Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jan 31, 2015

New Operation Hour

*Entry baru di bawah*

Operation Hour

PERHATIAN!!

BERMULA 1 JANUARI 2015,

Segala bentuk order, pertanyaan, mahupun bukti pembayaran anda akan di balas pada WAKTU AKTIF

Waktu Aktif : ISNIN --> JUMAAT 9 pagi hingga 4 petang.
Waktu Tidak Aktif : SABTU /AHAD/ PUBLIC HOLIDAY

Selepas jam 4 petang, anda masih boleh menghantar order atau memberikan bukti pembayaran dan Miss Lora akan membalas sebelum jam 8 malam.

Selepas jam 8 malam, segala bentuk order, bukti pembayaran, dan pertanyaan akan di balas keesokkan harinya pada WAKTU AKTIF.

Jika anda membuat tempahan atau penampilkan bukti pembayaran pada WAKTU TIDAK AKTIF, kami akan membalasnya dalam tempoh sekurang-kurangnya 24jam.

Pengeposan di buat pada hari ISNIN hingga JUMAAT (kecuali PUBLIC HOLIDAY).

Pembayaran sebelum jam 4 petang akan di pos pada hari yang sama. Pembayaran selepas jam 4 petang akan di pos keesokkan harinya.

Jika ada perubahan waktu pengeposan, akan diberitahu terus kepada anda. =)

Terima Kasih atas kerjasama =)

Refer blog SQB

Jan 17, 2015

Belanja Gambar

Sejak bertudung, *ewah, haha*. Aku dah tak berapa suka sangat photoshoot ni. Tak suka sangat bergambar sebab selalu kita kena jaga juga cara kita posing and cara pandang camera. Ha kauuuuu, dulu aku pandang camera dengan pandangan menggoda okay, memang beribu lelaki tertawan *tipu sangat*, haha!

Tak suka photoshoot je ok, tak kata pun aku tak suka bergambar. Kalau bergambar biasa-biasa tu aku suka je. Cuma kalau photoshoot kena buat muka cantik jelita tu memang susah kebeno. Muka kalau jelita sejak lahir lain cerita. Angle mana-mana pun lawo. Aku ni kalau ambik gambar muka dari bawah, kompom nampak lobang hidung saja. 








Saja nak share gambar-gambar ni kat blog.

Sebab haku tak tauuuuuuuuuuuu nak cerita apa dah kat blog ni. Taip padam taip padam. Apakah sangat.

Jan 9, 2015

All About Business

Ecewah, kemahin lagi tajuknya. Kalau masa blajar dapat subject gini. Jadi pekasam la buku tu. Kalau tak jadi pekasam, kemungkinan besar asik me-repeat je kejenya sampai ke tua, kahkahkah!!

Aku ni sebenarnya tak bijak sangat pasal bisnes. Masa sekolah last aku belajar akaun adalah masa tingkatan 3 subject kemahiran hidup. Masuk tingkatan dan U aku ambil aliran sains yang aku tak berapa nak pandai ittew. Haih susah kan gini, blaja apa pun tak pandai. Lepas tu dapat cousin semua straight A's. Mengenang nasib betul. 

Qery pulak dia langsung math bla bla bla bla, matikla kutuk laki sendiri. Haha! Kira duit pandai la opkos. Memula try bisnes agak kelam kabut jugak. Pening berapa percent nak masuk untuk modal, untuk bil-bil, untuk sara hidup, untuk simpanan, untuk bla bla bla bla bla dan bla. Sekarang ni pun masih juga tak pandai2. Hahaha!

Ekceli hati aku tengah gembira. Nak cerita lelebih nanti orang anggap riak takbur bongkak hidung tinggi tapi jelita. Eh? hahaha! Bukan-bukan. Korang tau kan produk pertama yang aku keluarkan adalah BB Cream by Seqy Beauty. Nak buat produk ni memang agak susah jugak la. Mula-mula jual masih menanti kabar dari KKM. So ramai jugak la kondem mengondem. 

