Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 26, 2015

LAST DAY PROMO!!

Nak bagitau harini last day promo, tu je. Hihi!

Cecepat beli, nanti entah la zaman bila nak ada combo gini lagi. =)


Boleh contact 011-2107 6726.
atau
KLIK SINI (agen berhampiran)

Nov 25, 2015

FREE MARKET : AMBILLAH SEMUANYA FREE SAHAJA.

Assalamualaikum semua.

Korang pernah dengar tak Free Market yang baru-baru ni berlangsung kat Sikamat, Seremban?
Ok lah takpe kalau tak pernah dengar, meh la aku nak cerita sikit pasal even ni.

Aku ada seorang agen namanya Kak Effi, akak ni duduk Seremban lah sama tempat kerja dengan Jemah. Nak dijadikan cerita memanglah aku ber-friend dengan beliau dalam facebook. Maklumlah beberapa minggu lepas aku cam mabuk sikit, aku perasan Kak Effi ada update kat facebook pasal FreeMarket ni, tapi tulah badan tak berdaya nak libatkan diri.

Free Market ni kalau korang nak tau, team Kak Effi yang anjurkan. Tak sure lah siapa ketuanya, tapi cara aku tengok Kak Effi ni antara orang kuat jugaklah, dan dibantu oleh kawan-kawan baik beliau. Gitu. Konsep Free Market ni, dorang nak bagi semua barang-barang secara FREE kat orang yang tak berapa mampu.

So sebelum tarikh kejadian tu, dia ada la mintak share-share sesiapa yang nak sedekah, siapa yang ada baju lebih, yang masih elok, apa-apa sahaja barang yang nak disedekahkan, bolehlah hubungi beliau. Dengan itu memang tersangatlah ramai yang membantu, menderma beras, susu, pampers, peralatan sekolah, baju sekolah, ada yang sponsor makan free, memang khas untuk golongan yang memerlukan ini.

Yang datang tu tak perlu ada syarat, tak perlu ada slip gaji, tak perlu bawak semua anak untuk bukti ada berapa baju sekolah yang perlu di ambil. Kiranya bila datang, AMBILLAH KERANA ALLAH. AMBILLAH YANG KAMU PERLUKAN SAHAJA. AMBIL DAN GUNAKANLAH DENGAN SEBETUL DAN SELAYAKNYA.


Inilah konsep Free Market yang Kak Effi perjuangkan. Ok dah paham ya semua. Hihi! Dan aku sajikan gambar barang-barang sedekah yang berjaya dikumpulkan.

















Then after majlis, ofkos ada orang suka, ada orang tak suka. Katanya yang tak berapa suka tu, ada orang yang datang berebut-rebut, tamak, pentingkan diri sendiri, ambil sekali banyak, bla bla bla.

Macam ni, kita tak tau yang datang sorang tu mungkin ada 5 anak kat rumah dia. Mungkin yang datang tu dia ambil sekali untuk jiran yang tak mampu nak datang ke Free Market ni. Kita tak tau so kita tutup mulut kita rapat-rapat. Kita tak perlu nak tambah dosa kita, orang tu betul atau taum itu urusan dia. Yang penting, kita dah ingatkan semua, ambillah kerana Allah, jangan tamak, mungkin ada orang lain pun memerlukan benda yang sama. Kita share-share rezeki. Kita bagi orang dengan hati yang ikhlas seikhlas ikhlasnya.

Antara beberapa komen dari kawan-kawan yang positif.

Beberapa hari selepas Free Market berlangsung, Kak Effi update lagi kat facebook, dia tanya-tanya kalau dia nak buat Free Market lagi, ada tak insan yang nak menderma, dan menolong menjayakan majlis. Eh aku terus la pm beliau. Sebab aku dah tertinggal yang sesi pertama kan. Taknak lah tertinggal yang kali ni.


Lagipun sebulan yang lepas, memang aku ada bagitau Qery, nak sedekah kat anak-anak yang tak mampu ni. Bagilah apa yang patut, macam kalau dia nampak budak yang tak pakai kasut baru tu, belikanlah. Yang tak ada stokin, yang pakai seluar koyak, yang baju dah lusuh, yang tak ada pensel, yang tak cukup itu ini, tolonglah dorang. Disebabkan suami aku cikgu, senang sikitlah aku nak bagi ke budak-budak ni.

Korang pun tau kan, setiap RM1 pembelian dari Set Skincare kita derma kan. Ha itulah hasilnya. Kami bagi beras, minyak masak, kat keluarga-keluarga yang tak berapa mampu. kami bagi kat murid yang tak mampu beli kasut sekolah, kami bagi derma kat sekolah jenis kurang upaya. Ke situ lah kami salurkan duit-duit korang. Oh ada lagi macam derma ke pusat tabligh, ke Syiria, Palestin. 

Ha ke sanalah duit korang semua, aku doakan semoga customer pun murah rezeki jugak. Then pembelian kali ni, aku dan Qery akan salurkan pula ke Free Market dengan niat nak bantu golongan yang memerlukan.

Ok ni aku bagi gambar ketika majlis FreeMarket yang lepas.



 





Inilah dia antara team yang berjaya menjayakan majlis Free Market ni.

