nuffnang

Aug 10, 2018

Salam Jumaat chuolssss

Sekejap je dah hari Jumaat. Bulan 8 ni extra bizi ke apa tak tau lah. Rasa sekejap masa berlalu. Huhu! Tapi still boleh catch up semua benda la. Rasanya aku dah masuk ofis since raya ritu kan. Ada 3 bulan agaknya. So far so good. Terpaksa ambil PA untuk jagakan Yurika. Yurika memang taknak orang termasuk nenek dia. Dia punya melalak aku tak tau la. haritu terpaksa jugak tinggalkan Yurika sebab nak masuk Tesco.

Kan tengah menular penyakit HFMD tu. Risau la aku nak bawak dia. Tinggal sekejap, balik tu dengar dari luar Yurika menangis sedu sedu. Hahaha! Pastu esoknya mata Yurika sepet sebelah. Teruk nau nangisnya tu. Tapi syukur sangat Yurika nak dengan PA. Eh siapalah PA kita tu ye. Hahahaha! Aku taknak bagitau secara umum lagi. Tunggu tunggu tungguuuu.. Kekeke!

Harini aku half day, bagitau Qery nak half day sebab nak setelkan trial set kat rumah dulu. Senang bawak pi booth esok. Lagipun dah lama bebudak ni tak manja-manja dengan mak dia. Mak asik bizi, malam pulak dorang tidur awal. Harini kita lepak sama-sama.

Eh korang jangan lupa datng booth Bangi esok dan ahad. Aku datang Insyaallah kejap-kejap. Takde la boleh duduk sana lepak lama sebab bawak Yurika sekali. Tak sabar betul sebab dah dua tahun tak bukak booth kat Bangi

Datang sebab kita ada Grand Prize untuk pembelian RM100 ke atas. Mana tau luck korang nanti. So datang beli kat booth tau.

Ok lah, nak buat kerja lain. Takde apa nak cerita pun. Nak sambung koje. Byeee

1 comment:

cik renex said...

lama x singgah blog ni..
nite sepet :)