Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 24, 2017

Tak Pandai Pilih Ikan Fresh

Aku paling lemah sekali kalau bab barang basah ni. Serius la wei dari aku kecik, yang membeli barang dapur ni semua arwah abah. Abah dulu suka mancing, memang balik tu bawak ikan fresh lah kan. Then bila beli barang basah pun, dia order dari kawan dia yang baru balik mancing. So abah memang tau la tengok ikan tu baru ke lama ke. Aku tau gak, tau makan je, ekekekeke.

Memang lain rasa ikan baru and ikan lama. Aku kan dari kecik biasa manjaaaaaaaaa mesti makan ikan yang fresh semua. Bila dah kawin ni rasa stress wei. Stress sebab tak reti pilih ikan. Hahaha!

Qery ni pentipu gak la. Sebelum kawin dia cakap dia tau siang ikan la, tau pilih ikan la. Pastu bila aku suruh beli, dia memang beli. Tapi dia ajak bapak dia pilihkan ikan. Dasarrrrrrrrr perangai tuuuuu. Hahaha!

Yang paling stress, Qery tau masak air je. Tepuk dahi tepuk pipi tepuk amai-amai belalang kupu-kupu la sudahnya. Gebang masa sebelum kawin kemain lagi laki aku ni kan.

Aku memang tak reti siang kot. Dulu masa mak aku gi Haji 2 bulan, bapak aku beli ikan ke udang ke, dia yang siangkan. Aku tau tau turun dapur semua dah bersih je. Wah manja sangat kau Zuhana. Bapak aku tau dah anak bongsu dia ni, selain pakar dalam bab makan-memakan, tiada lagi kepakaran lain yang ditemui..haha!

Mak aku ni sejenis perempuan rajin gais. Bila mak aku dah rajin di skala pat ribu, opkos lah anak dia rajin di skala negetip pat juta. Mak aku masak, siap siang ikan, siap buat air teh o. Pun belum tentu aku turun dapur makan. Kemalasan aku ni, siap mak tatang makanan tu masuk dalam bilik aku, hidang depan muka iolls. Kau rasaaaaa......

Jadinya, jangan la kau ingat perangai pemalas aku ni terus bertukar 360 darjah setelah jadi suri rumah. Non hado. lagi bertambah manja ada. Bukan takat tak masak, dail je nombor suami. Semua makanan dia boleh delivery. Kahkahkah!

Tapi, bila anak-anak dah besar. Aku rasa cam terpukul (drama sangat terpukul bagai), rasa kesian la sebab dorang ni tak rasa macam apa yang aku rasa dulu. Dulu aku makan masakan emak je. Makanan emak kan sihat, makanan dari rumah kan cam omaigod sedapnya walaupun ikan bilis belum masak pun. Kekeke!

So aku pun memasang impian untuk ubah sikit-sikit perangai buruk aku ni, walaupun agak jenuh jugak la aku rasa. Macam kalau berubah pun, takde la jadi ibu mithali mana, takat sup sup tu boleh la bebudak tu telan lagi. Kalau ko suruh aku laksa ke memang tak la. Beli kedai sana. Kita mesti support peniaga melayu. Wah alasan aku. Tepat pada masanya. Haha!

Jadi, aku pun ambil la keputusan untuk beli barang dapur basah dari ig @barangdapurbasah (bukan iklan berbayar okay). Just nak share dengan korang, kot la korang pun perangai hazab cam aku ni, haha! Sebabnya, yang melecehkan aku nak masak bagai ni, bila barang basah tu tak bersih lagi, tak siang lagi. Then datang berduyun-duyun terus pemalas aku ni.

Semalam, Isnin 23.10.2017. Aku tekad terus wasap nak beli online barang dapur basah. Takde tanya Qery pun boleh ke tak. Haha! Kira nekad habis lah ni, apa nak jadi, jadilah. Nak gaduh laki bini sebab beli barang dapur tak ajak ke apa, lantak sana Yang penting aku nak beli gak. Suka sebab cek kat ig memang semua ikan dah siang, udang dah belah, semua fresh dan bersih.

Malam tu terus beliau hantar ke depan rumah. Terus jugak aku asingkan nak masak sehari-sehari. Semangat gila lah kata ko. 

model barabg dapur basah

Then harini, keluarkan ayam dan udang. Ayam tu nak masak sup la. Anak aku ni memang suka sup dengan nasi. Dorang tak kisah makan ayam ke ikan ke, yang penting mesti ada sup. Okay lah. Senang gak la aku dalam pantang pun boleh makan skali. Takyah masak 2 3 jenis makanan. Udang tu aku nak masak untuk Qery. Sekali Qery call dia cakap takyah masak makanan dia sebab dia nak makan kat luar.

Tetiba dia balik, cakap tak jadi makan luar. Tolong gorengkan ayam dengan ikan. Dia nak ratah. Nak diet katanya. OMG nak diet gais...hahahaha! Sejak aku tengok cerita drama Titian Cinta ni, kemain laki aku semangat nak diet. Katanya jeles sebab aku asik  tengok Zul Ariffin je. Kahkahkahkah! Dah anak tiga bang oiiii. Udah udah la tu jelesnya pun. Nasib la merajuk pun comel. *mata ke atas*

Kelam kabut la keluarkan ayam dengan ikan. Goreng cecepat.  Uishhh.. Best rasa bila dapat masak sekejap. Kalau tak, nak siang ikan pun dah berapa punya lamaaaaaaa. Stress mak hincik.

Okay lah tu saja bebelan hari ini. Yurika dah menangis siap gigil-gigil bibir. Drama ko ni nak. Nak berdukung je keje dia. Kbye semua.

2 comments:

Siti Nurhayati Dollah said...

Sonang je bila ada servis gini. Yang paling leceh bila nak sediakan bahan untuk masak adalah nak siang menyiang nih. Lenguh yang amat. Bila ada yang dah bersih, rasa bertambah rajin nak masak :D

Hamizah Sahabudin said...

Serius la sepet gigih masak utk kery time dlm pantang? Kalau akak, air milo pon suh suami buatkan? Adakah tahap keazaban kemalasan akak ni lagi power dr sepet? 😂😅