Ok, aku tak pasti lah macam mana cara korang nak berhubung terus dengan Kak Effi, mana tau ada yang nak hulur duit je sebab nak bagi barang rasa jauh sangat ke apa kan. Boleh la try pm Kak Effi kat facebook, namanya Effi Rahmat. Tapi kalau nak direct contact (MOHON WASAP SAHAJA) 012-6370162, beliau akan balas tapi jangan la consider akak ni balas secepat mungkin, sebab dia pun bekerja jugak. Gitu.

So, kita sedar kita mampu menolong orang lain, dapat tolong sorang, dua orang pun boleh dah. Aku nak buat collection beramai-ramai, tapi risau tak dapat arrange sebab bank aku ni duit SQB pun masuk, susah sikit. 

Kalau korang nak derma apa-apa, harap n mohon baca dulu blog Kak Effi ye. KLIK SINI.

Next Free Market mungkin 20.12.2015 (Ahad). Berlangsung di tempat yang sama Insyaallah, Masjid Sikamat, Seremban. Sebelum tarikh ni, aku harap ramai yang dapat join program amal ni. Kita sedar ramai golongan tak berkemampuan, ramai saudara seIslam kita yang susah, jom lah kita tolong mana yang mampu. Berilah seikhlas hati.

TQ semua penderma. Muah sikit. =)

PROMO COMBO 3 HARI SAHAJA!!!!

Hallu semua, sorry lah seminggu dua ni badan tak berapa nak okay. Ada masa tu pening gila, ada hari tu makan muntah makan muntah. Kelmarin lagi lah sampai Qery terpaksa hantar Qaiser pegi rumah mertua, sebabnya aku baring je sambil perhati Qaiser main sorang-sorang. Bangun lah jugak kalau nak mandikan dia, bagi makan, buat susu, basuh berak. Selain dari itu aku baring je takda buat apa sebab kepala berat sungguh lah..

Harini rasa okay sikit, terus bukak komputer cecepat update. 

Untuk sesiapa yang dah FOLLOW ig @seqybeauty mungkin dah tau la kan, setelah hampir 2 bulan kita tak buat apa-apa promo, then start semalam kita ada buat COMBO, tapi valid 3 hari je, yakni Selasa sampai la Khamis ni (24.11.2015 - 26-11.2015). Lepas tu bye bye combo. Hihi!

Ha sebab combo tak selalu datang, jadi kita seru semua peminat/pembeli tetap Seqy Beauty jom lah beli, buat stock kat rumah, hihi! Pakat beli ramai-ramai.

Dan semalam disebabkan COMBO 3 HARI tu, kita terpaksa pegi kilang topup Skincare and beberapa loose item, gitu. Kemain lagi korang memang menunggu combo ye. Huhu!


 Available 2 combo

1. Honey Combo : BB Cream + Cleanser + Sakura Mask
Harga : RM165 Semenanjung
RM185 Sabah/Sarawak

2. VIP Combo : Set Skincare + BB Cream + Sakura Mask
Harga : RM245 (Semenanjung)
RM270 (Sabah/Sarawak)






Ha cepat-cepat. lusa dah tak dapat dah harga kasih sayang cenggini. So awak cepat ambik phone contact kita meh.

011-2107 6726
atau boleh contact stokis/agen berdekatan.

Nov 13, 2015

INDAHNYA BEKERJA DI RUMAH

Ha, entry kali ni kita bukan nak ajak gaduh siapa lagi power. Bukan nak compare wanita bekerja di pejabat atau wanita bekerja di rumah. No no no. Itu masing-masing punya pilihan, so sayangilah apa yang korang ada sekarang ni. Suka pegi kerja hari-hari, boleh pakai baju kerja letops, suka jumpa kawan-kawan, suka lepak warung Pak Usin, enjoy dengan kerja, bos sporting, gaji mashuk, ok lah kan its up to you.

Macam aku, since aku pernah merasa dua-dua. So aku tetap akan pilih bekerja di rumah walau apa pun terjadi, hahahaha! Tapi itu buat masa ni lah, tak tau lah kot nanti esok lusa ada syarikat sendiri, ada bangunan sendiri, ewah, hahaha! Berangan lelebih pulak pompuan ni. =P

Perbezaan antara kerja kat rumah dengan bekerja dengan orang memang BANYAK GILA beza dia.

1. Tak payah apply cuti kalau kau nak jenjalan. 

Haha! Yang ni memang paling seronok. Dulu, kalau nak cuti memanglah paling menyampah. Bukan nyampah nak gi bercuti tu, tapi menyampah sebab nanti kena cari orang ganti tempat kita. Kalau dapat cari senang sikitlah nak cuti. Kalau tak ada orang ganti tu yang remuk hati bagai di tikam-tikam rasanya.

Kerja aku dulu bukannya boleh tangguh-tangguh. Eh takpe lah esok boleh buat. Kerja aku ni kita seperti 1 team jugak. Dalam 1 prescription ubat, perlu 4 tandantangan. Tandatangan siapa yang key-in ubat, tandatangan siapa yang ambil ubat, tandatangan siapa yang double check ubat, tandatangan siapa yang dispen ubat. Aku dulu memang saing-saing artis terkenal je, bawak pen kemana-mana sebab banyak nak kena sign. Luls. Kau bayangkanlah kalau salah sorang tak ada. Dia akan menjadi kelam kabut. Gitu.

Nak bercuti pun rasa serba salah yang melampaui batas sebab kesian terpaksa menyusahkan kawan-kawan yang lain. Tapi kalau kau dapat cuti, eh terus tak nak tengok fon, lantaklah apa pun yang jadi kat spital tu. Apa pulak aku kisahkan, bahahahaha!

Kalau kerja sendiri, anytime.. nak pegi mana? Cakap je, tapi harini aku duduk rumah. Krik krikk krikkkk. Duduk lah rumah ditemani bunyi cengkerik yang menjengkelkan ittew.

2. Banyak masa dengan family.

Ini memang paling obvious lah. Aku tak tau lah macam mana senior-senior aku mengharungi kehidupan yang macam tu, then sampai sekarang mereka masih lagi berjuang di tempat kerja. Memang salute sangat dengan kawan-kawan ku ini. Kitorang ni ada 4 shif.

7pagi sampai 2petang (takde rehat)
2petang sampai 9malam (takde rehat)
9malam sampai 7pagi (takde rehat)
9pagi sampai 5petang (rehat tengah hari)

Then kalau haritu staff tak cukup, kami terpaksa buat dua shift. Yakni bekerjalah kau dari pukul 7 pagi sampai 9 malam tanpa rehat, kahkahkah! tapi sebab ada human sense di kalangan rakan sekerja, dorang akan gantikan tempat kita sekejap sementara kita nak mentekedarah. Gitulah.

Aku dulu straight 5 hari oncall kena kerja dari 9pagi sampai 9malam. Bertuah la kau kalau boleh balik pukul 9 malam. Selalunya ada seorang doktor yang dia datang lambat untuk buat round check, then lambat jugaklah kau balik. Aku pernah kena balik sampai dekat pukul 11 malam. Sampai rumah terus tido. Mak abah memang tak sapa dah, jadi anak derhaka sangat masa tu, huhuhu! Memang menuju ke tilam je. Aku bukan kerja duduk-duduk, memang kena berdiri sepanjang bekerja. Lepas tu adik beradik tanya kenapa aku boleh kuwus. Eiiii malas betul nak jawab, hahaha!

So lepas je resign, memang duduk rumah tu lebih banyak la. Boleh la berborak dengan mak abah. Dapatlah tengok-tengok dorang walaupun bukannya tengok sangat pun kan, kahkahkah! Tapi mak aku lebih lega lah anaknya ada depan mata, even aku setiap hari pun keluar pi teman Qery pos barang, ambik stok, dating dan sebagainya, mihmih!

Bila dah kawin, lagi lah best. Bila suami balik, kita ada je kat rumah. Bila ada anak, boleh tengok dorang membesar depan mata. Suami ajak jenjalan, kita gi bersiap je. Ajak balik rumah mak dia pun jom, ajak balik rumah mak kita pun jom. Macam kakak-kakak aku, dorang ada yang bekerja. kesian nengoknya, hahaha! Kadang tu sabtu ahad je lah dorang nak rehat pun, itu jelah masa nak kemas rumah, nak beriadah dengan anak-anak. Sekali mak abah aku call, hei bila nak balik ceras baru, takkan dah tak tau jalan balik ceras. Krik krikk krikkk... Hahahaha! So funneh!

3. Tak payah sakit hati gaduh-gaduh kat tempat kerja.

Ini biasa berlaku kot. Sedangkan kita kat rumah berdua suami isteri pun bergaduh. Inikan pulak dah beramai-ramai kat tempat kerja tu kan. Sakit hati dengan mulut orang tu lah, orang tu tak buat kerja lah. main lanting-lanting kerja lah. Bos tak support staff la, boss pilih kasih lah. Macam-macam hal kan.

Aku dulu, tak ada apa sangat. Kawan-kawan semua baik belaka. Bos aku pun memang sayang staff. kalau tak puas hati sikit-sikit tu, abaikan je. Selalunya aku mengalah je. Bukan salah aku pun aku mengalah, salah aku memang aku mengaku terus. Senang. Takyah nak complicatedkan keadaan.

Aku ada kawan yang dia tak pernah mengaku dia salah. Kalau memang terang lagi bersuluh  dia salah pun dia akan salahkan situasi, hahaha! Lantok sana, malas aku nak layan. Asalkan kita buat kerja kita dah lah. Asalkan kita jaga perangai kita kat tempat kerja, nak pergi kerja pun best je takde lah sampai nak gi kerja pastu update status kat facebook feeling stress, feeling menyampah, feeling hati terbakor. Gitu. Huhu!

Kerja sendiri, seronok. Tak ada sapa pun yang akan marah kau. Kau silap kau sendiri tanggung. Kau rajin kau dapat lah hasilnya, kau malas kau dapat jugaklah habuknya, hahaha!

4. Masa lebih flexible.

Dulu terkejar-kejar nak gi punch card. Sekali sampai-sampai eh lupa bawak card pulak. Dush Dush Dush kat muka sendiri, hahaha! Rehat tak boleh nak mengular. Ha walaupun ada je lah kawan-kawan kita yang suka mengulor ni, tapi aku memang tak pernah lagi la buat kerja seperti itu. Kalau terlambat pun mungkin sebab makanan sampai lambat. Makan kat luar, pastu nak balik jalan pulak jem. Ha camtu pernah la. Tapi belum lagi la tahap eh takpe lah kita lajakkan lagi sejam, nak gi beli baju anak jap. Krik krikkkkkk, cengkerik berbunyi lagi.

Nak ambik half day pun kena berkira berapa hour yang kita dah buat OT. kalau ada 1 jam je OT ko, janganlah harapkan bos bagi ko free half day tu. Ko hanya boleh balik pukul 4, awal lah sejam. Sila bersyukur sebab kau rajin buat OT. Kahkah!

Kerja sendiri, eh nak bangun pukul berapa, nak makan pukul berapa, nak keluar makan tempat jauh sikit, sukatilah. Tak yah nak terkejar-kejar.

5. Kurang DOSA MENGUMPAT

Eh yang ni memang terasa kan, termasuklah aku. Hahaha! Kadang tu kita taknak cakap, eh tetiba terjoin. Eh tetiba terdengar sekali. Eh tetiba ter ter ter ter lah.

Kerja sendiri, kurang banyak jugak lah dari yang selalunya, lalalala~~

6. GAJI YANG BERBEZA.

Haaaaa! Inilah yang kita mahukan, hahahaha! Dulu kerja bagai nak rak, habis berkorban masa, tak ada masa untuk diri sendiri, untuk family. Penat sampai demam pun kena kerja. Kena marah kaw-kaw dengan doktor bagaikan tiada hari esok. Salah bagi ubat umpama kau hidup tanpa nyawa. Gittew. Dia punya tanggungjawab besar gedabaq, tapi gaji krik krik krikk... Hahaha!

Aku kira-kira, kerja aku satu jam masa kat hospital dulu adalah RM10.25. Kerja Isnin sampai Sabtu. Seminggu punya gaji boleh la dapat RM399.75.. Kebetulah masa tu aku memang dah start buat part time jual handbag. So masa tu sehari je boleh untung dalam RM50 ke Rm100. Kerja bukan macam nak mati pun, hahaha! Kerja rilek-rilek je. Sehari Rm50. Baru buat part time. Belum lagi buat full time.

Then masa tu lah aku decide, nak cuba nasib. Kalau aku boleh dapat banyak ni sedangkan aku buat ala kadar je, kenapa aku tak boleh cuba dapat lagi banyak dengan usaha keras sikit. So benti jelah. Apa nak kisah. Hahaha! Berlagak gila kan.

Sehinggalah aku betul-betul dapat momentum yang sesuai dengan bidang dan citarasa aku. Untuk permulaan sahaja, berpuluh-puluh kali ganda dari gaji sebelum ni, yang kerja bagai nak mati tu. Lols. Itulah beza dia. Kerja dengan orang, even kita rajin atau malas, hujung bulan dapatlah kita hasil syarikat yang entah la berapa percent je.

Tapi kerja sendiri, macam aku bagitau tadi. kau rajin kau boleh makan angin kat luar negara. Kau malas kau makan angin jerebu kat Malaysia je lah. Kekeke!

APA LAGI BEZA DIA?

Tak payah beli baju kerja, kasut kerja, seluar kerja, labcoat, tak perlu risau duit minyak, tak yah risau tol, takyah risau kalau sekolah tetiba cuti anak nak hantar mana, takyah buat-buat tak nampak kalau mak abah call, hahaha! Tapi aku selalu je tak angkat fon sebab aku silent fon. Kikiki!

Itulah dia, kalau korang rasa korang ni rajin bekerja, aku mintak TOLONG, TOLONGLAH BERNIAGA. Kalau korang rasa korang jenis pemalas, bolehla bekerja dengan orang. Sebab kalau korang berniaga sekalipun, tentu takkan berjaya sampai bebila. Lagi korang stress nanti sebab duit tak masuk. Baik korang kerja je dengan orang, tau2 hujung bulan dapat gaji, dapat lagi elaun sana sini. Kan, hihi!

Kepada yang rajin bekerja, nak jadi agen Seqy Beauty, nak jadi Dropship silakan contact kami. 011 2107 6726.

Eh sekali pun taknak bisnes online, buat lah bisnes lain yang korang rasa korang akan menjadi rajin bila korang buat. Kalau suam-suam kuku, takmo tau. Huhu!

Nov 5, 2015

PENCARIAN BAKAT-BAKAT BARU

This week memang bizi sikit, walaupun tak ada lah bizi sangat. Tapi maybe sebab pregnant, dia punya perasaan penat tu kadang-kadang sampai sakit pinggang, kaki pulak selalu je lenguh-lenguh. Ada satu hari tu berjalan je kerja aku, malam terus kaki krem, haha!

Semalam aku buat kerja sampai pukul berapa entah. Then harini badan dah flat. Aku bangun pun sebab Qaiser berak, kalau dia tak berak aku rilex lagi baring, hahaha! Kena basuh cepat sebab risau melecet. Budak ni kalau dah melecet bagaikan halilintar nangisnya. Yela mesti pedih, pernah la kitorang kat Tesco beli barang, sekali dia berak. Aduhai nak tak nak kena tunggu sampai rumah la baru basuh. Malam tu terus melecet, meraung2 dia, nangis pun sedu-sedu. Sian betul.

Lepas mandikan dia, teman tengok kartun jap. Aku balas la sikit-sikit pm kat facebook harini, walaupun ada lebih 100+ lagi aku tak balas, oih.. Ramai sangat nak join project facebook kita ni ha, nantilah kalau aku rasa ok sikit aku balas sesatu.

Aku ni sejak abah meninggal, aku dah jaga kesihatan sikit. Walau banyak mana pun kerja, kesihatan aku kena jaga dulu. Sebab aku taknak jadi macam arwah abah, tak sihat pun still kerja, then bila cek tau-tau je dah cancer stage 4. Dah tau ada cancer pun masih nak bekerja. Sobs. So kalau aku rasa tak sihat ke apa, aku rehat terus. Lantaklah yang lain, haha! Mentang-mentang kerja sendiri kan, sukati aku je.

Kerja angkat-angkat barang pun aku serah kat Qery, walaupun tak ada la berat sangat, hahaha! Eh biarlah dia angkat, i kan wanita lemah. Hihi!

Tapi ni dah ok sikit, then kita continue lah mana-mana yang tergendala. Untuk semua pm kat facebook, ada yang kita dah pilih, ada yang masih lagi tengok-tengok, sebab terlalu ramai sangat nak join, so ramai la kena pilih. Taknak la ambik random je.

Banyak lagi project yang kita akan umumkan kat facebook, so sesiapa yang rasa taknak terlepas kena rajin-rajin lah intai fb atau ig, atau kat blog. Sebab macam semalam, aku open kat facebook tak sampai sejam dah kena tutup penyertaan sebab terlalu ramai. Aku bajet nak bukak sampai malam, dah tu tengok 40 minit open dah 100+, eh tak boleh ni kena tutup. Hahaha!

Nanti aku gan Qery jugak nak kena menelaah satu2, staff aku dah la banyak gila kerjanya. Haritu singgah tengok dia buat kerja. Banyak gila percel, kesian, hampir mereput dalam bilik tu, tak sempat nak buat apa pun, hahaha! kalau ada sesiapa yang pandai marketing, then nak kerja part time dengan Seqy Beauty, silakan contact Seqy beauty, 011-21076726.

Takde lah, bos sebenar adalah Qery. Krik krikkkkk. Then nanti Qery akan balas la. Ada sesiapa yang pernah kerja marketing, tak kira lah marketing online atau offline, wasap je ok. Kami menunggu dengan hati yang terbuka. Ok tu je, TQ everibadi. Ha one more, kalau ada student-student videography, eh tak kisah la, film maker ke, video animation, multimedia yang pandai buat video pendek, yang banyak idea. Please contact hakak. Hakak memerlukan khidmat korang. Nanti kalau video cun melecun, akak promote korang ok. (padahal blog sendu).


Ok, then pengumuman kita pada harini.

1. Sesiapa yang nak join project2 Seqy beauty, selalulah usha Fb, Ig, and Blog ni.
2. Sesiapa yang ada pengalaman dalam bidang maketing, nak buat part time, sila contact kami.
3. Student SAHAJA. Yang pandai buat video pendek, yang banyak idea, yang kreatif, yang peramah, kalau perempuan lagi bagus, meh contact hakak.

Kbye

Nov 4, 2015

CARA KEKALKAN MOMENTUM PENJUALAN

 

Harini nak share beberapa tips cara kekalkan momentum penjualan. Ramailah orang yang tanya sepanjang aku berniaga ni, macam mana nak bagi sale tu lebat je. Macam mana nak ada customer baru, macam mana nak bagi regular customer masih membeli dengan kita, macam mana nak dapat customer yang tak banyak ragam. Eh? Itu kita tak boleh pilih-pilih la sayang, hihi! Setiap customer yang datang tu rezeki dari Allah. Kalau kita dapat yang senang nak di layan tu Alhamdulillah sangat, kalau yang susah tu, layankan je sebaiknya. Gitu.

Segala apa yang kita buat tak kisah la berniaga apa pun, mesti ada konsistensi yang berterusan. So bila dah konsisten, benda tu akan jadi satu tabiat yang positif. Ada orang ada masalah konsisten ni. Jangan lah sampai nampak orang lain dah berjaya then baru kita nak tiru apa yang orang dah berjaya tu buat, padahal kita yang berbisnes dulu. Ha gitu.

1. Jaga Hubungan.

Ha yang ni memang lah yang pertama sekali. Jaga hubungan dengan Allah, Ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, customer, and semua orang. Ini adalah kunci pertama yang kita kena hidupkan. Walau sekuat dan selebat mana pun plan strategi and marketing kita, tapi kita tak jaga hubungan ni, memang takkan menjadi apa pun. Kalau nak rungkaikan satu persatu pasal hubungan ni, memang panjang gila. Jadi kita ringkas macam ni je. Korang kan pandai, boleh fikir lebih jauh apa tu jaga hubungan. Jangan gaduh-gaduh. Maaf memaafi je lah, sentiasa mengalah, kalau marah kita diam, jangan cepat terasa hati. Buat tak tau kalau tak suka sesuatu. Kita yang tentukan kehidupan kita, pilihlah dan hidup dengan bahagia.


