Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 29, 2014

Kenangan masa mula-mula tau mengandung =)

Refer entry "Bila nak ada baby" tu, antara komen korang yang buat aku rasa betapa tabahnya kawan-kawan alam maya aku ni. Kadang2 kita tak ada pilihan, terpaksa pilih jadi kuat dan tabah supaya hati kita redha dengan apa yang terjadi. Aku takkan tau apa perasaan korang dan apa yang korang lalui. Takkan ada siapa pun boleh tau tahap kekuatan, ketabahan dan dugaan seseorang.

Sebenarnya aku nak tidur, dah pukul 2 pagi pun. Tapi bila baring je rasa senak. Duduk pulak tak ada buat apa. Tu saja bukak blog kekonon rajin sangat nak update. Padahal kebetulan tak boleh tido. Hihi! Sebelum cerita ni aku mintak maaf dulu kot ada orang rasa "eh sepet ni, entah apa-apa itu pun nak cerita, orang lain anak 3 4 5 takda nak cerita sangat, ko pulak yang over" Gittew. Huhu!

Biasalah orang pertama kali rasa mengandung. Semuanya benda baru bagi aku. Jadi saja la nak cerita kat blog. Orang kata kalau tak suka takyah baca. Tapi aku paham sangat kadang2 benda yang kita tak suka tu la yang kita memang sibuk nak baca. Macam ada aura memanggil-manggil suruh kepochi hal orang yang kita tak suka tu. Manusia kan. Biasalah...

Aku nikah 31.8.2013 dan di sahkah mengandung masa bulan 12. Tarikh yang sepatutnya aku ABC (Allah Bagi Cuti), aku dah beli pregnancy test kat Watson. Beli nyorok-nyorok tau. Haha! Sebab malu la kat Qery, plus tak nak la nampak sangat tertunggu2 *nak baby* depan Qery. Depan Qery kena tunjuk yang konon2 aku ni cool je. Konon2 tak berharap sangat la padahal......mihmihmih!

Test kali pertama tu hampa. Tengok 1 line je. So takde la cakap dengan Qery ke apa. Lepas buat test, terus aku buang dalam tong sampah. Tido pun muka monyok je. Haha! Lepas tu 2 minggu tak datang-datang lagi ABC aku ni. Aku pelik jugak, memang pernah je jadi ABC lambat, tapi takda la sampai lama macam tu. Jadi, aku bagitau Qery nak beli pregnancy test. Sebab ABC tak datang2 dah 2 minggu. Qery ni ikutkan je sebab dia pun mungkin nak nampak cool. Haha!

Masuk Watson siap beli 2 okay, 1 yang jenis strip biasa. 1 lagi yang Clear Blue. Ramai yang guna clear blue sebab dia senang terus boleh nampak berapa weeks. Selalu urine waktu pagi tu yang paling tepat kan. So aku kena tunggu pagi esoknya la baru test. 

Tapiiiii jenis tak penyabar macam aku. Ke hulu ke hilir depan toilet. Hahaha! Masa tu pukul 3 pagi kot. Aku pun fikir-fikir, eh pukul 3 pagi pun kira pagi jugak lah. Lantak la aku pedulik apa. Aku nak test sekarang jugak. Begitulahhhhh ketidaksabaran daku. Kekekeke!

Mula-mula test pakai yang strip tu. Tunggu berapa saat je. Terus nampak 2 line. Masa tu macam tak percaya. Termenung sekejap, belek-belek bacaan kat kotak tu banyak kali nak pastikan yang dua line tu maknanya pregnant. Pastu aku panggil Qery, dia tak tidur lagi baru nak baring-baring. Suruh dia tengok 2 line tu.


Qery pulak lagi blur. Dia tengok ada 2 line, lepas tu dia tengok kotak. Sama yang macam aku buat masa mula2 tu. Huhu! Pandang aku, pandang balik kotak tu. Pastu pegang perut aku tanya ada baby ke. Eh mana la aku tau. Haha! Lepas tu Qery kata cuba test kat Clear Blue pulak. Tengok betul ke tak. Aku pun baru teringat ada Clear Blue tu. Tunggu beberapa saat, terus keluar '2-3', maksudnya 2 ke 3 minggu.


Malam tu memang Qery tak boleh tidur. Dia teruja ke apa aku pun tak tau. Hehe! Bila suruh tido dia tersengih-sengih, lepas tu asik tanya aku mengandung ke apa. Ishhhh... aku pun tak tau. Kalau nak ikutkan test tu, macam mengandung, tapi apa-apa pun kena cek dengan doktor. So esoknya kitorang pergi cek kat klinik, dan doktor pun sah kan yang aku pregnant 5w. 

*hamik kau , 3 kali test , haha!*

Start je tau mengandung, aku tak berani langsung angkat barang berat sebab masih baru lagi. Takut jugak aku kalau jadi apa-apa. Paling aku risau, masa 6w aku naik kapal terbang, seminggu jalan-jalan tak berhenti. Stress jugak la sebab masih baru lagi kan, aku tak tau rahim aku kuat ke tak, kalau jadi apa-apa kan menyesal tak sudah.

Start 6w sampai 15w aku mabuk teruk. Teruk yang memang teruk. Selera makan totally out. Aku tak suka langsung tengok handfon. Korang bayangkan macam mana aku perasaan aku masa reply order. Haha! Handfon personal aku langsung aku tak charge. Sebulan tu 10 hari je dia on, itu pun sebab Qery charge kan. 

Masa awal mengandung memang 1001 rasa la untuk aku. Dugaan dengan arwah abah sakit. Masuk 2 bulan, arwah abah dah start lemah. Tak boleh berjalan. Dah start meracau, nampak benda yang orang lain tak nampak, badan kejang-kejang, sebelah badan kurang rasa. Keluar masuk hospital. Dengan badan aku yang tak larat ni, aku paksa diri melawat abah, jaga abah *duduk sebelah je la pun* sekejap, abah suka suruh angkat dia bawak jalan-jalan excercise, kalau boleh memang aku nak papah, tapi mak marah sebab takut jadi pape kat kandungan aku masa tu. 

Tapi masa tu aku redha je, kalau ada rezeki aku, ada la. Sebab kalau nak diikutkan memang aku stress n sedih sangat. Mak pun asik pegang perut aku nak rasa baby ada ke tak. pesan banyak kali jangan fikir sangat pasal abah semua. Suruh aku jaga diri je. Sedih tu takyah cerita la. Ada sekali tu, badan abah kejang. Dia bagitau aku dia sakit sangat-sangat. Tangan dia kena ikat kat katil ward sebab dia banyak kali jatuh sebab usaha nak bangun. Malam tu sebelum tidur aku menangis sorang-sorang sebab aku memang tak pernah tengok arwah abah tahan sakit sampai macam tu sekali. Itulah sekali je aku menangis sepanjang arwah abah sakit sampai dia meninggal. 

Masa arwah abah meninggal pun aku tak menangis. Bukan aku tak sedih, tapi aku tak boleh nangis. Aku tahan je air mata aku ni. Mak kata dia tak boleh tengok aku nangis, kalau aku nangis nanti dia lagi teruk nangis. Jadi aku tak boleh nangis sebab tak ada pilihan lain dah. Kebetulan masa arwah abah meninggal, genap 4 bulan dah aku mengandung. Mabuk dah kurang. Allah memang bagi timing betul je untuk aku. Walaupun Qery kata aku kuat dan tabah, sebenarnya dia tak tau dalam hati aku ni kalau boleh aku nak nangis kuat-kuat. Huhu!

Alhamdulillah baby dalam perut ni sihat. Masuk 5 bulan, aku dah dapat rasa ada pergerakan dalam perut. Tapi tak kuat sangat la, manja-manja macam tu. Dah start nak baring tak selesa. Tak boleh kenyang sangat nanti susah nak nafas. Tak boleh lapar sangat kalau tak kaki menggigil2. Pinggang dah start sakit. Cepat penat. Tapi better la daripada mabuk. Mabuk satu kerja kat rumah pun aku tak buat. Kesian kat Qery dia la banyak tolong aku buat itu ini. Makan pun tak menentu. Kalau tak mabuk, badan je sengal-sengal okay la kan. Kerja boleh buat. Tak ada la serba salah sangat. Huhu!

Sekarang dah masuk 6 bulan. Harap-harap baby dan aku sama-sama sihat. Aku belum timbang lagi. Masa 5 bulan haritu 51kg kan. Takut jugak kot berat naik mendadak ke apa. Sebelum jumpa doktor kena timbang sendiri dulu kat shopping complex. Timbang kat sana tepat sikit. Qery kata aku pregnant badan tak gemok pun. Perut je ke depan. Tapi mana mungkinnnnnn.. Huhu! Ofkos la ada lemak tambahan sikit-sikit kat tempat lain, cuma tak perasan sangat je kan.

Okay lah semua. Jangan lupa follow Sepetshop. *tetiba promo* Excited sangat sebab follower hampir nak cecah 1K.
Tanpa korang, siapalah aku. Korang memang banyak sangat support aku. Allah je boleh balas kebaikan korang tu. Muah!!

Apr 28, 2014

Perasmian Sepet Shop di Instagram

Agak poyo sebenarnya nak rasmi-rasmi, haha! Sebenarnya gambar dah lama jugak ambik. Sabtu malam tu *dah Ahad pun sebab dah pukul 12 pagi* barula gigih nak upload satu-satu gambar. Dengan line internet yang tak berapa membantu. Nak upload 33 keping gambar memakan masa sampai 4 jam. Teraniayaaa sungguh rasanya.  Huhu!

Bila dah upload rasa macam banyak jugak selama ni barang yang aku jual. Cuma susah sikit la nak tengok kat blog. Entry pun dah kebelakang entah mana-mana. Jadi aku harap dengan adanya Sepetshop ni senang sikit korang nak tengok barang apa available. Kalau yang tak ada instagram pun boleh tengok kat komputer. Tapi je instagram.com/sepetshop. Kalau ada instagram lagi best boleh follow terus. =)


Banyak barang yang aku dah upload, tapi sebenarnya ada lagi yang belum upload, macam kombo-kombo semua. Tunggu pelan-pelan ye. Ini belum lagi Ceera nak letak barang dia dalam Ig shop aku. Belum lagi aku macam rasa-rasa nak jual baju. Haha! Bila dah ada Ig shop kemain lagi semua kau nak jual. Dah kenapaaa.. Huhu!


Pasal yang aku tanya korang haritu. Aku masih memikirkan nak sewa tapak atau nak buat ala-ala vendor. Sebab bila bincang2 dengan Qery, agak susah jugak kalau aku nak jumpa korang nak ambik barang semua. Jadi aku masih lagi berpikioooo jalan untuk memudahkan aku, dan dapat membantu korang semua. 

Cahaya membantu memutihkan diriku. Huhu!

Apa-apa pasal produk kalau nak tau ada kombo ke, ada pengumuman penting ke, korang  cekidaut Sepetshop tau. Bye bye

Apr 25, 2014

Ramai jugak pengguna Kaylena Beaute rupanyaaaa

Seriusly, aku terkejut sangat dengan order yang masuk semalam. Rupanya memang ramai jugak yang nak produk Kaylena ni. Produk ni aku ada stok ratus-ratus tau buat masa ni. Jadinya, kalau nak bagitau je, tapi untuk loose item aku tak ada lagi. Cuma jual yang set je.


Ada jugak yang macam konfius nak tabita ke nak kaylena. Aku tak suggest mana-mana. Korang decide sendiri ye. Aku sendiri tak tau mana yang serasi dengan korang. Kecuali kalau korang dah pernah cuba salah satu tapi tak berkesan, then korang nak cuba satu lagi, itu tak ada masalah. Hihi!

Kalau korang nak suruh aku suggest, memang sorry sangat. Aku bukan pakar kulit pun. Selagi kita tak cuba, so kita takkan tau mana yang terbaik untuk kita. Tapi mana-mana produk complete perawatan ofkos 3 bulan. Jadinya jangan la baru pakai sebulan korang rasa tak ok lepas tu korang stop. Lepas tu war-warkan product tu tak elok.

Sebulan tak mungkin boleh clearkan segala-gala problem kat kulit tu. Jadi kalau korang nak cuba produk, ambik masa 3 bulan dulu. Tengok resutl macam mana. Kalau produk itu ini tak boleh, kalau dah cuba macam-macam still jerawat keluar bagaikan juara, ofkos korang better refer dengan pakar kulit.

Tapi jawapan dia mesti hormon tak stabil. Hihi! Cuma atleast dorang boleh check apa masalah korang, alah dengan certain makanan ke, alah dengan bahan chemical ke, stress ke. Bila dah dapat tau punca dia, baru boleh selesaikan masalah. Mungkin korang kena makan antifungal ke, krim dia ke. Tapi selalu kalau hormone tak stabil dan stress memang agak susah nak treat.

Macam aku, aku jenis tak boleh pakai bedak. Kalau pakai mesti jerawat naik bagaikan juara. Jadi bila aku mekap ke apa kan, nanti menyusul la jerawat besar-besar. Ikut kulit mak aku memang gitu la. Kalau tak pakai bedak baru ok. Mengada sangat.

Kalau korang jenis tak percayakan produk2 kecantikan ni, cuba la cara tradisional. Minum air banyak, ambik buah-buah untuk detox, jangan stress, selalu bersihkan muka, tepek lendir lidah buaya ke, timun ke, sapu yogurt ke. Tak kisah la mana-mana cara, modern ke, tradisional ke, dua-dua tak salah. rajin dengan tak je. Hihi!

Buat masa sekarang ni aku macam risau sikit sebab barang2 yang aku pos ada yang poslaju sekat sebab katanya tak boleh pos cecair. Macam harum malam, dorang goncang2 lepas tu cakap tak boleh sebab ada cecair, kastam tak lepas. Jadinya, kalau barang tak lepas tu aku harap customer boleh tunggu sehari dua untuk aku cari alternatif lain sama ada tukar tak pakai pos laju lagi, atau aku pos kat poslaju tempat lain.

Risau la jugak, ofkos barang2 aku jual kadang2 ada toner, soap, harum malam, semua tu kan cecair. Ater kalau tak boleh nak pos makcik nak buat macam mana ni. Kalau boleh kirim hembus2 je senang la kan. Kekekeke!

Bila nak ada baby?

Soalan tu selalu kita dengar kan. Masa aku belum kawin, ramai jugak la kawan2 aku yang dah kawin. Tapi aku tak berani nak tanya soalan bila nak ada baby. Sebab memang tau soalan tu tersangatlah sensitif.

Sebelum aku kawin, aku ada perasaan takut. Takut yang aku ni boleh beranak ke? Kalau tak boleh beranak nanti kena bagi Qery kawin lain, boleh ke? Takut la, aku rasa semua orang tak kisah la lelaki ke atau perempuan, mesti nak bagi zuriat untuk pasangan masing-masing.

So bila aku kawin, memang aku risau. Banyak kali aku tanya kat Qery

'Kalau kite tak dapat bagi kamu anak kamu kawin lain tak?'
'Kalau kite jenis susah nak dapat anak, setahun dua tahun tunggu kamu stress tak?'

Ofkos la risau sebab aku memang suka budak-budak. Kalau boleh nak beranak banyak-banyak bagi Qery pening kepala nak layan. Haha! Risau pasal anak satu, risau pasal suami pun satu. Yela, lelaki boleh kawin 4 orang. Kalau 'masalah' tu datang dari kita, mesti la dia akan ada alasan nak cari baru. Setahun dua mungkin dia boleh sabar. Masuk 5 6 tahun siapa tahu. Manusia kan berubah-ubah.

Tapi Qery pulak dia kata dia memang tak kisah, kalau tak ada tak apa sebab baru lagi. Kalau ada alhamdulillah. Gitu. Bila tiap kali aku tuju soalan kat dia, bila dengar jawapan macam tu, ada la lega2 sikit,  aku kan psycho. Tapi alhamdulillah bulan ke 3 kawin, aku sah mengandung. Syukur sangat-sangat. Tak tau nak cakap apa. Laki bini malam tu tak boleh tidur tersipu-sipu senyum sebab excited. Haha!

Bila terfikir orang lain yang kawin setahun dua tapi tak ada rezeki lagi, aku tak tau macam mana perasaan dorang. Aku masa baru kawin pun dah risau entah apa2 je.

Kepada orang lain, yang senang lekat baby. Atau orang yang belum kawin. Mulut kita ni kadang2 tak ada niat pun nak lukakan hati orang. Tapi aku harap lepas ni, korang sensitif sikit dengan perasaan orang lain. Walaupun korang rasa benda tu 'saja tanya', kesian sikit dengan dorang-dorang ni. Dah la stress sebab susah dapat anak, risau kan suami lagi, lepas tu korang menambahkan macam-macam. Itu takpe lagi, siap buat pendapat sendiri kenapa kawan tu tak ada anak lagi. Menjaja cerita kat kawan-kawan. Alahaiiii... jangan macam tu tau.

Kadang2 dorang ni dah berusaha, dah jumpa doktor, dah cuba macam-macam ubat kampung, tapi kalau Allah tak bagi lagi rezeki tu kita ni kan manusia. Kalau pasangan tu redha dan boleh tunggu, kenapa kita ni yang status pun 'kawan chipsmore' ni banyak tanya. Ada sorang kawan aku masa kerja, aku tak sure dia dah kawin berapa lama, lebih 7 tahun ke dekat 10 tahun, kita semua tau dia tak dapat baby lagi. Ramai jugak yang doakan dia lekat baby. Bila dekat 7/10 tahun kawin tu tiba-tiba dia kata dia pregnant, aku pulak yang rasa nak nangis.

Happy sangat tau. Terharu sebab dia sabar, suami dia sabar. Dapat pulak kawan2 yang selalu doakan dia. Korang daripada asik tanya bila bila bila, baik la korang doakan je. Lagi banyak faedahnya. Huhu!

Aku rasa soalan yang macam bila nak kawin, bila nak dapat kerja tu boleh diterima lagi. Tapi soalan yang bila nak dapat baby tu memang sensitif sangat. Kalau la kita tau bila..memang boleh jawab onthespot kan.

Kalau korang nak tanya jugak, tak tahan2 jugak ni nak kepochi kawan tu dah ada baby ke belum. Sedapkan lah sikit soalan tu. Contohnya 'Dah ada isi ke?'. Sedaplah sikit dari 'Bila nak ada baby?'. Kot kawan tu jawab belum, korang jawab la yang baik-baik. Contoh 'Takpe, nanti ada la rezeki tu'. Jangan pulak korang jawab jawapan tu dengan pertanyaan 'ko tak pegi cek doktor ke, entah2 ada masalah' 'Apsal belum, ko merancang ke?'

Ish aku rasa nak smack down je orang-orang macam ni. Kot dia merancang ke apa, dia ada masalah ke, takyah sibuk boleh? Huhu!

Jangan sebab kita senang dapat baby, kita fikir orang lain pun senang. Kalau yang pernah tanya macam tu dulu takpe la. Lepas ni sensitif sikit. Tak semestinya kita dah ada baby sorang dua, kita fikir lepas ni kita akan senang lekat. Mana tau sebab mulut kita tak jaga ni, nanti terkena kat kita pulak kan. Lepas tu orang pulak kata-kata kat kita. Masa tu baru padan muka kita. Hehe!

Ada yang tanya aku tips macam mana cepat dapat baby, hehe! Nak tergelak pun ada tau. Aku manaaaa la tau pasal tips nak dapat baby ni. Kalau aku tau komfem aku tak stress.

Kepada yang belum ada rezeki, nak kata jangan risau tu..komfem la risau kan.  Huhu! Tapi insyaallah. Rezeki tu Allah akan bagi tepat pada masanya. Mana tau nanti tetiba dapat kembar 3 terus. Haaaaaa, memang berbaloi. Hihi!

Jadilah manusia yang beradap bertatasusila gittew. Okbye

Apr 18, 2014

Hampir tengok CD Korea

Sikittttttttt je lagi aku nak pegi ambik cd korea sebab bengang dengan line internet ni. Memang tersangatlaaaaaaah menguji kesabaran aku. Aku ni kalau dah start tengok tu tak boleh stop. Dulu masa bujang perangai tak boleh bla, sanggup tak tidur malam semata2 nak habiskan 1 drama. Dah kawin jangan dibuat ye. Banyak drama tercetus nanti. Kekekeke!

Internet ni suka-suka je nak slow tau. Slow la time aku tengah tidur ke, time aku tengah makan ke, tengah sidai baju ke, susun kasut ke, ketip kuku ke. Iniiiii tidok, boleh pulak dia nak slow time aku tengah rajin meluap-luap. *meluaplahsangat*. Okay memang sesuatu sangat kan kalau rajin. Tapi terimalah kenyataan itu dengan rela terpaksa. (*_*)

Dah la aku tengah stress dengan handfon yang tetiba dah jadi lembap. Balik dari Jakarta haritu penyakit lembap dia dah sampai. Takyah la sampai fon pun nak ikut perangai tuan kan. Penyakit keturunan katanya, kekeke! Please la pun, baru pakai setahun setengah je. Aku install yang cache tu macam sama je lembap dia. Bengang kembang kempis hidung ni.

Nak beli fon baru, sayang pulak sebab fon tu cantik lagi. Tak ada satu calar pun. Plus dalam tu banyak information pasal customer. Tetiba nak slow, nyampah sangat. Dah la internet slow, tuan ko pun slow. Slow tahap gaban hidup aku sekarang ni. Nak tukar iPhone, macam kecik pulak size nya. Dah biasa pakai fon pemandangan luas, sekali kalau tukar kecik sikit, rasa tak best. Tapi orang kata iPhone bagus. We will see macam mana. Atau kita tukar ke Note 3 je. Konfius betul.

Semalam banyak nau benda nak dibuat, sampai pening tak tau nak buat yang mana satu dulu. Kat instagram aku ada bagitau aku mencari-cari penjual online yang mana ada menjual baju muslimah, tapi tak ada masa nak pos setiap hari, tak ada masa sebab kerja part time, meh aku tolong jualkan. Tapi ciri-ciri baju tu mestilah memenuhi piawaian aku. Contoh dalam store korang ada 10 design, mungkin aku akan ambil beberapa design je. Sapa-sapa yang ada baju muslimah, boleh la wasap aku terus ye. Sesungguhnya email aku tak keluar notification. Tak tau kenapa. So dengan itu memang aku jarang tengok email.

Jadi untuk lebih pantas, boleh wasap terus. Kalau aku tak reply, wasap lagi sekali sampai aku reply. Pepaham la makcik ni kadang2 baca wasap masa tengah makan. Lepas tu lupa nak reply balik. Sekarang pulak fon lembap, aku tekan tu bercinta dia nak bukak. Last2 aku restart fon. Pastu lupa lagi. Buat masa ni aku focus kat baju muslimah dulu, tapi kalau korang ada macam shawl ke, accessories lain, boleh wasap jugak, mana tau aku berkenan. Berkerjasamalah kita bersama2. Hihi!

Aku belum sign in lagi Ig sepetshop. Sebab bila sign in nanti, sebelum upload gambar, aku terus nak cari pemenang bertuah. Dan tersangat terkejut tengok2 dah over 500 orang follow. Terharunyaaaaaaaaaaa.. TQ sangat-sangat sebab selalu sokong aku yang mengada2 ni. Hihi! Walaupun gambar belum letak lagi, korang merelakan diri follow dulu. Tak terbalas budi baik korang tu. Doa saja ku kirimkan ye semoga korang semua diberkati, dimurahkan rezeki, didekatkan dengan perkara2 baik, dijauhkan dari perkara2 buruk. Aminnnnnn


So if any of you atau kawan2 peniaga online tapi bizi, boleh la kenal kenalkan dengan aku. Insyaallah by next week dah boleh beroperasi Ig sepetshop tu.

Ok lah, nanti berbicara lagi ya. Nak sambung tidur buat kerja. Byeeee

*****************************************************************

Oleh kerana harini tak ada kisah teladan, ini pun boleh untuk ingat mengingati sesama kite

Muslim Adalah Bersaudara

Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud

"Seorang Muslim adalah bersaudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzalimi dan tidak menghinanya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*tidak  menyakiti, membenci, menuduh sesama kita dengan perbuatan yang tidak sepatutnya*

Apr 17, 2014

Instagramku yang baru

Semalam puas la aku men-delete entry kat blog Qery, entry-entry lama tahun 2009 2010 2011. Almaklumlah ada gambar2 yang tak pakai tudung. Tak ingat langsung pun pasal entry kat blog dia, itupun nasib baiklah ada orang email tegur. TQ ye kerana mengingatkan patik. Huhu!

Malam tadi sebelum dia main badminton, kemain belikan aku bubur ayam dengan burger. Macam la aku tak tau dia nak lepak dengan kawan2 dia. Pancing aku dengan makanan. Tapi aku memang pun, kalau ada makanan aku diam. Haha! Cuba tinggalkan aku lepas tu takda benda nak makan. Aku punya sentap tu seminggu tak habis. Entah pape je pompuan ni. Huhu!

Pernah la sekali pukul 10 lebih macam tu aku lapar. Boleh je kan nak masak tapi saja la nak mengada2 ajak Qery keluar makan. Tak dilayannya aku. Kong ajo sungguh. Huhu! Kebetulan malam tu memang dia penat sangat la pun, pukul 10 dah baring nak tidur. Selalu 2 3 pagi duduk lagi kat meja makan buat kerja. Masak la aku sambil muka cebik2 sedih. Haha!

Esoknya drama la konon tak sayang aku la, tak nak layan aku la, tak boleh nak anje anje dah la. Hahaha! Pening kepala Qery. Sengaja aku memeningkan kepala dia. Itu kan kerja tetap aku. Kekekeke!

Oh lupa, semalam adalah kejadian yang tak diduga. Jalan jem gila sampai kitorang tak boleh nak pos barang. Hurm tak tau la nak cakap macam mana. Nak keluar Alam Damai ni bersusun pokok tumbang, lepas tu jem tak bergerak. Dengan banjir kat taman konot. Jem tak bergerak okey. MRR2 pun panjang gila la sebab banjir kan. Jadinya, pagi ni sebelum pukul 12 akan di pos, kitorang try mintak servis yang pos pada hari yang sama. Harap2 ok la sampai cepat kat customer.

Risau jugak customer nak cepat. Tapi cuaca sekarang ni tak menentu. Poslaju pun kadang2 stuck tak boleh gerak. Memang tak dapat nak buat apa. Harap2 customer dapat memahami situasi ini. Huhu! Kalau customer marah, kite memang tatuttt tangat tangat. *betul tak tipu, hihi*

Semalam aku terfikir nak bagi free gifts yang kedebabom. Tapi belum masa nak tunjuk lagi kat korang, sebab semalam aku ambik gambar separuh product je. Lepas tu dah sakit pinggang aku pun duduk balik. Ekceli aku ada buat Ig baru untuk bisnes. Tapi belum letak gambar la. So semua product if ada harga baru, promo baru, barang baru, akan ku mention di sana. Temporary tak ada gambar pun lagi. Sebab aku tak edit.

So siapa 5 follower terawal sebelum aku up gambar akan dapat free gifts dari iolls. Aku pilih random je tau. Marilah follow @sepetshop *nama kedai lama, haha. Sonang den nak ingat* Aku still blur2 jugak pasal instagram ni. Tapi insyaallah dengan sokongan padu korang, ceaa ayat manis je kan, haha. Tapi betullah, aku bertahan pun sebab korang jadi customer aku. So insyaallah aku akan belajar pasal bisnes ni dengan lebih tekun. Saya budak baru belajar. Doakan untuk aku ye. =)

Sekarang aku nak sambung amik gambar semalam. By next week rasanya nak boleh beroperasi kedai baru *walaupun nama lama, hikhok*. Jom follow siap2, follower terawal dapat hadiah. Bila dah beroperasi pun akan ada contest untuk korang2 ni. Tu la semalam aku bukak stor, rupanya dalam stor aku banyak free gifts, tapi aku dah lupa sebab masa morning sickness tu aku sumbat semua barang nak bagi free dalam stor. Rezeki korang nak dapat. Meh follow dulu meh. Ig : Sepetshop

TQ semua.

Kisah Teladan : Miskin Jiwa

Seorang pemuda menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk melakukan kerja yang sangat mengaibkan itu.

"Saudaraku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat."

"Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari saya perlu berjalan ke sana, ke sini, selagi mana ada manusia. Kalau saya tak kuat dan sihat, saya tidak akan dapat menahan panas, hujan dan apa juga cuaca," jawab pengemis itu.

"Mengemis ini hina. Hilang maruah diri."

"Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Sebab saya menjadi pengemis, orang lain mendapat pahala. Saya juga mendapat pahala sabar apabila orang mencaci saya. Pahal syukur apabila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa untuk orang yang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?"

Pendakwah terdiam. Rupa-rupanya pengemis ini bukan sahaja miskin harta, tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.

Pengajaran : Malas adalah suatu dosa. Pelbagai alasan diberikan untuk malas termasuklah hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang menipu diri sendiri.

Apr 16, 2014

Ku pikirkan puting beliung

Ya Allah.....tempat korang hujan tak semalam. Semalam kan aku tertidur sekejap pagi tu, pukul 10 pagi terlelap sampai la pukul 12. Yela malam tu aku tak cukup tidur. Itupun still tak cukup tidur tapi takpela, 2 jam pun dah ok. Kelam kabut la aku reply wasap semua. Tulis alamat. 

Sampai la azan zohor tu, baru hegeh-hegeh nak kemas rumah, basuh cawan2 pagi tadi, baru nak lipat baju semua. mesej qery tanya dia balik pukul berapa, nak makan ke tak. Qery kata balik pukul 3, tak yah masak, so aku pun fikir masak untuk diri sendiri je la.

Masuk toilet nak amik wuduk, sekali aku dengar ada orang naik tangga gedegang gedegung. Eh eh ehhhhh, tatut gegirl. Terus rasa nak tunggu Qery balik baru solat. Aku ni tetiba penakut datang, penakut jugak jadinya. Kihkih! Gosok gigi je la nak cover line nanti 'benda' tu ingat aku takut dengan dia pulak. Padahal memang dah seram-seram.

Aku pun sambung la ambik order sambil tu masak nasi, jerang air. Tengok jam dah pukul 3. Perut makin lapar. Masuk dapur, baru kupas kulit bawang kaki aku dah lemah. Rasa nak pitam. Kelam kabut aku baring balik. Rasa dah okey, sambung kupas bawang, pun tak boleh bla. Try buat kerja sambil duduk. Tapi still rasa lemah. Baring balik. Aku nak masak nasi goreng je pun. Lepas tu tekad la, sebab dah lapar benar, kang longlai pulak. Qery call kata balik lambat pukul 4. Cecepat masak. Pukul 3.30 makan laju2. 

 2 pinggan jugak la aku bedal. Menyesal tidak ada gunanya. Huhu!

Masa aku masak tu dah start guruh2, hujan renyai. So aku tutup sliding door kat dapur taknak hujan masuk. Tengok jam dah 3.45. Kelam kabut aku nak solat. Nak tunggu Qery tu entah la bila. Lantakla kalau ada 'benda' kacau pun kacau lah. Aku pun bukak semua lampu2, haha! Penakut sangat dah tu.

Selesai solat, belum sempat baca doa ni, aku dengar macam bunyi angin kuat gila. Korang pernah dengar puting beliung tak. Bunyi angin dia berpusing2. Aku bangun jap tutup kipas sebab kipas aku ni pun bunyi dia kuat. Dah tutup pun still dengar dia punya pusing2 tu. So aku selak langsir tengok luar rumah. Ya Allah, memang angin plus hujan kuat gilaaaaaaaaaaaa, rumah sebelah pokok dia dah terbang2, tatuttttttt.... Masa solat tu aku tak dengar apa pun. Hujan pun tak berapa dengar. Itula aku terkejut sangat bila tengok rupanya kat luar dah kelam kabut. 

Serius aku takut gila. Aku takut kalau betul la puting beliung, mesti rumah aku pun kena sebab bunyi dia kuat gila. Dah la aku sorang2, takut jugak kalau jadi apa-apa, dah terbayang dah kalau rumah runtuh nanti mesti tak selamat la aku ni. Aku duduk balik sambung baca doa. Mulut tu kumat kamit la baca doa. Petir tak kuat tau sebab aku tak dengar sangat. 

Lepas tu zikir je la takut. Sekali Qery call kata dia kat luar rumah tak berani keluar kereta sebab memang hujan and angin lebat gila. Aku pun cakap la tunggu reda sikit baru masuk rumah. 

5 10 minit macam tu baru Qery masuk sebab hujan dah reda. Lepas tu bila kitorang keluar tengok apa yang jadi. Rupanya rumah kiri kanan kitorang atap dah runtuh, pokok tumbang. Pintu tercabut. Memang teruk. Tengok rumah sendiri tak ada apa berlaku. Syukur sangat.

Masa keluar pos pun, sepanjang perjalanan memang pokok tumbang kiri kanan. Sapa duduk Alam Damai/Bukit Cheras tau la kot keadaan jalan raya semalam. Kat sini dah la banyak betul pokok tinggi2. Seram tengok mana yang pokok dah tumbang tapi tersangkut kat wayar letrik tu. Kalau jatuh tu tak tau la nak cakap apa. 

Balik rumah, tengok aunty sebelah rumah dengan kawan2 dia, lorong ni jugak la. Dorang lalu rumah aku. 

'U sangat lucky la, rumah u sorang saja yang tak apa-apa, rumah lorong ni semua da runtuh sana sini'

Aku tak perasan sangat rumah sebelah-sebelah sana. Yang aku tengok rumah sebelah aku je. Sekali tengok memang teruk pun. Rasa syukurnyaaaaaaaaaaa rumah aku tak kena apa-apa. Rumah aku ni bocor je kat dapur yang teruk. Sejak masuk rumah ni memang bocor kat situ. Tapi kalau hujan lebat je air dia tik tik tik, kalau hujan manja2 takde pape.

Hari sebelum tu pun hujan lebat jugak, tapi Qery ada kat rumah. So takde la takut sangat. Pernah la jugak petir sampai dia tolak suis yang dalam kotak tu *tak tau la apa nama*. Tapi haritu takde la sampai macam tu. Carwash punya atap sampai runtuh. Bangla2 tu bekerjasama naikkan balik tiang. Aku tengok je dari jauh. Tapi yang semalam memang menakutkan.

Terfikir jugak macam mana la orang yang kena bencana secara tiba-tiba, benda tak jangka. Tu la kan. Benda kalau nak jadi, tetap akan terjadi. Tapi syukur tak jadi apa-apa. Korang hati-hati jugak tau. Sekarang ni musim tak menentu. Kbyeeeeeeeee

Kisah Teladan : Ilmu Ikhlas

"Mari ku ajarkan kamu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni ini."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar, mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu. 

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan. 

Tanpa banyak soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui di sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya, ya." kata murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli," kata seseorang yang lain.

"Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. "Oh, letih sungguh, apa yang kita nak buat dengan batu-batu ini Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpana batu-batu ini?"

"Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah.Yang kamu dapat, hanya penat."

"Ya, sekarang saya paham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas." Ujar si murid. 

Pengajaran : Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa terpaksa hidup dalam keadaan bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Apr 15, 2014

Semalam adalah hari menunggu.

Rasa macam setiap kali entry tajuk dia nak tulis 'penat' je, haha! Biasalah orang anje anje memang camtu. *mata ke atas*

Semalam aku buat beef black pepper, lupa pulak nak snap gambar. Lepas tu dah la satu rumah bau daging. Masa lapar tu bau dia sedap la kan. Bila dah kenyang, rasa nak pitam pulak bau daging tu. Dah la aku menyembur febreze satu rumah. Qery sampai kata hidung dia sesak bau febreze tu. Kihkihkih!

Nasib baikla semalam aku setel balut barang awal. Pukul 5 selalunya aku hegeh-hegeh lagi balut. Tapi kali ni laju sikit sebab lepas subuh semalam terus buat kerja. So semalam pun pos awal. Awal tak awal pukul 5 jugak la. Selalu aku pos lepas maghrib. Rilex je kan, haha!

Aku sebenarnya jarang nak selfie *cover line*, eh tapi memang jarang la sebab malas nak amik gambar. tapi semalam tengok cermin rasa macam comel je, macam comel je. Terus la snap 2 keping gambar. Padahal pipi dah mengembang. Pfttt

Keluar awal semalam sebab nak beli baju. Qery harini ada hantar budak game bola. Selama training ni akhirnya lawan jugak. Dia kata nak cari baju untuk cikgu-cikgu yang bawak budak, pakai seragam la sikit.
Pape je la aku tak kisah pun, so semalam ke The Mines lah kita, masuk kedai sukan.

Nak dekat sejam ok dalam tu. Pening kepala aku ni. Tapi aku biarkan je, selagi ada tempat duduk untuk aku, aku diam la. Cer takde. Mau mulut aku pok pek pok pek. Huhu! Dia tanya aku ni ok, ni ok, ni ok ke yang ni ok. Aku ni dah la memang tak minat baju bola. Semua corak pun aku tengok sama je. Semua aku jawab lawa sebab nak bagi dia cepat pilih. Tinggal harapan je... tetap dia rambang mata tak tau nak pilih mana. Last2 dia pilih baju tak ingat la aku, tapi design baju tu sama dengan baju rasmi staff kat kedai tu, haha!

 

Dah la tetiba ternampak satu kasut bola yang cantik. Pastu suruh belanja dia kasut bola. Eh eh eh, belum befday lagi dah kena belanja. Haha! Tak kisah la sebab dah lama jugak tak belikan dia kasut bola. Pilih kasut bola lagi lama. Padahal dah suka yang tu, sibuk nak tengok2 yang lain.

Masa nak ke kaunter bayaran tu, dia singgah pulak tengok apa entah, yang keeper punya sarung tangan tu. Aku dah kerut2 kan dahi tanda stress, hehe! Cecepat dia bla. Tau takut.

Lepas tu sibuk tanya aku mana nak cari kedai yang jual baju sekolah. Aku tanyalah kenapa nak cari. Dia cakap pagi semalam dia buat latihan, dia mintak sorang budak ni jadi keeper tapi budak tu bawak baju sukan. Ekceli keeper dia orang lain, tapi masa friendly keeper tu macam tak ok sangat asik bolos. So dia suruh la budak yang tak bawak baju ni try jadi keeper. Pakai baju sekolah sambil berlatih. Sekali budak tu tengah berlatih, jatuh terkoyak seluar dia, hahaha! Muka dah takut kena marah dengan mak kan.

So Qery suruh budak tu balik bagitau mak, nanti cikgu belikan seluar baru. Tu la sibuk mencari seluar budak sekolah. Tapi nak mencari dah lambat sebab nak makan, lepas tu dia nak gi cop nama kat baju sukan yang baru beli tadi. Mengada2 nak cop. Pakai je la baju tu. Sibuk je nak cop nama nak poyo la tu. Huhu!

Selalu dia cop kat kedai kawan dia. Aku memang kena tunggu kat dalam kereta. Sejam jugak la sebab kawan dia tu banyak customer. So take turn ye, jangan nak feeling vip sangat masuk2 terus kena layan ko kan. Kuikui! Keja aku semalam menungguuuuuuu je la.

Semalam rasa letih sangat. Tapi tak boleh tidur. Pukul 3 pagi terkebil2 mata. Pagi ni lepas subuh tu terus la buatkan dia air sambil mengantuk, lepas tu dia mintak gosokkan jersey semalam beli tu. Dah solat semua, masa aku tengah doa tu dia tengah pakai stokin. So aku jeling2 la tengok dia kan. Hihi! Pastu tetiba Qery cakap jangan lupa doakan team dia menang. Amboiii sempat lagi pesan2 doa ye. Huhu!

Nak sambung packing barang jap. Kombo tabita macam pisang goreng ye. Ramai pulak orang nak. Tapi whatever pun, kalau yang memang pakai tiap2 bulan, kalau boleh belilah set besar memang jimat pun. Harini pos pukul 5 jugak kot. Semua barang yang aku jual ada kat SINI.

Byeeeeeee =)

Kisah Teladan : Berusaha Keras Demi Keluarga

Seorang ayah yang mempunyai tiga orang anak bekerja keras untuk mengubah nasib keluarga mereka. Sekadar bekerja di kilang tidak memadai untuk menanggung keperluan keluarga. Si ayah mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma.

Kesannya, si ayah bekerja pada waktu siang dan menghadiri kelas pada waktu malam.

Hari cuti minggu juga digunakan sepenuhnya untuk mengulang kaji. Isteri dan anak-anaknya merungut kerana ayah mereka tiada masa untuk bersama-sama mereka.

Walaupun kini telah memiliki diploma dan menjawat jawatan sebagai penyelia, si ayah terus mendaftar untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana muda bidang pengurusan pula.

Si ayah terus sibuk termasuk pada cuti hujung minggu dengan pelbagai tugasan akedemik atau kebanyakan masa dihabiskan di perpustakaan.

"Abang, carilah masa untuk anak-anak kita juga. Kasihan mereka,tidak dapat merasai kasih sayang abang," nasihat si isteri kepada suaminya.

"Abang lakukan ini semua demi keluarga kita juga agar suatu hari nanti kita hidup selesa dan mewah. Abang memang ingin peruntukkan masa untuk keluarga, tetapi buat masa sekarang abang masih sibuk lagi."

Setelah bertungkus lumus,si ayah kini berhasil menggenggam ijazah tersebut. Apa lagi, dia terus ditawarkan jawatan sebagai penolong pengurus. Gajinya dua kali ganda daripada sebelumnya.

Dari rumah pangsapuri sempit, mereka kini berpindah ke rumah teres sederhana besar. Hidupnya kini lebih selesa dan mampu menunaikan segala keperluan material isteri dan anak-anak.

Tidak cukup dengan itu,si ayah terus bekerja keras di samping menyambung lagi pengajian ke peringkat sarjana pula. Dua tahun kemudian ijazah sarjana sudah berada dalam genggaman.

"Abang memang mahu peruntukkan masa untuk isteri dan anak-anak, tetapi abang sibuk sekarang. Abang lakukan semua ini pun untuk keluarga kita." Itulah alasan yang sering diberikan.

Setiap cuti hujung minggu digunakan sama ada bersama pelanggan, menghadiri kursus, menghadiri mesyuarat di luar dan pelbagai urusan lagi.

Akhirnya dia berjaya mencapai segala yang dihajatinya. Dia berkata kepada anak-anak dan isterinya di rumah baru mereka, sebuah banglo di atas bukit.

"Ayah dah buat keputusan akan berhenti mengejar kerjaya dan kemewahan kerana ayah telah berjaya mendapat segala yang ayah hajati. Jadi mulai hari ini, ayah akan habiskan masa bersama-sama keluarga."

Keesokannya, si ayah didapati meninggal dunia dalam tidur akibat serangan jantung.

Pengajaran : Tidak salah sibuk mengejar ilmu dan harta dunia, namun pastikan juga aspek kerohanian dan kekeluargaan tidak terpinggir. Jangan terlambat kerana mati datang secara tiba-tiba.

*******************************************************************

Aku dah share buku kisah teladan ni kat Ig, tapi lupa nak share kat sini. Lupa bukan semua orang ada Ig. Huhu!

Copy paste :

 Sebab dah ramai yg tanya. Kisah teladan yg aku up kat blog tajuknya angguk geleng. Ada jual kat popular. Kisahnya pendek2. Tp paling win buku mak aku kisah para wali Allah. Xsure jual kat mana. Mak aku beli 20 tahun yg lepas masa kat tabung haji kot. Selamat mencari ;)

Apr 14, 2014

Termengah tak yah over sangat boleh?

Aku ni tak tauuuuuuuu la apa nak jadi sekarang ni. Cepat sangat penatnya. Buat kerja 5 minit. Rehat sejam siap terbaring tarik napas semput-semput angin hala kat aku sorang. Boleh? Haha! 

Family aku ni ekceli memang jarang berpeluh. Lari pusingan taman tasik permaisuri pun peluh keluar kat bawah hidung tu je. Semua family aku macam tu kot termasuklah aku. Memang jarang berpeluh. 

Tapi sekarang ni, basah2 baju aku berpeluh. Pantang la panas sikit, kadang2 takde la panas, cuma kipas tu tak hala kat aku pun dah basah2 belakang baju aku. Pastu rambut kena ikat memanjang sebab nanti peluh tak pun aku rimas. Kalau getah rambut tak jumpa boleh badmood jadinya, hahaha!

Haritu Qery suruh masak pukul 2 pagi, aku masa tu pulak tengah sibuk packing barang. Kalau nak tunggu esok packing semua memang lah tak sempat. Lepas masak tu rasa macam baru lepas buat larian merentas desa. Kembang2 hidung sedut udara. Padahal masak maggy je. Kahkahkah! Melampau2 over manja badan aku ni. Itupun masa masak aku pesan dengan Qery, esok pukul 2 pagi jangan lapar, kalau nak lapar, lapar la waktu petang ke, malam tu pukul 8 9 10 ke. Huhu!

Pulak tu sekarang order alhamdulillah. Aurawhite tu walaupun ramai yang boikot Hanez Suraya, tapi ramai jugak yang order. Huhu! Sekarang aku dah 5 bulan ke atas, so aku dah berani minum balik Aurawhite ni. Tak boleh tahan tengok Qery hari-hari minum Auramen. Kulit Qery tu dah gelap akibat ajar budak bola tiap2 petang. So gigih la dia minum Auramen. Tapi okey la aku tengok dia bertenaga sikit. Kalau tak lemau je. Perut pun dah start kempis balik. Kekeke! Itu aku tak tau la effect Auramen ke apa, sebab dia memang banyak kerja pun sejak dua menjak ni.

*Gambar masa mula2 bisnes online, buku order pertama yang Qery belikan, masa tu pakai fon samsung galaxy ace je, kihkih*

Tabita pulak memang dah ramai yang percaya. Ramai repeat order, ramai jugak yang promote kat kawan2. Ada yang mula2 dia pakai, lepas tu mak kakak2 dia pulak nak pakai, lepas tu kawan2 dia pulak nak pakai. Aku masa pregnant ni memang pakai, tapi masa awal pregnant tu aku tak boleh bau soap dengan krim dia. Selalu skip pakai, kalau cuci muka tu tahan bau kadang2 termuntah terus. Huhu! So sekarang ni dah boleh bau semua tak yah tahan napas dah.

Krim losyen felinna pun ramai lagi yang beli, lagi2 orang yang nak berpantang tu. Memang order sekali dua terus. Minyak kelapa dara pun order tak putus2. Vco kan memang bagus pun untuk kesihatan. Itulah sebabnya bila order masuk aku kadang2 termengah2 nak menjawab soalan. Kekeke! Dapat pulak customer yang order sekali banyak. Banyak jugaklah soalannya. Tapi aku suka je. Hihi! Incase kalau ada apa2 yang korang rasa tak okey dengan supplement tu, bagitau je. Sebab bukan semua orang sesuai. Gitu.

Eh haritu aku masuk kedai barangan baby. Tengok harga dia compare dengan online memang jauh sangat bezanya. Baju yang ada 5helai kat kedai RM99, kat online dorang jual RM35 itu dah termasuk pos. Kegilaan sungguh la. Haha! Terus ajak Qery keluar balik, beli online je jimat masa jimat tenaga, barang terus sampai rumah. Masuk situ saja la survey harga katil baby, harga stroller, boleh la kumpul2 duit nak beli nanti kan. Aku takde la kaya nak beli je terus ada duitnya. Ofkos kena menabung baru la mampu. Hukhukhuk!

Baju aku setakat ni takde la beli baju mengandung lagi. Beli yang free size je pun muat lagi. Seluar pun beli yang bergetah. Tak pun aku pakai skirt je. Seluar jeans memang sejak 3 bulan ke atas tak pakai dah. Mak iolls kalau nampak nanti membebel. Haha! Katanya nanti baby sempit plus seluar jeans aku tu bukan paras pusat, low cut punya. Katanya tak elok shape badan nanti. Mak aku kata orang sekarang ni ramai perut menggelebeh and buncit sebab pakai seluar low cut. Kalau nak beli seluar, beli yang paras atas pusat tu. Katanya nanti shape badan okey and lemak tak menggelebeh. Okey la lepas ni cari yang tinggi2 sikit seluarnya. Kekeke!

Mak aku anak 9 badan maintain lagi. Aku nanti anak 1 pun belum tentu lagi dapat berat badan lama. Siap pesan nanti minum pati ikan haruan tu sampai habis pantang. OMG, aku memang la tak pernah rasa air pati tu, tapi aku tau la mesti tak sedap plus hanyir kan. Nak minum sampai habis pantang boleh menangis air mata darah okey. Sob sob. Biasanya yang tak sedap tu la yang ubatnya.

Eh, kejap eh.. aku nak tulis alamat pulak. Ramai jugak yang nak beli kombo tabita tu. Kombo tu ada limit tau. Kalau supplier kata dah habis, maknanya dah tak dapat la harga tu. Kembali kepada harga biasa loose item tu je. So sapa-sapa nak jimat, better beli sekarang. Korang KLIK SINI kalau nak tengok kombo tu ye.

Aurawhite tu masih RM150 dan dapat 10 free gifts.
Auramen pun sama RM180 dan ada 10 free gifts.
Order : 012-2678134 Sepet the buncit

Muah! Byeeee

Kisah Teladan : Bantuan Ikhlas

Hari sudah malam dan hujan mulai turun rintik-rintik. Seorang lelaki sedang memandu pulang ke rumah terlihat seorang wanita berdiri di sisi sebuah kereta mewah di tepi jalan.

Oleh kerana wanita itu kelihatan dalam kesulitan, lelaki tersebut memberhentikan keretanya di belakang kereta mewah wanita tersebut.

Dia turun dan meniliti keadaan kereta si wanita. "Oh, tayar kereta puan pancit. Biar saya bantu tukarkan tayarnya," kata lelaki tersebut. Tanpe berlengah, dia terus bertindak menggantikan tayar yang pancit itu.

"Terima kasih," jawab wanita itu sambil berdiri berpayung dan memerhati.

"Okey, sudah siap." Tayar sudah siap ditukar. Pakaian lelaki itu basah dek hujan renyai-renyai dan sedikit kotor kerana dia meniarap dan berlutut di atas jalan.

"Berapa harga upahnya encik? Katakan sahaja, saya akan membayarnya." Budi harus dibalas.

"Tak perlu puan. Saya tak perlukan apa-apa. Cukuplah puan doakan keberkatan hidup saya sekeluarga. Oh ya, nama saya Saiful Izhar," jelas lelaki tersebut sebelum beredar.

Sebelum pulang, wanita itu berhasrat untuk mencari sesuatu untuk dimakan. Perutnya sudah berkeroncong. Entah kenapa kali ini dia singgah di sebuah warung kecil. Biasanya dia hanya makan di restoran mewah. 

Setelah duduk, seorang wanita muda menghampirinya untuk mengambil pesanan makanan. Wanita muda itu dilihatnya berbadan dua, sarat mengandung. Wajahnya sangat manis, tidak lekang senyuman di bibirnya.

Setelah selesai makan, wanita itu meminta dikirakan bayaran yang perlu dibayar.

"RM8 sahaja puan," beritahu wanita muda tersebut.

Wang kertas RM100 dihulurkan. Wanita muda itu beredar untuk mendapatkan bakinya. Namun sebaik kembali ke meja tersebut, wanita itu sudah tiada. 

Dia mendapati sehelai nota ditinggalkan di atas meja.

"Kamu tidak berhutang apa-apa dengan saya. Saya berada dalam kesusahan dan ada orang membantu saya.  Saling membantu yang diasaskan dengan rasa ukhuwah yang tinggi ini jangan biarkan berakhir. Saya berniat membantu orang lain pula. Di bawah kertas tisu ini ada empat keping lagi Rm100. Semua milik kamu."

Malam itu, wanita yang sarat mengandung itu pulang dengan hati berbunga-bunga. Sebaik tiba di rumah, di dapati suaminya sudah lena. Penat bekerja dari pagi hingga ke malam mencari rezeki untuk mereka sekeluarga demi anak yang bakal lahir.

"Abang, rezeki Allah ada di mana-mana. Allah membantu kita," bisik wanita itu di telinga suaminya yang sudah lena. Duit itu bakal digunakan untuk menanggung kos kelahiran anak mereka.

"Saya cintakan abang, Saiful Izhar," bisik wanita itu sebelum dia juga terlelap.

Pengajaran : Bantuan ikhlas yang diberikan kepada orang lain, Allah akan balas ganjarannya dengan kebaikan yang berlipat ganda.

******************************************************


Haritu g jakarta beriye cari lace. Sekali ada je yg jual kat sini. Harga berpatutan. Kalau korang nak beli meter2 boleh. Nak beli corak dia sikit2 pun boleh. Sbb ada yg beli kain plain nk tmbh2 kat tgn kat leher kat hujung kain, pun dia ada jual. Follow @lacenlace atau fb http://facebook.com/ainil.husna @lacenlace @lacenlace @lacenlace atau wasap 0162544365 @lacenlace

Apr 11, 2014

Tahlil Arwah Abah hari ke 43

Semalam kitorang 1 family ada tahlil kat masjid untuk abah. Selalunya orang buat malam ke 40 kan, tapi mungkin mak nak buat tahlil malam Jumaat, jadinya lajak sikit jadi hari ke 43.

Semalam pulak dah lambat pegi rumah mak. Pukul 7 lebih baru sampai. Sebabnya semalam parcel nak balut tu pun boleh tahan. Plus tetiba Qery lapar nak makan. Mula-mula kata nak makan kat luar je, sekali balik buat muka lapar. Dah kelam kabut aku nak masak lagi. Tapi pun masak yang simple je la. cepat dan senang. Nasi masak je lauk pun siap. Gitu. Kekeke!

Sampai rumah mak, Qery meluru ke pos laju. Aku kena singgah rumah mak sebab nak tumpang kereta sapa-sapa gi masjid plus aku belum amik wuduk lagi. Lepas tu tengok atam dengan mak dah pergi dulu. Pastu buat muka kesian kat andak sebab nak pegi masjid awal boleh solat maghrib sekali. Nasib sempat, sampai2 je terus dorang dah bangun nak solat. 


Ramai jugak kat masjid semalam. Dalam hati tu bersyukur pastu rasa nak ucap terima kasih kat semua orang yang sudi bacakan surah yasin untuk arwah abah.

Semalam Ustaz Omar tu ada cerita2 sikit sebelum bacaan yasin dan tahlil.  Katanya siapa yang baca surah yasin waktu malam, esok pagi dia bangun, gugur semua dosa-dosa kecil. Bagusnya surah Yasin ni. Ada banyak lagi, tapi aku macam tak ingat sangat. kang main tulis takut salah pulak. Kihkih!

Mak pun ada sedekah makan-makan sikit lepas solat isya. Balik tu mak kata senang buat tahlil kat masjid. Nanti masa 100 hari pun dah buat lagi kat masjid. Masjid dekat sangat dengan rumah aku. Jalan kaki 5 minit kot dah sampai. Kalau lama pun sebab traffic light kat simpang tu.

Rumah tu dekat je dengan masjid. Tapi kemain liat betul nak pegi masjid kan. Apa nak jadi dengan aku ni. Huhu!

Balik tu aku sakit perut membuang sampai lah ke pagi ni. Agaknya makan banyak sangat kot. Lepas tu baby kemain lagi galak menendang ke menari ke aku pun tak tau la apa dia buat. Tanjat2 je nak tidur semalam pun tunggu dia dah puas main dalam perut, dah diam, baru aku dapat tidur. *padahal memang mata pun tak ngantuk sangat*

Eh kisah teladan tu aku memang update hari-hari insyaallah selagi ada orang suka baca. Hehe! Bukan sebab aku baik ke apa tau. Dah kompom2 aku tak baik. Haha! Tapi cuma nak share kisah2 ni kat semua orang je. Kadang2 kita lupa. Biasalah kita semua manusia kan. Tapi buku aku ni tak boleh kalahkan buku kisah wali kat rak mak aku tu. Rasa macam nak cari buku yang sama. Sebab mak tu sayang sangat buku dia, persetujuan untuk buat pinjaman ke atas buku tu macam sukar jugak. Kekeke!

Dulu masa tak kawin aku pinjam buku tu masuk bilik pun hari2 mak ingatkan suruh letak balik kat rak kalau dah habis baca. Pffttttt. Huhu! ok la Qery dah balik, bai bai baiiiiii

Kisah Teladan : Tidak Ada Kebaikan yang Sia-sia

"Apa guna kalau saya membaca Al-Quran tetapi tidak memahaminya?" Tanya seorang murid.

"Bacalah dahulu, perlahan-lahan nanti Tok akan ajar maknanya," jawab gurunya. 

Murid itu pun terus membaca. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Lama kelamaan dia berasa jemu dan datang menemui gurunya semua.

"Tok, saya masih berusaha membaca tanpa memahami makna Al-Quran ini sesuatu yang tidak berfaedah," katanya.

"Baiklah. Tok akan meyuruh kamu melakukan satu pekerjaan yang lebih bermakna," kata Tok Guru tersebut. Wajah murid itu kembali ceria.

Tok Guru menyerahkan sebuah raga dan berkata "Kamu cedok air di sungai itu dengan raga ini dan curahkan airnya ke dalam kolah madrasah kita."

Si murid kehairanan. Mesti ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku, detik hatinya. Dia ke sungai, mencedok air dan secara tergesa-gesa dia berlari untuk menuang air ke dalam kolah. Namun sebaik sampai, air telah habis, menitis keluar dari celah-celah raga yang jarang itu. Begitulah dilakukannya berulang-ulang kali. Air menitis keluar dari celah raga dan kolah masih tidak dapat dipenuhi. 

"Tok, perbuatan ini lebih tidak bermakna. Kalau Tok gantikan raga ini dengan timba, barulah boleh menampung air dan kolah akan penuh!"

Tok Guru tersenyum. "Setiap yang Tok suruh pasti ada maknanya," katanya perlahan.

"Apa maknanya Tok?"

"Menimba air dengan raga samalah dengan membaca Al-Quran walaupun tidak memahami maknanya," jawab Tok Guru.

"Sama-sama tidak ada faedahnya. Begitu?"

"Tidak, sama-sama ada faedahnya," pintas Tok Guru.

Anak murid menjadi lebih hairan.

"Cuba kamu tengok raga yang kamu gunakan sejak tadi itu. Mulanya kotor, tetapi sekarang bukankah sudah bersih? Walaupun air dalam kolah tidak penuh tetapi raga yang kamu gunakan sudah bersih. Betul tak?"

"Ha, begitulah juga hati kamu ketika membaca Al-Quran berulang-ulang kali. Walaupun belum memahami maknanya, tetapi paling tidak hati kamu akan dibersihkan daripada kelalaian dan gangguan syaitan."

Muridnya mengangguk. Hebat rupa-rupanya Tok Gurunya mendidik, bukan sekadar mengajar.

Pengajaran : Jangan memandang remeh sesuatu amalan baik, walaupun sekiranya kita belum nampak manfaat atau hikmahnya. Jangan gopoh untuk 'meningkat' dalam perjalanan menjadi hamba Allah yang baik dengan tindakan-tindakan yang melanggar ketrtiban amal dan kehalusan adab. Ingat, setiap yang baik pasti ada kebaikannya.

Apr 10, 2014

Cemburu

Qery ni memang dari start dia dengan aku, cemburu dia menjadi-jadi. Mungkin kerana faktor aku terlalu jelita, iyalah kan, itu memang tak disangkal lagi. *tutup mulut gelakkan diri sendiri*.

Aku tak boleh kawan dengan lelaki, tak boleh approve lelaki kat facebook, dia delete kawan2 lelaki iollskat facebook, *ini lols sangat*, tukar nombor telefon, tak boleh makan kat kedai makan yang ramai lelaki. Segala yang berkaitan dengan lelaki adalah dilarang keras sama sekali. Hihi!

Aku.....okey je. Memandangkan aku pun bukannya terdesak sangat nak berkawan dengan lelaki, kecuali kerja, tanggungjawab yang perlu dipikul apabila terpaksa shif malam dengan lelaki, ku tempuhi jua, tapi tipu Qery, tak bagitau pun kerja dengan lelaki. Kalau tidak, mungkin akan disuruh berhenti kerja time tu jugak. Haha! Ok takde la, Qery takde seteruk tu.

Dulu dia pernah cakap dengan aku, kalau dah kawin nanti mungkin cemburu dia akan kurang. 

Haritu aku tanya dia pasal cemburu, tapi masa perut kecik lagi la, cemburu tu sama macam dulu ke atau dah kurang sikit. Jawabnya dah kurang. 

Aku : Oh macam tu boleh la kita approve lelaki kat facebook, reply komen lelaki kat mana-mana.
Qery : Boleh je.
Aku : Yeke? TQ Sayang......... *seperti tidak percayaaaa, haha*
Qery : Tapi tak nak cakap dengan kamu 10 tahun.

Fioneeeeeeeee....

samaaaaa je cemburuuuuuwww diewwww tewwwwwww...

Semalam aku tanya lagi kat Qery..

Aku : Kamu cemburu lagi tak sekarang ni?
Qery : Tak
Aku : Kenapa?
Qery : Sebab perut kamu tu dah besar, sapa entah nak cemburuuuuuuu.. *sambil cucuk perut aku*

Kong ajo betul.

Kisah Teladan : Orang Baik, Nampak yang Baik-baik

Seorang perantau memasuki sebuah desa. Sebelum pergi lebih jauh ke dalam desa itu, dia telah bertemu dengan seorang tua. 

"Bagaimana perangai orang-orang kampung di sini pak cik?" Tanyanya. 

"Oh, kamu orang baru ya? Sebelum pakcik jawab soalan kamu tu, pakcik ada satu pertanyaan. Boleh pakcik bertanya?"

Perantau itu kehairanan. Apa pula yang ada dalam fikiran orang tua itu.

"Baiklah pakcik. Apa soalannya?"

Bagaimana perangai orang kampung asal kamu sendiri?"

Pemuda itu terdiam sejenak."Orang kampung saya teruk-teruk pakcik, perangai mereka tak senonoh langsung. Asyik bergaduh, mengumpat dan bergaduh sesama sendiri. Saya harap orang kampung ni tidak seperti itu."

"Sayang, harapan kamu tidak akan kesampaian. Orang kampung ini macam itulah juga. Kamu tersilap pilih nak. Sepatutnya kamu tak datang ke kampung ini," jawab pakcik tua itu.

"Tak apalah kalau begitu pakcik. Saya tumpang minum sahajalah di warung sebelah ni. Saya akan cepat-cepat meninggalkan kampung ini."

Orang tua itu senyum dan mengangguk-angguk.

Selang beberapa lama kemudian, seorang perantau lain memasuki kampung itu menemui pakcik yang sama. Kebetulan soalan juga sama dengan perantau pertama, maka ditanya juga oleh pakcik itu soalan yang sama.

Jawabnya,"Orang kampung saya baik-baik. Semuanya saling bantu membantu, peramah dan berkasih sayang."

"Kalau begitu mengapa kamu merantau keluar?"

"Saya ingin mencari pengalaman. Err .. Pakcik, kembali kepada soalan saya tadi. Bagaimana perangai orang kampung ini?"

"Oh, bagus. Baik. Orang kampung ini semuanya saling berkasih sayang dan bantu membantu."

"Syukur. Kalau begitu tidak salah saya memilih untuk mencari pengalaman di sini."

Perbualan antara perantau kedua dan pakcik itu didengari oleh perantau pertama yang sedang minum di warung berhampiran. Dia hairan dan sedikit berang. Adakah pakcik itu mempermainkannya?

"Kenapa pakcik berbohong? Dengan saya kata lain, dengan dia kata lain?"

"Maaf nak, pakcik tidak berbohong."

"Habis kenapa jawapan pakcik berbeza?"

"Pakcik jawab mengikut keadaan orang bertanya."

"Maksud pakcik?"

"Jika orang itu baik, dia akan nampak banyak kebaikan. Sebaliknya, jika orang itu tidak baik, dia akan nampak banyak kejahatan dan keburukan. Kita melihat dengan mata hati kita. Jika mata hati kita bersih, insyaallah kita akan dapat melihat banyak kebaikan."

Pengajaran : Apa yang kita lihat bergantung kepada diri kita. Sebab itulah berprasangka buruk itu dilarang keras oleh agama. Dalam pergaulan, kita mesti belajar meletakkan sangka baik dan memberi alasan untuk memaafkan kesalahan orang lain. Bagaimana kita akan mendapat kebaikan daripada seseorang sekiranya apa yang kita lihat ada padanya hanya keburukan semata-mata?

Apr 9, 2014

Kisah Teladan : Syaitan Mengejutkannya Untuk Solat

Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.

Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat Syaitan yang berupa seekor kucing itu. 

'Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat?"

"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh," jawab syaitan.

Dengan rasa hairan Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, "Kenapa?"

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah. 

"Aku takut jika kau terlewat bangun untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan solat itu dengan amalan lain yang lebih banyak lagi dan dengan lebih bersungguh-sungguh." Kata Syaitan.

Tambah syaitan itu lagi,"Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan mengajak orang lain kepada kebaikan. Kau akan lebih banyak membaca Al-Quran. Semuanya untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dengan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan susah menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!"

Pengajaran : Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Syaitan bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi arif juga tentang keutamaan amal.

**************************************************



Sekarang aku pun tengah terfikir2 nak beli set bersalin n berpantang yang mana. Survey sana sini. Mak aku kata tak kisah mana2 pun bagus. Bendanya sama jugak. Tengok kat Set Bersalin N Salindah II ni, ada banyak jugak pilihan. Lepas tu ada special price plus ada free gift lagi. Korang yang menunggu hari tu boleh la usha2 set bersalin ni. Ada set Nona Roguy, Set Salindah, Set Sendayu Tinggi, Set Leesa Formula, Set Anugerah, Set Dherb, Set Mak Dara. Pastu ada jugak untuk keperluan berpantang, beli sekali je kan senang. Macam barut, bedung, tungku herba baby, mandian herba, tungku herba ibu, bengkung. Sekarang ni susah nak cari kat luar. Plus mana la larat nak berjalan sangat kalau perut dah besar. Nak harapkan suami tu boleh tapi susah sikit sebab dorang tak familiar sangat dengan barang2 berpantang ni.

Contact 019-2229682

Outdoor : Sanding Belah Qery Part 3

Mula2 macam malas je nak up kan outdoor belah Qery ni, tapi semalam tertengok file gambar2 wedding. Ter-edit pulak. Tapi tak banyak la, dah tu asik gambar peluk2 je kejenya. Si Onald tu tak habis2 suruh rapat sikit rapat sikit. Sabo je la aku. Huhu!

So gambar dalam ni memang banyak gambar geli. Maaflah pada yang belum berkahwin ye. Korang skip2 je la kalau ada yang over sangat tu. Aku pun tak tau motif aku bergaya macam tu. Kekekeke!

Internet ni memang menguji keimanan betul la. Dari semalam tau tak dapat connect. Kisah teladan pun tergendala, petang nanti baru up sebab excited nak share tu masih menebal. hihi!


Nak bergambar ni punyalah mencabar *untuk aku la* sebab dengan kasut tinggi 5 inci, lepas tu baju dia berjela2, dengan nak bergaya dalam hutan, tanah basah sebab baru lepas hujan.  Sakit jugak kaki aku ni, entah berapa kali bukak pakai kasut sebab tak selesa. Kalau setempat tak pe. Kalau kena mendaki bukit tu la yang tarik napas panjang2. Huhu!


Photographer ada dua orang kan, jadinya kena bergaya banyak kali la, yang Onald nak macam ni, yang Farol nak macam tu. Aku dah takde idea nak buat macam mana dah. Sudahnya Onald google gaya2 kat internet pastu dia suruh tiru. Hahaha! Agaknya dia google romantic2 punya gaya, habis la keluar semua peluk2. Dah terpaksa la kami berdua meniru tapi Nampak jugak fake nya, sebab kitorang bukannya romatic sangat pun. Kihkihkih!






Aku dengan Qery dua2 tahan gelak je masa posing ni. Yang si Onald dengan Farol dua2 dah kawin, suka la ngusik. Kejap kang haaaaaaa rapat2 sikit laga2 pipi. Alololo so sweet. Okey pegang pinggang dia erat2. Aku perhatiiiiii je perangai dua orang ni, huhu! Goyang2 bahu aku dengan Qery tahan gelak punya pasal. 


 See? Ini syukur la ada tempat pijak. Selamat sikit. Kalau kena lalu tanah2 nak naik bukit. Nangis dalam hati.



 Jauh perjalanan luas betul pemandangan. Hihi!


 Muka Qery rasa nak lempang tak? Jap close up sikit.

 Hahaha! Muka macam penyayang sangat kennn.. Aku terkekek2 gelak semalam tengok gambar ni sama2.

 Ok turn iolls pulak jadi penyayang. Haha!





 Bukak kasut sebab tanah dia basah, tenggelam2 kasut aku dibuatnya.



  Kau mampu gaya macam ni? Haha!

The very the fake. 




Sekian sahaja adegan romantik lah sangat setahun sekali dari kami.

Kelebihan ambik photographer dengan orang yang kita kenal ni senang sikit. Sebab dorang dah tau kita macam mana kan. So takde la kekok nak termalu2 sangat. Cer kalau orang yang tak kenal, dapat pulak photographer yang serius poyo lebih bajet bagus sangat padahal biasa je. Tetiba aku emosi kan, haha!

Bukan apa dik non. Aku pernah la shoot dengan beberapa photographer terkenal zaman2 feeling model dulu kenn..  Kononnya selalu shoot artis, masuk tv bagai kan. One day bos dia biasalah gebang punya orang, cite up up, sekali dia tunjuk kat aku hasil kerja dia. Biasaaaaaaaaaaa uollssss. Tak ada apa yang best pun. Mungkin la aku bukan orang berseni. Tapi aku tak rabun kot. Lepas tu masa shoot tu memang kepoyoon luar biasa service dia dengan slow, dengan mengeluh, dengan idea entah apa2 je la. Ofkos kalau dah tak suka tu tak nampak apa yang baiknya kan. Kekeke! Mana tak nya, mula2 nak cite kat kitorang up up dia lah paling hebat. Ni kalau aku sebut siapa confirm korang kenal. Tapi takyah la ye. Haha!

Masalahnya bukan aku sorang je berpendapat macam tu. Masa tu ada sorang kakak ni pun kebetulan dia cerita pasal *** ni, eh eh eh sama la pengalaman kita. Hahaha! So pengajaran dia kat aku, ambik yang kenal je. Terus rasa syukurlah kenal Onald ni, gambar cantik, pun tak berlagak, pun tak pernah cite gebang2, selalu je merendah diri. Gambar pun cantik, kerja pun professional.


Gambar2 ni kitorang shoot pun tak stress . Cuma aku je la yang lembap sebab masalah kasut dan baju yang susah gila aku nak jalan. Huhu! Baju tu pulak sewa je kan. Kena la jaga jugak. Nak masuk tempat bertanah bagai pulak. Risau aku dibuatnya. Itupun masa hantar kakak tu kata ada koyak sikit kat bahagian tepi, huwaaaaa tatut. Tapi dia kata takpe boleh jahit. Phewwwww

Photographer : Onald