nuffnang

Aug 9, 2018

Preparation Ke Bangi

Selasa lepas adalah hari yang agak sibuk. 

Pertama, kena buat live kat facebook. Live kali ni kitorang clearkan stok BB Fair stok lama. Kat HQ ada berbaki 19 tube. Disebabkan stok fair lama memang dah dibekukan (tak pos out kat stokis) sejak tahun lepas. Jadi kitorang nak letgo dengan harga gila.

Aku bagitau staff, kita buat macam Go Shop atau Wow Shop. Beli masa Live. Memang ambik risiko la buat camtu, hahaha! Risiko nya risau takde orang tengok live, sebab buat waktu pagi. Pukul 10.30 camtu. Lepas tu risau orang malas nak beli sebab cam terkejar-kejar. Yela orang nak kerja, ko nak menjual suh bank in time tu jugak. Haha! Tapi takpe la. Kita buat je. Laku tak laku belakang cerita, tak buat tak tau. Kita kena cuba walaupun takut gagal. Ewahhh...

So pagi tu guna telefon aku, sebab kang orang nak beli mesti contact telefon HQ. 

Terkejut gila, kitorang berjaya jual 34 ke 37 dalam tempoh tak sampai setengah jam. Ehhhh hahaha sikit je kan. Tapi HQ punya stok ada 19 je. Mampuih..

Pinjam stok Ceera dan Aza, kitorang ganti dengan stok yang baru. Ini yang beli kat HQ je. Yang customer aku pas ke stokis pun banyak jugak. Sebab satu hari tu orang duk tengok live tu semula. Semua pun tanya ada lagi tak code fair packaging lama. 

Apa pun, memang alhamdulillah. Dalam takut-takut tu, dapat jugak jual semua. Bukan takat semua, sampai tak cukup stoklah. Hahaha!

Lepas tu Kelam kabut balut parcel, dengan order trialnya banyak orang beli. Dengan nak bungkus pembelian masa kat Live tadi. Sakit pinggang jugak la. Tapi happy sangat sebab dapat share benda bagus kat korang.

Habis balut, ekceli tak habis. Tapi sebab abang poslaju dah sampai. Kita stop balut jap buat benda lain. Kena prepare barang booth. Jumaat dah nak pergi PKNS set up. So aku buat la, Fieya n Lina aku suruh setelkan benda lain.

PA aku pulak ambik video task untuk Qery. Qery kena buat video pasal transparent beg mekap Seqy. Aku tak tau dia punya idea apa. Lantok sana, aku cuma buat kerja aku cepat-cepat. Stok semua dah letak dalam kabinet. Tinggal nak masuk dalam kereta Alza je. 

Semalam aku bawak balik barang-barang untuk sediakan siap-siap. Sebab ramai pm dan dm cakap nak beli trial kat booth PKNS Bangi. Aku pun tak tau la cukup ke tak. Jadi memang aku pesan kat dorang, tolong datang awal. Sebab stok very limited. Huhu!

 SOLD OUT Lip Matte Code Zuhana. Untuk online dah habis ye sorry semua. Kalau nak boleh ke booth PKNS Bangi.

Korang jangan lupa datangggggg... Jumpa sana Insyaallah.

Order produk Seqy. KLIK SINI

No comments: