Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 22, 2017

5 Punca Customer Tak Beli Dengan Kita

Rasa rugi tak, bila kita dah rajin iklan kat facebook, ayat dah kedebabom berjela-jela, pergi kelas copywriting mahal-mahal, naikkan followers facebook, tambah kawan baru. Tapi bila customer contact kita, dua tiga conversation then customer tadi senyap sunyi seribu bahasa. Tup tup tup, dapat tau dia beli dengan orang lain.

Kenapa?

Menagapa?

Dalam kes macam ni. Selalunya memang kita bergantung kat rezeki. Nak sedapkan hati, mesti kita akan rasa takpelah. Bukan rezeki aku, mungkin Allah nak bagi aku lebih lagi. Ye, perkara ni pernah terjadi kat aku jugak. Katanya kawan sekerja ada jual, nak support kawan tempat kerja. Ada tu saudara sendiri jual, ada tu kawan yang dia lebih rapat ada jual. Ok tak kisah, asalkan customer dapat manfaat yang dia nak kan. Alasan ni okaylah diterima akal. Masing-masing ada rezeki masing-masing.

Tapi yang ruginya bila customer lari disebabkan kita sendiri. 

Ada beberapa customer mengadu dengan aku kat facebook, katanya seller tu tak boleh tanya lebih-lebih, balas pun nak tak nak. Ada tu bagitau, bila ditanya, tak tau jawab. Ada lagi yang bagitau, seller sombong, ayat yang dia bagi macam nak gaduh pun ada. Ada tu bagitau, ayat kat facebook bukan main lemah lembut, tapi bila personal wasap, tak sangka layanan macam tu pulak. 

Yes! Memang ada customer yang mengadu macam ni. Apa yang aku boleh cakap, just mintak maaf dan layan dorang dengan baik.

Bukan senang ye nak dapatkan customer. Kan rugi bila jadi macam ni. 

So kat sini, aku nak share kan beberapa punca Kenapa Customer Tak Beli Dengan Kita?

1. Ilmu Tentang Produk Tak Ada!

Simple. Tak perlu nak study sampai ingredients seketul-seketul. Kalau dapat belajar tentang ingredients tu memang korang seller yang berilmu A+++. Maksud aku mesti tau basic. Apa benda basic? Bergantung produk yang korang jual. Disebabkan aku jual produk kecantikkan, then aku bagi contoh produk kecantikkan lah.

Apa perkara basic untuk produk kecantikkan. Macam mana nak guna. Mana yang perlu guna dulu. Bagaimana cara yang sesuai untuk jenis kulit kering/normal/berminyak. Apa effect lepas guna sesuatu produk. Apa fungsi produk. Apa suggestion seller untuk kulit berjerawat, kulit kering? This is basic. Sebelum jual atau bila dah start jual, mesti tau benda basic ni. Mesti rajin membaca.

Bila ada seller yang tak tau, macam mana kita nak yakinkan customer untuk beli dengan kita. Customer sekarang ada banyak pilihan nak beli dengan siapa. Nak beli dengan orang yang sekadar nak jual atau nak beli dengan seller yang dia boleh refer kalau ada apa-apa masalah. Zaman berubah, so kita kena ikut peredaran tu. 

2. Jawab tak ikhlas

Haaaaaa, macam mana beza ikhlas dengan tak ikhlas tu. Ada customer yang nak tau info produk. Tapi nak tau info yang jujur dari seller sendiri. Contoh..

Saolan : Boleh saya tau apa lagi kegunaan Sakura Mask?
Jawapan : Boleh. Sakura Mask ada banyak kegunaan. Kalau untuk kecantikkan, boleh rawat kulit berjerawat, tutup liang pori, pudarkan jeragat, pudarkan parut jerawat. 
 Tapi bukan setakat kulit muka je, boleh juga nak guna untuk ruam bayi, melecur, luka eksiden. 
Saya ada banyak testimoni lain kalau awak nak tengok.

Jawapan ikhlas tu, kita jawab soalan dengan jawapan yang ringkas, mudah difahami, dan berbukti. 

Jangan terus attach info panjang lebar (yang selalu korang up kat facebook). Yang nampak macam komputer yang balas. Ayat tak mesra dan berjela. Contohnya.

Saolan : Boleh saya tau apa lagi kegunaan Sakura Mask?
Jawapan : Fungsi dan Kebaikan Sakura Mask by Seqy Beauty
-Sesuai untuk semua jenis kulit.
-Menyegar serta melembapkan kulit.
-Mengurangkan bekas jerawat
-Mengecilkan pori-pori 
-Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
-Membantu re-generasi kulit
-Mengurang dan mencegah kedutan pada wajah
-Mengeringkan jerawat
-Mengurangkan kemerahan dan ruam pada kulit
-Boleh digunakan untuk kulit terbakar
-Kaya dengan vitamin B
-Mengurangkan selulit
- Menghilangkan flek hitam pada wajah
 -Memperbaiki kulit secara keseluruhan
-Merangsang pembentukan kolagen
- Anti-penuaan, anti-radang, anti-septik, anti-fungal
Jawapan copy paste ni tak mesra pelanggan. Hihi! Walaupun isinya padat, tapi customer kadang-kadang tak ada masa nak baca jawapan berjela. Contoh kat atas ni kiranya okay lagi lah. Ada tu lagi berjela. Senak perut nak baca. Hahaha! Kalau boleh jangan bagi jawapan berjela macam tu. Bukan semua customer suka membaca ye. Kalau customer suka membaca tu syukurlah.

3. Jawab Tak Mesra

Eiiii, lecehnya, nak jual je pun. Hahaha! Mesra tu tak perlu sampai tanya dah makan ke belum. Dah mandi ke belum, dah makan ubat ke belum. 
Mesra tu cukup kalau ada letak icon smily, ada say sorry kalau balas lambat, ada ucap terima kasih kalau customer dah respon atau customer dah beli. 

Jawab bila customer tanya, selesaikan masalah customer kalau korang tau punca masalah. Contohnya, bila customer tanya

'Saya tak tau nak pakai macam mana, mana yang perlu start dulu'

Jawab baik-baik walaupun sebelum ni dah tulis cara pakai. Hahaha! Sebab tu aku cakap, bukan semua orang suka membaca. Tanya balik jenis kulit customer, lifestyle dia. Duduk ofis ke, atau kerja luar ke, atau kerja tengah padang ke, atau kerja shif malam je ke. Sebab setiap orang lain-lain cara dan lain-lain effect. Dari situ kita banyaaaaak belajar ilmu produk. Kalau lifestye customer asik turun site, effect produk macam tu, kalau lifestyle customer duduk opis aircond je effect produk macam ni pulak.. Haaaa, kita jugak yang untung, banyaaaaak ilmu dapat. Mesra-mesra bukan setakat dapat jual produk, dapat lagi tambah ilmu. Kannnn..

4. Mendesak!

Siapa yang suka? Aku sendiri pun tak suka orang desak-desak. Kita nak jual manfaat yang diperlukan untuk customer. Kita jual produk tambah susu, tapi kita approach orang yang belum dapat baby untuk apa? 

Hard selling tak salah, yang salah bila kita paksa beli bila mana customer tak perlukan pun. Ramai yang tak tau apa tu hard selling. 

Hard selling ni selalunya kita guna bila kita nak customer terus beli. Contoh offline, yang kita lalu kat mall nampak ada sales girl, nampak diskaun 90% gilang gemilang. Motifnya memang nak korang terus beli. Yang online pun sama. Contohnya bila kita jual BB cream, then kita cakap fungsi bb cream bla bla bla bla and suruh orang beli. Itu hard Selling. Bila aku buat promotion. Harga runtuh. Kita nak korang beli terus tanpa berfikir 20 ke 30 saat lagi. Hahaha! Yes, itu hard selling. 