2. Pastikan Ada Matlamat

Ini pun tersangat penting. Ada orang dia tak ada matlamat. So dia tak tau apa yang dia nak capaikan. Kalau ada sale, dia bersyukur, kalau tak ada sale pun dia tak risau. So sale dia pun makin lama makin surut. TAK SUKA KAN. Ok, lepas ni mesti ada target and matlamat, pastikan matlamat kita tu seiring tindakan, keazaman yang sungguh-sungguh. Kesungguhan yang tak berbelah bagi. Kukuh pendirian, jangan dengar kata-kata dari orang yang gagal atau dari orang yang tak sama bidang dengan kita.

Sehari mesti target something. Macam aku dulu, sehari aku target paling kurang 50 parcel. Selagi tak keluar 50 parcel, aku keep iklan mana-mana, update sana sini, keluarkan testimoni. Fikir strategi and idea lain dari yang lain, sampailah aku dah dapat capai target. Ada orang dia suka letakkan sales jualan, satu hari dia nak penjualan atau keuntungan dia RM1000 ke atas. So selagi tak dapat amount tu, dia kerah lagi usaha dia. Macam tu. Kita memang PERLU ADA TARGET baru kita boleh tau sampai mana kita boleh buat, kita mesti CABAR diri kita sejauh mana usaha kita boleh pergi.

3. Bila Dah Mula, Jangan Berhenti.

Kita dah buat keputusan untuk berbisnes, jangan mula-mula je bersemangat. Dah sampai pertengahan jalan then kita surrender. Bila kita dah buat keputusan atas sesuatu, kita mesti pastikan kita buat sampai habis. Contohnya, dah beli stock banyak-banyak. Mula-mula je semangat jual, sehari dua, seminggu dua tengok tak ada orang beli terus rasa nak stop. Tengok balik kenapa barang tak laku. Tengok balik tips no 1 and tips no 2. Kita dah buat tak yang tu. Nak bisnes bukan semudah ABC, kalau ada usaha, kalau kita yakin rezeki Allah, kita akan tau kenapa rezeki tak sampai-sampai kat kita.

4. Jauhi Perangai Hangat-Hangat Tahi Ayam.

Ha ini pun sama, jangan la senang putus asa. Masa nak start bisnes tu, banyak sangat berangan, asik syok sendiri membayangkan ramai orang beli barang kita. Memula je bersemangat waja. JANGAN ada perangai macam ni. Berniaga bukan semanis yang disangka, tapi bila ada usaha, bisnes tu lah antara yang termanis yang kita pernah rasa. Kalau nak momentum yang berkekalan perlu ada komitmen dan pengorbanan daripada DIRI KITA SENDIRI. Kalau kita tak sanggup pun nak berkorban, susahlah kan.

5. Berkawan Dengan Orang Yang Bersemangat dan Berjaya.

Dulu mak-mak kita pesan, kawan dengan semua orang. Hihi! Yelah dulu zaman kita kanak-kanak, kebanyakkan kita hati suci sangat. Pagi gaduh, jap lagi rehat masih makan sama-sama. La ni takyah cita lah, gaduh sikit kita block, kena perli kat facebook, canang kat blog perli-perli sana sini. Hahaha! Sekarang ni memang kena kawan dengan semua orang, tapi rapatlah dengan orang berfikiran positif, yang selalu support kawan-kawan. Jauhilah kawan-kawan yang negatif ni, yang tak boleh tengok kita berbisnes, yang sakit hati tengok kita senang sikit. Kita ni mudah terpengaruh dengan environment kita, banyak benda negatif, then kita pun mesti akan terikut-ikut.

6. Cari Ilmu

Kalau kita rasa ilmu bisnes kita tak cukup, pi belajar. Sekarang ni ramai orang banyak ilmu, ramai jugak yang buat kelas ilmu. Ilmu ni kat mana-mana boleh cari, tapi kalau berguru lebih bagus. Sebab kita pun paham, bukan semua ilmu yang kita baca tu boleh pakai. Mesti ada guru yang boleh bawa and tunjuk ajar kita arah mana yang bagus, mana yang kurang bagus. Beli buku-buku marketing, beli buku yang boleh gain semangat korang, baca buku tokoh-tokoh Islam yang berjaya dalam bisnes. Semangat pun perlu di cari, semangat kita kadang2 naik, kadang2 turun. Benda tu normal sebab itulah sifat manusia. Tinggal kita je lah yang boleh ubah semangat tu dengan cara kita.

7. Banyakkan Berdoa.

Doa ni memang WAJIB lah kan. Antara usaha lain yang kita boleh buat, kalau dari 1 sampailah 6 kita dah buat bersungguh-sungguh, tapi masih lagi suam-suam kuku, kita kena mintak kat Allah. Sebab rezeki memang datang dari Dia. Buat lah Dhuha. Solat Tahajjud. Fikir balik apa salah kita, ada tak kita berhutang kat orang, ada tak hutang ptptn yang kita liat nak bayar balik. Ada tak kita lupa nak sedekah kat mana-mana. Zakat bayar ke tidak. Ha gitu.