Cakap produk Korea masuk sini tukar brand je. Ada barang terlarang. Bahaya. Tak elok. Nanti tumbuh pigmen lagi banyak. Tapi aku tak risau sangat sebab aku tau bahan apa yang aku letak dalam tu. Tak ada pun yang bahaya. Semua bahan yang percentage dia masih dalam piawaian. Nak gaduh2 bagitau produk SQB ni selamat pun tak guna kalau orang dah tak nak terima explaination. Manusia ni dia hanya fikir apa yang dia nak fikir sahaja. So biarkan.

Bila dah dapat KKM, 90% diam dan dah mula bertambah-tambah orang beli. Bukan dari Malaysia je. Ada yang dari Singapura, dari Korea, Australia, Brunei, Indonesia yang berminat nak beli. Plus ada yang mintak untuk masuk negara dorang lagi. Kalau ada rezeki produk SQB jelajah dunia, aku akan panjangkan di sini ye. Doakan2 tau. 

10% lagi mula lah godek-godek ingredient dalam BB Cream. Nak cari juga kesalahan kononnya masih tak selamat. Itu mungkin dia lebih bijak dari orang KKM kot. Hihihi!

Eii gemok
Permulaan kita keluarkan satu warna (NATURAL) iaitu kulit orang Asia. Ramai yang memang pakai color natural je, mana yang putih dan yang sedang pun kata ok sebab lama-lama color tu akan blend dengan warna kulit kita. So nak selamat ramai yang beli warna NATURAL.


Lepas beberapa plan yang kita masih RAHSIAkan. *hikhokhikhok*, aku mesti keluarkan lagi dua tona warna BB Cream. Fair dan Brown. Maksudnya Fair ni lebih putih dari warna Natural. Brown lebih pekat dari Natural. Gitu. Plus memang ada customer yang buat permintaan untuk warna cerah dan gelap sikit. Ada permintaan ofkos kitorang akan fikirkan dan kalau ok kitorang proceed.


Then produk kedua pulak keluar Cleanser by SQB. Pun aku tak sangka ramai kata best. 90% kata kulit moist bila pakai cleanser SQB. Aku keluarkan cleanser untuk senang korang lepas pakai bb cream, nak solat, nak cuci muka. Boleh pakai cleanser SQB terus. Cleanser memang dah dapat KKM. So orang dah kurang tanya bahaya ke tak.

TAPI........ ramai yang cakap. Eh macam produk T****A la Sepet. Sejujurnya, aku masih tau undang-undang. Kesalahan meniru produk orang lain boleh di saman ye. Aku ni dah la baru nak mula berniaga. Taknak la niat nak meniru produk orang lain. Motif curi produk orang?

YANG MENGEJUTKAN!!! Haaaa saja buat huruf besar. Produk BB Cream tak sampai 3 bulan pun kat pasaran. Dah ada orang risik-risik nak duplicate produk ni. Serius aku terkejut sangat sebab aku tau siapa orangnya. Nak sedih tapi kena senyum juga. Happy sebab orang tu nak tiru bulat2 produk SQB sebab dia sendiri cakap produk BB Cream SQB ni bagus, dia pun pakai bb cream SQB dan dia rasa tahan lama dan kulit less oily. Nak halang orang untuk copy produk kita memang tak boleh. Niat jahat orang kite tak boleh halang melainkan tuan punya badan sedar sendiri. Its up to you. Agak-agak kalau kita tiru  product orang, lepas tu niat nak jatuhkan orang tu pulak, adakah Allah akan tolong?

Qery kata tak apa rezeki masing2. Lagipun kita dah daftar KKM. Once orang tiru produk kita, kita memang boleh saman. Ok la ok la. Kalau boleh tak nak la sampai ke situ. Kita cari rezeki sama-sama dalam dunia ni, sama-sama orang Islam. Buat apa nak bergaduh kan. Huhu! Tapi memang tak sangka langsung la ada orang akan tiru sebab produk SQB bukan la popular mana pun. 

Ok dah lupakan kisah yang tak best tu. 

NAK BAGITAU KORANG BERITA BEST PULAK!!! =)

Aku dan Qery tengah buat Set Skincare untuk produk SQB. Pun tengah tunggu KKM jugak. Kalau KKM dah lulus, boleh plan step seterusnya. Sebab ramai juga la tanya 'Sepet tak nak keluarkan skincare ke?'

Eh mesti lah nak. Cuma kita rancang set skincare akan keluar mengikut beberapa step. Barang mana yang akan keluar pertama, kedua, ketiga, keempat, bla bla bla. Selepas Cleanser SQB, akan keluar produk lain dulu then InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan kita akan keluarkan Skincare pulak.

Semua tengah apply KKM. Tolong2 doakan aku berjaya dan tak lupa diri ye. Hahahaha! Opkos aku pun pernah berangan2 nak jadi orang kaya. Tapi tu la takut lupa diri ke apa. Kalau aku lupa diri tolong la private email ke aku bagi icon lempang satu kali ye. Kekekeke!

Aku memang bersyukur sangat dapat agen yang bersatu hati. Tak kisah share rezeki. tak kisah passing customer. Dorang la yang banyak bantu aku merangkak. Kalau nak harapkan aku. Mungkin pembelinya semua dari golongan jiran tetangga je sampai ke sudah. Huhu!

So sesiapa yang nak jadi Agen, masih belum terlambat lagi untuk korang jadi salah satu family SQB. Sama-sama kita usaha, InsyaAllah sama-sama kita berjaya. Aminnnn..

Harap maaf kot kalau ada ayat2 yang macam bagus je. Atau ada unsur riak takbur. Aku tengah menaip dengan perasaan happy so tak perasan kalau ada ayat2 yang tak sepatutnya. Mohon ampun maaf dipinta. Excited dia bagaikan SPM kau straight 20A's. Kau mesti akan terus menjerit lompat tinggi lari setempat lepas tu bagitau kuat-kuat AKU DAPAT 20A!!!!! Ha lepas tu malu sebab rasa riak pulak terbagitau diri sendiri pandai melampau2. 

Tapi aku tak pernah lagi la merasai perasaan straight A ni. Itu perumpaan sahaja ye. Awas jangan tanya masa SPM berapa A. Nak nyorok bawah meja cikgu *sebab ada skirting, kahkahkah* Kbye

p/s : Maklumat lanjut, kunjungi blog Seqy Beauty
dan refer testimoni di ig Seqy Beauty

Jan 5, 2015

Open Agen !!!! OFFER RM350 DARI 5JAN HINGGA 11JAN 2015

Assalamualaikum korang. Hari yang dinanti-nanti.. (>_<)

Sebelum ni ramai lah yang tanya boleh jadi agen tak. Agak pening jugak memula nak handle sebab aku kurang mahir kawasan negeri lain. Tapi pelan2 cari kat google, kawasan daerah zon bla bla bla. Dapatlah membantu sikit-sikit. Dah la aku tak pandai blaja geografi masa kat sekolah. Kekekeke!

Dah setel arrange semua, barulah boleh nak open balik untuk kawasan2 yang available.Sesiapa yang berminat, meh contact Miss Lora 019-298 6997.



Buat masa ni kita baru ada dua produk.

1. BB Cream (3 warna : Code 1 (Fair), Code 2 (Natural), Code 3 (Brown)
2. Cleanser

Produk2 lain akan menyusul secara satu persatu. Tungguuuuuuuu =)

Ok tu je nak bagitau. Cecepat contact Miss Lora, aku open agen seminggu je. Kbye

p/s : Info SQB ada kat blog SQB