Soft Selling, bila kita masuk dalam jiwa customer. Ha kauuu jangan memain. Hahaha! Contohnya korang up status.

'Semalam muka berjerawat penuh sampai telinga, harini bangun licin, mujur hidung pun tak hilang, sapu satu produk ni je'

Ayat dia tak menjual. Tapi dia share manfaat. 

Selalunya offline korang nampak kat iklan tv, yang dia cerita itu ini, susahnya nak travel dengan anak kecik. last-last dia jual beg travel untuk family. Itu semua soft selling. 

Dan selalunya soft selling ni lah yang paling terkesan kat hati customer, dan buatkan customer tu pun rasa best nak share manfaat produk kat orang lain jugak. 

Jadi kita kena belajar lebih lagi cara-cara hard selling dan soft selling yang sesuai untuk kita sendiri aplikasikan dengan penjualan produk yang kita jual tu.
5. Tak Tahu Keperluan dan Kepentingan Customer
Macam yang aku bagitau tadi. Point ni semua berkaitan, bila kita tak tau apa kehendak customer, macam mana kita nak jual produk. Contohnya, customer wasap nak beli bb cream, kebetulan korang ada jual produk kurus. Korang bajet nak jual sekali dua produk. Tapi customer korang tu tak perlukan produk kurus. Bila korang desak beli dua-dua sekali, customer pun fade up. Then dorang beli dengan seller lain. Rugi kannnnnn. Sebab tu pentingnya mesra pelanggan, tanya lifestyle bukan sebab nak bizibodi. Hehe!
Tanya lifestyle tu pun mesti ada cara. Jangan tetiba tanya 
"boleh saya tau awak ni kehidupan seharian macam mana"
Customer pun pelik eh kau kenapaaaa sibuk ni, hahaha
Boleh tanya macam ni.
"sebelum saya share cara guna produk, boleh tak akak/adik/puan share lifestyle akak macam mana, sebab saya nak sesuaikan cara penggunaan produk. Kalau kerja tempat aircond atau kerja luar lain cara penggunaannya"
Jangan lemparkan pancing tiada berumpan.
Gitu peribahasa aku. haha!
Okay, Cukup 5 point dulu. Kita bagi baik pulih 5 punca ni dulu. Mana seller yang kurang tahu pasal produk penjualan. Ambik masa, baca dan cari ilmu tentang produk. Belajar macam mana nak jawab dengan ikhlas, layan customer dengan mesra dan cara jual secara berhemah, tau keperluan dan kehendak customer. Okay. Tak ada gunanya kita nampak gah orang like status facebook beribu-ribu, kita up status pung pang pung pang, tapi kita tak tau cara layan customer. 

Tak ada istilah dah terlambat untuk belajar. Selagi nyawa dikandung badan, selagi tu lah terbuka luas peluang kita.
****************************************************************
 
Niat asal Umi promote Skincare Seqybeauty kepada Doktor ni adalah untuk hilangkan parut chickenpox dia. Maklumlah parut chickenpox kan susah nak hilang. Walaupon dia baru pakai produk M ni tapi dia rasa tertarik untuk mencuba #Seqybeauty. Selama 1bulan konsisten dengan Skincare Seqybeauty, akhirnya parut chickenpox pudar, kulit kusam berkurangan dan kulit muka nampak lebih sihat. Dah repeat order untuk #toner, #serum dan try #sakuramask pulak. Seronok bila customer dapat hasil yang memuaskan.

Seqybeauty Semakin Di Yakini!
Wasap 0125403698 

2 comments:

Middle Life said...

yes ini terjadi kat saya

last year isteri mintak tolong carikan skincare online terus ingat seqy tapi bila wassap seller kat tempat saya terus potong stim so seqy dah kena potong dlm list and guessed what??i put the blame on the owner...sorry

i bawak wife pi guardian cari skincare & bb cream...habis cerita

Nur Zahirah said...

Nice sharing :) maklumat yang boleh dimanfaatkan