InsyaAllah kalau korang buat semua tips kat atas ni dan yakin dengan janji Allah, korang boleh berjaya. Amin. Nak berjaya, tak boleh banyak alasan, tapi kena banyak usaha. Aku sentiasa doakan kita semua berjaya sama-sama dunia akhirat. =)

Nov 3, 2015

PEMENANG TESTIMONI SKINCARE : NORSYAFIQAH

 Berapa lama punya pending dah, hahaha! 4 bulan ada kot. Ish ish ish, maafkan simptom ibu mengandung ini. La ni kita dah aktif balik, silakan bersiap sedia bukak blog hari-hari (bajet ada pembaca lagi, krik krikkk)

Pemenang ni ekceli kita dah pilih masa bulan berapa entah, lapan ke sembilan aku tak ingat. So meh la i announce!!

TAHNIAH NORSYAFIQAH!!

Memang nampak perbezaannya. Syafiqah kata before ni dia suka ambil gambar pakai camera 360, sebab nak cover jerawat. TAPI TAPI TAPI, sekarang TIDAK LAGI!

Yeay! Tepuk tangan kuat-kuat. So jom kita tengok perubahan and wasap-wasap beliau bersama staff kita.

 Ni pic baru beli set skincare.

 Ini dah pakai 7 hari lah, so katanya lembut. Eh memang lembut ye. Aku memula pakai baru 5 hari dah feeling bayi. Lagi over tau, hihi!

 Semakin pudar katanya



 Paling suka gambar ni, walaupun nampak macam mata sembap kan, hahaha! Tapi nampak lah bercahaya nur nya, ekekeke! Nampak bersih je. Dulu selalu suka tengok muka ada sorang akak tu, berharap la kalau soalat kat surau tu, dia ada sekali. Sebab nak tengok muka dia bersih. Ha camnilah lebih kurang. Hihi!

Bekas jerawat pelan-pelan kayuh, hihi! Sebab produk kita bahan-bahannya tak ada campur hydroquinone and mercury, so tak ada lah elok sepantas kilat. Ambik masa jugak. Cuma kena pakai konsisten je. Gitu.
 
 So tahniah awak!

Kalau ada gambar terbaru lagi, meh la blanja. =)

Uolls, belum terlambat tau nak cecantik. Meh la contact

011-2107 6726
Atau contact Stokis/Agen berdekatan

TIPS ANAK RAPAT DENGAN BAPAK

 Eiii, baru anak satu dah sibuk bagi tips, hahahaha! Biarlah, aku nak feeling anak 10 orang ni, korang layankan je la okay, hihi!

Dulu, masa Izz Qaiser kecik (3 ke 6 bulan), dia kurang sikit dengan Qery. Aku rasa biasalah tu. Anak yang nyusu badan ni dia lebih nak kan mak dia. Bukanlah maksud aku dia taknak langsung Qery, ok je dia dengan Qery, cuma kalau ada aku kat rumah tu, dia mesti nak aku jugak. Ha gitu.

So, aku taknak lah dia rapat dengan aku je. Anak sama-sama, kita rapatlah sama-sama. Plus anak lelaki ni dia akan lebih bijak dan lebih aktif kalau selalu main-main dengan bapaknya. Otaknya akan lebih cergas, lebih cepat belajar, gitu.

So aku selalu pesan kat Qery, setiap hari MESTI luangkan masa untuk main dengan Qaiser, main lah bola ke, ajar dia sambil tengok gambar ke, nyanyi sama-sama ke, tengok bola sama-sama ke, suap anak makan, share makanan dengan anak, main keletek-keletek. Tak kisah la apa pun. Hahaha!

Kadang-kadang, lepas balik sekolah. Qery akan dukung Qaiser bawak jalan-jalan kat depan rumah, cari cat, cari serigala, cari bird. Kalau malam pulak cari moon, tunjuk lampu sana sini. Gitu. Bab mengajar anak memang aku serah kat Qery 100%. 

Qaiser 8 bulan dah tau tadah tangan baca doa, dah tau cara main car. Sekarang ni dah tau banyak benda, semua Qery yang ajar. Aku perasan, kalau aku yang ajar, dia sambil lewa je. Dia dengar jugak, tapi tak se fokus kalau Qery ajar la. Sebab Qery ajar suka dengan gaya-gaya over gila. Kalau dia ajar alif ba ta. Sebut Ba tu kita sebut Ba je kan. Dia Bbbbbbbbbbbaaaaaaaa sambil terkeluar-keluar air liur. Hoih! Suka la Izz Qaiser tengok tergelak2 dia.


Qery jenis yang suka bergaya kemas-kemas kan. Semua baju dia bergosok hantar dobi. Eh aku tak kuasalah nak gosok baju dia, hahahaha! Sehari tukar baju 2 3 kali. Baju kalau kedut sikit je pun nak kena gosok balik. Pftt. Then anak dia pun cenggitu. Kadang kalau aku pakaikan baju entah pape kat anak dia. Jap lg tetiba dia akan tukar balik, haha! So baju Qaiser, kalau nak pegi mana-mana, aku siapkan, then Qery akan double check ok ke tak. Hoih!

