nuffnang

Apr 25, 2018

BLACKOUT

Aku rasa tahun ni, ada dekat 5 kali kot kawasan rumah aku ni blackout. Tahun lepas ada la sekejap-sekajap macam tak sampai 20 minit camtu.

Tahun ni paling worst. Pernah malam tak ada letrik. Dari jam 12malam, sampai pukul 5 pagi. Ko ghase, dengan anak-anak kecik. Aku pulak takleh tidur nak mengipas bebudak ni je kerjanya.

Semalam pun sama, pukul 1 pagi sampai dekat pukul 3 pagi. Runako Yurika semua terjaga sebab panas. Aku dah lenguh tangan mengipas. Yurika ni la, dia jenis berpeluh kat kepala. Ratu lilin okay budak ni, takleh panas. Hahaha!

Kelmarin, takde letrik. Tak silap hari Isnin, dari pukul 2 petang sampai dekat 8 malam. Over tau.

Masa takde letrik tu aku takde kat rumah. Sampai rumah pukul 4 camtu. Jiran aku cakap takde letrik. Dia suh kol TNB.

"Kamu kol TNB, saya sudah kol dua kali. Selalu kalau orang Cina kol TNB lambat datang. Kalau Melayu kol cepat datang"

Hahaha! Tapi aku takde la kol jugak. Sebab fikir uncle dah kol dua kali kot. Lepas tu dah dua jam pulak tu. So bagitau Qery kita bawak anak jalan-jalan la dulu. Nanti balik mesti dah ada letrik.

Kitorang balik pukul 6 lebih. Still takde letrik. OMG, nak makan pun tak nampak nasi kot ni. hahaha! Cepat-cepat mandikan budak dulu, sebab dorang baru lepas potong rambut. Qery pun mandi dulu sebab kejap lagi dia nak main bola. Aku pun buat la apa patut sementara masih kelihatan rumahku. Haha!

Drama sangat, padahal ada je torchlight kat fon kan. Tapi sebab nak save bateri. So buat la semua benda cepat-cepat sementara boleh. Sebelum maghrib Qery kol TNB.

"Hello, saya tak tau lah ini kali ke berapa kawasan rumah saya takde letrik. Tapi harini Jiran saya bagitau dari jam 2 petang sampai masuk maghrib ni tak ada letrik"

"Encik Khairi ye (dia pun dah tau nama laki aku, haha), alamat bla bla bla bla. Ok kita ada terima aduan, tapi saya tak pasti sekarang staff kita kat mana. Boleh Encik Khairi keluar dulu mana-mana selama dua jam, dan kalau belum ada letrik lagi inform TNB semula"

"Saya nak pergi mana dua jam maghrib ni dengan anak kecik-kecik, awak minta dorang datang cepat sikit, sebab dah lama sangat ni"

Gitu laki aku. Hahaha! Yelah, nak kemana pun maghrib ni ye tak. Kitorang decide lepas maghrib tu nak keluar pergi opis dulu lepak. Sebelum pukul 8 tu, elok je nak melangkah kaki keluar terus ada letrik. Betul lah uncle tu cakap, mungkin kena Melayu kol ke apa ni. hahaha!

Semalam yang takde letrik pukul 1 pagi tu, terus aku suruh Qery kol. Syukurlah tak sampai 2 jam. Itupun rasa lamanya. Esok nak kerja kot. Lately ni je kerap takde letrik. Sederet rumah aku je pulak tu, bukan satu taman pun. Why oh why. Susah tau awak takde letrik. Sejam dua takpe. Bayangkan kalau ada yang dalam pantang ke, cemana pulak tu nasibnya. Ok lagi, kalau anak kecik yang berak banyak kali. Fuhh.

Apa pun, bersyukurlah sebab dah ada letrik. Moga lepas ni elok-elok la letrik kat kawasan sini. Tak sanggup mak nak mengipas 3 orang anak memalam wei. TNB tolong la jangan memacam dekat pilihan raya ni, acah-acah takde letrik pulak. Kakak diselubungi misteri nanti tau. Hahaha!

Joke Joke (mata ke atas)😜

No comments: