kan.

So kalau korang nak contact catering ni. Boleh terus dial atau wasap. Bagi menu yang korang nak terus pun boleh..

Khafa Catering 
Ahmad Khalid (yang selalu deal dengan Qery)
013-6646300 atau kalau nak wasap KLIK SINI terus.
Farehan KLIK SINI

Kalau dia tanya, dapat tau catering dari mana, korang cakap je SEPET. Manaaaaa lah tau dapat layanan vvip ke apa ke, hahahaha! Iolls sayang Khafa ni, maunya tak sayang, dah 6 tahun setia. Taknak yang lain dah. 

Okay uolls. Kalau nak baca entry lain untuk Khafa catering ni boleh. ENTRY RECOMMENDED










Selamat mencuba, haha! Byeeee

No comments: