Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 14, 2015

1 Tahun 1 Bulan

Bukan harini tapi esok genaplah Izz Qaiser berumur 13bulan ataupun 1 tahun 1 bulan. Alhamdulillah and YEAY!!!

Besar dah anak aku yang sulung ni. Dulu masa pantang, nak mandikan dia takut sangat, kecik pastu lembut sangat kulitnya, hihi! Sekarang ni dalam bilik air kejap ke sana kejap ke sini. Urut dada, huhu!

Dulu masa kecik mandi mesti nangis, sekarang ni dah habis mandi nangis jugak sebab taknak pakai baju. Lols

Dulu kalau tido aku yang peluk dia, sekarang ni dia yang peluk aku. Pantang la kalau aku bangun nak gi buang air ke apa, nganga besar mulut dia nangis.

Jadi suri rumah, walaupun penat tapi puas hati sebab dapat tengok perkembangan anak. Excited bila anak tu belajar satu-satu benda. Dia tepuk tangan pun seronok gila, entah pape je, haha!

Sekarang ni memang dah banyak pandainya. Panjang akal pun satu. Kalau cerita semua memang tak siap kerja rumah ni ha, kekeke!


Membesarlah dengan baik dan sihat wahai anak. Sekian, hihi!

Yang sebenarnya aku nak gi sidai baju, dah berbunyi dah mesin tu. Kbye

PENGAMBILAN DROPSHIP DIBUKA SEMULA!!

Tak nak cerita panjang, hihi! Sesiapa yang nak jadi dropship SEQY BEAUTY silakan whatsApp 011-2107 6726.


Mana tau rezeki korang dengan Seqy Beauty, siapa usaha lebih, dia lah dapat. Tak pasti dropship ni aku nak open sampai bila. Tapi buat masa sekarang ni akan open je lah. Sampai staff kata enough, then kita stopkan semula ye. 

Syarat-syarat dia tersangat mudah.

TAK ADA YURAN PENDAFTARAN
Jual sekurang-kurangnya 5 produk Seqy beauty
Upah dropship akan diberi selepas setiap dropship menjual sekurang-kurangnya 5 produk
Upah akan diberi setiap 1 bulan (minggu pertama setiap bulan)

Ok semua?

Details secara terperinci boleh contact

 011-2107 6726

Sep 11, 2015

Melawat Rumah Adik Ipar Sekeluarga

Entry adik ipar kawin tu, biarlah dulu ye. Hihi! Iolls kan baru dapat adik ipar, baru sebulan lebih. So dorang tu masih dalam mood pengantin baru lagi lah kan, hahaha!

 Rasa lawak pulak sebab teringat kenangan zaman baru-baru kawin, seronok sangat sebab dah tak tinggal dengan parent. Patutnya aku anak perempuan lagi-lagi bongsu, kena lah gembeng sikit kan, poyo2 rasa sedih bla bla bla, tapi entahla, aku rasa happy gila sebab dapat keluar dari rumah, bahahaha! Bertuah punya anak.

Aku jenis lek lek, Qery pulak jenis hati cepat rindu, haha! Dulu masa kat maktab Johor, tetiap minggu balik sebab rindu. Ohoiiii bagus beno perangai, semua orang ikutlah perangai Qery, jangan ikut perangai aku ye, kekeke! Aku ni memang nampak lemah gemalai, tapi hati iolls keras cam batu belah batu bertangkup and degil. Buruk perangai, lepas dah kawin mak suruh tido rumah seminggu, eh eh mana boleh, haha! Tido sehari je, esok terus aku suruh Qery panggil lori datang angkut perabut, kita berambus, kahkahkah!

Haih banyak no dosa dengan mak abah, tulah susah beranak. (>_<)

So kalau nak dibuat perbandingan antara aku dengan adik ipar aku si Fieya ni memang langit dengan bumi la. Fieya ni macam bidadari jelmaan, perangai tu baik sangat, haha! Pandai layan orang tua, pandai layan borak, pandai ambil hati, eh pandai segalanya lah. Aku pulak memula jadi menantu orang, diam membatu, sepatah orang tanya, sepatah aku jawab. Nak mulakan ayat, memang takkan lah. Kadang tu Qery suruh borak, aku dah nebes dah nak cakap apa, hahahaha!

So funny!

Tapi sekarang ni, slowly la lagipun dah ada Izz Qaiser. Boleh la borak pasal Izz Qaiser, atau kalau mak mertua aku ada benda nak borak, then ada la benda nak diborakkan. Tapi aku tengok Fieya kalau duduk dengan mak mertua aku, adaaaaaaaa je benda dorang borakkan. Kadang tu hatiku rasa nak tanya kat Fieya suh bagi tips borak dengan orang, hahaha!

Perangai ni bukan aku sorang je yang alaminya, malahan seluruh adik beradik perempuan aku camtu. Samalah perangai dengan Ceera, Jemah, Kaklang, semua tak reti nak borak. Membatu je. Aku ni ok lagi la kan baru kawin 2 tahun. Jemah tu 10 tahun pun still membatu, kahkah! Lagi parah.

Oklah berbalik kepada cerita nak ke rumah adik ipar, ha adik ipar aku ni pun duduk dekat je dengan rumah mertua. Tapi ok lah sebab tempat kerja dorang pun area sini jugak. So tak ada la jauh nak gi keje.

Aku dengan Qery sebelum tu dah makan sesiap kat luar, bukan apa. Aku tetiba dah lapar gila. Aku ni jenis aklau lapar tak boleh tunggu, haha! So makan kejap, then boleh bungkus big apple untuk datang rumah dorang.

Izz Qaiser ni asik nak jalan je kejenya. Dapat pulak kasut yang bunyi-bunyi tu, makin rancak lah kaki dia. Orang dukung tak boleh.

Kat rumah Fieya makan lagi. Memang dasar sangat perangai tu. Padahal dah kekenyangan. Eh lagipun tak elok pegi rumah orang tak makan. Dulu aku selalu marah Qery pegi kenduri tak makan. Yela, kadang tu kita pegi kenduri, ramai sangat, then meja tak cukup bla bla bla. Tapi tak baguslah. Kita nak bagi pahala kat orang kawin sebab bagi makan free. Kita kalau makan makanan yang orang hidang, automatik dorang dapat pahala, then Insyaallah murah rezeki tuan rumah. So walaupun dah kenyang, kita jamah jugak. Eceahh, alasan aku panjang kan konon2 nak clearkan korang kenapa aku makan, bahahaha! nampak tak disitu.

 Budak manje dengan pakngah nya.


 Tengok tu, bukan nak dukung pun tu. Nak jalan je.

Tengok, memacam dorang hidang. Takkan lah tak makan kan, membazir nanti uolls, tak elok tu perangai syaitonnnn. hahahaha!!

 Mak dah surrender dah.

Sempat lagi, masa kitorang nak datang tu, Syah suruh bawak produk Seqy Beauty sebab kawan opis nak beli.


Lepas makan kami lepak-lepak, tengok tv. Dorang bukak cite yang joget-joget tu, ala apa nama cite tu. Semua berkerumun depan TV, 3 beradik suka tengok cite joget-joget ni, hoih, lelaki uolls, memang lambat matangnya, kahkahkah!

Izz Qaiser dah melepek dengan aku sebab baru lepas kejadian terjatuhkan cawan kat dapur. Menangis terus, hahahaha!

Cawan kaca pulak tu, harus bunyi berdenting kan. Berlari dia kejar aku, terus nangis. Ha padan muka, sapa suruh tak reti duduk diam. Kalau pecah awak ganti pakai duit raya awak tu. Belikan set cawan rumah mami sekali, kekeke!

Ok tu je nak cerita, kesimpulannya. Cantik rumah adik ipar i. Bye

Sep 9, 2015

Saja Borak Takde Keje

 Amboi, takde keje sangat lettew sampai nak update blog, hahaha!

Eh uolls, semenjak dua menjak ni rancak beno kat facebook orang share cerita pasal suri rumah kerja penat, dapat suami tau komplen awak ni tidooo je, pastu pulak ada orang yang berkerja pun nak cerita bagitau depa pun penat jugak lagilah ada dua kerja, bla bla bla bla sok sek sana sok sek sini. 

Adui lah korang ni, apa nak gaduh. Redho je la dengan pekerjaan masing-masing. Kalau pilih nak bekerja, then kita terima lah tugas tu seadanya. Kalau pilih jadi suri rumah, then kita kena accept lah tugas-tugas tu seadanya.

Apa nak gaduh, biarlah mulut orang nak kata kerja kita senang ke susah ke apa. Mulut dorang tu tak membantu apa pun, toksah layan. Buat sakit hati jiwa raga je, hahaha! Aku nampak orang duk sibuk share terus aku tekan butang hide, tak kuasa nak tengok. Kekeke!

 Ni baru sempat transfer gambar berjalan-jalan Ahad lepas gi taman rama-rama. Baru edit 3 keping gambar. So bagi korang teaser dulu. Pepoyo nak teaser, lempang satu kali tau la. Hahaha!

 Aku rasa budak baru dapat kaki memang camni lah, asik nak jalan sendiri je. Kalau jalan tu seimbang takpa gak. Ini kang senget ke kanan lah ke kiri lah, kang tengok2 dah jatuh je, hahaha! Lantok sana.

 Ha baju bertukar pulak.

Nanti aku cerita pasal ni tau.

Sekarang ni Izz Qaiser kan dah masuk setahun. So makin senang nak jaga. Syukur sgt dapat anak yang tak tantrum tanpa sebab, huhu! Kalau tak aku boleh bertukar jadi singa. 

Anak buah aku ada lah beberapa orang yang jenis nangis tanpa sebab, hahaha! Kesian makpaknya. Ada anak buah aku lagi klaka, beriya nangis ni, bila aku tanya kenapa, rupanya Ipad habis bateri, wakakakaka! Rasa nak tumbuk je muka dia sebab lawak sangat alasan tu.

Yang sorang lagi anak buah aku ni tiap-tiap malam nangis, pastu nak orang teka dia nangis sebab apa, hahaha! Harun betul. Bila dah lepas stage nangis tu memang rasa kelakar la kan, tapi masa nak harungi tu adoilah stress beno, huhu!


Nanti sok sok kalau anak aku ada yang tantrum, harus aku bertukar. Aku ni dah la bukan jenis penyabar.. Tapi takmo mintak lah, semoga anak-anakku semuanya behave, nangis bila lapar je, macam mak dia. kahkah!

Kbye uolls, Qaiser dah bangun pulak and kejap lagi suami tercinta nak balik dah. Nak siap cecantik pakai bb cream. ZAS ZAS terus i jadi JELITA tanpa sempadan. 
#justsaying
#kahkah

Sep 8, 2015

TAHNIAH PEMENANG REWARD BULAN OGOS

Uolls, lama rasa tak bersiaran ni, bukanlah bizi beno, tapi kesihatan tak membenarkan, ecewah, haha! Semalam dah heboh kat ig pasal pemenang gold bar untuk bulan Ogos, so harini kita war-warkan lah agen mana lah yang tersangat top ni.
 
*copy paste dari blog Seqt Beauty je, hihi!*
 
*************************************************************
 
Salam semua. Demi menghargai usaha Stokis dan Agen yang bertungkus lumus mempromosikan produk Seqy Beauty setiap hari tanpa henti, yang sentiasa share kebaikkan produk, yang menjual produk melebihi target yang HQ tetapkan, HQ berbesar hati nak menghadiahkan EMAS untuk mereka. Bestkan Bestkan! Hihi!
Setiap pemenang layak menerima 5 keping gold bar bersamaan 5g emas. TAHNIAH kami ucapkan! Pemenangnya ialahhhhhhhhh........
Tahniah untuk semua pemenang. Kepada agen-agen yang belum ada rezeki memenangi hadiah dari HQ, tak apa. Jangan putus asa. Teruskan usaha dan semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat. Aminnnn.