Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 31, 2013

PIXY ‘One-Step’ Dance Contest

Gittew, haritu dah cerita pasal Siri Pembersih Mekap Pixy kan. Takpe kalau korang tak perasan entry tu, aku boleh explain lagi sekali. Mihmihmih! Tapi kejap lagi baru explain sebabnya baru-baru ni aku tengok iklan Pixy ni kat TV. Iklan Pixy ni kat NTV7 dengan RTM2, lebih kurang dari jam 1 setengah sampai 10 mlm la waktu dia bersiaran. Tapi kalau korang tak perasan, jap aku share dari youtube.


Ceritanya di sini, kalau korang boleh buat video bersama music yang comei best cute dan menarik. Video korang cuci muka guna Siri Pembersih Mekap Pixy ni la, masukkan sekali music, dan korang menari la sikit-sikit, tak kisah la korang boleh je ajak kawan-kawan join sekali kalau malu nak joget sorang2 kan. Buat ikut kekreatifan masing-masing lah.

Kalau menang peraduan ni, korang boleh menang, sekelip mata je dapat hadiah RM10'000 dari Pixy dan Habib Jewels. Gila kan.


Tak paham? Masih tertanya-tanya macam mana nak join, tolong jelaskan lebih sikit. Takpe, aku dah tau korang mesti tak paham sangat, sebab aku pun kadang2 tak paham dengan diri aku. -_-

Apa itu tarian 'One Step'

 Macam mana nak join??
Kat mana nak muat turun lagi Pixy 'One Step' tu, korang boleh ke website Pixy

Dah ada banyak penyertaan. So kalau korang nak survey2 tengok macam mana. Boleh tengok dari sini.


Siri Pembersih Mekap Pixy ni memang best sangat pun. Paling best bila kulit kita rasa lembap. Dia lembap tapi tak berminyak. Mungkin sebab bahan-bahan dia ada include madu sekali kan. madu kan memang bagus untuk kulit.

Sekarang ni sebelum solat tu memang aku cuci dulu muka pakai Pixy ni, walaupun tak pakai mekap, lepas keluar dating pun aku tetap akan cuci muka, sebab kat luar banyak habuk. KL katanyaaa *mata ke atas*

 Siri Pembersih Mekap Pixy memang pembersih muka paling best pernah aku pakai.

 So korang, apa lagi. Boleh dapatkan produk Pixy, lepas tu join contest tau.
Hadiah dia memang menarik sangat kot. Mana tau korang punya luck kan.

Okey lah. Kalau korang nak tau banyak-banyak info lagi, boleh KLIK SINI

Jangan lupa join contest. Tuah manusia siapa yang tauuu..kann..

Oct 30, 2013

Kisahnya Kebab G-wrap McDonald's Punye Penangan

Korang pernah tak makan Kebab McD? Sekarang ni dorang tengah promo ada kebab kan, tapi tak tau sampai bila la. Sejak sebelum kawin lagi, aku memang suka beli makanan untuk mak abah. Contohnya barang dalam peti ais tu, kalau mak kata sayur dah takde, aku mesti akan pergi supermarket belikan barang2 dapur. Kalau aku balik lambat, tetiba abah dengan mak call suruh belikan makanan. Mesti dorang nak McD. Kegemaran sangatlah. Aku McD memang kureng sikit. Aku tak suka burger.

So baru-baru ni ada promo kebab, aku belikan2 set untuk mak dengan abah. yang burger biasa-biasa belikan untuk ayie kak ninie dengan abang. Saja la belikan kebab tu sebab mak dengan abah memang suka makan kebab. Kalau balik umrah atau haji, asik cerita pasal makanan sana sedap, ada kebab, ada kebab, ada kebab. Gitu. Hihi! Orang arab kan memang makanan harian dorang roti. Parent aku memang suka makanan arab. Kena dengan tekak. Aku kureng sikit. Aku nak sambal belacaaaannn. Takde sambal belacan boleh takde mood *lah sangat* hihi!

Hari pertama sampai la harini, setiap hari makan kebab. Hari ahad tu, pagi petang nak kebab. Makanan hospital tak pandang langsung. Semalam 1 hari tak makan. aku datang pun nak dekat pukul 6, bawak kebab McD, baruuuuuuu nak makan. Sanggup tunggu.

Hari Ahad, aku datang melawat dengan parent Qery, pukul 2 macam tu sampai. Qery takde dia ada kelas kat UPM. Mak Pak mertua jemput kat rumah. Dorang ada belikan buah untuk abah makan. Sampai-sampai sana tengok ada ayie, kak ida, mia dengan hakim, Ode otw belikan kebab abah, tapi tak balik lagi. So Ayah Qery tanya Abah.

Ayah = Ayah Qery
Abah = Bapak aku. Hihi!

Ayah : Makan Bang
Abah : Nak tunggu Kebab

dah 10 minit macam tu aku pulak offer makan. Sebab yela kite ni risau dia tak makan, nanti perut masuk angin. 

Aku : Abah makan la roti ni sikit.
Abah : Tak nak. 
Aku : Kebab nak?
Abah : Nak..hihi *sambil sengih-sengih*

Ko kata la apa pun, dia tetap nak kebab. Huhu!

Setiap kali datang aku akan lapkan badan abah dengan air panas. Suka la kalau lap dengan air panas, terasa mandi kat rumah. Lepas lap badan request nak sapu losyen. Nak jaga kulit katanya. Takut kulit kering. Hikhokhikhok. Paling lawak. Orang tua kan kulit dia ada jeragat yang hitam hitam tu kan. Jeragat kat tangan abah tu memang dari dulu kot. Kelmarin abah tanya

Abah : Na, cuba ko tengok tangan abah ni *sambil tunjuk jeragat*
Aku : Kenapa? *aku pun belek-belek la dengan penuh perasaan pelik*
Abah : Ko rasa dia bintik2 ni sebab allergy ke??

Hahahaha! Aku dengan mak tahan gelak. Eh eh eh, ada hati nak cover jeragat. Aduiii....lawak betul lah rasanya..

Aku : Ni jeragat la Bah, mana ada  allergy macam ni.
Abah : Takde la. katil sebelah abah dia tanya doktor kenapa kulit dia ada bintik-bintik hitam.
Aku : pastu?
Abah : Doktor tu pun tak tau nak cakap apa. Dia belek-belek je tangan orang tu.

Hihi! Macam-macam lah. Haritu Ayie cerita lagi kelakar. Sabtu yang aku rushing balik tu, selang sekatil abah meninggal. Ayie sampai-sampai tengok abah tengah sedih. Yela sedih la mungkin sebab tengok kawan sebelah tu meninggal, walaupun tak kenal. Tapi terasa la jugak kan. 

Pastu Ayie kata Abah nak mintak MC dengan doktor sebab nak balik rumah. Alasan MC sedih tengok orang meninggal. Huhu!  Siap konon2 nak balik kejap je, nanti dia datang la balik. Pftttt. Abah aku ni la, dia bukan boleh duduk hospital lama-lama. Kalau kite pun sama kot kan. Bosan satu, satu lagi asik kena cucuk je. Dah la PPUKM tu semua pun doktor pelatih. Cari urat nak cucuk doploh kali baru betul. 1 hari 6 botol drip. Urat tangan dua2 belah sampai dah tak boleh masuk air. Urat dah bengkak. Cucuk masuk kat urat kaki pulak. Hihi!

Sepanjang melawat abah kat hospital, hari pertama tu tengok abah kering sikit, tapi sampai semalam tengok dah okey sikit. Masih kurus, cuma kalau jalan ke bilik air tengok dah balance sikit. Kulit abah masa mula-mula masuk tu, boleh tarik-tarik. Kulit dah kecut sebab air badan takde asik muntah kan. Paham tak kulit boleh tarik-tarik? huhu!. Sekarang ni nampak kulit dah tegang sikit. Masih berkedut la, tapi better dari haritu. Cuma tempat yang sakit tetap sakit.

Semalam lepas lap kan badan abah, aku nak sapu losyen, dia kata harini tak nak losyen, dia nak minyak pulak. Suruh aku urut2 sekali belakang badan. Dekat setengah jam jugak la aku urut. Lepas tu terus abah tidur nyenyak. Akak aku jaga semalam. Katanya abah tidur dari semalam tu, sampai pagi ni. Kadang2 je bangun nak buang air. Lega sikit. Sebab selalunya abah memang tak tidur malam. 



Abah yang manjaaaaa dengan anak-anak. Hihi! Tapi kan, kalau nak diikutkan, dari kecik, aku memang selalu bergaduh dengan abah. Mak kata sebab perangai kitorang sama. Degil. Dua-dua ikut kepala sendiri. Contohnya, dulu lepas SPM abah tak bagi kerja. Aku pedulik hape. Aku kerja jugak. Haha! Gitu. Tapi gaduh-gaduh gitu je la. Kadang2 aku merajuk, kadang2 abah merajuk. Mak malas nak layan. Haha!

 Nasib Qery ni memahami dari dulu masa bercinta lagi. Kalau mak abah sakit, mesti Qery akan cari jugak masa untuk hantar aku.. Walaupun sekarang dia bizi dengan aktiviti akhir sekolah. Still dia akan ingat timing nak hantar aku melawat abah. Masa mak dulu pun setiap hari hantar aku pergi IJN. Kadang2 kerja dia tak siap sebab aku. Tapi dia okey je. TQ Qery, I lap u lah. Hihi!

Eh nak tau tak, haritu Qery bagi kite bungaaa..nanti cerita kat entry lain eh. Bye bye =)

Oct 29, 2013

Sabtu yang kelam kelibut. Hihi!

Hari Sabtu, lepas Subuh aku bangun pukul berapa cer teka. Pukul 12 tengah hari okeyh. Hahaha! Sebabnya lepas subuh tu baru tidur. Mak aku kalau tau aku buat kerja waktu malam, mesti dia risau. Yela tak baguslah dah ada suami, tapi still buat kerja malam. Aku terpaksa. Kalau tak buat. Esoknya memang tak sempat siap. Qery pun lately ni banyak kerja.hari-hari tidur pukul 4 pagi. Asgnmnt UPM, dengan kerja kat sekolah. Paper budak nak tanda. Nak key in data kat SAPS. Kesian aku tengok. Ada yang aku boleh tolong aku tolong. Sebab Qery pun banyaaaak tolong aku.

Terjaga pukul 12 tengah hari. Terus teringat pukul 3 pagi semalam ada basuh baju. Ish..nasib la baju wangi lagi. Terus sidai  semua. Sambil tu sambung ambik order, buat iklan. Oh iklan bulan November aku belum start ambil ye. Bagi aku clear kan dulu iklan FOC hujung entry ni. Baru aku amik iklan berbayar. Gitu..

Dalam pukul 4 macam tu lah kalau tak silap, baru Qery balik. Apa lagi kelam kabut la aku suruh dia siap, sebab nak pegi melawat abah. Mandi siap-siap. 

 sempat ootd

Qery dengan aku Sabtu tu sampai tak makan la sehari bekejar ke sana ke sini. Sampai spital hampir pukul 5 macam tu. 

Sampai-sampai sana terus lap-lap badan abah. Katanya belum mandi lagi. Nak mandi susah. Aku lap la muka, kepala, belakang badan, perut, tangan, kaki. Alangkah bagusnya kalau aku boleh masuk bilik air lelaki tu, boleh mandikan abah. Senang sikit. Tapi apakan daya. Hihi!

Lepak borak borak dengan abah sampai pukul 6.30. Sebenarnya aku rushing nak balik rumah, sebab dah janji dengan parent Qery nak ajak makan kat rumah. Lagipun mak Qery baru balik dari Melaka, nak masak tu tak sempat la, memang mengharapkan nak makan rumah iolls. Mula-mula memang bajet nak masak sendiri. Tapi tengok la pukul 6.30 baru keluar hospital. Hadap jem lagi. Pukul 8 mak mertua sampai. Memang tak sempat nak masak.

Aku masa tu nak balik pukul 6 sebenarnya, sebab nak masak kan, tp adik beradik suruh tunggu lama sikit. Pfttt. Aku dah pandang Qery, Qery dah pandang aku, pastu dua-dua pandang abah..hihi! Alahaii.. takpela.. kite tunggu sampai 6.30. Nasib Ayie dah otw datang, takdela risau nak tinggalkan abah sorang-sorang. Memang lepas tu Qery pecut la. Nak masak memang tak sempat. Bungkus makanan kat Asam Pedas Linda Onn. Beli asam pedas, siput sedut masak lemak. Sayur rasanya sempat masak. Lepas tu pukul 7.30 setel. Pecut balik rumah.. Memang pecut je la Sabtu tu. 

Sampai rumah, aku terus masak nasi. Berdoa sempat masak la nasi. Lepas tu terus buat telur dadar. Masak sayur campur. Qery hidang lauk dengan buat air. Tengah tumis sayur, parent Qery dah sampai. Phewwww... Terus iolls gaul sayur macam2 skill. Haha! *tipu sangat*

Tapi aku mengaku la lauk asam pedas tu bukan aku masak. Haha! Kang terkejut mak mertua aku. Aku cerita tak sempat masak, baru lepas tengok abah kat spital. Terus family mertua kata nak melawat esoknye. Qery makan malam tu kemain banyak. Siap tambah nasi. 1 hari tak makan. Haha! Aku kalau perut masuk angin, memang aku tak selera sangat dah. tapi still makan la. Pukul 10 macam tu dorang balik. Aku kemas-kemas apa yang patut. Terus baring sambil tengok Running Man. Hihi! Pastu dah bergaduh dengan Qery, dia nak tengok bola.

Dan semestinya dia menang. 

tsk tsk tsk!

************************************************

 Shawl yang aku pakai ni dari
Facebook : AuraTudung
Email : auratudung@gmail.com
Wasap : 0172088205

Nak tengok nanti singgah ke Aura Tudung tau. =)

Oct 28, 2013

Kisahnya Jumaat.

Hari Jumaat tak masak ye, jadi takde la gambar lauk ke hape.  Huhu! Bangun pagi tu macam biasa. Cek handfon, balas mesej, wasap, email semua. Tulis alamat, balut mana yang dah order. Balut kena 2 trip. Kalau tak memang rasa kelam kabut je hidup ni. Dah kemas rumah semua. Tau tau je Qery dah balik. Awal sikit la balik hari Jumaat tu. Nanti pukul 3 dia kena keluar balik sebab ada sukan. Lepas dia solat tu terus siap-siap keluar.  

Aku perasan kat group wasap adik beradik katanya abah kena admit. Ohyela Jumaat tu abah ada appoinment dengan Doktor Hayati. Dalam pukul 3 lebih macam tu Abah call..

Abah : Abah ada kat emergency ni.. Doktor kata nak suruh masuk ward.
Aku : Oh Abah baring ke? Sapa ada dengan Abah?
Abah : Tengah masuk air dalam badan. Tadi Ode ada, tapi tengok ni takde dah.
Aku : Takpe, kejap lagi Ode datang la tu. Abah baring je rehat. Jaga diri.  Petang nanti lagi kite datang.

Terus aku call Ceera. Kot-kot la dia nak pergi. Sebab aku nak tunggu Qery macam tak mungkin je dia balik pukul 6. Kang lambat pulak. Call call tapi Ceera tak jawab pun. Pastu terus aku call mak. Borak dengan mak la yang lama sikit. Banyak nak disembangkan. Hihi! Tapi still sembang tentang condition abah la. Doktor kata abah nampak dah teruk, sebab tu mesti nak masukkan dalam ward. Side effect air liur meleleh tu salah satu tahap penyakit dah teruk. Plus kalsium dalam badan abah terlalu tinggi. Itu adalah sama sekali tidak bagus. 

Lepas habis call mak, tengok ada miskol dari Abah. So aku call balik Abah.

Aku : Nape bah?
Abah : Abah lapar la Na, pagi tadi je makan. Boleh tak belikan Kebab yang macam ko beli haritu.
Aku : Boleh-boleh. Nanti kite beli eh.

Gituuu. Macam manaaa la aku nak pegi beli aku pun tak tauuu.. Hihi! Call Qery tak angkat pulak. jadinya kena mintak tolong Ode belikan. Kebab yang MacD tu. Sebelum ni masa aku datang rumah mak, aku ada belikan kebab tu. Agaknya Abah suka kot. Tu yang mintak lagi. Aku pulak mintak tolong Ayie datang amik kat rumah. Sebab aku tau Abah tu kalau dah sebut-sebut nama, kalau dah call sampai 2 kali, mesti nak aku datang jugak tu. Jadi, mesti datang jugak walau apa pun terjadi. 

Barang-barang yang aku dah janji dengan customer nak pos Jumaat tu, kelam kabut jugak la aku membalut. Dah pesan kat Ayie datang selepas pukul 5. Bagi aku setel kerja. Dah mandi siap-siap,beg nak pos dah letak sebelah pintu. Nanti Qery balik senang dia nampak beg tu, boleh terus pegi pos. Dah mesej dah Qery bagitau semua. Qery kata boleh pergi, baru lah iolls pergi. Orang dah kawin...kekeke

Ayie sampai lambat pulak. Pukul 6.30 macam tu. Jalan jem la kot sebabnya memang timing orang balik kerja kan. Aku call Kakcik sebelum pergi,takut dorang tak bagi masuk tengok abah sebab waktu melawat dah habis. 

Sampai sana pukul 7 lebih macam tu. Masuk-masuk tengok Abah dalam ward emergency. Aku masuk sorang sebab nurse tak bagi masuk dah sebenarnya. Itu pun aku cakap sekejaaaaaaaaapppp je nak tengok abah. Kekeke! Sampai je kat katil Abah, nurse lain datang bagitau Abah dah dapat katil.  Dia mintak aku tunggu sebab nak tunjuk ward mana tingkat berapa. So aku boleh bagitau ahli keluarga yang lain. Dapat lah lepak lama sikit. Hihi!

Tengok Abah masa tu pun sayu je hati. Kering sangat. Berat dah 55kg. Makan muntah makan muntah. Masuk air je la satu hari tu.

Aku : Abah dah makan?
Abah : Dah makan tadi. 
Aku : Kebab tadi makan habis?
Abah : Habis Na. Tak muntah pun. 

Syukur. Hihi! Risau jugak aku kang makan kebab lepas tu muntah lagi. Dah naik ward. Kakcik Ode Ayie KakNinie dah ada kat atas. Sebab sebelum abah naik ward tu, aku dah wasap dorang abah masuk ward mana. So dorang dah standby tunggu. Hihi! Abah aku terus pelik.

Abah : Macam mana korang boleh tau abah masuk ward mana, abah tak sampai lagi korang dah sampai dulu. 

Mihmihmih! Aku buat muka tak bersalah je. Masuk sana tu nurse ada la terangkan sikit-sikit. Ada tanya pasal family. Tanya pasal Abah untuk dorang punye catatan la. Malam tu Ayie kata dia boleh jaga. Tapi still kena balik dulu sebab nak amik barang2. Pukul 8 lebih macamtu, pakguard dah bagi warning. Lalu depan katil sambil cakap 'waktu melawat dah habis'. Ofkosla. Hihi! Dah pukul 8 lebih kot.


So kite bagi ayat bunga2 kat abah sikit sebelum balik. Abah sekarang ni emosi sikit kalau orang takde dengan dia. Bukan nak kata masa kat hospital je. Masa kat rumah pun, dia nak orang adaaaaa je dengan dia. Kalau dia baring dia nak mak ada sebelah. Kalau tengok tv pun kalau boleh mesti nak mak jugak. So bila kena tinggal kat hospital sorang-sorang, lagilah dia sedih. Ode, Ayie dengan KakNinie dah balik dulu. Masa aku dengan kakcik nak balik, bertakung dah air mata abah.

Aku : Nanti Ayie datang jaga abah, dia nak amik barang2. Abah tunggu jangan pegi mana-mana tau. 
Abah : Mak ko mana?
Aku : Esok mak datang. Mak nak rehat dulu kat rumah. Abah tunggu mak esok eh. Esok kite datang lagi.
Abah : Ok

Tapi air mata abah bertakung kennn.. Huhu! Alah siannya abah aku ni. Ofkosla sedih. Tapi nak buat macam mana. Aku nak jaga pun Qery nanti sorang-sorang kat rumah. Pepaham la rumah aku keadaan dia macam mana. Qery tak berani nak tidur sorang pun. Aku tanya-tanya dia jugak kalau aku jaga abah boleh ke? Qery kata kalau aku jaga, mau dia ikut sekali tidur kat hospital. Mihmih! Tatut sangat. Tak dapatla aku nak jaga, setakat nak melawat hari-hari tu boleh la. Dulu masa tak kawin dulu mungkin takde masalah. 

Dulu masa mak masuk ward kat Spital Ampang, memang aku yang jaga. 5 hari masuk ward, 5 hari la aku kat ward menjaga. Kalau aku boleh, mesti aku buat. Takde nak mengharapkan orang lain pun. Tapi tulah, bila dah kawin, susah sikit la nak commit. Harap2 abah mengerti lah. Hihi!

TQ semua yang doakan abah aku. Allah je yang boleh balas budi baik korang. Aku nak membalas nye pun tak tau macam mana. Aku doakan kesejahteraan korang balik k. Love uolls. =)

p/s : Iklan untuk diri sendiri. Hihi! Semalam restock tabita sampai dah tak muat kabinet. Terlalu ramai orang nak stok besar.

Kalau korang nak tau beli tabita atau beli barang-barang lain dapat apa. Korang boleh masuk kat My Shop tau. Situ ada detail semua produk.

**************************************

Aku upload gambar pakai blouse ni kat IG, ramai yang tanya beli mana.
Baju dari Miraz RTW Shop
Boleh add kat IG : MirazRTW
atau direct wasap 019-3226002

TQ

Oct 27, 2013

Siri Pembersih Mekap Pixy

Teringat dulu-dulu masa kat sekolah teknik, first time masuk asrama la katakan. Tengok kawan-kawan cuci muka beriya-iya. Aku ni jenis yang tak ambik kisah sangat pasal muka. Lagipun ku fikirkan bukannya aku pakai mekap nak kena cuci muka.

Bila masuk je kolej, ada sorang kakak senior ni bagitau pentingnya cuci muka. Walaupun tak pakai mekap, tapi debu dari jalan raya, dengan udara tercemar, bila kita tak pakai mekap, debu/habuk tu memang direct kena kat kulit kita. Lagi teruk effect dia. Jadi kesimpulannya, selepas tersedar dari kesilapan lalu, *poyo gila*, aku pun pelan-pelan la cari pencuci muka.

Banyak perkara yang kita kena teliti sebelum cari pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit kita. Ada yang kulit sensitif, ada yang jenis kulit berminyak dan satu lagi jenis kulit kering. Fungsi cuci muka sebenarnya semua orang tau, bukan setakat nak nampak bersih dari luaran, tapi mesti bersih dari segi dalaman jugak. Kita mesti cari pencuci muka yang boleh buang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori dan jugak membuang sel mati.

Bila aku dah meningkat dewasa, setiap hari pergi kerja sekurang-kurangnya aku pakai foundation, kadang-kadang rajin sikit aku pakai la mekap. Tapi biasanya pencuci muka yang aku guna mesti buat kulit aku jadi kering. Kita orang Islam kan solat 5 kali sehari.  So setiap kali sebelum ambil wuduk memang kena cuci muka. Bila cuci banyak kali, kulit muka aku jadi kering, bila kering kulit jadi lebih mudah kusam.

Jadi, pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan kita memang tersangatlah penting.. Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan produk Pixy iaitu Siri Pembersiah Mekap Pixy, dan yang tersangatlah bestnya, Siri Pembersih Mekap Pixy ni sesuai dengan semua jenis kulit, tak kisah la kulit sensitif ke, kulit berminyak mahupun kering.

Siri Pembersih Mekap Pixy ni ada dua jenis.

