nuffnang

May 28, 2018

Stressnya Mencari Baju Raya

Dulu rasa syoknya nak cari baju raya. Yela sebab masa tu fikir diri sendiri je kan. Lepas tu aku ni memang tak susah cari. Size pun normal, tak perlu nak pergi tempah bagai. Sama ada size XS atau S je dah ok ngam dengan badan.

Bila dah kawin, tambah lagi nak teman mencari baju lelaki. Selalunya aku akan suruh Qery cari baju dia dulu. Sebab baju dia memang payahnya nak pilih. Dah tu patern onglaki pun, itu je lah. Qery ni pulak nak ada design sikit, tapi still okay lagi sebab berdua je masih senang.

Anak sorang lelaki, nak kena matching baju suami dengan anak pulak dah. Ok lagi sebab anak sorang. Masih boleh membeli dengan tenang.

Anak dua orang lelaki, nak kata ok tu memang ok, tapi dah rasa susah sikit sebab payah la nak tolak stroller dengan keadaan orang ramai camtu. Masa tu Runako masih baby, so nak tak nak kena bawak stroller sebab Qaiser pendek. Lagi susah nak jalan dengan ramai manusia, kang orang tak nampak dia.

Nak mencari baju, nak test lagi, tak suka atau tak muat kena cari lagi sampai jumpa. Hadui.. Priority memang bagi kat suami and anak lelaki cari dulu, sebab baju dorang ni la yang payahnya nak cari.

Anak dah tiga orang, dua lelaki sorang perempuan. Fuh.. Sebelum puasa aku dah beli siap-siap online. Baju aku dengan Yurika. Sebab aku malas nak fikir dah. Tak kose nak lama-lama mencari baju masa puasa nanti.

Sekarang ni tinggal baju Qery and anak lelaki. Semalam pergi Shah Alam. Banyak size dah habis. Masuk PKNS, baju sama je la tiap tahun pun. So nak kena Bangi pulak misi mencari. Aku dah bebel kat Qery. Hahahaha!

Dah suruh cari online, dia dah cari. Tapi lambat nau bertindak nak membeli tu. Tengok semalam pergi butiknya dah takde size budak. Takpe ada hikmahnya, moga ada lagi cantik kat Bangi. Korang tau tak mana-mana jenama yang ada sepasang bapak dengan anak lelaki. Aku ni jenuh cari kat instagram tak jumpa-jumpa.

Semalam singgah kat booth dalam Stadium Malawati tu, ada la bajunya. Tapi Qery cakap taknak sebab design dia biasa sangat. Moga kat Bangi nanti ada lah design cecantik. Pening tau selagi baju raya PERTAMA ni tak setel.

Nak move on raya kedua tak lepas-lepas lagi ni. Aku dah tak sabar nak beli baju omputeh pulak. Baju Yurika nak beli lagi selai baju kurung. Pastu enafffff.. Nak beli baju jalan pulak. Baju Yurika dah banyak tak muat sebab badan dia dah membesar dengan jayanya.

Dah 8.3 kilo dah budak ni, Sekejap dah besar. Adui cepatlah fasa cari baju raya ni berakhir. Malas nak fikir.

p/s : Seqybeauty masih ada promotion. Beli sekarang sebab setahun sekali je promo ni. terus wasap okay. KLIK SINI. atau pembelian di website. KLIK SINI.

5 comments:

Warisan Petani said...

Tak pernah fikir pasal baju raya.

Zana said...

CIRGARO ada kat plaza masalam. :)

aLin arLene said...

semalam kitorg pegi beli baju melayu bapak n anak2 6thn n 3thn kat Wisma Yakin..jangan pegi booth2 jalan TAR to save time..pegi situ semua tone warna ada so senang pilih..kitorg beli kat KAS Tailor kedai paling hujung..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kat Angsana Mall ada byk baju sepasang sekeluarga, tapi kat Joho la.. hahaha

Wizana Arbain said...

Bak tailor byk sepet..mcm2 color ade, jahitan pon cantik. Quality mmg ok sgt