nuffnang

May 14, 2018

Assalamualaikum Malaysia Baru

Buat pertama kalinya aku menaip selepas pilihan raya lepas, terasa macam baru lepas merdeka pun ada kekdahnya, hahahaha! Jangan tanya aku pilih parti mana ye. I'm natural. Aku memerhati sahaja, berfikir dan mengundi. Politik seperti mana yang aku pernah bagitau kat insta stori dulu, adalah strategi sahaja. 

Sejauh dan sebaik mana strategi sesuatu politik untuk bangunkan sebuah negara. Strategi mana yang lebih nampak yakin, kita pilih. Strategi tak salah, yang salah bila kita tak laksanakan dengan laluan yang betul. Itu je. Korang takyah nak bergaduh sakan, sebab dorang sebenarnya baik je sesama dorang. Kita pulak kadang tu emo terlebih. 

Nak suka orang, jangan sampai menyanjung, tak suka jangan sampai mengeji. Apa yang kita perlu buat adalah doakan yang terbaik. Aku dari dulu suarakan, antara kita jangan berbalas kejatahan. Dia buat baik kita balas baik, dia buat jahat kita balas baik. Bukan sebab aku yang suruh ko buat baik. Tapi Allah yang suruh. Ohmyustajah dah keluar. Hahaha!

Seriuslah gais, gaduh dunia tak dapat apa. Bawang memang sedap, tapi terlebih bawang pun busuk je. So berpada je lah ye. Semua benda buat dengan berpada-pada. Benda ni basic la kot, semua orang belajar, setakat SPM ni rasanya semua orang pun boleh paham. Tak perlu sambung belajar pun dah boleh excellent dah bab akhlak atau moral. 

Gaduh bash gila-gila kat facebook atau kat instagram nak buat apa. Kalau betul kita share tu takpe lah, kalau tak betul dah jadi fitnah. Ada benda kita boleh share, ada benda yang kita boleh baca je. Itulah gunannya otak. Berfikir. Tak boleh fikir waras istigfar banyak-banyak dulu. Perghhh benonya ustajah Zuhana ni, hahahaha! So funneh.

Habislah isu politik yang aku rasa memang makan masa juga nak reda. Yelah, isu politik ni worldwide, bukan cerita kisah fattzura. Fattzura pun sebulan baru habis, inikan isu doniaaaa...Hahaha! Biarlah yang bijak pandai uruskan, kita rakyat memerhati je. Suka tak suka tunggu lagi 5 tahun kita pilih lagi. 

Paling seronok pekerja lah. Boleh bercuti dengan family, lengang lah KL minggu ni. Aku nak pergi memana tak jem terasa amahzing sangat, hahaha! Kita sebagai majikan, akan terasa jugak lah even cuti tak cuti, tetap bayar duit pekerja seperti biasa. Pro and cons menjadi pekerja dan menjadi majikan. Dua-dua aku merasa. 

Bila kita jadi pekerja, kita kutuk majikan itu ini. Ok sepanjang hidup aku tak pernah lagi aku mengutuk bos. Sebab bos aku memang best dan aku tau bos dah buat yang terbaik. Aku pernah jadi pekerja, so aku tau jugak lah masalah sikit-sikit yang dilalui oleh pekerja. Sebagai seorang majikan, ofkos kita kalau boleh buat yang terbaik untuk pekerja. Bukan setakat nak pekerja happy, tapi nak pekerja ada lebih banyak pengetahuan. Then bila orang kutuk majikan, kenapa itu ini itu ini. Aku hanya mampu tersenyum, sebab perkataan BOS ni, banyak lagi yang kita sebagai pekerja ni tak tau. 

Tapi jarang sekali dengar bos kutuk pekerja, hahaha! Walaupun dia tau, staff dia suka mengular. Yang lelaki selalu hilang entah kemana. Rehat sejam jadi dua jam, dia tau pekerja dia main facebook and instagram je lebih, still selalunya bos ni beri peluang. Sebab kita faham tiada yang sempurna. Sebab kita paham hidup kebelakangan ni stress, sebab kita paham dan kesian dorang bekerja nak sara isteri dan anak-anak. Bos selalu diam sebab kami selalu beri peluang. Gitu. 

Eh tapi staff iolls terbaik ok. Haha! Nanti dorang wasap iolls pulak tanya Sepet cakap pasal siapa, kahkahkah!

Aku pernah kerja, jadi aku tau manusia sejenis mana yang suka ambil kesempatan keluar ni, selalunya memang lelaki, dan senior. Opkos. Tapi ada yang jujur walau amount yang jujur ni tak besar, tapi syukurlah. Masih ada. Hahahaha! Aku dulu tak ngular okay. Kalau dua shift kena buat, kadang memang tak makan sebab tak sempat. Intergriti lah sangat, bhahahaha!

Orang yang kurang komplen tapi buat kerja efisyen, selalunya ada hidup yang lebih tenang dan berjaya. Orang yang suka komplen selalunya hidup dia tak berapa tenang sebab sibuk nak cari kesalahan orang, dan hidup dia memang setakat tu je. 

Jadi, sempena Malaysia baru. Ayuh la kita berganding bahu bersama-sama membina diri yang lebih baru. Lebih efisyen, lebih berintergriti, lebih dedikasi, lebih berbakti, untuk keluarga, agama dan negara. Gitchuuuuuuu. 

Sampai bila nak terima BRIM, eh. Hahahaha! Kita usaha kita dapat, kita malas kita rugi.

p/s : Seqy ada produk baru BLUSHER. Ada dua warna, siapa yang nak boleh risik-risik, wasap KLIK SINI

No comments: