nuffnang

May 23, 2018

Raya With Kids by Asli

Woah, lama sis tak review produk best kat dalam blog ni. Bukan taknak review gais. Sis tak suka review dalam keterpaksaan. Hahaha! 

Ofkos lah, orang bayar kita then kita kena review elok-elok. So sejak tu, aku pun malas nak buat review sebab taknak la cerita pung pang tapi non hado. Review buat juga, tapi tengok la barang apa. Aku tengok jugak instagram dan facebook dari clients, kalau nampak tak berapa aktif, then maafkan saiyaaaa... 

Sekurangnya gambar awak kena la elok, atleast gambar banyak dan nampak kegigihan client, memang saya nak tolong kawan-kawan, but pertama sekali kita kena tolong diri sendiri juga. Ewah sis ni, haha!

Entry ni tak berbayar ye. Sis ikhlas je up. Pertama bukan sebab dia kenalan. Kalau betul sis nak promote kenalan, then dah lama aku up. Sebab Kids by Asli ni sebenarnya dah lebih setahun, ke dah dua tahun. Rasanya dua tahun dah. Tapi baru sekarang aku nak up kat blog, kerana puas hati dengan kualiti pakaian dia.

Tahun lepas, memang ada beli baju Izz Qaiser dengan Luth Runako, kualiti kain dia memang tak mudah komot, dan selesa kat badan anak. Dia tak panas, serap peluh. 

 Masa ni Luth baru 5 bulan kot, tapi hakak gigih jugak nak beli sebab kain dia best.

 Baju kemeja ni pun dari Kids by Asli.

 Baju kemeja putih ni pun. Baju dorang ni memang kalau beli sesuai nak pergi jalan-jalan ke, atau ada kenduri ke, sebab nampak kerlassss. 

 Runako dah besar sikit, so baju nampak helok kat badan dia.

 Selesa sangat sampai bawak pergi Umrah lah kisahnya, huhu!

Tahun ni, belum puasa lagi aku dah tanya baju warna apa ada. Haha! Tapi Ceera kuajaq, dia dah rembat dulu. Siapa yang pernah beli, then mesti akan repeat order lagi. Contohnya aku lah.

Then tahun ni baju dia simple dan cantik dan kerlas. Korang yang belum ada baju raya untuk anak, mesti beli, komfem takkan nyesal. 

So, mari kita tengok baju raya dari Kids by Asli













Ini baju raya, tapi kalau korang nak baju omputeh, tak silap aku. Dorang tengah buat Sales. Ada serendah RM30, ni aku rasa rugi sangat kalau korang tak beli.






Ada banyak lagi baju cantik, korang kena visit 

atau terus wasap KLIK SINI 

Beli tau sebab memang best tak tipu, percayalah kakak. hihi!

No comments: