nuffnang

Aug 8, 2018

Trial Seqy Permintaan TINGGI

Minggu lepas, aku umumkan harga Trial untuk beberapa produk Seqy. Bukan semua produk Seqy boleh buat trial. Mana yang boleh tu aku buatkan. Macam blusher dan gincu atau lip matte tu tak dapek la den nak buat. Huhu! 

Mula-mula ingat takde la ramai nak order. Sekali ramainya. Packing produk ekceli bukan kerja yang mudah. Lagi-lagi bila kita bukan pro macam pekerja kilang. Kebersihan kena jaga, buat kena teliti. Sehari memang tak dapat buat banyak trial. Set skincare paling banyak pun sehari boleh buat dalam 20 je. Dengan nak menimbang poduct lain perlukan ketelitian yang mendalam. Hahaha! Stress tau bila timbang nak 5g, pastu penimbang tu acah-acah kejap 4g kejap 5g kejap 6g. Bukan senang, sebab kalau ada angin tumpang lalu pun dia punya gram boleh terkesan.

Siapa kerja lab tau lah ni kan. Ini kira ok lagi. Dulu masa kat farmasi aku timbang ingredients yang perlukan berat contoh 12.35gram. Huihhhh... rasa nak tiup pasir-pasir kat tepi penimbang tu kalau dia jad 12.36gram. Hahahaha! Sebal mood jadinya.

Dulu aku suka buat cream. Contoh cream tu 1% je, tapi doktor nak jadikan dia 0.25%. Doktor call farmasi tanya kena beli luar ke stok cream tu. Ehhhhhhh, dengan berlagak bagitau doktor. Saya boleh buat doktor. Kacang goreng haaa tepukkk. Hahaha! Aku memang suka benonya kerja camni. Tapi tu lah, sejenis tak suka kerja dengan orang. Nasib la labu.. Ko timbang je la Sakura mask tu 5g, jangan banyak bunyi.


Baru 4 hari jual Trial Seqy, sampai takde stok botol aku. Botol ni sebenarnya aku beli untuk bagi free gifts jual kat booth. Tapi tahun 2018 ni aku jarang bukak booth atas dasar susahnya nak cari booth yang ada Sabtu Ahad je. So ada la balance saki baki botol trial ni. Dari takde buat apa, baik aku bagi NEW CUSTOMER cuba produk Seqy. Botol kaca yang aku letak toner dengan MNF tu ada 100pcs je. 4 hari jual habis terus lah botolnya. Jumaat wasap kilang mintak prepare kan botol, Sabtu kita datang beli. Lega sikit hati tu dah beli, tak banyak pun 200pcs, tapi still lega lah. Haha! 

Semoga ada stok nak di bawa ke Booth PKNS Bangi nanti. Trial Set Skincare, 4 hari pertama aku jual tu, day and night cream dia aku letak RM10 untuk 5g. 5g tu sebenarnya kalau krim muka memang banyak jugak. Kalau siapa jenis selalu beli krim untuk muka tu tau la kot 5g banyak mana. sebab muka kita kecik je kan. Lepas tu kita sapu pun nipis je. Jadi memang bertahan lama.

Khamis tu staff cakap tak boleh jual RM10. Rugi Kak Shepet oi.. Tapi aku taknak naikkan harga, so nak tak nak terpaksa kurangkan gram nya. Tapi masih banyak 3g pun. Sebab trial bb cream aku pun 3g. Siapa dulu yang masa awal tahun aku pernah bagi sample BB Cream, yang dalam tube tu. Zaman tahun 2014, fuyohhh lama nya aku dah jual BB Cream ni. Haha! Tahun 2014 tu pun aku edarkan trial bb natural 3g. Ada yang guna sampai 2 minggu.Tak tau la aku dorang guna macam mana sampai boleh guna 2 minggu tu.

Sampai harini, masih lagi ada order set trial, korang kena order awal sebab bila nak buat ambik masa. Kerana benda tu bukan ready stock. Kalau ada permintaan baru buat. Siapa yang dah buat bayaran baru kita proseskan. Jadinya korang kalau bayar pukul 2 untuk trial pek, mintak maaf sangat memang tak dapat pos pada hari kejadian. Sebab abang pos laju pizz pairus kita sampai awal. Tak sempat la nak prepare and nak balut barang korang. Balutan pulak memang serapinya, sebab kalau guna botol kaca tu memang aku buble wrapkan bergulung-gulung dengan doa semoga selamat sampai ke customer. Huhu! Jadi semua ambil masa. Harap di maafkan. Tapi kalau korang order Set Skincare besar, atau set loose, atau product lain, Insyaallah kita boleh kejarkan lagi untuk postage pada hari yang sama. 

 Bam Pizz Pairuz itu

Aku mintak maaf sangat kalau balas lambat ke apa. Sebab staff dalam ofis 3 orang je. Ekceli 4 orang lah termasuk PA. Tapi PA aku dah kena jaga Yurika, hahaha! Lina handle customer, tulis consignment note, handle ig and fb, Fieya handle bil, balut parcel, aku pulak tolong balut parcel sebab minggu lepas dan minggu ni memang agak banyak parcel keluar. Aku pulak memang korang takyah tau lah buat apa kat opis. Kalau boleh aku nak tidur bawah meja. Hahaha!


 Itupun banyak yang tak sempat nak snap gambar, abang pos dah sampai.



Lagi sekali aku maklumkan harga untuk Trial Seqy.

Cleanser 10ml RM10
Toner 10ml RM10
Serum 5 ml RM10
Day and Night Cream 3g RM10

1 Set Trial Set Skincare RM35 

Sakura Mask 5g RM10
MNF 10ml RM10
BB Cream Fair/Natural 3g RM7
XXS Lotion 5g RM5
She Collagen 1sachet RM5


Dan harga bagi produk-produk lain.

Set Skincare RM130

Loose Cleanser 100ml RM60
Loose Toner 100ml RM65
Loose Serum 50ml RM60
Loose Day and Night Cream 30g RM75

Set Loose Skincare RM250 (Free Transparent Bag)

Sakura Mask 30g RM80
BB Cream Fair/Natural 18ml RM55
XXS Lotion 50g RM45
MNF 100ml RM70
Collagen She 15sachet (Promo beli 2 kotak RM150)
Lip Matte RM25
Gincu RM39
Stick Blusher RM59

KLIK SINI untuk order.

No comments: