nuffnang

May 17, 2018

KEMPEN LIKE GAMBAR STOKIS DAN PROMO RAYA SEQY

Minggu lepas, sehari selepas mengundi. Seqy bawa stokis yang achieve target pergi bercuti ke Guangzhou/Shenzhen. 5hari 4 malam. Walaupun dorang rasa ralit tinggalkan Malaysia yang dalam keadaan parti mana menang, tapi dorang terpaksa jugak akur untuk pergi sebab tiket flight dah bayo. Eleh benonya memasing happy gedik-gedik beli baju sesama, dalam ig drama konon sedih. Fake sangat. hahaha!

Dorang ingat boleh pergi lenggang kangkung je ke. Aku dah suruh Fieya buat task untuk memasing buat kat sana. Salah satunya minta semua ambil gambar produk yang terpaling kreatif. Biar dorang pening nk buat cemana lantak sana. Kekeke!

Tahun lepas masa balik Australia, aku bagi hadiah kat semua. Sebab keadaan kat Australia pakej tour dia amatlah tak memuaskan. So sebab nak pujuk hati stokis yang berduka lara, kita bagi je semua. Tapi TIDAK untuk tahun ni, hahaha!

Tahun ni kita nak wujudkan semangat berdaya saing antara satu sama lain. So kita nak bagi sorang je pemenang. Semalam aku up gambar penyertaan kat facebook, dan agak sengit juga lah sebenarnya. Meh aku tunjuk kat sini pulak.

I am STRONG because i know my weakness
You are STRONG because you are imperfect
We are STRONG because we are together 💪🏻

I am a woman and I am STRONG and I am using Seqy Matte Lipcream Code 1 - STRONG
------
Tips memakai lipmatte terutama jenis bibir kering

1. Mulakan dengan memakai bbcream pada seluruh bibir
2. Sapukan rata lipmatte di bibir
3. Jangan kemamkan bibir

Milik Zaimah Noh Viruspadu

Milik Ira Noh

Ku terbang bersamamu
Ku melompat bersamamu
Ku bawamu ke mana sahaja ku pergi
Tanpa mu, pucat lah bibirku
Lipmatte Calm, telah jadi penyelamat yang dapat membezakan mekchu dengan rakyat Guangzhou

Milik Suraya Mazni Mekchu

Milik Ceera Noh

Lipmatte Seqy Beauty ,
"Kau berkilau bercahaya menyinari bibir ku 💋"

Bersinar seakan “Canton Tower” yang menjadi pujaan ramai!

Milik Zara Noh

 
Setakat semalam, gambar Ceera yang paling banyak like. Syarat dia yang paling banyak like, dialah menang. Mudah je kan. Jadi stokis semalam kemain lagi berkempen mintak like dari kawan pesbuk. Ceera no wonder la paling banyak like, dia sekarang level retis. Kalau cek kat instagram, dia komen kat page retis je. Semalam siap wish Selamat Berpuasa kat Fazura. Kat aku takdoooooo dia wish pun, asamboiiii betul perangai beliau, hahaha!

Jadi, korang yang belum like tu, tolong la pilih gambar mana yang patut menang. Hadiah dia semua orang tak tau lagi, tapi yang pastinya opkos la best. Sampai pukul 3 je aku kira like, lepas pukul 3 petang ni terus umum pemenang. Hihi!

Dah alang-alang tu, kita cerita sikit pasal PROMO RAYA. Sebab dah lamaaaaa Seqy tak buat promo raya kan, jadi uolls boleh la beli tanpa berfikir panjang. Beli banyak-banyak sebab kita jarang buat promosi.

Merchandise Seqy ni very the limited. Tak semua stokis dan agen ada stok ni. So korang kena cepat-cepat beli, sebab harga ni valid masa puasa sahaja. Lepas tu back to normal price.


Dan dapatkan Stick Blusher Seqy Limited Edition. Harga nanti tengok gambar kat bawah lagi.


Kalau tak faham, boleh terus wasap KLIK SINI, bagitau je nak produk mana. Aku kirakan untuk korang, hahaha! Jangan pening-pening okay.

No comments: