Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 20, 2017

Penaja Dinner Seqy (Door Gift) Part 2

Assalamualaikum. Harini kita nak celoteh sikit pasal penaja yang taja bahagian Door Gift. Amboi kerlas kan..hahaha!

Terima kasih sangatlah kat kawan-kawan yang support Seqy, kebanyakkan penaja ni memang kenal kat facebook dan instagram. Moga murah rezeki korang. Aminnn..

Antara barangan dalam karung, hihi!

Penaja pertama kita adalah

By Sista
Ig : by_sista
No Tel : 012-6673142

Barang yang by_sista taja kami adalah lips scrub yang super duper ohsem. Kak Sepet ni kebetulan memang terkenal dengan bibir terkopek-kopek. Hahaha! Bibir kering sebab kurang minum air, tapi minum banyak pun tetap kulit bibir Kak Sepet ni mudah menggelupas, kalau sejuk menggelupas, kalau kena angin sepoi-sepoi pun kering dia cam hape je.

Pastu dapat pulak lips Scrub by_sista and cuba pakai. Memula bukak bekas dia dah syok dah sebab bau dia ada dua jenis perisa, satu strawberi, satu lagi bau coklat. bila gosok kat bibir tu syok la kan. Memang tanggal lah segala kulit mati di bibir ku dengan mudah.

Memang sesuai sangat kalau siapa yang ada problem bibir kusam, bibir tak ceria, bibir kering. Boleh contact by_sista tau.


Tq by_sista

Dan yang seterusnya adalah

Sheila Sabri (Essential Oil)
No Tel : 013-3213717

Rasanya ramai pengumpul tegar produk Essential Oil ni kan. Sebab kawan-kawan Kak Sepet kat instagram memang tetiap hari ada je dorang beli. Sampai ada yang beli beg khas dia. Hihi!

Bagi Kak Sepet, produk ni memang bagus sangat sebab dia macam aroma terapi. Dan paling penting Essential Oil ni salah satu alternatif kepada ubat-ubatan. Nak apply dia pun senang dan banyak pilihan cara. Boleh diffuse, sapu, inhale, oral dan ingest. Haaaa apetu apetu. Nanti korang kena tanya dengan seller dia semestinya Sheilasabri.

 Setiap botol ada kebaikkan yang tersendiri. Siapa yang memang suka minyak aroma terapi ni, kalau pergi masuk ig Sheilasabri memang wajib beli semua sekali, sebab benda ni macam satu ketagihan. Haha! Dah beli satu, memang terpaksa hati tu beli semua skali.

Antara yang kami dapat malam tu.  Tq Sheilasabri

Penaja seterusnya adalah

CDMS Gift Kuala Terengganu
Ig : CDMS Gift
No Tel : 013-9754385

Yang ni syarikat printing yang boleh tahan gak murah sangat. Ofisnya walaupun kat Terengganu, tapi dia boleh buat postage seluruh dunia. Haaaaa best kan best kan. Malam tu kami dapat notepad dari CDMS Gift.

Comel kan buku tu.

Siapa yang nak printing apa sahaja jenis medium, tak kisah la buku ke, cawan ke, baju ke. Mana la tau nak buat gift untuk event besar-besar kan. Boleh terus contact CDMS Gift. Nak tengok-tengok barang apa yang ada pun boleh intai-intai CDMS Gift, nak tanya-tanya harga pun boleh, dorang tak marah. Dorang baik sangat. Hihi!

Tq CDMS Gift bagi notepad cecomel.

Penaja terakhir Seqy untuk Door Gift adalah

Nuha Apparels
No Tel : 019-2865353

Nuha Apparels ni untuk aku memang well known jugak la. Semua barang-barang muslimah dengan harga yang berpatutan. Contoh macam korang mencari tundung bawal, shawl, stokin, dan macam-macam lagi. Korang boleh terjah Nuha Apparels.

Malam tu kami dapat inner magic, stokis muslimah.

TQ Nuha Apparels. =)

TQ lagi sekali untuk semua penaja yang taja barangan door gift. Kak Sepet hargai sangat. Muah!

No comments: