nuffnang

Aug 7, 2018

LIP MATTE RM10 CODE ZUHANA

Khamis lepas, kemas stor kat ofis. Lepas tu ternampak la satu kotak ni dengan tulis label Reject. Ehhhh, aku pun bukak la. Hok oloh, ada banyak gila Lip Matte yang color dia lari dari previous order. 

Ni la dia masalah kilang GMP. Masing-masing ada kebaikkan dan keburukkan. Kebaikkan dia, kita boleh buat produk mengikut ingredient yang kita mahukan. Keburukkan dia, production second batch maybe lari sikit dengan yang first. Dia camni tau uolls... Benda yang kita buat sendiri, contoh kita buat air milo. serbuk milo yang kilang order mungkin dapat tak sama seperti yang previous dia order. Mungkin takde stok, then dorang order dengan syarikat lain. Atau maybe gred yang sampai tak sama dengan previous. Lepas tu buat milo, tak sama la rasanya. Maybe Syarikat A supply Milo dari negara Isketambola, Syarikat B dari negara Nyatnginson.. Haih tak tau la korang paham ke tak, hahaha!

Yang jadi naya ni kita la as Founder. Kadang sample dapat cantik. Bila dah produce, dapat tak sama. Nak komplen lebih-lebih risau nanti product dorang buat lambat sebab tak suka kita komplen banyak. So memang kebanyakkan Founder, suka cari kilang OEM. Yang ingredients memang dah siap terus, gerenti sama macam previous. Gitu.. Cuma keburukkan dia, takdo la ko nak masukkan bahan yang ko suka ke apa. Dan hadaplah dengan Netizen yang tak sukakan produk OEM, haha! Padahal bagi aku masing-masing ada kebaikkan tersendiri. 

So, lip matte Seqy ni yang aku order untuk code Calm, tapi bila dapat color dia pudar siki dari Calm. Ekceli kalau new customer takde masalah lah. Sebab kita boleh tunjuk warna dia kat customer. Tapi untuk repeating customer, dorang boleh beza la opkos. Bila kita dah lepaskan ke Stokis, kita dapat komplen yang warna tak sama. So kita mintak semua return. Ada stokis yang malas return so dorang jual jugak, bila repeat customer order dorang explain lah dulu. Yang mana return ni, kita simpan tepi. 

Malas aku nak fikir untuk buat code baru. Bukan senang nak ada new product. Nak kena buat poster, nak kena ada gambar exactly warnanya, lepas tu nak kena iklan kat model lagi. Lepas tu nanti nak kena adjust pamplet. Jadi aku bagi je harga murah terus. Nama pun malas fikir, terus letak nama Zuhana. Hahaha!


Yang staff aku kat opis bertabah je la bila buat consignment note, nak tulis nama code Zuhana tu lemau rasanya. Pastu tanya kenapa tak letak nama Yurika. Dorang kata kalau letak Yurika mesti terus SOLD OUT. Kongasam betul. Hahaha!

Stok ada 400+, Aku start jual hari Jumaat. Semalam (ISNIN), dah tinggal balance banyak ni je. OMG semua terkejut termasuk aku.

Tinggal ni je.

Ekceli memang ada spare, tapi aku dah asing siap-siap masuk dalam stok BOOTH PKNS Bangi. Kat sana pun aku nak jual Lip Matte ni. Takde la aku fikir online laju orang beli sampai camtu sekali. Baru 2 hari bekerja tinggal sendu tu stoknya. Malam tadi pun orang duk dm dm aku tanya stok ada lagi ke tak. Nampaknya kena la ambik sikit stok kat booth nanti. 

Code ni color dia memang cantik sangat, meh tunjuk contoh kat korang. Nampak kan malasnya aku nak upah model semata color dia lari. Baik aku je jadi modelnya, hahaha!

Model sendirian berhad.

So korang, cepat beli ye. Kalau tak sempat beli ONLINE, datang booth kat PKNS Sabtu Ahad ni.

KLIK SINI untuk order.

1 comment:

aisyah elsa said...

wah cantiknya kaler dia, memang ni yang saya cari. saya dh order hehehe. by the way, saya first time datang sini and terus follow sebab nak tahu entry seterusnya, saya suka content blog ni. saya followers ke 4546