Tak tau lah, tapi Qery memang bapak penyayang kot. Walaupun dia balik kejap, penat macam mana pun, dia akan main kejap dengan Qaiser. Ajar anak dia sikit-sikit. Gitu.




Anak manja bapaknya. Sekarang ni aku dah takyah suruh Qaiser pegi kat Qery. Dia yang akan gedik-gedik bila nampak Qery balik. Kalau keluar jalan-jalan kat shopping complex pun, Qery yang banyak jaga anak. Masa makan, aku akan makan dulu and dia akan bawak anak jalan-jalan. So aku memang makan dengan tenang lah. hahaha!

Kalau kat luar, memang automatik Qaiser suka melekat kat Qery, sebab Qery lebih banyak melayan dia. Aku kan mak, mak kan lemah lembut. Auw! Saja ngelat tak nak buat kerja berat, hahaha! So Qery memang banyak melayan anak dia. Masuk kedai game lah, masuk kedai mainan lah, ke sana ke sini. Gitu. Aku lek lek memerhati dari jauh.


Macam aku dulu, aku selalu puji Qery depan Izz Qaiser, Pegilah kat daddy, daddy best. Daddy pandai buat itu, ini. Daddy suap sedap. Daddy ada mainan, daddy nak ajak jalan-jalan. Ha sampailah budak tu nak kat dia. Kita isteri-isteri pun memain peranan jugak.
Kita pun kena selalu puji suami kita. Kalau malam-malam tu, cakap lah pandai dia jaga anak. Tengok tadi anak happy je main dengan dia. Ada suami orang lain tu tak nak pun main dengan anak, balik balik terus buat hal sendiri main fon. Tapi suami kita bagus, penat macam mana pun mesti curi masa main dengan anak.

Suami kita pun kalau dah hari-hari dapat pujian, mesti dia pun happy nak main dengan anak-anak.

So itulah tips dia. Kalau kita nak anak rapat dengan kita. Kita yang kena mulakan. Anak tu dia memanglah kalau boleh nak berkepit dengan mak je. Tapi bapak-bapak mestilah tau ambil hati anak sendiri. Harini mungkin tak jadi, cuba lagi esok, cuba lagi lusa. Gitu. Janganlah cuba harini, budak tu taknak then terus ingat budak tu taknak ngan kita. Itu bapaknya yang malas jaga anak. Hahaha!

Seronok tau kalau tengok anak-anak rapat dengan suami jugak. barulah kita boleh feeling bahagia satu family.

Nov 2, 2015

MACAM MANA CEK ADA MERKURI?

Sebelum ni kan viral kat facebook ada beberapa produk pencuci muka yang kantoi guna merkuri. Tulis situ dapat KKM, tapi last-last cek ada merkuri. Allahu, kenapalah sampai nak buat macam tu kan, jujurlah dalam perniagaan. Mungkin harini korang selamat, tapi esok lusa tak siapa tau.

Sebab tu aku tersangatlah risau and taknak bahan-bahan yang aku buat ni ada bahan-bahan larangan. Aku sendiri nak dalam tu letak apa, effect apa, then ofkos aku taknak ada merkuri mahupun hydroquinone. Orang kat kilang tu pun pelik dengan aku n Qery. Dia cakap kebanyakkan founder dorg letak semua benda tu, nak untung dulu. Bila dah kena rush dengan KKM. Dorang tak kisah sebab dah untung banyak.

Erm....krik krikk krikkk.. Aku tak ada komen bab-bab tu. Orang bisnes cara lain-lain. Aku dengan Qery cuma nk berniaga dengan jujur, tu je. Biarlah lambat pun effect dia, janji tak memudaratkan orang lain, janji tak tipu customer pasal ingredients. Orang lain buat kita tutup mata buat tak nampak je lah. Hihi!

Kalau korang perasan yang menjadi viral kat facebook tu. Dorang tuang cleanser atau sabun kat sudu. Then dorang bakar. 

Sifat merkuri kalau korang nak tau dia macam serbuk bewarna silver. So bila kita bakar sabun tu, merkuri akan muncul semula, sabun tu pun bertukar warna. Gitu. kalau tak ada merkuri, sabun tu tak berubah warna. 

Aku pun nak confirmkan aku punya cleanser, sibuk jugakla nak buat eksperimen. Mencari sudu and kelam kabut tuang cleanser. Hihi! Gi dapur petik api and bakar sudu.

Hoih debor jugak rasanya, hahahaha!
Yang gambar kiri aku copy dari facebook, tak tau la produk apa, tp mcm tu lah yang ada mercury. Yang belah kanan pencuci muka Seqy beauty, bila bakar tak berubah warna.

Bila tengok tak berubah warna, rasa lega sampai ke lubuk hati tau. hahaha! Terus kelam kabut share kat facebook. 

Then ramai customer komen kat facebook cakap Seqy Beauty best.


Perasaan produk kena puji, sejuta kali best dari orang cakap kita cantik tau, hahahaha! Rasa nak lompat bintang je. 

Korang jgn memalu, meh la beli.


ATAU 

Contact 011-2107 6726
 
ATAU 
 
Contact Stokis/Agen berdekatan