Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 25, 2015

Cuti-cuti Malaysia : 3D Art Gallery Lukut, Negeri Sembilan

Huih, berapa lama entry ni terperap dalam draf. Ada dekat 5 bulan kot, ingatkan dah malas nak karang, biarkan berkubur aja. Tapi Qery tu bising tiap malam suh aku update. Berjampi kat telinga. Aku bukan apa, rumah ni kan tak ada aura nak menulis la.

Tempat aku buat kerja ni lapang sangat. Bila dah lapang, otak aku pun ke mana-mana dah. Dulu bilik aku kan kecik je, so aku boleh fokus apa aku nak buat. Plus tak ada orang kacau. So buatlah apa kau nak. Sekarang ni nak taip sikit, kang Qery panggil mintak tolong itu la ini la, pastu kang membebel la, pastu nanti anak nak panjat kerusi la. Tu lah dia punya malas jadi tahap berganda.

So, ni kesinambungan dari entry

1. Cuti-cuti Malaysia : PD
2. Cuti-cuti Malaysia : Thistle Hotel

Malam tu, sementara tunggu Syah and Cepul sampai, kitorang jalan-jalan dulu ke 3D Art Gallery. Sebelum ni pernah tengok Andak pos kat facebook. Aku pun bagitau Qery ada tempat best boleh ambik gambar pelik-pelik.

Qery dia okay je asalkan kau kena tau jalan. Lols, apa nak kisah google map kan ada. Huhu! Senang sangat jalannya kalau dari hotel yang kitorang duduk tu. Jalan lurus je pastu dah sampai belok kanan. Tapi di sebabkan dah malam, menggagau jugak la gonyoh2 mata.

Sampai-sampai sana, beli tiket. Kitorang datang ni agak lewat jugak. Pukul 9 lebih tak silap. Yang bestnya tak ada orang, hahaha! So sukatiklah nak ambik gambar repeat tempat sama berapa puloh kali pun, takda orang marah.
 
Qaiser suka gila tido kat bahu nenek dia, empuk cam bantal. Hihi!
Kalau dengan aku jangan harap la dia nak tido cenggitu, keras kematu bahu iolls, hahaha!

See, lena. Kalau nenek dia dukung camni je, memang kompom tido.

Cam gergasi dah.

Alololo pakmak mertua kita tu memalu pulak duduk jejauh. =P

Qery cam biasa la, muka over.


Mak kau mampu naik menatang ni? hahaha!


TQ panda, dah lama i teringin nak buat canggitu.

Lepas amik gambar ni, Qery cecepat tengok. Pastu aku cakap la dia buat tak jadi, ayah buat je nampak real. So tak puas hati.

Buat lagi sekali. Huhu!


Masa ni Qaiser 6 bulan.


Laki bini over

Yang ni semua nak cuba, hahaha!




Anak bapak.

Laki bini.

Haih buat perangai tak elok depan mertua, elok sangat pangainya, hahaha!

Izz Qaiser pun nak jugok.

Nangis sambil senyum, kau mampu?

Sweet angat tu.




Sorry duit i memang berlambak2 camni, tak tau nak nyorok mana dah. Lol







Hahaha. Gambar sendiri kena lebih sikit.

Konon.

Mak pun taknak kalah ye, haha!

Suamiku encik gergasi.

Habis dah bergambar, kitorang pun balik singgah makan dulu, bungkus makanan untuk adik2 Qery, sampai hotel tengok dorang dah tunggu kat lobi. So esok kita nak ke Melaka pulak.

Kbye. Nanti kita sambung lagi k.

Jun 18, 2015

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Tahun lepas kita ngandung 9 bulan masa bulan Ramadhan. Ke param dengan perut ke depan gitu. Sekarang ni dah keluar dah anaknya. So bawak sekali pegi pasar. 

Ha, sebelum tu camne korang hari pertama puasa? So far so good la sebab cuaca pun ok ok kan harini. Malam semalam iolls sahur nasi goreng je. Senang campak-campak je terus siap. Qery tu kengkonon nak sahur makan koko crunch. Sekali dah bau nasi goreng, terus simpan balik susu dalam peti ais. Kikiki!

Tahun ni konsep kita bersederhana. Sebab taknak lah buang-buang makanan. Kalau nak fikir orang yang tak cukup makan tu alahai, rasa serba salah sangat. Kita makan like a king, tapi dorang tu nak makan tapi tak ada makanannya. Sobs.

