Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 4, 2016

IKLAN SEQY BEAUTY HARI INI DI TV9

Assalamualaikum semua. Excitednya nak bagitau korang yang Iklan Seqy Beauty dah start disiarkan kat TV9. Syukur Alhamdulillah setelah bermacam-macam cabaran dan dugaan. Fuhh ayat aku. Hihi!

Bukan senang nak masuk TV rupanya. Tak sure la kot kalau produk baru memang susah masuk ke apa. Kitorang buat video, then hantar Media Prima. Dorang komen pasal suara, katanya nanti tak kuat. Then kita buat balik VO. Lepas tu bila dah setel VO. Nak lepas LPF pulak.

CD pertama tak lepas untuk ayat Pakai Seminit. Then kitorang edit lagi video. Buat dua CD bagi Finas, kena tunggu lagi sampai lulus. Ofkos surat KKM semua pun kena kepilkan sekali. Sepatutnya kita masuk TV awal bulan Jun, tapi disebabkan masalah-masalah tadi. Dapat jugak kita masukkan iklan Seqy Beauty pada awal bulan July. =)

Kat bawah ni iklan yang tak approve untuk ayat last.


Tapi kitorang suka yang ni, hihi!

Actually nak buat iklan lain, tapi disebabkan masa tu terkejar-kejar nak kejarkan due date untuk hantar CD. So buat simple sangat. Kitorang dapat slot ni pun dah dekat hari-hari terakhir yang dorang bagi untuk confirm date. Eh paham tak apa aku cakap ni. Sebab aku pun rasa aku tak paham. Hahaha! Lantok.

Semua benda jadi kelam kabut sebab dengan aku nak beranak, berpantang lagi. Tapi puas hati sangat dengan abang videographer n model yang sangat comitted. TQ Farha and Bang Hadi. 

So balik ni, mohon korang bukak TV9 sementara nak tunggu Azan maghrib tu ye. Kekekeke!