nuffnang

Jul 19, 2018

Untuk Kucing Jalanan.

Semalam adalah sejarah hidup yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Kisah aku dengan kucing ni tak banyak. Dulu masa kecik memang bff iolls adalah kucing. Makan sebelah kucing, tidur peluk kucing. Sampaikan terkena asma (lelah). Bila bernafas pun dah bunyi macam kucing. Hahaha!

Kalau mak marah, berlari menangis ngadu kat kucing. Kucing tu pun redho je la dengar walaupun masa aku ngadu tu dia tutup tutup kan lagi mata dia. Semua keturunan kucing aku panggil nama dia Moneng (morning). Family aku kata nama morning ni dapat sebab diberanakkan waktu pagi. Gicuuu...

Tapi Moneng tu yang paling asli adalah nenek dia. Nenek dia beranak, anak dia aku panggil Moneng gak, haha! Anak dia beranak, anak-anak dia pun aku panggil Moneng. Sungguhlah tak boleh move on. Sampai lah Moneng last tu tak melahirkan anak, lalu mati kena langgar. Hoi nangis cam onggila srot sret masa ni. Lepas tu mak aku tak bagi dah bela kucing.

Dan rumah aku pun wangi dah. Kalau tak bau kucing je. Sejak tu memang takde hubungan dah dengan kucing. Tak nak menjalinkan apa-apa hubungan sebab taknak la nangis teruk nau. Musnah kebahagiaan aku masa tu. Hahaha!

Kapel pulak dengan Qery yang si penggeli kucing. Stress hakak. Kalau kat kedai makan tu. Ada kucing lalu bawah meja, nak terbalik meja tu dia punya terkejut. Serius la kucing comel kot. Takyah terkejut camtu sekali. Kucing je pun bukan lipas. Kan uolls kan kan kan. Hahaha!

Tapi takpe la, sebab Qery cakap dulu suatu ketika kucing pernah cakar dia kat tempat yang perlu dia rahsiakan (hahaha). so ok la aku terima la dia punya seram kat kucing tu.

Semalam, masa aku nak keluar pergi kerja. Terkejut beruk tengok ada dua ekor anak kucing yang masih bayi kat rak kasut rumah. OMG. Masih ada uri tak putus lagi dengan darah menitik-nitik. Aku assume mak dia pergi dukung anak dia yang lain kat tempat yang lagi helok, then nanti mak dia ambik lagi anak-anak yang lain. So aku pun biarkan je la dulu. Yela kucing kan selalunya macam tu...

Pastu tetiba semalam dalam pukul 2 lebih teringat nak singgah rumah mak kat ceras baru. Aku dah tahap derhaka ni, tak melawat mak berapa punya lama dah aku rasa. Padahal rumah dekat. Huhu! So aku decide nak pergi rumah mak petang tu jugak.

Terus balik rumah jap singgah nak ambik susu anak, sebab jap lagi kang aku nak jemput anak rumah mertua, bawak semua pergi rumah mak kat Ceras. Sampai je rumah, tengok kucing tadi masihhhhhhhhhhhh di situ. Sekor dah mati. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Aku pun ambil kotak, ambik napkin anak buh dalam kotak. Nak angkat yang masih hidup tu. Tapi melekat dengan uri. Uri tu melekat pulak kat simen rumah aku. Aku goncang-goncang bahu kucing yang dah mati suh bangun. Tapi sejuk je. Duhai terus rasa cam aku ke yang bunuh beliau. Mana mak diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Sukati je beranak pastu buang anak. Hish!!

Lepas tu terus aku kol Kaklang, sebab dia ada bela kucing. Tanya cemana nak buat ni. Huhu! Kaklang cakap kucing memang hanya minum susu mak dia je. Acane tu. Nak perah susu badan ni nak bagi ke kucing tu ke. Serabut terus aku. Hahaha! Cucu iolls ni, walaupun datangnya tak diundang, tapi tetap saiyangggg... Gitu naluri dia. huhu!

Pastu aku masuk balik rumah cuci tangan. Sebab kang nak dukung Yurika pulak. Baru nak gerak, ternampak lagi sekor kucing kat kereta Alza. Terus menangis hati ini. Duhai kucing jalanan, 3 anak awak tu. Susah nak lahirkan anak. Kenapa awak tinggalkan. Kenapaaaaa...

Aku pun terus la ke rumah Ceras Baru. Lepas tu kol Qery mengadu cucu kita 3 ekor kat rumah tu. Nak buat cemana. Qery lagi la apa pun tak boleh. Huhu! Balik rumah lebih kurang jam 6.30 petang. Nampak kucing jalanan yang lain lalu rumah. Paksa dia bagi susu. Hahaha! Tapi aku rasa tu kucing jantan kot. Sia-sia usahanya pun nanti.

Last-last, bibik datang rumah yang setelkan. Aku cakap kat bibik. Bibik buatlah yang terbaik. Saya tak mampu nak pandang mata kucing tu.........

Kesudahan yang pahit, tapi perlu ditelan jua.

Maafkan Nenek kucinggku saiyannngggg..... Sobss..

p/s : Black Make Up Seqy RM29.90 =)


KLIK SINI untuk order.

1 comment:

Etuza Etuza said...

Asalam..sedihnya kan..ada di rumah kami ni tahu beranak ja kucing tu..tapi tak nak jaga anaknya lah..adiii..kesian anak dia