Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Dec 28, 2015

Excited nak Photoshoot!

P/S : Promo Set Skincre tinggan beberapa hari je lagi tau. Time ni lah korang nak simpan stok, tak pun pakat-pakat beli dengan kawan-kawan. Boleh la dapat harga ISTIMEWA tu. =)

********************************************************

Actually untuk plan produk Seqy Beauty kitorang dah siap-siap rangka untuk tahun 2016. So salah satunya harini nak buat photoshoot lah. Mencari model pun boleh pening kepala rasanya, huhu! Ramai sangat gadis-gadis cecantik sekarang ni. 10 tahun yang lepas rasanya aku je yang paling cantik. Kahkah!

Pilih model pun berapa punya lama. Aku taste lain, Qery pulak taste lain. Dia tengok semua pompuan pun cantik, amboi sangat. Hihi! Tapi memang serius lah, ramai betul yang jelita ngalahkan artis tau. So kali ni model kita ni cantik dan tenanglah kat mata aku dan Qery. 

Pastu apening kejap lagi aku nak posing macam mana. Haih, dah l aku ni kategori sejenis kayu jugak. Orang suruh bengkok sikit tak boleh, terus patah, hahaha! Eiii tak reti betul. Harap-harap photographer tu nanti takde la sakit hati tengok kekayuan aku tu. Pastu Qery pun ada masalah dengan 'nak senyum' dia tu. Semuanya buat aku risau je. Camne lah nanti gambarnya. Huhu! Memang mengharapkan model je lah yang nak gojes-gojes pun. 

Pastu nak mencari baju pulak dah satu hal. Mencari ke Ampang Park, memang lah banyak baju cantik-cantik kat situ. Tapi bila aku pakai je terus jadi cam 'buang tebiat'. Perut dah kedepan, pandangan dari sisi pun boleh tahan agak ngeri jugak. Runsing jugak aku tengok tapi makan tetap diteruskan seperti biasa. Hihi!

Last-last pilih jubah je. Kesian model i pun kena pakai jubah disebabkan kegemukkan aku, hahaha! Lantak sana, yang penting aku nampak ok sikit. Model tu cantik, pakai apa pun cantik lah kan. Aku ni ha yang perlu diselamatkan. Kalau nampak macam sebiji almari macam mana pulak tu kan. 

Pastu nak pilih shawl pun bercinta jugak. Aduiduiduidui! Semua boleh buat kepala aku pening. Aku ada la beli yang bunga atas kepala tu. Beli lama dah, beli dua je pun. Itu sesaja lah konon nak feeling sendiri je. Tapi takpe lah bawak je sekali masa photoshoot nanti. Kalau korang tengok hasilnya nanti, mohon jangan lah gelak, sebab aku memang beli dah lama benda tu. Mungkin dah ketinggalan zaman ke apa. Tapi aku tetap nak bawak and pakai jugak, haha! 

Nanti aku buat live update kat instagram tau. Korang boleh gelakkan aku tapi jangan lah over sangat. Gelak sikit-sikit je k. Budak kampung nak feeling bandar, bagi la can. Hihi!

Follow @sepetnoh

2 comments:

Yana Libra said...

macam mana lah hasilnye ye tu :)

Chekgu Azrine said...

Sure comel sgt sepet