 1. Single Step Liquid Foam (Berbuih)
Yang ni boleh cuci macam biasa. Kena bilas dengan air. 
2. Gentle & Moist Cleansing Lotion (Tanpa Bilas)
Yang ni pulak macam penggunaan toner. Korang cuma titiskan kat kapas kering tu, lepas tu sapu perlahan kat kulit muka. 

Aku dah guna yang ni, memang terbaik. Lepas cuci memang rasa kulit bersih sangat. Tak payah nak cuci banyak kali dah. Lepas tu kulit tak rasa berminyak, pun tak rasa kering. Dia macam lembap je. Bagus, memang senang hidup aku. Huhu!

 Yang tanpa bilas ni pun aku dah guna. Kadang2 bila kat luar, rasa kulit berminyak. Terus la aku cuci guna Losyen Pencuci Gentle & Moist ni. Still rasa effect yang sama. Sebab ada kala kat luar kita tak jumpa bilik air. Atau masa kat ofis rasa kulit berminyak, malas nak ke toilet. Memang aku recommended sangat Losyen Pencuci Gentle & Moist ni. Lagi satu aku suka guna sebelum tidur. Bila cuci rasa selesa sangat, nak tidur pun rasa best. Serius tak tipu.

Apa yang best bersihkan muka dengan Pixy, mesti la sebab bahan-bahan dia. Dalam Pixy ada

- Madu asli (kekalkan kelembapan dan melembutkan kulit)
- Formula bebas alkohol (membersih tanpa mengeringkan kulit)
-Formula bebas minyak (segarkan kulit tanpa rasa berminyak)
-Diuji secara klinikal (selamat dan lembut untuk semua jenis kulit)
- Terbukti secara klinikal (tidak mengeringkan kulit selepas pembersihan berulang kali)

So sangat best, sebab korang boleh guna Pembersih Mekap Pixy ni bila-bila korang nak, lepas kerja ke, nak solat ke, sebelum tidur ke, bila bila la, jangan mesej aku semata2 nak tanya bila nak cuci eh, tumbuk kang. Hihi!

So ini dia Set Siri Pembersih Mekap Pixy iolls.

 Ada dua size, satu 100ml, satu lagi 50ml, better beli dua-dua size, boleh simpan kat rumah atau satu lagi simpan dalam beg. 

Meh aku tunjukkan cara macam mana nak guna Losyen Pencuci Gentle & Moist ni. Sebenarnya sama cara macam gune toner je.

 Ko kena ada kapas. Takde kapas pegi beli tau. Mihmihmih!

 Titis macam ni kat kapas tu, lalu toyohkan secara sopan kat mana yang perlu.

Lap rata satu muka.

Lepas cuci memang rasa kulit tak kering langsung. Lepas tu bersih je.

Yang ni pulak cara cuci muka pakai Pixy Single Step Liquid Foam ni.
 Sila bilas dengan air ye. Hihi!

 Result tetap memuaskan. Cuci banyak kali pun takpe. Gittew


 Pixy mekap cleansing ni sesuai sangat la dengan wanita yang membizi, kalau tak berapa bizi pun sesuai jugak tau.Jangan pulak kalau yang tak bizi tu tetiba kecik hati sebab tak boleh pakai. Lolss.. Dah tu Sepet kata wanita bizi je sesuai, habis i yang goyang kaki ni nak pakai hapee?? Kenn.. Boleh je pakai. Jangan rasa bersalah sangat masa pakai tu. Hikhokhikhok. Atau sebelum korang nak cuci tu boleh la buat-buat bizi ke hulu ke hilir dalam 2 3 kali, lepas tu dah rasa bizi boleh terus cuci muka. -_-

Aku kalau petang-petang tu, rasa lemau ke apa, cecepat cuci muka pakai Pixy ni, lepas tu terus segar. Gedik sangat kan. Hihi! 

Harga mampu milik
50ml - RM7.90
100ml - Rm13.90

Boleh cari kat kedai runcit, farmasi atau pasaraya berdekatan. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh terus ke website Pixy
atau add Pixy kat facebook

Oct 25, 2013

Gangguan......

Tak sampai 2 bulan aku kawin kan, jadinya tak sampai 2 bulan jugak aku duduk rumah ni. Masa mula-mula masuk rumah ni. Aku tak biasa sangat. Sebab 25 tahun aku duduk kat kawasan kampung.Maksud aku duduk kat rumah sebuah sebuah.

Sekarang ni adalah pertama kali aku duduk rumah teres. Dan aku tak berapa biasa sebab aku boleh dengar rumah orang sebelah kalau dia naik tangga hentak kaki kuat-kuat. Dia tutup pintu pun aku dengar. Bukak pagar pun kadang2 aku fikir rumah aku, sekali rumah jiran.

Mula-mula tu rasa blur jugak, sebab masa basuh pinggan kat dapur, tetiba dengar pintu tertutup. Bunyi macam kat rumah sendiri sebab kuat gila. Tapi bila pegi cek tengok rumah aku macam tu je. Masa gosok baju, tetiba ada orang ketuk dinding. OMG terkejut aku. Dinding batu kot, macam mana bunyi ketuk tu macam bukan kat batu, bunyi dia macam orang ketuk rumah papan. Aku fikir rumah sebelah mungkin ada anak kecik dorang main kat dinding ke apa kan.

Still la aku buat tak tau je. Dalam bilik pulak memang aku tidur tutup lampu. Masa baru minggu ke dua kawin. Pukul 2 3 pagi aku terjaga tengok Qery tengah dengar sambil ayat-ayat Quran dalam fon dia. Lepas tu dia bagitau kat aku dia takut. Aku tanya la kenapa takut. Dah terpaksala aku suruh dia tidur. Malam tu aku jaga dia. Tapi memang malam tu agak panas sikit dalam bilik. Lepas Qery tertidur. Dalam pukul 5 macam tu aku tertidur. Baru terlelap, tetiba kena hempap. Badan tak boleh gerak semua.

Bila baca ayat Kursi, baru badan boleh gerak. Tengok Qery badan macam gerak kiri kanan. So aku gerak la takut dia kena kacau ke apa kan. Pastu aku suruh dia tidur balik sebab dia macam dah mamai-mamai. Lepas tu rasa macam panas gila. Aku bangun, amik Quran. Letak kat dada. Terus rasa sejuk. Baruuu boleh tidur. Esoknya lepas subuh Qery kata dia nampak ada something macam asap berkumpul warna hitam kat bucu dinding bilik.

Kite mengadu kat mak ayah mertua. Dorang suruh banyak mengaji dalam bilik. Lepas tu tidur jangan tutup lampu. So selepas dari kejadian. Memang tidur tak tutup lampu. Hihi! Tapi still tak selesa la kan. Dan Qery lagi suka tidur kat bawah. Tidur depan TV. Sejak kejadian tu, aku kan duduk rumah sorang. Kadang2 memang ada tetiba je rasa takut. Tapi selalu buat tak tau je. kadang2 aku bengang jugak.  Sebab aku tak suka benda ni kacau-kacau.

Semalam masa nak tidur pun aku rasa something je. Qery dah sleep dulu. Aku semalam banyak kerja. Pukul 4 baru dapat tidur. Masa nak tidur, tetiba Qery macam tidur nak dekat-dekat dengan aku. Aku pelik jugak.  Tapi aku biar je la. Pukul 5,30 aku terjaga tengok jam. Dia still hug aku. Eh tetiba cite pulak kan. Haha! Pastu fikir eh lamanya dia ni peluk. Tak selesa kot tidur dalam posisi macam tu. Kahkahkah! Tapi aku biar la sebab dia yang peluk. Aku masih dalam posisi yang selesa. Pagi tadi, dia bagitau dia kena kacau.

Ait. Patutla dia melekat je dengan aku. Dia kata kat bucu dinding ada imej perempuan. Bangun lambat la pagi tadi, maybe sebab tidur tak selesa kan. Tapi malam tadi memang agak seram jugak la. Qery buat kerja lewat jugak. Dalam pukul 2 lebih macam tu dia tak siap lagi, tapi dia kata dah letih, so dia baring kat sofa sambil tengok tv. Tak sampai berapa minit dia terlelap. Bila dia terlelap terus macam ada suasana yang seram. Tapi kerja aku perlu disiapkan jugak. Itupun pukul 4 tak boleh siap. Aku surrender nak tidur.

Haih aku bengang betul la. Tak payah la ganggu2 kan. Very rude. Huhu! Tapi masa mula masuk sini pun kitorang takde panggil ustaz buat baca-baca sikit. Later rasa macam kena panggil jugak la. Kesian Qery tidur tak tenteram. Aku pun tak tenteram jugak la kan. Huhu!

Gambar sebelum kejadian. Ecececeh..

 Kat belakang ni la Qery nampak imej perempuan

Ish ish ish. Beraniiiiii kacau laki kiteeeeeeeeee... Tumbuk kang. Hikhok!

*********************************************************

 Baju dari Miraz RTW Shop
Boleh add kat IG : MirazRTW
atau direct wasap 019-3226002
=)

Oct 24, 2013

Dapat perkakas dapur. Mihmih!

Ish line internet ni la. Memang menguji kesabaran. Dari tadi aku try nak update tau. Asik la kena connect banyak kali. Nak publish ni pun bercinta.

Harini lega sikit sebab Qery kata tak payah masak. Dia dah stress dengan kawan-kawan dia. Katanya bila pegi sekolah, semua kata dia dah gemuk. Bila pegi kelas UPM pun kawan-kawan kata dia berisi. Bila main badminton, kawan badminton pun kata benda yang sama. 

Itu la dia tak bagi aku masak dah. Kononnya nak diet. Iyelah tu. Aku tengok dia biasa je, takde la gemuk sangat. Dia pernah lagi gemuk dari ni kot. Kekeke! Yang ni perut dia kedepan sikit je. Tapi kot dia nak diet, diet je la. Aku pedulik apa kan. Hihi!

Semalam kan dia suruh aku masak lemak cili api.  Tapi baru aku teringt aku takde lesung batu. Tak best kot kalau masak guna blender. Tapi apa nak dikata. Blender je la. Sebab dah lama gila tak masak lauk macam ni, so takde la sedap mana. Kena praktis lagi baru dapat rasa dia yang kaw-kaw tu. Yang aku buat ni rasa dia asal ada je.


Dan paling tak boleh bla, masa siang ikan semalam. Hek hek hek.. Telur dadar buat sebiji je khas untuk Qery sebab dia je yang suka makan. Sayur tu entah la. Haha! Bersepah sana sini. Semalam Qery balik lambat ada meeting. Aku takde la hidang lagi. Sekali dia balik. Kelam kabut nak hidang.  Iyela kelam kabut sebab Qery asik la ter 'hek hek lapar...hek hek lapar' tak senang aku nak hidang. 

Seperti biasa, aku makan ikan setengah dengan sayur sikit. Yang lain Qery rembat. Bila gemuk marah pulak tu. Habistu nak buat macam mana. Hihi!

Oh lupa, semalam dengan kelmarin kerana ramai sangat beli set exclusive dengan regular. Jadi korang kan dapat krim ibu putih free. Ramai yang kata takde pun info pasal ibu putih dalam blog aku. Memang takde.. Sebab aku tak sempat nak belek pun.  Kalau korang nak tau info tu boleh la google yeah. 

Kalau nak Ibu Putih sahaja pun ada kat My Shop. Koarang cari info kat sana.

Semalam dapat parcel kan.. Sekali banyak sampai ke rumah mak mertua. Oh alamat yang aku bagi korang tu bukan alamat rumah aku. Mak mertua aku tak berapa tau sangat kerja aku ni. Plus aku pun tak explain sangat. Sebelum ni parcel sampai satu satu. Dia okey lagi. Semalam sampai sekali banyak. Tanjat dia. Hihi!

Dan aku dapat ini!

 
 Ha lepas ni kalau tak semangat nak masak aku tak tau la. Hikhokhikhok.

Antara barang yang aku dapat
1. Milk/Egg Whisk (untuk mix kan telur la pun selalunya..hihi)
2. Giesser Messer Set Knife (ada peeler, gunting, dengan cutting board. Cutting board dia kayu tau)
3. Peeler
4. Unstick Frying Pan (kar rumah aku memang dah ada tapi kecik. Yang ni memang cun cun la. Lepas ni pakai pan ni je masak telur ke nugget ke. Kekeke)

Nak tengok apa lagi yang dijual.  Boleh ke

atau email gurlroxy20@gmail.com
atau direct wasap 013-5150351/0124040494

Oct 23, 2013

Cerita Semalam.

Ish, nak fikir tajuk pun dah dekat 10 minit. Masalah negara betul. Huhu!

Semalam Qery pergi sekolah naik motor. Dah lama sangat dia tak naik motor. Aku risau la sebab selama dia bercinta dengan aku pun memang dia dah jarang sangat bawak motor pegi sekolah. Selalu bawak kereta je sebab banyak fail nak kena angkut. 

Qery nak yakinkan aku la yang dia dulu masa tahun pertama sekolah hari-hari bawak motor. Tak bagi aku risau. Yela, tapi kite semakin berusia, vision kite semakin kurang peka. Lebih-lebih lagi bila dia jarang bawak. Start Qery pergi sampai la dia sampai sekolah. Aku gelisah je. Menunggu-nunggu mesej. Hihi!


Poyo sangat. Excited pakai helmet baru. Bila Qery mesej kata dah selamat sampai, baru la aku boleh update dengan tenang. Lepas tu aku ambik order, tulis nama kat borang pos laju. Sekali tau tau tertidur. bangun-bangun tengok jam pukul 11.30. Dem!!!

Inilah akibat tidur pukul 4.30 pagi. Entah bila masa aku terlelap aku pun tak tau.  Lepas tu tengok fon dh berderet mesej. Bersilat jari balas semua. Lepas tu terus gelabah sebab baru teringat udang tak buang kulit lagi. kerja yang paling tak disukai.

1. Buang kulit udang
2. Siang ikan
3. Belah ikan bilis
4. Kerat daging

Dulu kalau kena buat benda2 ni kat rumah, tak pernah buat sambil senyum. Muncung je mulut tu sampai la habis masak. Huhu! Anak bertuah la katakan. Sekarang, padan muka kena buat semuanya. Nak kawin sangat kan. Kekekeke!

Tapi bila dah kawin ni, perasaan tu takde la macam masa bujang dulu. Semuanya happy, buang kulit udang pun happy. Masak untuk Qery je la happy, kalau balik rumah mak tetap aku tak nak buat kerja2 tu. Kahkahkah!

So lepas setel bahan-bahan nak masak. Sambil tu lipat baju yang dah kering, kemas ruang tamu, Lagi sikit Qery nak balik baru pung pang pung pang kat dapur. Habis masak dalam pukul 2. Sekali Qery balik pukul 3. Sebab dia gi servis motor. Motor dah berapa tahun tak pakai kan. Harus la kena pergi servis.

Balik-balik terus cari makanan.





Menu sambal lagi. Haih bosan aku hari hari masak sambal. Hihi! Ni Qery la request. Dan seperti biasa memang licin. Dan seperti biasa jugak aku sempat makan sikit je. Yang lain Qery sebat. Tak berperikemanusiaan sungguh. Tak payah la tunjuk sangat aku masak sedap. *mata ke atas sambil hidung kembang kempis*. 

Lepas makan dia tidur. Terbaik. Memang pakej gemuk dalam masa seminggu. Hihi! Aku sambung buat kerja. Amik order semua. Ramai pulak yang order slimming set dengan tabita. Kombo Maixara pun ramai yang nak rupanya. Selama ni aku tak mention ada kombo sebab budget korang suka beli separate. Rupanya ramai yang suka kombo yeah. Silap lah ramalanku. Kihkih!

