Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 18, 2017

Penaja Dinner Seqy (Cabutan Bertuah) Part 1

Alhamdulillah. Maaf di atas kelewatan update dalam blog. Semoga penaja-penaja Dinner Seqy (Seqy Appreciation Night 2016) tak serik la berganding bahu dengan Seqy beauty. Huhu!

Tak sangka ramai jugak yang nak menaja malam dinner tu. Mula-mula tu macam segan la nak meminta-minta kan. Haha! Yela siapa je la Seqy ni, baru dua tahun menapak dalam dunia bisnes. Tapi syukur dan terkejut sangat, even hari last day tu masih ada orang contact untuk sponsor itu ini. Tq guys. Moga korang dilimpahi rezeki, pernigaan korang berkembang maju dan berjaya dunia akhirat. Gitu.

Okay kita start dengan penaja pertama kami untuk session Cabutan Bertuah.

 Tupperware Murah Gila


Ig : tupperware_murah_giler
Fb : Suhaila Borhannordin (personal fb)
No Tel : 019-2956340

Kalau korang masuk insta dia, memang iman tu berkurang menjunam ke 1% terus, hahaha! Aku kejap lagi ni memang nak beli untuk mak and mak mertua. Nak raya kan uolls. Haritu balik Cheras dah tanya kat mak dia nak yang mana. Siap warning nanti tupperware sampai jangan simpan jadikan khazanah pulak. Dah sampai tu pakai. Hahaha!

Biasalah, mak mak ni kan jenis sayangnya nak guna barang baru. Kalau boleh mak aku tu pinggan dah retak pun masih nak pakai lagi. Selalu guna barang yang dah nak tamat riwayatnya. Padahal ada je yang baru, duk tersimpan dalam almari. Tu yang kena bagitau awal-awal. Jangan nak simpan-simpan, guna je. Lantak la orang datang bungkus bawak balik rumah dorang pun. Kita beli lain. Wahhh kau, hahaha! Jangan risau gais, memang harga dia sama dengan tajuk Insta dia. Tupperware murah giler, berbaloi, semua orang gembira. Gitu. Hihi!

Masa dinner haritu, inilah antara pemenang dan barang yang di sponser oleh tupperware_murah_giler 




Tq tupperware_murah_giler, tunggu kita order ye. Hihi!

Untuk second penaja kita.

By Dr Mimi
Ig: by_dr_mimi
Fb : By Dr Mimi
No tel : 012-4040904

Malam tu by_dr_mimi sponser kami scrub. Scrub ni antara produk terawal sekali. Tapi kalau korang masuk ig by_dr_mimi memang rasa nak beli semua terus. Dia ada face scrub, body scrub, soup pouch, lip balm and banyak lagi produk baru.

Apa yang istimewa dari by_dr_mimi adalah produk ni homemade. Memang menggunakan bahan-bahan semula jadi. Kalau ada yang perasan by_dr_mimi pernah masuk live Al-hijrah TV9 demo cara-cara buat produk mereka. Produk ni memang berbaloi dengan harga dan Kak Sepet memang suggest korang beli.

Antara pemenang cabutan bertuah hadiah dari by_dr_mimi,






TQ by_dr_mimi

Penaja seterusnya pulak adalah dari

Gempak Starz

Ig : Gempak Staz
Fb : Gempak Staz
No Tel : 03-90561637




Banyak gila barang dalam paperbag tu. Memang syok sangatlah siapa yang dapat. Huhu! Kak Sepet pun terasa-rasa nak simpan sendiri je, hahaha! Tapi apakan daya, semuanya milik pemenang bertuah.

Korang mesti tau kan Gempak Starz. Majalah kartun tu. Haaaaa, yang ni khas untuk cikgu-cikgu yang nak Gempak Starz datang sekolah korang. Gempak Starz memang ada buat servis datang ke sekolah untuk bagi talk, then bagi cenderahati untuk murid-murid. Korang boleh call number yang Kak Sepet taip kat atas tu.

Pemenang bertuah itu.




Tq Gempak Staz

And last sekali penaja untuk cabutan bertuah kita adalah

PADA
 Ig : pada_house
No Tel : 019-3638906


Haaaa, kalau korang mencari-cari baju T-shirt yang nampak new and classsic, boleh usha baju kat pada_house. Kak Sepet ada sepasang (couple), pakai memang selesa sangat. Harga sangat berpatutan.

Kak Sepet suggest kalau korang nak hadiahkan untuk kawan-kawan, nak bagi hadiah kat suami, atau kalau korang nak keluar sesama beramai-ramai, nak pakai baju sama, silalah beli dari pada_house. Berbaloi, cantik tu memanglah kan, stylo lagi dengan macam-macam warna pilihan.

Pemenang cabutan bertuah hadiah dari pada_house





Tq pada_house

Tq semua penaja Cabutan Bertuah. Kami hargai sangat jasa baik anda semua. I love you =)

No comments: