Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 3, 2016

Next Event : Shah Alam (Dewan Raja Muda Musa 2 - 3 April 2016)

STICKY MODE (ENTRY BARU DI BAWAH)

Seronoknyaaaaa dapat masuk event kat Shah Alam. Walaupun venue dia bukanlah kat PWTC ke apa, haha! Tapi tetap seronok sebab aku tengok banyaaaaaaak booth yang best-best. Yang penting takkan lah kau berlapar kat dalam tu. Hihi!

Ok aku bagitau siap-siap dia punya bayangan dewan ye. Ini dewan orang kawin. So korang pun bayangkanlah dewan orang kawin. Hihi! Then dorang bukak tapak-tapak untuk kami yang nak bukak booth ni. Dalam tu ada macam-macam orang jual. Ada baju, ada produk kecantikkan, ada jual perfume, shawl, makanan and banyak lagi lah.

Kat luar dewan pulak, tak silap pun ada bukak kemah besar. Ada jual makanan berat, and ada jugak game2 macam memanah. Tak sure lah sebab aku tengok2 gitu je. So kalau lapar boleh gi makan kat luar kejap, pastu sambung shopping kat dalam. Hihi!

Ada jugak pertandingan untuk kucing. Dah kata pun event OhMyJep. Jep ni seekor kucing tau. Aku pun baru tau, hahaha! So pencinta kucing silakan datang ye. 

Ok dah cerita pasal Seqy beauty pulak. Kitorang ni bertapak betul2 dekat dengan pintu masuk utama. Masuk je mohon toleh belah kiri ye. Kalau tak pun korang nampak booth hijau-hijau, nampak orang pakai warna hijau tu, Insyaallah tu booth Seqy, tak tau la kot ada booth lain yang bewarna hijau gak kan, huhu!

Apa yang best? Opfkos korang akan dapat hadiah setiap kali beli produk Seqy. Setiap pembeli akan MENANG CABUTAN BERTUAH. Ikut lah tuah memasing. Hihi! 30 pembeli terawal akan dapat hadiahhhhhhhhh ISTIMEWA dari kami. Maksudnya 15 orang yang datang awal hari Sabtu, dan lagi 15 orang tu hari Ahad. 

Yang terpaling best bila jadi pembeli terawal. bayangkan lah ye, beli BB Cream promo harga RM40, dapat pulak hadiah ISTIMEWA, pastu ada lagi cabutan bertuah. Mana tau cabutan bertuah tu menang Set Skincare?? Kan BEST gila tu. haha! Ada ehhhhh yang bertuah macam ni masa kita bukak booth kat JB. Untung sangat, hihi!

 Ha lupa, ada jugak artis-artis yang datang perform. Macam Caliph Busker, Zara Zya, Khai n Rosma, 6ixth Sense. Korang boleh jumpa retis2 ni selain dari jumpa retis bernama Kak Sepet, kahkahkah!

Datang tauuuuuuuuuu. Kak Sepet menanti mu. =)

No comments: