Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 30, 2017

Kenapa Mintak Tips Jaga Anak??

Aduhai korang ni laka laka tau mintak tips jaga anak kat aku. Aku pun terhegeh-hegeh gak ni. Masih kelam kabut jugak sebab Yurika kecik lagi. Semua benda kena ikut timing dia. Dia pulak bukan jenis nak tidur je. Sejenis bukak mata je nak berdukung. Qaiser and Runako dulu kalau kita letak dia boleh lagi relax-relax termenung. Huhu! 

Tapi takpe, maybe lepas pantang okay. Memula ni biasalah. Actually kalau dia anak pertama okay je nak melayan. Tapi sebab ada abang-abang, tak boleh la nak layan sangat. Abang pun nak makan, kalau dia nangis tu aku biarkan jugak. Tapi tak lama la, sebab taknak perut dia masuk angin. 

Kali ni pantang, asal hado je. Memula tu decide nak upah orang jaga dalam seminggu macam tu. Tapi fikir balik, takyah la sebabnya Runako dengan Qaiser ayah mertua datang pepagi ambik. Kalau nak jaga sekali 3 orang tu lewat petang sampai malam je. Itupun selalunya Qery ambik bebudak pukul 4, bawak dorang jenjalan taman mainan la, gi mall la. Balik rumah dah nak malam. Kejap sangat pun kalau nak jaga sekali tiga orang.

Yang hazab dia, sebab dua orang tu lelaki. Paham la cemana budak lelaki lasak dia. Dengan bising, dengan gaduh, kejap sorang ni nangis, kejap sorang lagi nangis, kejap dedua nangis. Pastu semua nak mami. Urut dada gak la. Haha! Tapi terima lah dengan hati terbuka. Benda ni sekejap je, bila dorang dah besar nanti, rindu pulak dengan perangai kekecik dorang ni. Macam tu la jadi parent. Kita nak anak, then bersedialah dengan perkara-perkara macam ni. 

Cuma geram dengan Qaiser, sebab dia tengah lasak beno. Haha! Cakap lapanploh kali taknak dengar, kita marah dia gelak. Mak ko ni iman di paras hidung je, sikit lagi nak terkeluar baru tau erti penyesalan. Huhu!

Yang Runako pulak sama naik dengan abang. Yang kita cakap jangan tu la yang dia nak buat. Pastu kena marah merajuk. Merajuk pun comel haihhh apa pun tak boleh la. Haha! Nak marah pun tak jadi kengkadang tu sebab klaka. 

Ramai tanya bagi Runako makan apa, muncit betul. 

Runako memang banyak makan. Dia makan nasi sejak 8 bulan. Tapi takde la banyak, cuma dia makan nasi la. Nasi dengan ayam, keropok segala. Huhu! Bubur memang dia tak suka sangat. Sekarang ni je dia dah boleh makan bubur. Maybe sebab dia tengok abang dia makan, then dia pun makan la. Kau bagilah apa je makanan, semua dia makan. 

Aku pun risau gak budak ni banyak cacing ke hape buncit nau. Haha! Masa setahun 3 bulan kot ada bagi dia ubat cacing. Pastu sama je keadaan perutnya, tetap gitu. Kekeke! Last-last bagi Runako banyak makan sup. Memang dua beradik dia hari-hari nak sup pun. Tapi selingan dia lepas tu banyak la. Biskut, air milo, roti. Huhu!

Aku jaga anak macam tu je la. Macam korang jaga gak. Tapi paling penting, tetiap malam mesti join dorang main. Mesti tu macam wajib la buat something dengan dorang. Tak kisah la sepahkan mainan ke, haha! Ajar ABC ke, mukadam ke, bacakan buku cerita ke, nyanyi sesama ke. Mesti spend time untuk dorang. 

Susu?

Izz Qaiser minum susu mak dia sampai 2 tahun lebih, tapi campur dengan S26 sebab masa pregnant susu drop. 

Runako sempat minum sampai umur dia setahun je, pun kes sama. Masa mengandung susu drop. Bagi S26, sekarang bila susu aku dah ada dia takmo minum dah. Dia geli. Haha!

Yurika, susu mak dia je la. Harapnya tak kandung lagi la dalam tempoh dua tahun sebab nak rehatkan badan. 

Apa tips yang korang nak, aku pun tak tau sebenarnya. Haha! Aku pun kelam kabut gais. Cuma aku ada time table la. Nanti la aku share bila aku dah sistematik dengan jadual harian aku ni. Buat masa sekarang ni masih lagi nak adapt dengan keadaan semasa. 

Nak tips apa bagitau specific kat facebook atau komen kat sini. Kalau boleh tolong and share, then aku update lain okay.

****************************************************

No comments: