Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 15, 2017

Penting Ke Toner???

Hai semua. 
Harini kita nak membincangkan isu 

TONER

Pengalaman aku sendirilah, tak payah contoh orang lain. Suatu ketika dahulu, aku pernah je pakai Set Skincare 'produk lain' dan aku rasa ramai dikalangan pembaca blog tau lah kan produk apa. Hihi!

Selalunya aku memang skip toner, sebab MALAS nak pakai. Kenapa aku malas? Sebab mindset aku tengok toner tu macam air biasa je. Pulak tu nak cepat siap. Memang selalu skip, lepas cuci muka terus tepek krim. Toner tu memang terbiar sampai ke sudah sampai ke tong sampah lah selalunya, hahaha!

Then bila buat produk sendiri. Belajar lebih sikit lah. Apa yang betul-betul penting untuk penjagaan kulit. Fokus kita memang nak tolong kulit yang berjerawat untuk kembalikan kulit sehalus sesihat bayi. Memang wajib ada Cleanser, TONER, Serum dan Krim (Siang & Malam)

Ramai yang salah anggap (macam aku jugak), bahawasanya toner ni tak berapa penting. Sebelum aku jual produk, aku hanya tau TONER ni untuk buang make up. Hahaha! Sebab aku bukan jenis reti jaga kulit plus aku ni Alhamdulillah la tak ada masalah kulit yang teruk. So memang tak ambil tahu sangat segala jenis toner la, krim pelembap la, krim spf la. Semua aku pernah dengar tapi tak pernah nak go thru sangat.

But then, ofkos lah kena ambik tau jugak. Walaupun takde la PAKAR KULIT. tapi Insyaallah pengalaman dari customer, pengalaman diri sendiri banyak bantu aku dalam menambahkan ilmu (yang sendu tu). Maklumlah dulu pun belajar Diploma je. Tak pandai sangat nak sambung Degree. Layak jadi Assistant Pharmacy je kan. Kerja pun setakat 4 tahun je. Hahaha!

Apa Fungsi Toner?


1. Kecilkan Liang Pori 


Ramai yang tak tau, bila kita cuci muka. Liang Pori kita terbuka. Terbuka untuk keluarkan lebihan minyak. Buang kotoran dalam kulit kita. Jadi pentingnya untuk kita tutup balik liang pori tu supaya kotoran tak mudah masuk. Minyak pula tak sentiasa keluar dan boleh la kita kekalkan kelembapan kulit kita. 

2. Buang lebihan kotoran dan kulit mati yang tak dicuci dengan baik semasa mencuci muka.

Kalau korang perasan, ada orang suka sapu toner kat kulit muka guna kapas. Tapi aku tak suggest korang pakai kapas bila mana korang tak pakai heavy make up. Orang yang pakai make up tebal memang disarankan guna kapas sebab risau ada lagi kotoran atau make up yang susah nak tanggal tu dari melekat kat wajah. Yes yang tu silakan guna kapas. Tapi pun TAK BOLEH tenyeh kuat (sapu perlahan then tepuk-tepuk sikit je)

Kita yang setakat pakai krim muka, atau pakai bb cream and lipstick pergi kerja. Pakai cleanser then pakai TONER guna jari je. Tepuk/Sapu je kat muka secara menyuluruh. 

3. Mengurangkan Minyak dan Mengekalkan Kelembapan Kulit.

Point ni korang boleh refer point number satu sebab fungsi dia memang berkaitan pun. Bila pori tertutup then minyak tak keluar. Kulit pun boleh kekalkan kelembapan. 

Point lain nanti kita sambung cerita lain kali. Baca sikit-sikit dulu takut kang ada yang mengantuk. Hihi!

Makanan yang membantu mengecilkan Liang Pori.

1. Putih Telur.

2. Tomato

3. Lemon
 
4. Limau Nipis

Kalau rajin nak guna bahan alami ni paling kurang 3 kali seminggu, boleh la skip toner. hihi!

Tapi kalau tak berapa rajin, silakan guna toner setiap kali cuci muka. 

Set Skincare (Trial) Seqy Beauty mengandungi


1. Cleanser 50ml
2. Toner 50ml
3. Serum 30ml
4. Krim (Pagi dan Malam) 15g
RM130 (Semenanjung)

Set Skincare (Besar)

Contact 011-2107 6726 / 018-272 3237 (HQ)

atau 

Stokis/Agen/Dropship berhampiran.
KLIK SINI

1 comment:

zoeyzauyah said...

πŸ‘πŸ‘πŸ‘