nuffnang

Followers

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 16, 2018

Esok Puasa, Selamat Berpuasa

Korang dah get ready ke nak puasa ni. Aku dah standby susu, tinggal tak beli kurma je lagi. Nak buat jus kurma+susu untuk sahur. Semoga bangun lah Zuhana, jangan minum dalam mimpi dah la. Posibility amat tinggi tu, hahaha!

Lepas kawin ni, tahun ke 5 la maksudnya tu, memang pemalas tahap gaban nak sahur pun. Dulu anje mak masak sahur, sis bangun makan je. Ampuniku ya tohannn.. Perangai tu macam tak sekolah je, patut kena la tolong mak masak sahur kan. Tapi mak kita pun tak gerak (sebab tau dah, kau akan berpura-pura tido mati, melainkan gerak nak makan. Haha). 

Qery pulak bila gerak sahur, dia minum air je. Jadi konsep dah bertukar sikit. Kami makan sebelum tidur. Tidur pukul 1 2 pagi, makan la sikit kot beli roti john ke, atau kuih muih ke, atau maggy ke, atau roti ke. Pastu pukul 5 lebih Qery bangun minum air je. 

Rasanya tahun ni pun akan buat benda yang sama. Tunggu anak dah puasa baru la kita ikut peraturan bangun sahur ye. Itupun kalau saya dapat hidayah la. #prayforzuhana

Tahun ni nak ajar Qaiser and Runako, apa yang bagus buat masa puasa, idok la aku nak suruh dia puasa lagi. Maybe boleh ajar jangan makan minum depan orang puasa, adab puasa, supaya dia pun rasa bahangnya kehangatan nak raya nanti.

Baju raya aku dengan Yurika dah beli. Hahaha! Gila awal. Eh koser mak nak mengangkut semua sekali beli baju raya. Walaupun hakikatnya memang kena gak angkut nanti, tapi sekurangnya dah kurang lah beban nak beli baju raya aku dengan Yurika. Raya pertama dah ada, raya kedua ketiga tu pilih je warna apa tak kisah dah.

Aku pesan kat Qery, korang lelaki tiga orang pepandai la pilih nak sama macam mana. Mak tak campur. Haha! Tapi Qery tu tau la, semua nak sama. Baju aku anak beranak pilih sekejap je satu kedai, baju Qery bukan satu kedai, 4 mall belum tentu dia nak. Pening tau kalau dia cakap sekolah ada  event ke, Seqy ada event ke. Sebab nak mencari baju dia tu adudududu. Haha!

Tapi sebab saiyangggg, ku ikutkan jua. Moga dapat syurga dan gelang emas. Aminnnn...

Kalau ikutkan, raya ni Yurika umurnya lebih kurang 9 bulan kot. Ish cepat je besar bebudak ni lah. Qaiser Runako kalau balik rumah Opah dah tak melekat kat kaki mak dia dah. Elok main dengan sepupu. Yurika ni la masih menangis tak tentu hala. Hahaha!

Tak tau la perangai Yurika ni, kalau kat rumah aku memang baik. Senang jaga sebab abang-abang dia banyak tolong mami. Nak mandi, nak memerut, nak masak semua dah senang sikit. Mintak tolong je Qaiser atau Runako jagakan adik. Dorang okay. 

Tapi masalah Yurika ni, orang yang dia tak kenal jangan la pegang dia. Dia punya menangis tu seharian. Family aku kan suka nyakat (perangai aku jugak ni, haha), lagi budak tu tak suka lagi la nak sakat. Seronok kan, hahahaha! Yurika kalau balik rumah Nenek (mak mertua) atau rumah Opah (mak aku), dedua dia menangis.

Yang dia tak menangis bila Lina, Iqa dan Fieya pegang je. Haha! Dah tu muka dorang ni dia dah selalu nampak. So takde la nangis. 

Jadi, dikesempatan ni. Sebagai umat Islam, tak salah kalau kita saling mengingati antara satu sama lain. Jangan banyak membawang, jangan mengumpat, jangan sibuk dunia, jaga lidah, jaga tutur kata. Orang kata jangan ikut sedap mulut ko je nak kata itu ini. 

Ini baru habis pilihan raya ni, risau kang jenuh je buat amalan itu ni, tapi ngumpat orang pulok dah habis gitu je pahalanya. Bulan puasa ni bulan kita nak kejar pahala lah kan. Nak sedekah, nak buat amal jariah. Nak khatam Quran, nak solat terawikh dan sebagainya, ewah. haha! Buatlah mana termampu.

Kalau nampak orang upload gambar pakai telekung dengan hashtag done terawih, apa yang korang perlu buat. UCAP ALHAMDULILLAH. 

Nampak orang up gambar masakan, UCAP ALHAMDULILLAH.

Bulan puasa ni gais, masa ni je fenomena ramai up gambar telekung, masa ni je ramai orang up gambar masakan. Toksah la korang kenang, beliau zalim terhadap si polan si polan sebab tak dapat makan benda tu. Takyah buat kerja tuhan cakap orang ni jatuh riak bongkak menunjuk segala bila up done terawih..

Ucap Alhamdulillah. Syukur lah yang beliau ingatkan ramai manusia di luar sana untuk solat terawih. Syukur masih ramai wanita di luar sana yang mengikuti terawih di masjid-masjid. Syukur masih ramai yang memenuhi rumah Allah masa bulan puasa. Raikan bulan puasa ni dengan hati yang tenang. Takyah nak kerut-kerut dahi tak puas hati nampak orang up gambar telekung.

Ucap Alhamdulillah bila nampak beliau up gambar masakan berbuka dengan sambal udang petai. Syukur esok punya menu dah takyah fikir, boleh tiru. Syukur boleh share resepi dengan kawan-kawan. Syukur boleh kongsi kegembiraan. Perempuan ni itulah nikmat dia. Bila dia masak, dia nak tunjuk. Bukan suruh orang puji pun, kadang tu untuk puaskan hati. Nak buat kenang-kenangan. Tahun depan keluar news feed kat fb. Ekekeke.

Sucikan hati kita sendiri. Takyah sibuk sucikan hati orang. Malaysia dah baru. Anda masih dengan perangai lama. Kenapa?? Hahaha! 

Tolong lahirkan bangsa yang bersyukur, berfikir, berilmu, berdisplin, berbakti. Jangan cepat sangat menghukum orang, kita bukan tuhan. Okay gais....

Harini tanam kat hati yang paling dalam. Apa je status orang yang kita tak suka. Just take it positif. Tanya diri kita yang hina ini, hahaha! Masuk syurga kah aku kalau tak puas hati dengan status orang. Tak, memang takde kene mengena. jadi kesimpulannya. Toksah kisah, ucap Alhamdulillah... 

Moga puasa dan amalan kita diterima. Itupun dah syukur. =)

#doneustajah
#donebebel

Eh lupa nak bagitau uolls, follow rapat-rapat produk terbaru Seqy. 


Stick Blusher Seqy. Ada dua warna menarik. Limited Edition, memang buat sempena nak raya ni sahaja. Sekali dengan brush, jadi korang dah dot dot kan kat muka, terus ratakan guna brush dia.

Kalau nak tau berapa harga, standby kat ig sepetnoh, atau kat FB Sepet Noh. Klik kat nama iolls tu. Atau korang terus wasap HQ KLIK SINI taip NAK BELI BLUSHER, then bila dah release kita terus reply wasap korang beserta details blusher. Okay.

No comments: