nuffnang

Apr 25, 2018

Hallu Im Back

Duhai, lamanya tak update. Kalau boleh taknak update dah uolls, sekali semalam dapat hidayah dari Allah. 🙊

Konon lah aku cakap kat Qery, mulai harini nak update blog. Pastu Qery cakap "Oh ok". Itu je ayatnya, tak memberangsangkan sangat. Atleast buat muka happy sikit pun okay dah, tapi tak perlu sampai buat kenduri kesyukuran pulok. ekekekeke!

Hati memang memberontak nak update blog tau. Kalau korang perasan aku banyak nau membebel kat insta story kan. Itu tebiat dah lama tak update blog la tu. Malas kot nak update status facebook sebab kang sibuk pulak nak tengok noti siapa like siapa komen. Kat situ je dah buang masa, macam kan takde hanakkkk aku nak jaga. hahaha!

Seriusla kan gadget ni memang lalai sungguh la. Nak tengok instagram, lepas tu kang sibuk jugak tertengok orang lain, terbawang dalam hati. Hakak ni tahap bawang dalam hati je, belum sampai sibuk komen kat wall orang. Biarlah buruk mana pun orang, kau tengok jela. Buruk jadikan pengajaran, baik ambil teladan. Itu pun tak tau. Hahaha!

Aku tengok ramai nau sekalian bawang ni tak ingat dunia dah. Macam kan kau tu tak pernah buat silap pulak. Padahal orang tu tak buat salah pun dengan kita, ehhh kita sakit hati lebih pulak. Haha! Sikit-sikit berpada-pada dah la wei. Jangan over sangat kau punya sentap tu. Takde jadi beras pun kalau kau emo lebih-lebih.

Sekarang nak update blog pun kena hati-hati gak. Zaman viral ni macam-macam boleh jadi. Benda kecik pun sibuk orang besarkan. 10 tahun lepas aku update pasal apa pun orang tak membawang. Orang cam baca,paling bawang pun dengan kawan-kawan je la. Orang sekarang ni menakutkan okay. Cemana lah anak-anak kita nanti kan. Anak sendiri buat perangai kita boleh marah (ke tak marah jugak, haha). Sekarang ni pun takut nak tegur anak orang, kang parent over marah kita, sentap marah anak dia la.

Bagi aku, kalau anak aku salah then tolong marah. Kita hidup bermasyarakat. Esok lusa anak kau akan hidup dalam kelompok masyarakat. Dari sekarang ni kalau dorang buat salah kita kena tegur. Anak aku kalau sapa marah pun aku tak kisah. Dia salah ke dia tak salah ke, biar dari kecik dia belajar cara atasi perasaan salah dan beralah. Sebab dunia sekarang ni sebenarnya lebih advance. Kalau sikit-sikit tak boleh, kita akan menyusahkan anak kita nanti.

Eh tiberrr sangat aku membebel ni dah kenapa. Hahaha! Sebenarnya nak update cerita jalan-jalan. Sekarang ni aku nak terapkan dikalangan ibu bapa bawaklah anak anda bersiar-siar. Bawaklah anak anda berjalan walaupun ke taman permainan. Berilah peluang mindanya berkembang. Kurangkanlah beri gadget.

Sebab tu bagi aku, susah macam mana pun bawak anak keluar jalan-jalan. Sebab akhirnya, benda tu jadi pengalaman manis. Bukan untuk kita je, tapi untuk anak-anak jugak. Ada orang rasa, dah ada anak adui malasnya bawak keluar. Nanti anak terkejar sini sana. Iye mak paham uolls, hahaha! Anak mak pun boleh tahan gak si Runako tu.

Kalau rasa susah jaga, boleh la cuba bawak jalan dekat-dekat je. tempat yang korang boleh nampak. Atau pakaikan beg tali kat dia, lantakkan orang nak tengok pelik pun. Anak kita bukan anak dia. Kuikuikui.

Macam aku, selalunya aku buh dorang dalam stroller. Dua-dua aku sumbat. Yang Yurika aku dukung. Sebab bagi aku, biar dorang baik-baik dalam tu, dari dorang berlari sana sini nanti aku gak pening. Bila orang tengok, dorang pelik kenapa la baby tak buh stroller, kenapa abang-abang yang masuk stroller. Gitu. Memang aku lantakkan. Sebab anak aku. Hahaha!

Bukan lah tiap masa dorang duk stroller, dorang pun berkeinginan nak keluar jalan berlari bagai. So ada masa aku bagi dorang berlari berjalan. Cuma untuk tempat yang tak sesuai nak berlari berkejaran, aku sumbat dorang masuk stroller. Senang hati mak. kekeke!

Ok uolls, nantikan entry-entry makpak beranak 3 keluar jalan-jalan, tunggu mak habis edit gambar dulu. Semoga anak-anak kita hidup dalam kadaan normal dan sentiasa gembira di samping ibu bapa tercinta. Aminnnn

No comments: