nuffnang

Sep 18, 2018

Ask Me Questions

Yang tanya dalam ig story haritu aku dah janji nak jawab dalam blog kan. Ok meh kita jawab semua skali.

1. Apa tips dapat anak perempuan? Kita risau nak pregnant takut another boy.

Alamak, kita takde tips la macam mana nak dapat girl ke boy. Rasanya macam rezeki kot. Ada sebab kenapa Allah nak bagi perempuan, ada sebab jugak kenapa Allah bagi lelaki. Masa Yurika dulu, tak kisah pun dapat lelaki ke perempuan sebab dua-dua best. Haha! Tapi berdoa lah nak perempuan. Kebetulan masa mengandung tu kita ke Mekah. So doa banyak-banyak mintak anak perempuan. Mak and mak mertua kita pun doakan. Suami kita pun doakan. Then rezeki sangat dapat anak perempuan. Tips kita, redho je anak apa yang keluar. Sebab itulah yang terbaik dari Allah. Gitu ustajahnya, haha!

2. Sepet kalau pergi holiday dengan anak-anak sapa pack baju dorang, lepas tu macam mana nak bagi dorang berkerjasama nak ambik gambar.

Kalau pergi holiday, baju packing sama-sama. Sebab suami kita ni jenis nak pakai sama-sama dengan anak. Kita sediakan baju, Qery akan double check tengok sesuai ke tak dengan baju yang dia ada. Then baju Qery memang dia sendiri yang akan sediakan, kita tinggal nak tengok mana yang perlu mana tak perlu. Dah siap baju, pek dan susun dalam luggage memang kita buat sorang.

Untuk ambik gambar, anak-anak lelaki dorang suka buat kuasa boboiboy la, ultromen la. So masa nak bergambar tu, kita suruh dorang keluarkan kuasa. Hahaha! Lepas tu Qery memang dah ajar sesiap kat rumah macam mana nak buat gaya model, gaya cheeky, gaya kartun. Bila ambik gambar, tunjuk kat dorang terus bagitau kuasa dorang tak hebat, so dorang akan bersungguh-sungguh ambik gambar sebab nak nampak hebat. hahaha!

3. Kebanyakkan beli baju Yurika dekat mana, tak nak buat preloved ke?

Baju Yurika tak banyak, sikit je. Tapi selalu beli kat Kenanga Mall yang kat KL tu. Beli sana murah, lebih murah la beli kat mall. Kalau mall maybe RM100, tapi kat situ RM30 - RM50 boleh dapat. Preloved kalau dah tak muat kita buat. hehe!

4. Produk Detoks Seqy ada laksatif ke? Boleh amik hari-haro ke produk detoks?

Detox tu bukan produk Seqy, tapi dari She (sama je la foundernya Sepet, haha. Company je lain). Detox takde leksatif. Boleh ambil hari-hari kalau nak kurus.

5. Comel sangat Kak Sepet dan Yurika. Apa rahsia?

Haha! Cemana nak jawab soalan ni. Rahsianya buat-buat comel je la kot. Huhu!

6. Sepet pakai perancang jenis apa? Atau redho je?

Saya merancang sendiri. Mengandung Izz, Luth dan Yurika memang plan nak beranak rapat. Kita kawin umur 25 tahun, target umur 30 tahun ada 3 orang anak. So alhamdulillah.. Sekarang dah 30 tahun, ada 3 orang anak. Anak ke 4 plan nak tahun 2020. Nak stop beranak umur 35 tahun. Doakanlah. Hahaha!

Buat masa sekarang memang tak ambik any ubat hormon atau injection..

7. Sapa pilih nama anak mami? Yurika Runako? Macam nama anak jepun?

Runako nama dari Afrika.
Yurika dari Jepun.

Nama anak memang Qery yang fikir. Kita malas fikir. Kita tinggal setuju je. Huhu!

8. Sepet share persediaan barang-barang dan pantang ibu? Apa bagus dan lain lain. Tq.

Ikut awak berpantang dengan siapa. Kalau sendiri just make it simple. Sebab sendiri berpantang tak boleh jalan banyak. Just buat yang wajib. berurut, Berpilis, pakai stokin, minum pati ikan haruan (kalau beranak normal), bertungku, pakai bengkung, pakai minyak panas. makanan pun stok ikan bilis goreng tanpa minyak tu, halia, bawang putih, ikan sesiap beli, makan buah.

Kalau beranak dengan mak/mil, perlu sediakan barang mengikut cara orang yang menjaganya. Hehe! Kalau mak kita rumit banyak. Ada mandian 7 bunga, ke belas-belas bunga. Ada makan apo aku tak tau la. Ada mandi inai, ada minum rebusan. Kalau pantang dengan mak, call mak tanya apa dia nak. Haha!

9. Tips handle anak sambil buat kerja rumah? Kurung ke ikat ke? 

Hahaha! biarkan rumah bersepah. Sediakan makan minum biar dorang kenyang. Bagi dorang jadual. Dulu kat rumah jadual anak-anak.

8 pagi dah siap mandi.
8.30 pagi sarapan.
9 pagi main sambil tengok tv.
11 tengah hari minum susu dan mewarna.
12.30 tengah hari makan tengah hari.
1.30 petang tidur
4 petang main kat lama rumah
5petang mandi
5.30 petang main sepah rumah.
7 malam makan.
7.30 malam main.
9 tidur.

Dorang dah biasa macam ni setiap hari. Kita akan main dengan dorang awal tu kejap 30 minit. Lepas tu buat kerja chill chill. Kalau Yurika tidur baru fokus banyak sikit.

10. Kalau pilih pekerja, pilih yang berdasarkan level pendidikan atau yang berpengalaman?

Berdasarkan pengalaman kita, masa kerja farmasi dulu. Mereka ambil yang ada pengalaman. Kalau Kak Sepet, better orang yang berpengalaman dan rajin. Pendidikan boleh diberi. Tapi rajin susah di cari. Yang rajin, dan yang alert. Kak Sepet interview ramai, tapi kebanyakkan anak muda sekarang memilih. Tak boleh itu tak boleh ini. Dia pandai dalam pelajaran, tapi bila suruh buat itu ini banyak sangat alasan. Yes pengalaman pun bukan suka-suka boleh ambik. Bukan semua orang berpengalaman ni ok. Ada yang bongkak, ada yang pemalas lipas. Hahaha! Insyaallah dari raut wajah seseorang nak cari kerja kita dah boleh tau mana yang ala-ala, mana yang bersungguh. So tips kak sepet untuk yang nak cari kerja, prepare. Nerves masa interview takpe. Asalkan cara awak jawab masih bertatasusila.

11. Sepet mabuk tak awal-awal pregnant?

Mabuk. Semua anak mabuk. Paling teruk Qaiser. Paling sekejap Runako. Paling lama Yurika (tapi Yurika tak teruk just macam loya loya) Yurika dia lebih pening kepala silau. Qaiser memang tak boleh makan, makan minum semua muntah balik. Runako paling mild.

Sampai situ dulu lah. Hahaha! Banyak sangat pulak ni kalau dah membebel. Kbye

No comments: