nuffnang

Followers

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 15, 2018

Korang Terpaling Nak Promo Produk Apa?

Debornya nak puasa. Tak tau la kenapa kali ni puasa aku bersemangat gila. Faktor terbesar yang tak mampu aku tolak adalah kerana adanya PARAM, ahahahaha! Iolls kan duta param. Qery tanya tahun ni dah 3 orang anak, nak bawak jugak ke semua gi param. Ehhhhh mesti bawak. Kitorang jenis sampai param awal, pukul 4.30 dah terconggok kat situ. Kalau boleh memang nak tolong pakcik makcik bukak kedai sekali. 

Kadang tu sampai awal, makcik jual kuih tu terkedek-kedek nak susun kuih (sebab baru sampai), aku memang rasa nak tolong je, hahaha! Pergi awal tak ramai orang, so bebudak takde la rasa rimas ke apa. Kalau pukul 5.30 tu dah ramai dah, tak sesuai sangat bawak budak kecik ramai-ramai. Kalau setakat sorang dua okay la. Kalau budak besar pun okay je. Actually lantok sana la makpak yang nak bawak anak pi param. 

Nanti muncullah gelssss and boysss out thereeee kata, simpan lah anak tu kat rumah. Hahaha! Kakak no komen ye uolls. Yang kakak tau, kakak pergi masa tak ramai orang. Kalau ramai, kakak mintak suami kakak je keluar beli. Bijak tak kakak. *semoga tidak dicemuh bawak anak pergi param* hahaha! Tengok la keadaan, kadang keadaan memaksa, kadang anak yang memaksa, budak seronok je ramai-ramai camtu. Alah aku dulu masa kecik seronok je pergi pasar malam sempit-sempit pun, langgar bahu, tersangkut tudung kat brooch makcik sampai tertarik-tarik dengan aku sekali, hahaha! Lek lek jangan semua benda nak gaduh ok. Huhu!

Puasa ni aku rasa nak jadi solehah, bukan masak tau. Der, tak insof lagi Zuhana rupanya, hahaha! Tengok lah kalau suami iolls ijinkan i masak (kekekeke), Qery ni suka tak bagi mak masakkkk nyah, dia selalu cakap takpe takyah susah kita beli je. Lalalalala~~~

Aku nak jadi solehah tu berkenaan dengan, tidak melawan cakap suami. Perghhhh. Siyeslah. Memang susah. hahaha! Aku dengan Qery ni bagaikan anjing dengan kucing (kucing semestinya saya, kuku tajam tapi comel, gichew). Ala melawan saja nak cari gaduh, kang muram je kehidupan. Aku ni cakap lembut-lembut dengan Qery, nanti Qery pelik pulak, hahaha! Pelik takpe gais, nanti dia asik jatuh cinta kat iolls pun susah jugak. Bertambah anak tahun depan sistur tak tau ye, kekekeke!

Faktor kedua aku bersemangat nak puasa, mungkin sebab kali ni dah ada geng perempuan. Semangat sikit kakak nak beli baju sedondon. Kalau tak, rasa macam pemenda la baju lelaki ni boringnya haku. Hahaha! Itu aje paternnya. Ini boleh la tengok baju kembang semangkuk, kain berlapis-lapis. Barulah gedsssss... #hidupgedik 

Ada tanya, Sepet jaga muka memang pakai produk Seqy semata ke, takde ke pergi Spa cucuk cucuk sikit. 

Deks, kakak tak pernah pergi Spa, last rasanya 10 tahun lepas jugak. Itupun pergi spa sebab Ceera ajak dia dapat voucher free untuk urut satu badan. Memang tak pernah lagi seumur hidup cuci muka kat spa. Teringin juga nak manjakan diri, tapi tu lah anak duk melekat sepanjang 4 tahun ni. Saloon pun dah lama tak pergi, last masa kandung Izz Qaiser. 

Tunggu anak besar sikit, baru senang hati nak tinggal. Rambut kaklimah pun kakak redho, tapi mujur lah ada Seqybeauty, itu je lah rutin harian aku.

Gincu ni code Saloma RM39. Nak beli klik SINI

 Yurika perhati je perangai mak ehhh...

Mesti Yurika tak sabar nak besar bila buat muka pandang mami camtu, hahaha! Tunggu Yurika, nanti kita selfie sesama okay.

Si tembam.

Korang yang ada anak kurus tu, takyah la risau ke apa anak kurus. Dia nak kurus lantok sana. Asalkan korang bagi cukup makan dah la. Kadang tu tengok baka jugak. Jangan dipaksa budak tu gemok, hahaha! Anak ni tak sama, ada kurus, ada tembun. Yang penting sihat.

Haih melalut, entry ni sebenarnya dedikasi khas untuk nak tanya korang pasal 
PROMOSI RAYA SEQY.

Aku nak tanya korang, dalam banyak-banyak produk, produk mana yang korang nak diskaun terpaling GILA untuk RAYA ni. Kalau korang tak reti nak komen kat blog, sebab takde account ke apa, then korang boleh komen kat facebook nanti eh. Aku share kat link ni nanti. Korang bagitau produk apa, then Insyaallah aku buat SATU HARI diskaun gila gila untuk satu item tu sahaja.

Dan jangan lupa dapatkan SAMPUL RAYA SEQY yang sangat cantik ini (puji sendiri). Sebarang pembelian dengan produk Seqy, korang akan dapat sampul raya exclusive dari SEQY.

Konsep Raya kali ni kami berkempen, Rayalah Bersama Keluarga Tersayang.


 



Contact HQ sekarang. KLIK SINI.

1 comment:

Riana LittleCuties said...

K.pijah nak promosi gile gile untuk SHE Collagen dan Skincare...lalalala