Setel semua benda, menuju ke pos laju. Semalam pos laju lengang sikit. jadi cepat la dapat turn. Ramai yang macam 'Sepet, kenapa tak buat Pick up Servis, kan Pos laju boleh datang collect kat rumah'. Jawapannya adalah... Pos Laju datang tak mengira waktu. Aku pulak suka pos petang. Sebab selalunya even aku pos pukul 8 malam sekalipun, barang akan sampai esok jugak. Selalunya lah. Sapa yang tak bernasib baik tu, dapatlah dalam 2 3 hari.

Lepas pos barang, nak pergi amik baju yang Qery dah tempah. Ontheway tu tetiba mak aku call kata Abah aku dah teruk. Nak bawak pergi hospital. Sebab makan muntah makan muntah dah 4 5 hari.  Badan dah lemah sangat. Aku memang plan nak datang rumah mak, tapi dalam pukul 9.30 macam tu, sebab nak gi ambik baju tu tak tau lama ke kejap. 

Sekali sampai-sampai sana, orang tu kata baju tak siap lagi. Terus la aku patah balik rumah, sebab nak amik tabita. Akak aku pesan bawak tabita pergi rumah mak, sebab anak buah aku punye kawan nak beli. Sampai-sampai rumah, mak kata abah dah pegi hospital dengan Ode. Qery pulak kebetulan memang dia dah berjanji dengan kawan ada badminton. Nak cancel macam last minit tak boleh la kan. Aku suruh dia pegi main je. Apa-apa hal aku call la. So aku pegi hospital dengan Ateh.

Tengok Abah dah lemah je. Sedih pulak rasanya.

Kepada yang tak tau. Abah aku ada adalah pesakit lung cancer stage 4. Dah start sakit sejak April. Mula-mula suspek TB, tapi last-last bila buat ct scan, baru tau ada cancer. Tau-tau je dah stage 4. Memang benda ni mengejutkan satu family aku la. Sebab kita tak sangka benda ni akan jadi. Macam-macam jugakla ikhtiar ke sana ke sini. 

Bila dah jumpa doktor. Doktor tak boleh nak bagitau detail sangat sebab dia kata dia MO.. Dia bukan doktor pakar yang rawat abah sejak mula-mula tau ada cancer tu, dia boleh bagi ubat ikut result darah, air kencing, dan buah pinggang. Yang lain macam ubat tahan muntah, ubat tambah selera makan adalah request daripada aku. Hihi! Tapi aku tak risau sangat sebab appointment jumpa doktor pakar tu dalam minggu ni jugak..

Andak dari Seremban pun turun PPUKM sebabnya abah nak dia. Kekekeke! 

Gambar semasa tunggu giliran. Tapi okey la, kali ni tunggu dalam 2 jam lebih je. Takde la menderita sampai 5 6 jam.

 Lepas dapat ubat, aku mesti kena tulis satu satu kat ubat tu, ini fungsinya apa. berapa kali kena makan. Sebab abah aku makan ubat sendiri. Lagipun bila dah tak duduk rumah parent. Susah sikitla dia nak tanya ini ubat apa semua.

Bila fikir balik, macam mana la orang yang sakit macam-macam, mesti ubat banyak sangat, lepas tu mesti ada potensi untuk tersalah makan ubat. Hish. bahayanya kan...

Pukul 12.30 malam tu dah setel semua. Qery pun memang dah menunggu kat kawasan PPUKM tu. Andak balik. Ode balik. Abah balik dengan Ateh, aku pun berambus dengan Qery. Hihi!

Balik rumah terus sambung tulis alamat. Semalam aku ingat orang dah gaji, sebab kemain ramai lagi. Eh rupanya belum ye. Takpe2, sapa nak order lagi silakan refer My Shop =)

Oct 22, 2013

Pujian yang bermotif

Semalam semua orang pun tau dalam peti ais aku ada kupang je. *mata ke atas*. Hihi! Dalam fridge takde la semata-mata kupang. masih ada ais krim,air batu, hot dog, ayam goreng, nugget, fishball, tetiba bagitau apa ada dalam peti ais. Haha! Nampak sangat nak cover kan. Haih.. 

Jadi semalam memandangkan ada kupang je, nak tak nak terpaksa la aku masak kupang. Lepas tu memang takde pilihan lain, memang kena masak sambal sebab itu je bahan yang ada. Minggu lepas, Qery bagitau kalau aku nak masak, masak la Sabtu Ahad je. Tapi tetiba semalam, sedang aku best-best nak update blog, tetiba dapat mesej dari Qery 'masak apa hari ni, tak sabar nak balik makan'

Aku seperti.....Ait mamat ni. Kata takyah masak. Tapi kerana kelembutan hati seorang istewi yang homei. Aku terus meluru ke dapur. Meluru okey.  Tipu sangat. Haha! Terus tutup laptop, dalam fikiran memang dah terbayang kupang. Dah la aku tak suka kupang pun sebenarnya. Adoi... Kalau lala ke, kerang ke okey lagi. Kupang tak suka sangat tapi boleh la telan. 

Kelam kabut jugak la masak sebab lagi 30minit je Qery nak balik. Dapur gas ada satu je pulak tu. Terima kasih sangat la. Kat situ la nak masak sambal, nak masak sayur, masak telur, goreng nugget. Kupang tu aku rebus dalam rice cooker. Haha! Nak cepat punye pasal.

Tapi ngan-ngam Qery balik sekolah, aku dah siap masak. Phewwww. Aku tengah sibuk kat dapur, memang aku tak tengok fon langsung tau. Sekali Qery bising-bising cakap aku tak balas mesej dia. Siap tuduh iolls ada lelaki lain. Hahaha! Adoi tak tau nak gelak ke nak telan kupang mentah-mentah. Mengada sangat. Tak balas mesej 30 minit je pun. Tapi dulu masa bercinta tahun pertama lagi lawak. Tak balas 5 minit je. Esok drama dalam kereta. Hahaha!

Dia bukan cemburu yang serius tu tau, dia suka cemburu yang macam main-main tu. Korang jangan pulak fikir Qery cemburu buta ke apa. Korang tu bukan boleh.. Kena explain betul2. Hahaha! Lepas hidang semua, telur tu aku kerat 4 bahagian tau. Sayur memang aku masak sikit je, sebab dua orang je pun nak makan. lagipun aku fikir Qery tak makan sayur sangat.  


Aku duduk, tak sampai 5minit. Licin semuanyaaaaaaaaaa.... 


OMG. Laju gila Qery makan. Aku sempat amik telur 1 bahagian, kupang beberapa je la sebab aku tak suka kan. Yang lain Qery makan. Bila masa dia masukkan semua ni dalam mulut. Aku tak perasaan pun. Nak kata sedap sangat aku masak, rasanya takde la. Biasa je kot. Ni mesti lapar ni. Atau pun ada motif lain. Gittew. Makan pun penuh motif. Psycho betul. Hehe!

Q : TQ sayang sebab masakkan sedap-sedap.
S : Takde la sedap sangat. Kamu lapar ke?
Q : Takde la lapar sangat, tapi bila tengok isteri masak, rasa lapar je.

Hurm, aku langsung tak percaya ayat-ayat pujian tu. Huhu! 

S : Sedap sangat ke?
Q : Sedapppp sangat.
S : Nak kasut baru ke?
Q : Hikhikhik! Kasut kite dah berlubang dah kat hujung tuuuu

See?????? Tidak syak lagi. Hahaha!

S : Oooo, patutla kite masak kamu makan sampai habis. Nak kasut rupanya..hihi!
Q : Eh takde la yang.  Memang sedap. Tapi kasut pun nak. 

Dah tak payah nak percaya sangat. Haha! Qery ni dia mesti ada agenda tau , dia ingat aku tak tau perangai psycho dia tu. Adaaaa je benda yang mencurigakan. Hihi!


Malam tu pergi la cari kasut dia, tapi semua tak best. Dia nak jugak kasut yang haritu pergi kat OU. Outlet kat The Mines tak masuk lagi. Nak ke OU tu memang tak la. Jauh kebeno. Takpe, nanti kite try tengok kat tempat lain kot kot ada. Tak sanggup aku nak tengok dia makan macam jin. Hihi!

Tetiba Qery kata nak gi Tesco, sebab ayam ikan semua dah habis kan. Tapi dah pukul 10.45 kot. Dan baru aku tau Tesco bukak sampai pukul 12 malam. Kesian pekerja Tesco balik lewat malam. Huhu! Beli la ayam sekor, pastu ikan kembong 10 ekor, ikan sardin 10 ekor, sotong, udang. Ala ikan tu yang jenis beku tu. Aku pun tak tau la. Qery kata beli je yang beku ni. Senang sikit. Dah la aku dah berapa tahun tak siang ikan, tak tau la ingat lagi ke tak. tsk tsk tsk. 

Yang paling best. Lepas bayar semua. masuk kereta. Qery dengan selamber je cakap

'Esok masak sambal udang tau, sayur nak campur-campur, lepas tu nak ayam goreng jugak'

*lap air mata* Macam kena masak hari-hari je. Huhu! Janji palsu apakah??? Tapi takpe, aku suka je masak untuk Qery. Sapa lagi nak makan kat rumah ni kalau bukan dia. *ayatsedapkanhatisendiwiiiii*

Eh lupa bagitau korang, sekarang ni supplier tabita aku yang baik hati tu ada bagi free gift kat sapa-sapa yang beli set exclusive dengan regular. Set trial takde yeah. So lepas ni sapa-sapa yang beli set exclusive atau regulat tabita akan dapat free krim ibu putih 15g. Ini yang supplier aku bagi, yang aku bagi lain tau. Korang boleh Klik kat My Shop
Ada banyak lagi info kat situ.

***********************************************************

Best sangat glitter shawl ni, senang sangat nak bentuk. Semalam keluar gi The Mines pun ramai yang tengok shawl i ni. Macam artis. *shawl je la pun macam artis, kekeke*
Kalau tak silap beli 1 RM29@ beli 2 RM50
Ada banyak lagi warna, korang boleh add
atau direct contact 017-2959573
Banyak lagi shawl-shawl cantik kat sana.



Oct 21, 2013

apa la yang bizi sangat sampai tak boleh update

Sejak jadi suri rumah tangga ni, bukan main action tak nak update kan. Hihihi! Bukan apa uolss, line internet kat sini memang menguji kesabaran. Sebab aku pakai broadband. Jadi memang line sedikit beruk la. Haritu dah call Astro ingat nak ambik pakej dengan line internet tu, sekali dia kata kena pakai sekurang-kurangnya 2 tahun, kalau tak kena denda. Eh eh eh, tak nak la camtu. Mana tau tetiba aku nak pindah ke nanti. Tak pasal-pasal je. 

Minggu lepas aku kan ada balik rumah mak. Dia kata nak belikan aku dapur. Berbunga2 hati aku. Aku sebenarnya bukan tak nak beli dapur tau. Kalau korang nak tau, aku ni memang tak pandai pilih pun dapur mana yang okey, brand apa yang bagus. Nak pasang gas pun aku tak tau. Aku cuma tau masak je. Hahaha!

Eh tetiba mengaku tau masak kan. Sesuatu sangat. Sebenarnya aku ni bukan la dalam golongan yang tak tau masak. *tetiba up diri sendiri*.Kihkihkih! Sebab memang aku dah memasak sejak sekolah rendah. Korang tau kan aku darjah 2 macam tu dah kena jaga anak buah. Jadinya kadang-kadang bila mak aku jaga kedai, atau mak aku pergi mana-mana, kadang2 tak sempat masak, Aku lah yang kena masak untuk anak buah aku. 

Setiap kali mak pergi umrah atau haji, aku jugaklah yang kena masak kat rumah. Dan masa mak aku sakit tempurung lutut dia pecah, tak boleh jalan beberapa bulan, aku jugak lah yang masak kat rumah. Tapi takde la masak yang susah-susah. Yang susah susah aku tak tau. Yang simple je la. Macam masak lemak cili api, masak sambal, masak merah. 

Tapi apabila dah lamaaaaaa gila tak masak. Lama okey. Korang pun tau kot. Hahaha! Sebab aku memang jarang gila update pasal masak masak ni. Sebab aku bukan jenis yang masak sambil ambik gambar. Masa puasa pun kalau masak, mak aku yang masak. Aku tolong tengok je. Kahkahkah!!

Kalau rajin tu aku tolong la potong-potong sikit. Buat sambal belacan. Family aku suka la cakap aku pandai buat sambal belacan. Padahal aku paham sangat yang dorang nak lari dari kena buat sambal belacan kannn... Taktik sangat. Huhu! 

Haih sebenarnya aku ni memang pemalas gila nak masak. Kalau untuk diri sendiri, memang masak maggy je la. sebab perut aku je nak makan. Tapi Qery gawang gila dah sekarang. Tak bagi sangat aku makan maggy. Tapi lama-lama aku pun muak jugak. Hihi!

Sabtu haritu, disebabkan dah beli barang-barang dapur, semangatlah sikit nak masak. Konon nak masak lemak cili api, tapi serai takde. Haih.. Terpaksa la masak kurma je. Tapi tak amik gambar. Gambar ni pun curi kat IG Qery.


Qery memang suka gila kat kicap. Ko masak la apa pun, mesti dia nak kicap. Lepas tu memang dia tak suka nasi sangat. Dia makan nasi sikit, tapi dia suka ayam. Dan dia tak suka makanan berkuah. Macam sup ayam ke, soto ke. dia tak suka sangat, tapi still boleh makan la. Ada beberapa lauk berkuah je dia makan, macam tomyam, tapi kena pastikan tomyam tu pekat, lepas tu sup ekor pun kena kuah yang pekat. kalau yang cair macam air basuh tangan tu, aku pun tak lalu. Kekekeke! Kalau laksa, dia nak kuah je. Mee dia tak usik. Haih..begitulah laki aku. Terima je la. Sebab tu aku jarang masak benda yang ada kuah. Tapi asam pedas dengan lemak cili api ada feveret dia. 

Semalam masa pukul 4 petang macam tu, aku tanya Qery dia nak makan kat rumah ke atau dia nak diet. Yela sebab masa aku masa kurma tu, dia cam 

'haih...baru nak diet'
'rosak plan nak kuwus'
'ish terpaksa makan nasi'

Jadi aku tak nak la kang tetiba aku masak, dia kata tak nak makan kan. 

S : Nak kite masak ke tak?
Q : Masak la, tapi kite tak nak makan nasi tau.

Ayok. Tak nak makan nasi. Habis aku nak masak apa? Mula lah berfikir nak masak apa yang tak nak makan dengan nasi ni. Ish ish ish. Takkan nak masak kupang. Kupang tak best kot makan ratah. Muak rasa dia. Yang ada dalam peti ais hanyalah kupang. Hahaha! Sebab ayam dah habis semalam. Ikan tak de, sebab aku tak reti pilih ikan. Haih tak boleh ni, kena jugak la aku berpura-pura pandai lepas ni. 

Last-last fikir nak masak telur puyuh sambal. Sekali asam jawa takde. Mesej Qery suruh belikan asam jawa atau asam keping masa balik nanti. Tapi Qery lambat sangat. Terpaksa aku masak merah telur puyuh. Goreng la nugget dengan ayam. Takut Qery tak makan telur puyuh. Lepas tu masakla sayur sekali. Nasi memang masak la. Aku memang nak kena ada nasi. Sebab kang kalau takde nasi aku meroyan. Hihi!

Sekali Qery balik. 

Q  : Yaaaaanggggg, nak nasi lah. Tapi nak sikiiiiittttt je. Hihi!
S: Kata tak nak nasi
Q : Tak boleh tahan la pulak tengok.

Dalam hati iolls berbunga-bunga. hahahaha! Tapi muka menten. Kreadibiliti sebagai seorang yang cool harus dijaga. hikhokhikhok.


Tengok, mesti nak ada kicap. Mula-mula Qery tengok air tu.. 'Ni air apa' Pastu muka macam pelik-pelik. Aku buat tak tau je. Pastu dah habis makan semua, dia minum..

Q : Air apa ni?
S : Sunkist campur anggur.
Q : patut la sedap!!

Berbunga lagi. Lalalalala. Pandai jaga hati aku kan. Nak kasut baru lettew. 

Sayur tu dia habiskan. Ayam goreng tu aku makan seketul je. Yang lain dia habiskan. Telur tu separuh dia makan. Lepas tu kenyang terus tidur. Lepas tu sentap bila kawan2 kata dia gemok. Hahahaha!

Itu sahaja setakat ni.

*****************************************************

Set Kebaikan Ibu Berpantang
Tak suka makan Jamu?
*Susu ibu bertambah banyak
*Mengatasi Sembelit
*Membuang angin badan jadi ringan
*Luka bersalin cepat sembuh
*Bayi sihat dan kulit cantik


 Contact Sepet 0122678134

Oct 18, 2013

Iklan di hujung entry?

Sebulan dua ni memang banyak email n wasap tanya macam mana nak iklan kat blog aku. Buat masa ni, sepanjang bulan Oktober, semua iklan yang ada kat hujung entry adalah FOC, dengan syarat korang kena bagi aku barang. Tapi aku kena tengok dulu apa benda barang yang korang nak bagi aku tu. Sebab bukan semua barang aku ambik. Jadi, sesiapa yang nak buat iklan kat hujung entry, silakan wasap 012-2678134 atau email sepetsshop@gmail.com

Kalau boleh, masa poskan parcel, bagi sekali name card, atau tulis id IG Facebook atay Website , No telefon, email semua. So senang sikit aku nak refer. Gitu.
 
Itu sahaja yang aku nak bagitau, kekeke. Selepas bulan Oktober, semua iklan berbayar ye. =)

TQ

Futsal Raya Haji

Sambungan cerita semalam. Begini ceritanya..kekeke!

Malam raya tu, dalam pukul 11 lebih kot. Nabil call aku

Nabil : Maksu, esok boleh tak ajak Abang Qery main futsal.
Aku : Main futsal kat mana?
Nabil : Kat belakang Petronas ni je.
Aku : Sapa lagi nak main?
Nabil : Ajoi Ajai Danial semua lelaki nak main.
Aku : Ok nanti Maksu bagitau Abang Qery

Abang Qery?? Nak pitam sangat. Oh time aku panggil Maksu, time Qery panggil Abang Qery. Penganiayaan jenis apakah??

Disebabkan masa tu aku buat loud speaker. Jadinya Qery tau la yang anak buah aku ni nak main futsal.

S : Boleh ke? Ada apa-apa hal tak esok?
Q : Pukul berapa nak main?
S : Petang la kot. Boleh?
Q : Boleh je. Ramai ke nak main? Court dah tempah ke?
S : Tak tau la pulak.
Q : Takpe esok kang kite call ane tu.

Qery memang selalu main futsal kat situ. So nombor fon ane tu memang dia dah simpan la. Ane pun dah kenal sangat, yela dah berapa tahun main.

Esoknya, masa aku tengah makan-makan dengan family mertua, Qery ajak adik beradik dia, Syah dengan Cepul join futsal dengan anak buah aku. Pastu Qery suruh Syah ajak kawan-kawan Syah sekali, saja nak ramai-ramai baru syok katanya.

Sampai rumah mak aku, Nabil tanya lagi sekali.

Nabil : Maksu, jadi tak petang ni?
Aku : Ko ada kasut tak? Sapa lagi main?
Nabil : Sepupu-sepupu kite la.
Aku : Sepupu ko tu sapa?
Nabil : Sepupu kite la. 

Lolss... Hahaha! Sepupu tu bukan lah ramai mana pun. Ajai dengan Ajoi je la pun. Pastu Qery ajak sekali Ayie dengan Abanglang main. Apalagi tengah hari tu semua mencari kasut. Yang Nabil pinjam kasut sport aku. Eh rupanya aku ada kasut sport kat rumah mak. Tapi dah buruk la, siap bagi terus kat Nabil, ko tak yah pulang kat Maksu, kalau bagi Maksu alamatnya memang ke tong sampah kasut tu. Jadi baik ko pakai je.  Yang abanglang Ajoi Ajai sanggup patah balik Shah Alam amik kasut seluar semua. 

Semangat nak main futsal punya pasal. Semangatlah sebab anak buah aku tu tak pernah main futsal. Jadi dorang berkobar-kobar la kan. Qery dah booking dengan ane tu pukul 5. Sebelum aku balik rumah, aku pesan dengan anak buah aku, pukul 4.45 dah ada kat gelanggang. Aku balik rumah membuta sampai pukul 4.20. Kelam kabut bangun. Huhu! Bersiap semua, call Syah, call family aku, semua dah ontheway. bagus-bagus. Aku sharp2 pukul 5 baru datang. Kekeke! Suruh orang datang awal sekali kau lambat. Bukan apa, secara tetiba mak Qery call suruh hantar rumah saudara, tu yang melencong ke tempat lain sikit. Nasib la dekat je pun.

Kat sini ada dua gelanggang je. Qery amik yang besar. Bergelimpangan anak buah aku. Semua bajet terror. Huhu! Panaskan badan dulu. Main sepak-sepak tanpa hala tuju.

 Qery berbaju Oren. Sebelum main dia dah pesan dengan kawan-kawan Syah jangan rembat sangat, sebab ramai budak-budak.  Main pun jangan serius sangat, kiranya main nak peluh je la. Corak permainannya di sini adalah geng orang besar (kawan-kawan syah) lawan dengan geng budak kecik (family aku termasuklah Cepul)

Sekali main punya main, budak kecik ni yang rembat bola. Dorang tendang gila punya tendangan. Hahaha! Kesian kawan-kawan Syah tak bersalah. Main dalam sejam lebih sikit. Ini bukan peluh lagi, dah macam mandi, Qery kata Syah 2 kali tukar baju, sebab baju dia lenjun habis. Hahahaha! Yang abang aku Ayie keluar amik napas, lepas tu kena bahan dengan adik beradik. Ciput dengan Atam datang lambat sikit, tertidur katanya. Huhu! Takpela asalkan datang kan. Ciput masuk masuk terus skor gol. 

Sedang mereka gembira bermain.......

Drama pun bermula. Kahkahkah!

Ye aku tau dress up aku macam cikgu yang nak ajar PJK. Ni semua salah Qery *tetiba*

Poyo cam nak kena lempang. Akak2 aku mash berjubah raya kerana mereka tak balik rumah. Hikhokhikhok.

Korang tau aku memang tak pandai main futsal mahupun apa sahaja permainan dalam dunia ni kecuali merentas desa. *mata ke atas*, tapi gaya perlu menang.

Dalam pukul 6 lebih macam tu, dah habis main, semua orang tukar baju. Aku pun tanya la anak buah aku.

Aku : Nabil, berapa gol harini?
Nabil : 3 je.
Aku : Ajai berapa?
Ajai : 6 je maksu
Aku : Ajoi??
Ajoi : Ajoi mana skor, Ajoi kan jaga kat belah gol kite.
Aku : Qery?
Qery : 1 je

Der?? 1 je? Amat memalukan. Hahahaha! Anak buah aku kemain banyak skor. Sekali dia selamber je jawab 1. Cepul skor lagi banyak gila kot. Kesudahanya, family aku lah menang. Alah main-main je, takde kira gol pun. Tapi saja la nak bagi budak2 ni happy. Kawan2 syah pun memang bagi peluang dorang rembat bola. Kekekeke!

 Wajah keletihan. Abanglang jaga gol sampai jatuh tersungkur. Dasaaaattttt....huhu!

 Ayie muka merah-merah tak cukup oksigen.

 Antara peneman atau tukang sorak yang hadir.

 Ceera kenapa dah kuwus???!!???

OMG, korang tau kan, Ceera dia kurus 1kg dari aku. Dan ini amatlah memalukan. Aku sampai sekarang ni masih tak dapat terima kenyataan. Mulai saat ini, aku tak suka orang yang lebih ringan dari aku.

tsk tsk tsk

Dan kesimpulannya, futsal raya memang bagus, sebab lepas makan banyak-banyak pagi tu, petang boleh terus bakar kalori. Tapi bukanlah kalori aku. Berat aku masih macam tu. Sekian.