nuffnang

Aug 27, 2018

Macam mana Sepet pilih Suami

Garu kepala aku baca soalan ni kat Insta Story. 


Untuk gadis-gadis yang belum mendirikan rumah tangga, ewah ayat ko. Haha! Meh dengar kakak merapu..

Suami ni kita pilih bukan sebab sayang je. Sayang ni besar. Kita boleh sayang sesiapa yang kita nak. Sayang ni dalam masa seminit pun boleh ada. Contoh, kita pandang baby (bukan baby kita la opkos) terus rasa sayangnyaaaaa.....

Maksud aku tu sayang sesama manusia ni terlalu mudah. Kita boleh kejap sayang kat orang ni, kejap kang bila gaduh dah jadi benci, pastu sayang orang lain pulak. Sebab tu bila ada orang tanya aku macam mana nak move on cepat sangat. Aku jawab cari je pengganti. Haha! Buat apa korang nak frust menonggeng sedengkan ramai lagi lelaki dalam dunia. Carilah timba pun takpe. Jangan asal ado je sebab kita nak hidup #tilljannah kann...

Nak pilih yang boleh ikut cakap kita atau kita ikut cakap dia??????

Dua-dua kena ada. Dia boleh terima pandangan kita, dan kita boleh ikut cakap dia. Dalam hubungan ni kena ada dua hala. Tak boleh la KUASA VETO. Ini zaman dedua kerja cari duit, jadinya kena lah give and take. Memang lah suami tu syurga kita, kalau arahnya betul takpe. Kalau tiap bulan dapat duit nafkah, dapat kasih sayang, jaga keluarga baik-baik, tiap solat jadi imam, bahagialah isteri tu. Ini kalau sibuk main fon lepas tu semua benda pass over kat isteri itu yang sakit jiwa mendengarnya, hahaha!

Aku baru kawin 5 tahun, tak banyak benda boleh bagi nasihat. Orang kata fasa 5 tahun paling mencabar. Tapi bagi aku fasa mencabar bukan dalam tempoh 5 tahun. Fasa mencabar adalah setiap kali kita gaduh. Hahaha! Tak kisah la berapa tahun sekalipun, kalau dah gaduh tu memang rasa terbang ke luar negara je. #teamorangkaya #gaduhjetempahtiketflight #dramatvsangat #hahaha

Habis nak pilih yang macam mana...

Entah lah.. Kalau ikut aku, aku pilih yang sayang aku lebih la. Macam Qery, masa kapel dulu aku banyak kali mintak clash, sebab tak tahan wei dia tu jeles tahap apa. Hahaha! Semua tak boleh. Fren kat fb tak boleh lelaki, lelaki tak boleh komen kat fb, kalau ada lelaki komen kat blog, dia siasat la dari A to Z. Tapi aku suka je, hahahaha! Nampak la sayang tak berbelah bagi tu walaupun masa tu rasa pemenda laaaa..

Pastu macam aku mintak clash ke apa, dia tak pernah cakap ok la clash je. Tak pernah. Mesti dia pujuk jugak walau terpaksa datang ke rumah. Hahaha! Aku ni perangai cam bebudak, memang jarang la orang dapat bertahan. Qery je yang sanggup melayan. Walaupun aku dengan Qery takde la romantik pun, cakap dengan dia macam cakap dengan kawan-kawan je. Masa kapel memang aku tak pernah anggap dia lagi tua dari aku. Sebab gelisss nak panggil dia Abang Qery. Yaksss.. Hahaha!

Sebab sebelum dengan Qery, boifren aku semua sebaya. Tak biasa lahhhhh nak panggil abang-abang. Memang sejak mula kenal pun panggil Qery je. Takkan la kapel boleh bertukar Abang. ehhhhh pelis la. Tapi apa pun aku still respect dia sebagai orang yang lebih tua (kahkah) dan opkos sebagai suami dunia akhirat. 

Nak cari suami, cari yang selesa untuk korang berkomunikasi. Yang korang boleh luahkan perasaan. Bila marah korang boleh bebel, bila happy korang boleh gedik, bila stress korang boleh jeling, yang korang tak perlu berpura-pura. Masa kapel, tak payah nak control ayu je. Sebab bila dah kawin tak lalu weii nak control manjang. Hahaha!

Cari lelaki yang boleh terima diri korang seadanya. Yang terima baik buruk kita. 

Ramai yang takut kawin sekarang ni sebab dengar kisah rumah tangga ramai bercerai-berai. Awak, dari dulu lagi kes bercerai berai ni banyak. Bezanya dulu takde handfon, takde group KRT, takde wasap, takde ruang gosip forum, takde keluar berita (banyak lagi berita lain dorang nak kabo). Sekarang ni dia jadi meriah bila banyak sangat tersebar kat social media. 

Ramai yang survive dalam alam perkahwinan. Insyaallah kita doa yang baik-baik... Kakak nasihatkan korang.. apa ciri-ciri yang paling penting dalam diri BAKAL SUAMI awak...

1. Beriman
2. Memahami.
3. Mendengar.
4. Rajin cari duit.
5. Rajin tolong isteri
6. Rajin jaga anak.
7. Tak kedekut dalam rumah tangga.

Kahkahkah!! 

Selagi tak dapat yang macam ni, elok jangan kawin. Kang dah kawin ko meroyan nanti kat fesbuk, kakak tak tau ye. Hahahaha!

Kang aku kena kecam dengan netizen pulak. Tapi itulah hakikatnya. Sebenarnya itu adalah tanggungjawab seorang suami terhadap keluarga. Nampak berat kan uolls.. Sebab tu lah selayaknya syurga ada pada suami... Hensem ke tak belakang cerita. 

Tapi percayalah, tiada manusia yang sempurna. Suami dan isteri masing-masing ada kekurangan. Yang penting kena akui kelemahan, jangan terlalu ego pertahankan kesilapan masing-masing. Macam aku ni punyalah banyak kelemahan. Tapi Qery terima seadanya.. Mana yang aku kurang, Qery coverkan. Qery nasihatkan. Macam tu lah kehidupan berumahtangga.

Jangan korang bayangkan perkahwinan ni bersemuit je. Kadang tu ada taufan, tusnami, masin air lautan hindi. Jangan expect lebih-lebih kat bakal suami awak. Jangan mengharapkan benda yang best-best je. Kalau tak penuhi expectation awak, nanti dahhhhh bermasam muka la, nak merajuk la, nak lari luar negara lah..

Binalah keluarga yang bahagia.. Bahagia tu kita yang cari. Wahh aku kemain lagi. Padahal laki main futsal pun meroyan. Hahahaha!

Alaaa gitulah meriahkan keadaan. Cari topik nak gaduh je gais. Kang tak gaduh tak best pulak. Gaduh-gaduh manja orang kata. Nanti aku dah konon-konon merajuk tu, dia balik futsal dapat lah tea o ais bungkus dengan nasi goreng pattaya. Bahagia balik. Hahaha! #mudahbahagia #mudahterhibur

So, goodluck semua. Boleh mula cari calon dari sekarang. Tapi bukan suamiiiii kakak ye. Kah!!

P/S : Promosi Cinta Merdeka Seqy
(Sempena Merdeka dan Ulang Tahun Perkahwinan Sepet ke 5)


LIP MATTE RM25 RM19
GINCU RM39 RM24
SHE COLLAGEN RM85 RM60

No comments: