nuffnang

Followers

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 5, 2018

Cantik dalam pantang.

Wow! Kakak update hari Sabtu. Adakah kakak dah benar-benar insof dan serius nak berblogging semula. Tak tau la awak. Kita update blog sebab taknak memori tu terlupus macam tu je. Nanti anak dah besar, dorang boleh tengok gambar dorang kecik-kecik. Mana makpak nya bawak jenjalan. Tengok perangai dorang masa kecik cemana. Kakak kan sentimental juga adakalanya. mata ke atas Gittew.

Pantang kali ke-3 ni, kiranya aku dah ada dua kali pengalaman berpantang lah. Yang mana tiap kali berpantang, aku pantang sendiri. Duduk rumah sendiri, jaga diri sendiri.

Masa Izz Qaiser, rupa bibik.
Masa Luth Runako, rupa manusia normal. haha!

Jadi masa Aisy, aku nak berupa helok. Helok kat mata sendiri je yang benonya. Nak tengok cermin dengan perasaan yang gembira. Kalau tak sebelum ni rasa nak campak je semua cermin. Dah kenapa muka kau cam kaklimah. Itu sebab lah aku fikir, nak pantang secara cantik di mata, cantik di hati. Tiber...

Dan ofkos, rutin yang aku tak pernah tinggal adalah......

SAKURA MASK.

Aku tak kisah lah korang nak cakap promote produk sendiri ke apa. Sebab ini perkara benarrrrrrr. 

Rata-rata wanita berpantang memang ada masalah rupa kaklimah ni, termasuklah aku sendiri. Hahaha! Sebenarnya, kalau ikut pantang orang tua-tua. Memang dorang suka sangatlah kalau yang rupa lebih huduh dari Kaklimah, katanya supaya suami tak dekat.. Bahaya cantik-cantik.

Tapi uolls, ikut lah kesesuaian. Zaman sekarang ni, banyak jugak dengar cerita laki buat perangai masa isteri berpantang. Mohon lelaki macam tu sempatlah bertaubat. Suruh pupus kang kata kakak kejam. Padahal cari perempuan lain masa isteri tengah pantang patut kena tembak je, kalau ikut aku la. Hahahaha!

Satu lagi, berpantang ni adalah proses mengembalikan emosi kita. Untuk pertama kali jadi ibu, maybe agak susah bagi korang sebab korang belum pernah ada pengalaman berpantang. Emosi tak stabil, aku risau kang kalau tengok muka kat cermin, mau kemurungan setahun. Habis pantang pun masih lagi kaklimah, itu tak tau lah saya nak kata apa. Kekeke!

Bagi aku, nak cantik bukan untuk sesiapa. Tapi untuk diri sendiri rasa happy. Perempuan ni naluri dia memang sukakan kecantikan. Kita suka tengok perempuan cantik, kita suka tengok rumah kemas, kita suka tengok barang-barang organise dengan cantik. Benda yang paling dekat dengan kita adalah diri kita sendiri. Jadi kita walaupun rupa takde la saing Pajura, tapi sekurangnya kulit nak la bersih, bibir nak merah bak delima amboi, rambut nak wangi, kuku nak potong bersih, baju nak wangi. Gitu lah baru bahagia. 

Ini tak, bau badan pun bau susu masyam. Haha! Itu aku la. Tapi sekarang aku dah bijak sikit. Tiap kali susu tumpah, aku tukar je baju. eh lantak lah basuh baju banyak pun. Baju memang banyak pun kan. Apa guna kalau tak pakai. Gituuuu..

So benda pertama yang aku takkan pernah skip masa berpantang adalah setiap pagi pakai Sakura Mask. Tak lama pun aku pakai, paling lama sejam la. Paling sekejap 30 minit. Kenapa aku pilih pakai waktu pagi. Sebab semasa kita tidur, kulit kita kekurangan air, jadi kelembapan kat muka pun berkurang. Lain ye minyak kat muka dengan air kat muka. Minyak menutup liang pori, tapi air tidak. Sebab tu aku topup kelembapan wajah waktu pagi supaya meresap dalam kulit. Then lepas tu baru cuci muka untuk buang segala kotoran dan minyak berlebihan. 

Kenapa kering pulak pagi-pagi Sepet. Sebab sejuk awak. Cuaca sejuk mengeringkan kulit. Kita pasang aircond, kipas, pagi = sejuk. Kerana itulah awak. Huhu!


Ini masa berpantang tak ingat hari ke berapa. Memang tak pernah skip Sakura Mask. Kulit aku takde la cantik sinar memancar-mancar, tapi kalau tengok dalam cermin, takla bermurung, hahaha!

Jadi, untuk sesiapa sahaja, yang nak ikut tips aku. Then boleh dapatkan Sakura Mask. Harga memang berpatutan sangat. Sebab ianya bukan mask biasa-biasa. Kenapa Sakura Mask luar biasa. Nanti aku cerita entry lain pulak. Yang ni share supaya masa berpantang semua wanita helok kulitnya, walaupun perfume kita 24H bau susu. Yang penting, kulit kita sihat. Hihi!

Awak wasap www.wasap.my/+601121076726 sekarang.
Harganya RM80 sebanyak 30gram. Boleh digunakan lebih dari sebulan (mengikur cara pemakaian).

No comments: