nuffnang

Jun 7, 2018

Kau Puasa Ke Tak??

Entry kali ni, aku nak mengupas sikit lah isu-isu yang dipandang remeh oleh bangsa melayu yang beragama Islam seperti kebanyakkan masyarakat sekarang.

Seperti mana yang kita semua tau, golongan P (perempuan ke, atau acah-acah perempuan, atau Pondesen pondan) dah lama wujud. Bukan sejak zaman Najib je, malah zaman Nabi Luth dulu dah ada kaum-kaum yang dilaknat Allah ni. Kaum yang sukakan hubungan sejenis. Ada tu korang panggil kunyit (lelaki dengan lelaki), serai (perempuan dengan perempuan).

Tapi tulah, zaman Nabi Luth AS dulu Allah dah hapuskan golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Trangender). Cuma zaman sekarang ni dorang wujud dan membiak secara perlahan-lahan.

Dulu tahun 1990-an, dorang lahir secara halus dan sembunyi-sembunyi. Zaman sekarang ni dorang lahir secara teraang-terangan dan amat dibanggakan. Nauzubillah, moga jauh dari keturunan kita semua.

Aku masih ingat lagi dulu, kakak aku kawin. Yang mekapnya lelaki tulen. Tapi dia cakap terpaksa jadi lembut-lembut sebab nak dapatkan customer. Kalau lembut baru la client (bakal suami) tu bagi pelepasan mekapkan si bakal isteri.

Dulu, golongan ni susah nak jumpa. Ada pun kalau kat area tempat aku tinggal, kerja jadi tukang masak. Itupun tak keluar dari dapur. Duduk je la masak kat dalam tu.

Kalau yang tukang mekap ni pun, selalunya takkan keluar bilik, katanya menghormati majlis. Aku pernah la tanya kenapa tak keluar makan. Dia cakap takpe, nanti makcik-makcik pandang serong. (ofkoslah).

Dulu aku tak ambil peduli sangat, sebab aku rasa golongan LGBT ni ada, tapi dorang tau di mana dorang perlu berada. Dorang pun sedar diri, dan masih ada perasaan malu.

Tapi sekarang????????

Tak perlu la aku bagi contoh siapa, korang sendiri tau.

WOW. Siap popular lagi. Siap korang follow lagi kat Instagram, dan semua sosial media beliau. Siap ada yang bekerja dengan dorang lagi. Tak kisah la dari yang menjadi PA, yang menjadi driver, yang menjadi agen, dropship, stokis.

Sepet, tak baik lah. Itu kan rezeki dorang. Rezeki dorang melalui golongan LGBT ni, kau siapa nak sekat rezeki orang. Okey lah aku bagi contoh.

Situasi A.

Abu takde kerja, cari kerja jual sindiket dadah. Takpelah rezeki dia dari situ. Dadah berleluasa.

Situasi B.

Abu takde kerja, cari kerja dengan golongan LGBT, takpela rezeki dia. Dan LGBT pun berleluasa.

Siapa punca????? Puncanya sebab ada orang menyokong dia. Adanya orang membenarkan mereka bergerak secara berleluasa.

Mudah je konsep dia. Kita orang Islam, mencari punca yang halal tu kewajiban kita. Kau dah tau dorang ni tak betul, yang korang pun sekali join kenapa. Aku memang tak paham sangat.

Sekarang mungkin korang tak nampak. Tapi korang akan nampak hasil dia lagi 10 tahun lagi. Anak-anak kita sekarang pun dah konfius. Dia ni lelaki ke perempuan. Fitrahnya macam mana sebenarnya. Golongan LGBT ni pulak sekarang tak segan silu dah. Duk lepak memana pun tak kisah, sebab orang-orang macam kita ni menerima mereka dengan hati terbuka.

Tak salah pun kita menerima dorang, senyum kat dorang. Sebab tunjuk adab yang baik tu memang ajaran Islam. Tapi yang jadi tak baik, yang jadi mudarat bila kau menghalalkan yang dilaknat Allah. Benda tu salah...

Baru-baru ni aku tengok kat media sosial. Terkejut betul, dah berbalik kepada fitrah, tapi tukar balik jadi P. Lepas tu siap salahkan orang lain sebab dia jadi camtu. Siap mintak orang lain bangun tahajjud doa nangis-nangis untuk beliau, supaya beliau insaf. Terkedu weh sampai camtu sekali.

Berapa banyak doa yang kau perlukan untuk kau insaf, kalau satu dunia doakan kau, tapi kau tetap tak buka hati kau. Tetap tak jadi apa. Sebanyak mana kau tunjuk kebijaksanaan kat dalam bidang pelajaran pun, buat apa kalau kau tak boleh pilih nak jadi wanita ke lelaki. Sekaya mana pun Allah bagi kau, tak bawak pergi kubur pun.

Aku tak kecam dorang, aku jugak tak follow, dan takkan beli walau emas di jual semurah mana pun, even paling murah dalam dunia pun aku takkan beli. Aku tak tau pun nak tegur macam mana golongan dorang ni. Sebab ramaiiii sangat dah tegur. Cara baik, cara kurang baik. Aku hanya mampu berdoa moga Allah buka hati dorang, kembalilah kepada fitrah asal.

Orang kata janan cakap besar, sok anak jadi P baru ko rasa. Ehhh.. kalau pun terjadi, tolonglah tegur. Tak kisah anak siapa, kita hidup bermasyarakat memang kena tegur menegur, bukan buka aib. Aib ni benda yang kita sorok. Contoh orang ni pernah buat salah, dah insaf, then kita jangan buka aib (kisah silam) beliau. Itu aib. Tapi kalau dah kesalahan terang lagi bersuluh, kau kena tegur. Kalau tak reti tegur, ambil inisiaitif untuk jauhkan diri atau tak support, kecuali kalau ko memang jenis rapat, then ko boleh la tegur dan sentiasa menasihatti. Nasihat dengan menyanjung atau bekap berbeza maksudnya.

Eh aku tak paham..... Nanti ada yang cakap, eleh Sepet, nak suruh orang beli produk dia la tu. Suruh boikot golongan P, lepas tu nak suh beli produk dia.

Hello?? Kalau aku tak menjual produk sekalipun, aku tetap akan cakap benda yang sama. Kalau aku tak jual produk, aku rasa mulut aku lagi laser kot, hahaha! Ini sebab aku nak menjaga kreadibiliti je, takleh laser sangat kang terkejut customer iolls, kahkah!

Yang pasti, benda salah kita kena betulkan. Kenapa kita takut nak tegakkan kebenaran. Kita sanjung golongan P ni ke? Atleast tugas aku dah selesai. Menyekolahkan korang yang belum nampak kesan jangka panjang ni, untuk kebaikkan anak-anak kita di masa hadapan. Pleaseee... Ini je salah satu cara untuk bagi dorang sedar, kuatnya Agama Islam bukan dari kekayaan, tapi kerana semangat kita memperjuangkan kebenaran. Terus rasa jadi ahli politik, hahaha!

Ok lah uolls, aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai blogger, mungkin sedikit sebanyak dapat membuka hati korang, yang sebelum ni follow mungkin saja-saja, tapi bila dah baca entry ni, korang rasa nak membawang pulok, hahaha! Motif entry kali ni, aku nak mintak korang just unfollow, kalau boleh jangan beli jangan support. Sebab dia kaya, dia tak insaf pun awak. Tak kisah la dia bayar zakat ke apa. Orang lain pun bayar zakat dik. Bila kita mengkaya dan melalaikan golongan macam ni, tak dapek apa pun awak, makin berleluasa lagi ada lah dorang ni.

Sampai situ sahaja bebelan emosi aku pada hari ni. Yang baik jadikan teladan, yang buruk campak jauh-jauh.

Bye =)

2 comments:

yana2605 said...

apa pendapat sepet ttg Nursajat tu?? dia kan kata dia gologan kunza iaitu ada 2 kemaluan..mmg ada gmbr and IC dia tersebar yg dia dulu laki tp kunza nie bukan ke boleh pilih nak jadi yang mana satu..dulu dia di didik menjadi laki oleh bapak dia sbb bapak dia tentera laut tp mkin besar naluri dia ke arah pompuan.. tp tu la katanya jab agama tgh siasat tp napa tak da result smpai skrg..kofius akk..tak tau sama ada dia betul kunza or pondan..

Sepet said...

Kak yana2605, sajat tu setahu saya memang lelaki. Akak cuba cari video lama dia, dia pernah mengaku dia makan pil hormon nak jadi perempuan sejak tingkatan berapa entah. Pil tu akan buat buah dada timbul and etc. Akak cuba cari kat youtube. Tapi sekarang dah popular, dah bertukar pulak fakta dia bagi.huhu!