So kali ni untuk 2 orang makan, spend RM20. Kalau ada lebih kita simpan duit buat sedekah mana-mana. Tadi gi param pun beli roti john, air, dengan kuih pun tak sampai RM10. Huih jarang berlaku tau. Dulu pernah la masa kolej-kolej. Bawak RM10, beli nasi kerabu, kepak ayam madu dengan air. Tapi dulu murah lagi. Sekarang ni... roti john pun dah RM4.50. nangis tepi bucu meja.


Kesimpulannya di sini nak bagitau, makanan makin naik harga. Kbye

Jun 15, 2015

Sambut Birthday Kat Flora Cafe

Ni kejadian 5 April 2015 ye, dah 2 bulan lebih baru nak cerita. Sebab tengah transfer gambar tu, dah alang-alang ada masa sikit ni, jom la kita sok sek sok sek jap. Walaupun blog sendu dan dot dot dot... Huhu!

Ekceli kan, birthday kali ni feeling dia lain sikit lah sebab dah ada anak. So nak celebrate pun dah malas, tapi Qery tu kan suka je surprise2, saja lah tu nak gode i, kah!

Dah pesan siap-siap takyah sambut sebabnya aura pemalas aku ni memang melampau peginya. Kalau boleh nak makan sambil guna kuasa mata je, tenung lama-lama nasi lepas tu nasi terapung dan masuk dalam mulut, kemudian pejam mata nasi dah masuk dalam perut. Kau bayangkanlah tahap dia tu, menangis mak mertua aku kalau baca ni, kekekeke!

Qery cam biasalah, malam sebelum tu dia cakap nak gi beli makanan sebab aku lapar. Ye memang tak masak pun, walaupun tak masak i tetap isteri mithali, haha! Aku pun okay kan je, tapi haih kemain lama pulak la laki aku ni tak balik-balik. Nasib baik la ada anak, kalau tak aku dah tepon Qery dah marah dia sambil nangis.

Pastu Qery sampai rumah je aku nampak kotak Baskin Robbin pastu ada cam kotak hadiah. Terus hilang amarah automatik senyum kambing. Pastu berpura-pura cam 'Eh apa ni, kan dah cakap xyah susah-susah', padahal.....hahaha! Dalam hati gelak kuat-kuat. Rasa nak lempang je perangai sendiri. Cuba la Qery tak bagi aku hadiah apa-apa masa birthday, aku rasa mau merajuk sepanjang bulan April tu. Dah dapat hadiah pura-pura taknak. Lols.

Malam tu, dapatlah hadiah jam tangan dengan gelang dan............................baju. =P

So esoknya, Qery bagitau dia ada tempah tempat makan kat Flora Cafe.

Pertama kali dalam hidup tau aku makan tempat-tempat hiasan camni. So teruja sikit lah kita ni. I kan kampungan. Huhu! Tapi memang recommended makan kat sini, lagi-lagi menu style ala-ala kampung dia, memang sedap sangat.

 Siap ada belon ye. Terasa cam 12 tahun mudanya. *mata juling*

Budak kecik main belon.

 Hidung kembang keturunan.

Lauk dia simple, tapi sedap sangat. Makan untuk dua orang pun banyak gila. Aku dengan Qery memang tak boleh habis lah.



 Penuh pipi.

Camni lah kalau dah jadi mak-mak. Nasib baik aku memang dari dulu kalau makan pakai sudu boleh guna satu tangan. So sebelah kepit anak, sebelah lagi makan. Kalau Qery, dia memang jenis kalau makan pakai sudu garfu kena dua-dua belah. Jadinya memang aku kena pegang anak lah. Cumanya Qery makan 5 minit setel, hahaha! Lepas dia setel makan, dia pegang anak. Belum ada istilah tunggu turn makan. Tapi tunggulah kalau ada anak 2 3 4 5 orang nanti. Itu mungkin aku dah warning kat Qery takyah makan luar, sebab aku boleh bertukar jadi singa. hahaha!

 Berpura-pura tipu lilin.

 Kek dia pun sedap sangat. Kek ni pun orang Flora tu yang sediakan.

Lepas setel makan. Ajak Qery ke Fiska Shah Alam sebab nak beli jubah. Sekali jubah habis. Tak klaka tau. huhu!

Jalan-jalan pastu tengok ada produk Seqy Beauty pulak. Terus malu sebab nampak muka sendiri kat pamplet, haha!

Oklah. Dah pukul 1 pagi. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeee