nuffnang

May 25, 2018

CSR SEQY 2016, 2017

Alhamdulillah, Tahun ni tahun ke 3 Seqy beauty join buat amal bersama rakan-rakan. Untuk yang belum tahu, pembelian Set Skincare Trial Seqy, RM1 akan di sumbangkan kepada badan amal. Saya ada dermakan ke peti Syiria, ada juga untuk bayi-bayi yang kriktikal. Dan jumlah yang besar saya salurkan pada bulan puasa.

Eh saya saya rasa baik sangat ni, haha! Tahun 2016, Seqy salurkan pada gelendangan area KL.





Dan kitorang ada jugak derma untuk makanan sahur di rumah anak yatim.


A post shared by Sepet (Zuhana Noh) (@sepetnoh) on

 
Dan dari pemerhatian aku, gelendangan dan rumah anak yatim ni ramai jugak yang derma lagi-lagi bulan puasa. So aku dengan Qery decide, untuk tahun 2017, kita bagi kat murid miskin tegar pulak.

Sebab Qery cerita, kat sekolah dia memang ada murid miskin. Nak cerita pun sedih sangat, jadi aku decide, pilih beberapa buah sekolah berdekatan untuk kita dermakan. Tak dapat derma semua sekali, tapi aku harap dapatlah ringankan beban family masa nak raya nanti.

Korang boleh tengok video dan gambar CSR untuk tahun 2016.



Hai semua. Ingat tak yang kita mohon siapa nak join derma untuk amal kebajikan bulan puasa ni.  Tq penderma. Ini hasil dari kutipan derma dan duit RM1 hasil pembelian Set Skincare kami dermakan ke badan amal kebajikan. Dan salah satunya kami dermakan ke murid miskin tegar di 7 buah sekolah. (lebih kurang 200pek)  SK Pandan Indah SK Taman Muda SK Taman Midah 1 SK Kg Cheras Baru SK Taman Bukit Teratai SK Bandar Tun Hussein Onn 2 SK Taman Puteri Hulu Langat Sorang murid akan dapat 1. Beras 5kg. 2. Minyak 1liter. 3. Sabun cuci pinggan. 4. 2 pek sabun basuh baju.  5. Ketupat nasi instant. 6. Biskut. 7. Air Kordial.  8. Duit Raya.  Esok kami start edar dah. Moga murah rezeki kalian semua. I love you 😘😘 #esokgiatpacking #esokgiathantarbarang #kerahtenagasebelumcutiraya #cutisemingguokay #horahorey
A post shared by Sepet (Zuhana Noh) (@sepetnoh) on








Ini antara sumbangan tahun lepas untuk beberapa buah sekolah. 

7 buah sekolah. (lebih kurang 200pek)
SK Pandan Indah
SK Taman Muda
SK Taman Midah 1
SK Kg Cheras Baru
SK Taman Bukit Teratai
SK Bandar Tun Hussein Onn 2
SK Taman Puteri Hulu Langat

Sorang murid akan dapat

1. Beras 5kg.
2. Minyak 1liter.
3. Sabun cuci pinggan.
4. 2 pek sabun basuh baju.
5. Ketupat nasi instant.
6. Biskut.
7. Air Kordial. 
8. Duit Raya

So tahun ni kami dapat contact dari beberapa buah sekolah, dorang tanya kalau kita nak buat derma ke anak-anak ni lagi.

Okaylah. Untuk tahun ni, kita nak cuba bagi orang lain pulak. Staff Seqy dah contact beberapa ketua kampung, dapatkan details keluarga yang betul-betul daif dan memerlukan bantuan. 

Setakat ni, memang cerita sedih la, Ketua Kampung cakap ada beberapa keluarga yang betul-betul miskin. Anak 8 orang, ada yang cacat (OKU), ada tu mak bapaknya OKU, ada tu yang ditimpa kemalangan. Aku masih tak dapat gambarkan keadaan dia macam mana. 

Kadang tu rasa bertuah sangat, walaupun tak dilahirkan dalam golongan yang berada, tapi syukur Allah bagi keluarga yang sihat tubuh badan, sempurna sifat, mak abah jaga sampai besar, pelajaran cukup, emosi tak terganggu. 

Nak dibandingkan dengan orang yang diuji kesakitan, keluarga tak sihat, anak istimewa, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ini je lah yang aku dapat bantu, nak bantu kurangkan sakit tu memang mustahil lah, itu kerja Allah. Cuma ini je la ikhtiar aku untuk orang yang betul-betul perlukan bantuan. 

Terima Kasih yang dah menderma, aku akan update dari masa ke semasa barangan yang dah dibeli, so penderma boleh tau duit tu disalurkan kemana. 

Yang pastinya, Selasa depan aku akan bawa barang-barang keperluan raya untuk sedekahkan ke mereka semua.

Jadi, kalau ada yang nak menderma, korang boleh terus transfer ke Akaun ni, paling lewat hari Isnin depan (sebab Selasa nak hulurkan ke mereka dah). Tak dapat banyak, Rm1 pun dah alhamdulillah. 

Antara barang yang kami akan berikan buat masa ini. 

1. Beras.
2. Kuih raya.
3. Air kordial.
4. Ketupat instant.
5. Lemang instant.
6. Tudung raya (untuk perempuan)

Jika ada sumbangan boleh terus ke.. 

Account number :
162450129880 (MAYBANK)
7035458325 (CIMB)

Account holder :
RAZHAFIYAH BINTI RAZALI
(biras saya) 

Reference details : CSR Seqy. 

Terima kasih semua, moga sumbangan korang semua dapat menggembirakan anak-anak, ibu bapa yang kurang keupayaan ni rasa di sayangi.

#masihadayangsayang
#csrseqy
#terimakasihpenderma
#semogaAllahsayang
#semogasyurgauntukmu
#hanyaAllahyangdapatbalaskebaikan

No comments: