nuffnang

Jul 5, 2018

Terpaksa Update

Minggu ni iolls masuk ofis setiap hari, ekceli dah dua minggu rasanya aku masuk ofis. Sebab banyak benda nak buat. So setiap pagi memang struggle jugak la. Bangun pagi tu terus buatkan susu untuk Qaiser dengan Runako.

Bebudak ni pukul 6.30 - 7.30 pagi dah bangun. Sorang bangun semua pun bangun. Konsep dia camtu. Aku suka je dorang ni bangun awal, senang nak mandikan terus. Lepas minum susu, bagi dorang tengok kartun kejap. Lepas tu kita mandikan semua.

Yurika memang sejak dah duduk, mandi air sejuk je. Izz Qaiser dah pandai mandi sendiri, tinggal aku nak beruskan gigi lagi sekali je. Mandikan bebudak memang sekejap takyah lama sebab air sejuk kan, gigil-gigil. Huhu!

Lepas dorang dah habis mandi, semua makan biskut duk depan TV. Kadang tu dorang main mainan dulu, takpun Qaiser macam biasalah mewarna tak habis-habis. Yurika aku letak dalam baby walker. Aku naik atas mandi siap-siap. Mekap sekejap je.

Kalau sempat sidai baju, Sebab pukul 8.30 dah keluar rumah. Nak menghantar anak-anak rumah mak mertua (Qaiser dengan Runako). Yurika memang kena bawak sebab dia Bos.

Nak catch up balik kerja setelah bermalas-malasan masuk ofis. Sejak minggu lepas raya ritu, after kemas ofis semangat nak masuk kerja balik tu dah datang, hahaha! Seronok tengok ofis dah kemas, walaupun tak 100%, tapi okay la nampak ada ruang-ruang nak termenung, berkembang jugak lah otak aku ni. Kotak banyak sangat, sempit tempat rasa otak aku pun sempit gak jadinya, hahaha!



Bawak Yurika masuk kerja sebenarnya memang tak dapat nak buat apa pun. Aku tak dapat nak go thru banyak benda. Sebab Yurika sejenis nak berkepit. Aku dukung dia, tapi tudung aku cam tertutup muka aku sikit pun dia punya tangan tepuk-tepuk tudung aku, marah dia sebab tutup muka mak dia. Nak pandang mak dia je doplohpatjam. Hahaha!

Tapi nak buat macam mana, terpaksa bawak jugak. Nasib lah kerja sendiri takde sapa nak marah. Kalau kerja dengan orang tak tau la camne.

Sekarang ada promotion beli XXS Lotion dapat Free Measurement Tape tau. Kalau beli 2 XXS Lotion, tambah lagi free panties munafie. Jap aku bagi gambar.



Musim Open House ni, jangan kata korang, aku pun buncit. Tak kan la pergi rumah orang, tak makan pulak. Masak sedap-sedap pulak tu. Rugi la kalau tengok je. Huhu! Nyesal makan belakang cerita. Kita sapu je losyen hari-hari pagi petang siang malam. Helok Insyaallah perut tak buncit.

Kalau korang nak beli boleh KLIK SINI.

Ok tu je la, dah malam sangat ni esok nak kerja, nak bangun awal pagi. Cepat siap kerja, nak balik cepat nak tidur. Hahaha! Berapa hari dah tak cukup tidur. Bye

1 comment:

ejulz said...

sibuk bebeno.. hehe.. comel yurika :)

Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html