Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 25, 2017

Penaja Dinner Seqy (Services) Part 3

Assalamualaikum. Ok ini entry last untuk penaja bahagian servis. Terharu sangat sebab pepaham lah kan, nak mintak benda FREE kot, haha! Bukan semua orang pemurah macam ni gais. Dorang ni memang baik sangat, siap tanya nak berapa nak apa, then bagi je. Moga murah rezeki sampai bila-bila.

Penaja yang pertama

Event4u (Chocolate Bouquet)
 Ig : Event4u
No Tel : 019-6004100

Tak tau kenapa, tapi memang suka sangat dengan servis Event4u.


Haritu kita dapat chocolate bouquet lebih kurang macam ni lah. Kami bagi kat stokis yang menang reward.


Haaaaaa, best kan. Huhu! Rasa memang takmo bagi je dorang, nak makan sendiri. Haha!

Rasanya ramai yang dah tau Event4u ni buat banyak servis, selain buat surpirse delivery, dorang pun boleh buat surprise party. Tak kisah la birthday party ke, apa saja yang korang kata nak buat surprise Insyaallah boleh deal dengan Event4u.

Boleh cek kat instagram Event4u, dorang punya decoration memang cun sangat, haritu birthday Runako pun Kak Sepet ambik dengan Event4u. Tq Event4u. =)

Penaja kedua kita pula.

Cempakasari Flora 2 (Flower Bouquet)

No Tel : 018-6686467

Haaaaa yang ni dah nama pun flora flora tu opkos lah kami dapat bunga. Hihi! Flower bouquet ni kami bagi kat stokis dan agen yang menang award dari Seqy. Amboiii, ada reward, ada award. Macam menang anugerah ape je kan. Hahaha!

Stokis sangat happy sebab dapat bunga yang cantik dari Cempakasariflora2.


Cantikkan uolls.

Kak Sepet pun dapat satu gais. Hihi! Punyalah happy dapat bunga. Sampai sebulan lebih simpan.

Cempakasariflora2 ni buat servis surprise delivery jugak. Cempakasariflora2 memang pro la bab-bab bunga ni. Korang boleh request nak pujuk isteri bunga apa, aniversary bunga apa. Hahaha! Memacam ada  tau. Kalau korang nak selain bunga pun Insyaallah boleh, just request je tau. Sebab Kak Sepet usha instagram Cempakasariflora2 ada jugak dorang bagi teddy bear, ada jugak coklat. Korang pun boleh skodeng Cempakasariflora2 pilih-pilih mana berkenan ni hati.

Tq Cempakasariflora2 =)

Penaja ketiga kami adalah.

Petals And Co (Balloons)

Ig : Petal & Co
No Tel : 017-9202934

Haaa yang ni kami di sponsor belon-belon untuk perasmian dinner. Best gila kot rupanya potong-potong tali nak rasmi ni. Hahaha!


Tak tau nak cakap camne. Tapi memang terharu sangat bila petals_and_co nak sponsor belon. Sebab benda ni last minit. Pastu dorang kata boleh nak sponsor. OMG syukur mengenang ramainya yang pemurah.

petals_and_co ni pun ada buat servis surprise delivery. Dorang pun pro bab-bab bunga then still korang boleh request untuk apa sahaja surprise yang korang fikirkan. Pastu petals_and_co pun ada buat servise gubahan hantaran. Kak Sepet usha instagram petals_and_co ada banyak gubahan hantaran yang cantik deco dengan bunga-bunga. Siapa yang macam Kak Sepet, jenis tangan kayu tak reti gubah-gubah ni silakan contact petals_and_co tau. Hihi!

Tq petals_and_co. =)

Dan penaja terakhir kami

Symbolique Asia Wedding Planner (Backdrop Photobooth)
No Tel : 012-6014090 / 012-2559769 

Haaa yang ni kami dapat sponser untuk backdrop photobooth untuk stokis dan agen kita bergambar berlatar belakangkan tema Gold, Black and White. Gittew.


Seronok la agen dengan stokis kita bergambar haritu.

Symbolique Asia Wedding Planner ni memang khusus untuk bakal pengantin. Aku memang ada banyak pengalaman guna servis Symbolique Asia Wedding Planner since bertunang, kawin dedua belah lelaki perempuan. Buaian berendoi, birthday Izz Qaiser. Semuanya cantik tak pernah menghampakan. Huhu!

Rasanya dorang ada gak buat pakej-pakej basic and promo pelamin. Korang boleh terus masuk instagram Symbolique Asia Wedding Planner atau terus contact number telefon kat atas tu tau.

Tq Symbolique Asia Wedding Planner. =)

Alhamdulillah dan terima kasih lagi sekali Kak Sepet ucapkan kepada semua penaja-penaja yang terlibat. Hanya Allah je yang mampu balas kebaikkan korang semua. Semoga kita semua sama-sama berjaya dunia akhirat. I love You =)

No comments: