Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 31, 2013

Seni lahhhh sangattttttt

Cantik tak iolls lukissssssss... (**,)

Semua orang tau melukis kot, tinggal cantik atau tak je. Aku memang tak berapa nak berseni sangat la sejak di bangku sekolah lagi. Selalunya seni aku kadang2 je A. Selalu mesti B ke C.

Bukan aku tak suka seni tau. Aku suka seni, tapi sebenarnya faktor minat jugak kot. Dulu memang aku suka melukis, tapi masa tu minda tak bukak lagi, bila masuk kelas seni kite bayangkan seni tu lukisan, so bila macam kena buat arca, kena reka something yang berseni. Aku jadi blur. 

Plus masa tu aku kena buat arca gambar patung teddy bear kot. Tapi buruk gila la ofkos, sebab aku tak pandai. Kawan2 aku pun takde la cantik sangat arca dorang, tapi aku tak tau kenapa dorang dapat A aku dapat C. Haha. Gila tak dapat terima kan. Bila dapat resul takhir tahun, mesti seni aku yang sedihhh...

Haritu Qery main fon aku, dia belek2 la note pen tu kan. Pastu dia jumpa gambar kat atas tu. Dia punye kutuk takyah cite la. Dia kata seni aku seni tahap satu. Amatur la. Setakat lukis macam ni je mampu. Nasib baik aku puasa. Kalau tak kaki aku dah naik atas meja , talk to my leg la kan. Haha!

Pastu dia pun bantai la melukis. konon2 nak tunjuk skill dia ni berseni tahap PHD. Aku memang tau Qery ni berseni, tapi aku tau seni Qery ni bukan kat lukisan. Dia tak pandai lukis sangat pun. Cite je pung pang pung pang dengan aku. Dia seni reka cipta boleh la. 

Sekali aku tengok dia lukis, ?????????????????? Apa?yang?cuba?kau?sampai?kan????????????????? korang tengok lukisan aku tu, contoh la itu 1 bintang kan. Kalau korang tengok Qery punye lukisan,  korang mesti tak sanggup pun nak bagi bintang. Hahaha. 

Qery terus padam sebab malu. Lepastu nak cover malu siap cakap nak praktis pinjam bawak balik seminggu fon aku. Amboii..banyak cantik nak pinjam seminggu. Aku lukis ni ingat praktis ke. terus lukis je hokey. Walaupun kau tak kagum, tetap anak buah aku kagum dan dapatlah jugak aku kembang2 hidung dengan anak buah sendiri. Hahaha!

Qery dia berseni ke tempat lain, kalau bab-bab hiasan landskap semua memang serah kat dia. Haritu anak murid dia ada perbarisan rumah sukan. Dulu aku ingat lagi cikgu2 aku takde pun nak beriye2 sangat nak hias anak murid. Tapi Qery berkobar2 okey. Yang mangsanya aku. Aku la kena ikut dia pegi cari topeng, cari sarung tangan, cari stokin. Sanggup ni berhabis duit untuk anak murid. Sikit pun tak berkire. 

Dia pun tanya la aku, kalau topeng ni pakai dengan baju ni, lepas tu pakai itu ini bla bla bla. Aku memang tak boleh nak imagine sebab inilah kelemahan aku. Tapi Qery lain, imaginasi dia tinggi. Dia boleh bayangkan lepas tu angguk sorang2. Untungla siapa yang rumah hijau dapat cikgu Qery. Aku tengok rumah sukan lain so so sooo je.  Takde meriah mana pun. 

 Baju pun Qery tempah okey. Pengsan iolls...

 So cute la. Masa beli topeng tu aku macam was-was jugak, takut tak kena dengan baju. Tapi bila semua orang pakai, nampak comel sangat

Ini puteri and putera pegang sepanduk kat depan. Amboiii...

Nasib menang perbarisan. Kalau tak harus sentap. Haha!

Kalau budak2 ni bagi kat aku, memang tak jadi gini la. Ko pakai je baju rumah hijau tu, pastu kawad macam biasa. Haha!

Sebab tu jugak Qery adalah guru tarian. Korang nak gelak kan. Aku pun. Hahahahaha! Sekarang dah slow sikit, mungkin faktor usia. Tapi dulu dia siap bawak budak tarian okey. Aku masih tak boleh bayangkan macam mana dia mengajar budak2 tu.

 Antara budak2 tarian yang comel ittew

 Gambar lama

Masa ni buat tarian kat majlis kawin.

Dah besar dah pun budak2 ni. Agaknya dah tingkatan 3 4 kot.

Aku menari? Aku langsung tak tau menari. Keras semacam je badan aku ni. Badan tak boleh lentur dah. Bengkuk lebih sikit komfem patah pinggang. Huhu!

Korang pandai tak melukis muka orang?? Bukan lukis muka jadi kartun tu, lukis muka jadi muka la. Haha! Kalau adaaaaaaaaaaaaaaaaa...untung laaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Aku selalu cemburu dengan orang yang pandai lukis ni. Kalau korang masuk instagram Tizz Zaqiah. Gila hebat si Tizz tu. Pandai gila dia melukis. Kalau dia tengok lukisan aku yang tadi tu, mesti dia koyak pakai kaki. 

Kbye

************************************************

Clearance Stok BEDAK ARAB
(Russet, cherry, cherry pink, orange jade, roshalle)
1 RM40
6 RM180
 12 RM336
50 ke atas sila contact 012-2678134 (panggil aku Sepet)
Harga tidak termasuk postage

Rindu nak baca blog Arianna

Sejak aku buat blog, sejak tu jugak la aku baca blog Arianna. Siapa Arianna?? url blog dia bvlgarigirl macam tu la. Dia buat blog saing-saing aku. Since dia update, memang aku baca, walaupun bukan la setiap entry, tapi aku baca kehidupan dia.
Since ramai kata dia pembohong, ramai yang sibuk tetiba buat CSI pasal Arianna, aku rasa macam..pleasee la korang ni, aku tau korang memang banyak masa yang nak dibuang, tapi tolong la jangan sampai nampak macam busuk hati sangat.

Kalau korang tak pernah baca blog Arianna ni, meh aku bagi sinopsis sikit.

Arianna ni umurnya 26 tahun, 3 tahun belajar kat sabah. Tapi dah pulang ke KL and dah kerja pun. Sejak dia buat blog, dia tak pernah la upload gambar muka sebenar dia. Dalam blog menggambarkan yang dia ni seperti orang berada jugak. Dia tak cakap la dia orang berada, tapi kite sebagai readers yang dah baca gila punye lama akan tau la.

Then dia jugak baik hati, ada boifren yang bukan beragama Islam. Selalu mintak pendapat reader dia tentang isu ni semua. Lepas tu dia ambil anak angkat Clara *anak jiran dia masa kat sabah* tinggal dengan dia kat KL atas sebab-sebab jiran dia selalu bertengkar suami isteri then anak terabai sikit. So Arianna ni memang kerap tolong jagakan Clara.

Arianna pulak pandai masak. Memang dalam blog nampak seperti seorang perempuan yang perfect la. kat mata aku dia perfect sebab yela, aku bayangkan dia cantik, sukati aku la nak bayangkan dia macam mana kan. Haha! Lepas tu bijak, baik hati, dan pandai masak. Cara penulisan dia pun sedap je nak baca.

Bila dia tak upload gambar, dan kerana dia terlalu perfect, ramai la orang macam tak puas hati. Eh eh eh kalau kau perfect sangat kenapa kau tak tunjuk muka sebenar kau kan. Gitu. Jadi mereka2 inilah yang buat CSI cari siapakah Arianna. Siap buat blog tulis situ arianna yang sebenar.

Haih...masalah orang sekarang memang nampak sangat masalah hati...

Apalah masalah kau kalau kau dapat detect dia tipu pun. Atau kau dapat tau yang cerita tu semua rekaan. Kenapa?? Kalau dia bohong dalam entry dia, akan effect buah pinggang kau ke? Atau kalau dia cakap benar dalam semua entry dia, kau akan dipanjangkan umur? Ha?? Aku memang la tak mengerti orang yang takde keja macam ni. Dia nak tipu ke, dia nak jujur ke, itu dia punya pasal la. Takde lagi undang2 blog yang kite kena bagitau sejujurnya kisah hidup kite. Kalau tak jujur kau akan dikeji didalam forum.. Boleh gitu? Hihi!

Ini semua mentaliti. Atau pun Tipikal orang yang berhasad dengki. Kau suka kau baca la. Kau tak suka, kau takyah baca. Kan senang tu. Tapi benda2 yang senang ni memang ramai yang tak boleh buat.

Dah la aku nak tau apa ending Arianna dengan Kelvin/Eddie. Sekali dia dah tutup blog. Kau paham tak perasaan memberontak aku nak tau tu. Ko boleh bayangkan tengah syok syok baca novel, sekali bab last dia kena bakar. Atau pun beli cd korea, cd last rosak. Lama ok aku baca since 2009. Yang ko baru baca, sibuk buat csi. pastu menyusahkan aku and reader2 lain yang nak tau apa ending dia.

Tapi hidup aku takde la terganggu dek kerana tak dapat baca blog Arianna tu. If Arianna baca blog aku, please la Yana ko update balik blog ko tu. Aku dengan Ceera dengan Jemah ni dah rindu gila kot. Aku tak kisah la ko siapa pun. Tolong la menulis balik. Huhu.

Masa kes tengah panas gila tahap kalau goreng telur boleh hangus. Aku google jugak la. Cari-cari apasal la si Arianna ni tutup blog. Sebab aku memang tak bergosip sangat dengan orang, so aku tak tau perkembangan semasa para-para blogger. Tau pun sebab ada reader pm kat fb tanya pasal Arianna. Masa tu memang ramai la blogger yang aku tengok update entry merasakan diri tertipu.. Lolsss...

Apa point sangat la nak rasa tertipu. Itu kan cerita je. Kalau dia tipu kan, kite patut rasa 'hebatnya imgainasi dia'. Boleh karang novel. Berbakat dalam penulisan. Dan aku jugak kagum dengan csi tu. Boleh jadi detective okey. Siap cari sana sini info nak mengiyakan yang Arianna ni penipu. Tapi memang syabas gila la. Tabik spring aku. Sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Amacam? Dapat habuan tak?? (*_*) Ke puas hati je??

Dah 7 bulan ku tahan nak buat entry ni, hahaha. Aku tak kisah la korang sebelah kan siapa. Nak suka Arianna, atau korang benci sebab Arianna tipu dan terkesan kat hati korang. Atau korang rasa tak suka aku, sebab aku sebelahkan Arianna. Itu semua terpulang. Aku pun tak paksa korang suka Arianna ni. Dan aku pun rasa Arianna ni tak paksa korang nak percaya atau tak cerita-cerita dia. Ini masing2 punye part la. Kite tak suka orang tu, dan bukan semua orang suka kite. Asik nak membenci orang pun masalah jugak. Hati pulak asik nak sensitif pun susah jugak.

Aku tak suka orang yang jenis, dia tak suka orang tu, lepas tu dia ajak kaum kerabat dia tak suka orang tu. Ewahhh... Kalau ko sorang tak suka dah la. Perlu ke ko ajak orang sama-sama tak suka. Kau suka tak bila orang yang tak suka kau tu, ajak semua orang tak suka kau. Eh takde sorang pun suka kot. Orang gila je suka.

Dalam dunia ni, semua orang pernah menipu. Sama ada terang atau sembunyi2 je. Kemonnnn laaaaa... Kite semua manusia. 

Jul 30, 2013

Kat mana best nak bercuti???

Duit takde sibuk berangan-angan nak bercuti kan... Hihi! Biasalah perempuan, kaum kite ni suka simpan angan-angan. Kadang2 yang tak masuk akal pun. Tapi sukati aku la nak berangan pun kan. Haha! Perkara yang aku rasa tak dapat buat setelah kawin adalah bercuti atau pun honeymoon.

Kenapa??

Sebab jadual Qery pack dengan kelas dan exam di hari minggu. Dengar-dengar tahun depan baru habis belajar. Tak tau la bulan berapa tu. Jadinya, kalau nak curi masa keluar berjalan-jalan pun, mungkin la sehari dua je. tak boleh la nak seminggu dua minggu macam tu.

Takpe-takpe. Berkorban untuk masa depan. Tak rugi ye tak. Tapi aku tak kisah la boleh jalan-jalan luar negara ke tak. Aku tetap nak berangan jugak. Sebab berangan kan FREE.

Negara pertama pilihan aku nak pergi ofkos KOREA. Tapi Qery kata dia nak Jepun. Baiklah. Jepun pun seperti best gila kan. Yang penting negara-negara beriklim sejuk ni kena pergi masa salji, barulah rasa kat negara orang. bercakap keluar asap berkepul2 pastu snap gambar masuk IG. Gila menunjuk sangat aku ni kan. Haha!

Kalau tak dapat pegi Jepun atau Korea, aku berhasrat nak buat Umrah dulu. Dapat pergi seminggu dua pun jadi la kan. Time berdua and still sihat ni, kalau ada peluang memang rasa nak pegi umrah. Hope dapat lah ye.

Then fikir-fikir,  kalau honeymoon kat Istanbul pun macam best. Ni gara-gara tengok cerita Istanbul aku datang la ni.

Pastu last option kite gi bali ke, atau bandung ke. Kan. Itu bukan paling last la. Paling last adalah negeri sendiri. Tapi memang aku teringin gilaaa la nak pergi Cameron Highland. Pastu nak pegi Genting highland jugak. Pastu nak gi Bukit Tinggi jugak. Amboii... banyak nau masa aku kan kalau pasal bercuti. Langkah kanan je.

Disebabkan aku memang jarang bercuti, jadinya aku kena la cari yang pakej punye. Mesti ada orang guide. Sebab aku mana la pandai sangat. Negara sendiri pun sesat. Inikan negara orang. Jangan buat pasal. Tapi tula, lagi best kalau pergi dengan orang yang kite kenal and yang kite boleh harapkan. Lainla kalau aku dah pergi 10 kali. Boleh la pegi sendiri sendiri kan.

Tapi tak tau travel agensi mana yang best dan berbaloi. Korang yang selalu jalan-jalan luar negara ni bagi la tips sikit kat aku macam agensi mana yang bagus, waktu bila yang sesuai, berapa budget. Aku tak tau sangat, Qery lagi la langsung tak tau.

Dulu memang ada orang suggest, tapi jenis yang orang tu tinggal kat Korea, kite kena flight and dia tunggu sana. Bukan aku tak percaya,tapi aku tak berani. Baik lah yang betul2 laluannya dari sini sampai sana sama-sama, pastu balik pun sama-sama. Takmo la tunggu2 sana. Tatut tau.

Atau korang ada nak suggest tempat yang lagi besttttttttt......???

Haih bestnyeee la kalau menang peraduan lepas tu dapat percutian free kan. Haha! Lepas ni ada peraduan kena isi la. *tangan di bahu mata ke atas*

Jul 29, 2013

Emak-emak yang gumbira?? Apakah??

Korang tau kan pembelian Aurawhite kali ni dapat sampul raya, dan duit raya dari aku. Dan jugak kali ni Aurawhite tak bagi 3d diamond mask dah. Dia bagi serum muka yang best gila tu.

Tapi bukan nak cerita pasal tu, aku nak cerita yang aku dapat sampul lebih. Dan memandangkan duit RM1 RM5 RM10 RM20 bukan masalah bagi aku. Ecehh... Riak pulak. Haha! Aku tak pernah lagi tukar bank sebab mak abah aku kan berniaga. Duit kecik macam ni memang dorang dah prepare untuk aku tukar masa raya nanti. Syukur tak yah beratur nak tukar duit. 

Dapat je sampul, terus aku tukar duit kecik. Mula la senaraikan nama-nama anak buah beserta umur. 


 Makin lama makin ramaiiiiii. Sob sob.

Kalau anak buah yang yeay aku terima la. Ini dengan mak mak nya pun yeay. Memang sesuatu sangat.

Tapi memang normal kan. Bila nak raya, budak2 la yang paling happy. Dapat jumpa sedara mara, boleh main tak ingat dunia. Dapat baju baru, dapat duit raya, dapat makan pagi petang siang malam. 

Dulu kite semua macam tu kot. Hari pertama tu collect duit raya. Zaman aku duit raya still 20sen 30sen. 50sen tu dah kire best gila keluar rumah sambil fikir nanti nak beli apa. Haha! Dulu tak kisah pun orang bagi berapa, amik je. bila masuk je rumah jiran, mesti nenek2 tu tanya ni anak sapa.Nenek tu tak kenal pun still layan baik-baik. 

Sekarang ni, mungkin faktor keselamatan. Kite tak terima tetamu yang kite tak kenal. Even budak sekalipun. Sekarang ni orang punye taktik macam-macam kan. Bukan korang je la. aku pun seram. Raya pertama je terima budak2. Itupun kenal sikitla sebab jiran kan. Lepas raya pertama, ko semekom banyak kali pun aku tak layan. Haha!

Dan tak bagusnya bila macam ni, kite dah kurang kenal dengan jiran. Walaupun satu lorong. Zaman kakak-kakak aku, jangan kata selorong, dah nak habis lorong pun dia kenal. Kalau dengar kakak-kakak aku bercerita sesama dorang. Dorang boleh ingat Man boroi rumah kat celah mana, Bob rumah warna warni. Entah dah lorong mana aku tak tau.

Abang aku tu, kalau dia tanya budak macam darjah2 tu duduk mana, budak tu cakapla duduk rumah kat pasar malam. Abang aku siap tanya pasar malam tu yang sebelah kedai tu ke, atau rumah yang ada taxi ke, atau rumah pernah terbakar tu ke. Ehhhh...padahal beratus kot rumah kat pasar malam tu. Tak paham aku. Huhu!

Beza dulu dengan sekarang. Sebab tu aku kesian kat anak-anak buah aku. Nak collect duit raya pun dengan mak-mak sedara je la. Sebab dorang nak beraya rumah jiran pun tak berapa nak kenal. Rumah kawan2 pun berapa kerat je. Tapi anak buah aku memang suka kalau raya rumah aku, sebab dorang kata duit raya dapat banyakkk.. Mana tak banyak. adik beradik aku ada berapa dah. mak bapak aku lagi bagi. Walaupun bagi sikit, tapi bila dah banyakkk orang bagi, jadi banyak la jugak kan. Huhu!


Tapi lepas bagi duit raya, emak-emak yang gembira lebih. Sebab?? Dapat cut kos belanja bulan depan. Anak2 dah ada duit sendiri. Hahahaha!

p/s : MWE testimoni memang dah banyak sangat. Insyaallah esok lusa aku update testimoni ye. =)

Kau milikku....

 Masa pilih-pilih jam hantaran untuk Qery, aku pun saja la usha-usha jam. Paham je la Qery tu kalau pilih jam sampai lenguh jari amoi tu asik keluar masuk jam dari kabinet tu. Itu dia nak try, ini dia nak try. Kalau tak beli aku tak tau la. Aku tengok aku yang serba salah. 

Jadi daripada aku tengok pastu rasa serba salah, baik aku seperate. Ko tengok sana, aku tengok sini, walaupun aku tak minat jam kennnn. 

Banyak brand jam yang aku tak tau pun. Tapi macam Guess, Titan, Fosil, aku tau la. Yang macam Obaku, Angel Heart, itu kan jarang dengar. Lagipun aku bukannya orang kaya asik keluar masuk kedai jam. 

Bagi aku jam ni biasa je. Asal boleh tengok pukul berapa dah la. Aku pun round dari satu brand ke satu brand. Aku rasa dah nak habis tawaf ni, Qery still lagi kat tempat yang sama tengah test jam. Ikutkan hati aku nak je keluar kedai jam tu, pergi la mana-mana kedai lain. Tapi Qery tak bagi. 

(-_-)

Aku pun pusing lagi sekali. Kali ni aku cakap dalam hati, nak tengok satu satu jam, sebab aku nak tengok bila aku habis tawaf nanti, Qery dah bergerak ke tempat lain ke belum kan. Huhu! So aku pun pelan-pelan tengok. Design kebanyakkan sama je. Bulat, ada blink2 sikit. Sama ada tali besi, atau kulit.

Tiba-tibaaaaaaaaaaaaaa

Aku nampak satu jam ni.....

Bersinar-sinar

terangggggggg

tak tau la effect lampu ke apaaaaaaa

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

aaaaaaaaaaaaaaaaaa

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

jerit hati kecilku....

Aku terus duduk. Oh jam tu kat bahagian bawah. Kena duduk cangkung baru boleh nampak dengan jelas. Mihmihmih! Aku fikir punye fikir, kalau beli ni aku pakai tak, kalau tak beli kang menyesal tak. Iyela paham2 la sekarang kena pakai banyak duit. Banyak benda yang aku nak terpaksa di tahan-tahan dulu. Nak raya lagi, nak kawin lagi. Semua kan pakai duit. Tapi jam tu tantekkkkk haaaangat hangaaaat.

(**,)

Tak tau la berapa lama aku kat situ sampaikan Qery pun tetiba mencangkung kat sebelah aku. Hahaha!

Pastu pura-pura offer aku...

Q : Nak ke?
S: Takde la tengok-tengok je

See?? Baik tak aku...hahaha! Itu semua taktik ye. Jangan terperdaya. Lepas belikan jam Qery. Masuk pulak kedai Cincin. OMG Cincin lelaki tu ada yang 10k. Aku takde la beli yang 10k tu. Gila ke aku? Haha! Nak test pun tak berani. Kite test yang kite mampu je la ye. Ukur baju badan sendiri. Nasib barang2 aku dah setel. Takde la rasa beban sangat kan. 

Masuk-masuk kereta je terus terfikir-fikir jam tadi. 

S : Jam tadi tu cantik kan.
Q : Cantik. 
S : Tapi brand tu tak pernah dengar pun.
Q : Brand Jepun tu. 
S : Tapi nama dia tak Jepun sangat pun.
Q : Nak ke?
S : Takpe la.

2 3 hari lepas tuuuuu... aku teringat lagi jam tu. Sampai terpaksa masuk City Chain kat LeisureMall. Cari jam tu takde. Amoi sana cakap, jam tu bukan semua outlet ada. Siap bgtau Qery, selalu jam Angel Heart,kalau dorang bawak masuk satu, so maknanya ada satuuuu je kat kedai tu. 

Pastu terus aku moody. hahaha! Kenapa dia takde dua tiga empat. Kalau orang lain beli macam manaaaaa?????? Sedih la kannnn... Qery tanya aku nak jam mana-mana tak. Aku kan dah patah hati. Jam lain aku tengok dah tak cantik dah. Semua macam......biasaaaa jeeeee.. Psycho betul.

Ini adalah first time aku berperangai busuk macam ni okey. Selama ni ada aku kisah pasal jam pun. Pernah la sekali masa kat HK Disneyland tu. Sampai aku ajak Qery masuk kedai tu 4 kali. Haha! Mula-mula nak beli ke tak, sebab mahal kan. Tapi sebab dah berkenan sangat. Terpaksa beli. Lama jugak aku pakai, tapi masa buat stok check cermin dia retak. Lama okey aku sedih. Sampai sekarang kalau tengok balik jam tu pun sedih. 

Still bernyawa lagi jam tu. huhu! *aku update blog ni jam 3.30 pagi ye, hihi*

Jumaat tu, macam biasa la aku nak gi pos. terkedek2 la angkat beg nak masuk dalam kereta. Sekali bukak je pintu belakang nampak kotak. Dia tulis 

'to my mengada-ngada one'

Terus laju-laju amik kotak tu, duduk sopan2 kat sit depan. Bekas dia warna pink, aku macam tau tauuu je apa. Hahaha!


I lap youuuu sangattttt...

Suka gila okey. Qery kata pagi-pagi tu dia gi The Mines beli. Terharuuuuu iolls. Terus tak sabar nak kawin *mata ke atas*

Plastik cermin tu tak bukak lagi sampai sekarang. Kemainnn lagi kannn.. Aku pakai jam belah kanan. Qery pakai jam belah kiri. Sekarang ni aku asik remind dia hati-hati jalan tu tangan jangan nak hayun sangat. Nanti terkena jam aku ni. Gittew...

Poyo nak mamp kan.. Orang lain beli jam beribu tak peghakkk pun. Aku je macam tu. Harini Qery nak jam lagi. Masuk lagi kedai jam yang sama. Amoi yang sama jugak layan. Dan aku macam biasa tawaf.

Sekaliiii.....

ada

lagi

jam

yang

cantik

gila

nak

mampus

kalau

tak 

beli

dalam

tahun

ni

boleh

buat 

gaduh.

kbyeeeee

#dugaanbulanpuasa
#puasamasukkedaijam

p/s : tabita still promosi ye. sila beli sebelum terlambat. Habis promo dah tak dapat harga tu dah, walau korang menangis air mata darah sekalipun.. *ok over* =)

Jul 24, 2013

Dah hampir 5 bulan =(

Sedih sangat tau bila terfikirkan satu kasut ni. 

Aku bukan la pencinta kasut macam Qery, tapi bila aku dah suka tu, memang dah tak boleh buat apa dah. Ko cakap la kasut tu tak cantik ke, tak selesa ke, nampak macam kasut pompuan dot dot dot ke, aku fedulik hape kennn.. Aku nak jugak. Tapi salah satu yang mematikan niat aku nak beli tu adalahhhhhhhh......keranaaa.......TAK ADA SAIZ. Tak ke kuang ajaq

Kisahnya, satu hari tu, aku teman Qery masuk kedai kasut. Lepas tu dia tengok kasut lelaki, aku tengok kasut perempuan. Padahal aku bukan berkenan sangat sport shoes. Akan tetapi, yang ni cantik gila, walaupun season lama, tapi dia tetap cantik sangat. Aku lalu situ pat ploh kali. Pastu tunjuk kat Qery tanya dia kasut tu cantik tak. 

Qery tak paham niat aku nak beli kasut tu, sebab dia pun tau aku bukan minat sangat kasut sport. Dia cakap je la 'cantik' dengan nada takde perasaan. Sekali dua kali tiga kali empat kali pergi kedai tu lagi, mesti aku tanya Qery cantik ke tak. Tetiba Qery cakap 'cantik kasut ni, nak ke?' Terus mata aku bersinar-sinar,haha!

Lepas tu panggil brader tu suruh amikkan saiz. Aku dah try try la kan yang sebelah tu je. Besar harapan nak bawak jalan2 kasut ni. Sekali brader tu cakap takde saiz. Sedih hati tak terkata...

Ada sapa-sapa tau tak kat mana boleh cari kasut ni. Kasut ni ada kat kedai Nike Alamanda, tapi takde saiz. Cari tempat lain, semua takde. Habis stok.

Eh sedih la. Takmo cite dah. Huhu!
Bye

p/s : Harini ramai booking tabita.Hihi! Esok gaji eh, takut stok iolls habis lettew. Insyaallah stok ada je. Korang nak bagitau je k. Bye bye

Jul 23, 2013

Gila betul la Qery ni.

Wahh...sebelum kawin ko gila gila kan si Qery ye. Eh bukan aku tergila2 kan Qery tau. *mata ke atas* 

Aku tau hobi Qery beli kasut. Tapi aku tak tauuuuu yang dia pandai jaga kasut. Ok la, kalau aku, memang aku ada beli kasut, tapi bila kasut tu dah lama sikit, dah macam malas pakai, aku campakkan saja. Kadang2 kasut ni kalau simpan lama-lama nanti dia akan rosak sendiri kan. So aku takde la nak sayang sangat. Plus kasut aku pun murah-murah je. Duta kasut Bata. Pedehal kasut nak jaga-jaga sangat kan.

Dua hari lepas dia ada bagitau aku, nak sedekah kasut-kasut lama dia. So dia upah adik dia si Cepul untuk cuci semua kasut-kasut.

  Nak sedekah dengan orang pun beragak la kan. Cuci la kasut tu dulu. Takkan nak bagi hapak-hapak. 

Sekali dia update gambar kasut dia kat IG. Nak pitam aku..

Ini baru yang nak sedekah, yang taknak sedekah tu aku tak tau la banyak mana.

Kasut Qery cantik-cantik kot. Taste dia kan ala-ala Kpop sikit. Tapi Qery memang dia jenis manusia yang pandai jaga barang. Kereta dia kalau kau masuk, bau wangiiii, lepas tu sentiasa bersih. Tukang kotor nya aku la. Hahaha! Pernah la dia terlalu bizi sampai kereta dia bersepah gila. Itu mungkin setahun sekali. Tapi memang jarangggg sangat la kereta dia bersepah. 

Baju baru beli pun, dia akan hantar dobi dulu basuh, then baru dia pakai. Pftttt. Tak cukup dengan tu, kemeja dia pakai hari-hari hantar dobi gosok. Ko boleh bayangkan tak? Memang berbeza gila dengan aku. Aku ni dah la manusia paling pemalas nak gosok baju. Kalau boleh nak beli baju yang tak payah gosok. Senang kerja. Beli baju takde basuh2, aku terus pakai je.

Masa mula-mula bercinta dengan Qery kan kite beli baju raya sesama kan. Lepas tu aku nak amik la baju aku tu, dia tak bagi. Dia suruh tinggal dalam kereta. Nanti 2 hari nak raya baru amik baju tu. Aku pun macam pelik jugak la kenapa aku tak boleh bawak masuk rumah kan. Rupanya dia hantar gi dobi, gosok cantik2, gantung. Suruh aku pakai baju yang bersih. Tak tau nak terharu ke nak termalu. Hahaha!

Berbalik kepada kasut Qery, itu belum kasut sukan yang aku belikan untuk dia. Ko berani la nak sedekah. Sentap 10 tahun takmo hadiahkan kasut dah. Huhuhu!

Adakah laki korang pun sebegini rupa??

Jul 22, 2013

Kenapa panggil aku Cik Ta??

Mihmihmih. Belum cerita lagi tapi nak gelak dulu. Korang pepaham la Qery tu kan sukati dia je nak panggil aku apa. 

Dulu panggil aku CPZ. Lepas tu bila dah lama-lama, dia kata tak best sebab tetiba ramai pulak tukar nama kat facebook Cik Puan bla bla bla. Poyo gila tak mo sama dengan orang lain kan. Macam la aku kisah. 

Lepas tu tetiba panggil iolls Nealofa. Tak yah korang la, aku pun nak termuntah dengar. Haha! Tak hagak-hagak pulak kan. Motif sangat Nealofa nye. Dia kata Nealofa tu cantik gila. Biasalah lelaki. Walaupun aku rasa Nealofa tu biasa je. Nealofa tu cantik, tapi bukan taste aku. Ceaaa... ada hati nak taste taste ko pulak kan. Haha! Aku tak suka sangat perempuan muka garang. Kalau jenis muka Nasha Aziz tu aku suka la, lemah lembut je. 

Sekarang ni hilang akal panggil aku Cik Ta. Hoih... Memang apa pun tak boleh la kan. Tak ada satu ciri pun sama. Cik Ta kan jelita. I kan sangat jelita. Pftttt... Pulak tu asik la terpanggil2 aku Cik Ta. Eh eh eh ko ni sengaja memalukan aku ke apa kan. So aku pun meluahkan perasaan aku. Emosi okey samakan aku dengan Cik Ta. Iolls gadis hokey.. lalalalala~~

S : Kenapa panggil kite Cik Ta
Q : Muka kamu sama sikit-sikit macam Cik Ta la
S : Mana adaaaaa!! Nganjing je kan..
Q: Eh betul la
S : Rozita Che Wan tu muka arab2 kot. Agak2 la..
Q : Eh sapa cakap muka kamu sama macam Rozita Che Wan??
S : Habis??
Q : Kite cakap sama macam Zahnita..

Auwwwww!! Kalau Zahnita takpe, aku suka. Hahaha! Lempang satu kali tau la. 

Itulah jawapan kenapa Qery panggil aku Cik Ta. *kalau ada sapa-sapa tertanya-tanya*


Qery sekarang ni makin lama makin sweet. Aku tak ingat dah aku merajuk. Sekali dapat kek. Nangis dalam hati. Kihkih!

Takpe, nanti lepas kawin kite tengok sweet lagi ke tidoookk... Harapnya sweet la sampai bila2 ye. Aminn.. =)

****************************************************

p/s : Promo Myracles Beauty RM150 (18 free gifts)
Jimat RM20
Free postage
Free 3pcs black shiseido
Free 3 pcs white shiseido
Free 3 pcs naturgo shiseido
Free 3 lip mask
Free 3 eye mask
Free 1 lip tint
Free 1 candy tint

Persiapan Perkahwinan - Update

Phewwwww... Tetiba je tinggal lagi sebulan lebih kan aku nak kawin. Tetiba lah sangat. Haha! Makin dekat majlis, makin blur aku dibuatnye. Haih apa la nak jadi dengan ko ni Sepet oi. 

Disebabkan aku rasa nak kongsi dengan korang tentang check list apa yang perlu dibuat sebelum nikah. Jadi mari sama-sama kite buang masa sekejap baca. Hihi! Yang dah kawin tu nak baca pun boleh, mana tau esok lusa anak nak kawin, takpun adik beradik nak kawin tapi dah lupe ke apa kan. Ceaaa macam lah aku pandai sangat. Takpe2. Marilah kite poyo sekejap.

Untuk Nikah

1. Kursus Perkahwinan (Done) *mesti amik kursus perkahwinan ye*
2. Ujian HIV (Done) *nasib iolls menjalinkan hubungan yang sihat, mihmihmih*
3. Surat Kebenaran Nikah Lelaki & Perempuan (Done) Hantar awal supaya tak berebut tarikh dengan orang lain.

3 benda kat atas ni perkara yang WAJIB dibuat. Kalau korang tak buat, jangan harap la nak kawin. 

Untuk Majlis Kedua-dua belah pihak

1. Pelamin L&P (Done)
2. Photographer L&P (Done)
3. Baju Nikah , Baju Sanding, Baju Malam Berinai, Baju Persalinan (Done) Hamik kau..kemain banyak bajunye.
4. Make Up Artis (Done)
5. Kompang (Done)
6. DJ (Done)
7. Silat & Tarian (Done)
8. Catering (Done)
9. Kek Kawin (Done)
10. Door Gifts (Done)
11. Kad Kawin (Done)
12. Marhaban (Pending) Mak aku belum bagi kata putus lagi ada ke tak orang yang marhabannye
13. Inai (Belum siapppp) Oh tak tau la kat mana nak cari orang yang pandai lukis2 kat tangan ni..
14. Langsir (Done)
15. Hiasan bilik (Belum)
16. Guest Book (Belum beli)
17. Bunga Tangan (Siap)
18. Bunga Pahar (Siap)
19. Bunga Manggar (Belum siap)

Barang Hantaran

Oh yang ni ada separuh dah setel. Separuh lagi belum. Fening kepala nak mencari barang hantaran Qery ni la. Belah aku setel. Belah Qery ni. Nanti kena sambung shopping. Barang2 hantaran malu nak cerita. Haha!

Aku rasa dah 70% setel kot. Mana yang tertinggal tu, aku harap dalam masa sebelum majlis ni aku ingat la.Tapi nasib baiklah aku ada wedding planner. So apa yang aku lupa ke apa, dia akan ingatkan.

Kad Kawin insyaallah next week siap. Korang nak datang keee?? Kihkihkih! Aku buat kat rumah tau. Biasalah...mak aku ni memang old school sikit. Dia tetap nak buat kat rumah walau apa pun terjadi. Mungkin nak jumpa kawan2 lama senang. Nak beramah mesra pun senang. Lantak la. Aku tak kisah. Sebab Qery buat kat dewan. So aku merasa dua2. Hahaha!

Ada apa-apa yang aku tertinggal tak? Kalau ada tolong ingatkan tau. Aku nak tanya kakak-kakak aku, tapi aku rasa dorang macam dah lupa je. Dah berapa lama dorang kawin kan. Bila tanya mak aku pulak, dia kata dia dah banyak lupa. Pfttt.


Ok semua. Bye2!

Jul 19, 2013

Sapa nak bagi jam tangan free Rm10K?

Nak raya ni, masing-masing la sibuk bershopping baju raya, kasut raya, tudung raya. Aku je belum beli lagi. Sedihhhhhh... Persiapan nak raya tu aku masih KOSONG lagi. Sibuk persiapan nak kawin,sibuk beli barang hantaran. Sibuk fitting baju. Kisahnya nak beli jam hantaran Qery la ni. Kadang2 bengang je aku, barang lelaki ni mahal-mahal la. Tapi takpe, masa ni je la kau merasa nak pakai barang mahal-mahal ye. Lepas kawin beli kat pasar malam cukup. Tunggu barang tu rosak kite pergi pasar malam lagi beli. Mihmih!

Masuk kedai jam, tengok jam yang cantik semua laaaaaaa mahal gila. Eh eh ehhhh.. Kalau beli sendiri punye boleh la tutup mata. Ini Qery punye, tengok je la sambil telan air liur. gulp gulp gulp pastu ajak Qery bla. Haha! Tapi apa pun terjadi, haruslah aku belikan jugak. 

Sekarang ni aku sibuk la topup RM10 dua kali sehari. Konon2 nak menang jam tangan RM10k dari Xpax. Yela mana tau ada tuah di kaki. Ceaaa...verangaannn ke sudah.. Kadang2 pau Qery mintak topup RM30. Gara-gara nak menang jam tangan. RM10K okey. Orang kalau jalan kepit beg erat-erat takut peragut sambar kan. Yang kisah jam RM10k ni kalau pakai, 24jam peluk tubuh. Takpun tangan masuk poket. Hihi!

Mana tau tetiba hari sangat bertuah dapat jam yang RM30k. Komfem menang jam Rm30k tu sampai ke cucu cicit. Tapi aku rasa belum sampai ke cucu, baru sampai ke anak cerita tu di olah,konon2 kumpul duit Rm30k gara2 nak beli jam. Haha! Cite nak up je kan. padahal menang dari Celcom Xpax.

Alangkah best nya la kalau menang jam tu. Dapat pulak time raya. Memang masuk sangatla. Balik kampung tayang jam. Tidur pakai jam, mandi pun pakai jam. Ok aku over. Cane nak menang??


1. Reload RM10 dua kali sehari. atau
2. Reload RM30 sekali sehari.

#TIMETORELOAD
#TIMETORELOAD


Maklumat lanjut KLIK SINI

Selamat Berpuasa dari Xpax =)

Jul 18, 2013

Uncle Bagio

Ni cerita bulan 5, sekarang baru aku nak cerite. Nampak sangat rajin dia tewwww.. Haha! Haritu uncle Baha ada datang rumah, sebab nak melawat Abah. Aku tak ingat la hari apa, Jumaat kot. Pagi tu Ceera ada, lepas solat Jumaat Ciput amik Ceera, baru je Ceera balik, tetiba mak dapat kol dari uncle Baha kata nak datang rumah. 

*Uncle Baha tu adalah Bagio ye. Orang kampung panggil dia Baha sebab nama dia Bahagia*

Aku pulak nak keluar rumah. Tapi sempat la lepak kejap. Kerana dah lama tak jumpa uncle Baha kite ni, marilah kite amik gambar bersama-sama. Haritu masa Ayie kawin dia tak dapat datang.

Eh kenapa aku gemok? Cea pura-pura bertanya kan..haha! Padahal memang gemok pun.

Lepas tu upload gambar kat IG dengan FB, ada la bertanya-tanya, bapak saudara betul ke?? Gittew. Sebelum aku cerita, aku bagitau siap-siap, aku sahaja yang tak rapat dengan uncle baha, sebab aku dari kecik tengok dia dari jauh je. Huhu! Adik beradik aku yang lain kalau jumpa dia kenal la. Aku pulak, dia tau aku paling bongsu, tapi tak tau nama. Adik beradik aku yang lain semua dia hafal nama, sampai ke aku je terus erm erm erm..ni yang paling bongsu tu kan.. *sampai hati tak tau nama iolls, lap air mata*

Begini ceritanya. Kalau tak silap tau. Kalau silap im sorry. Nenek belah abah aku, kitorang adik beradik panggil Nenek. Belah mak pulak panggil Opah. Ok Opah takde kene mengena dengan cerita ini. Hihi!. Nenek ada adik. Kami adik beradik panggil adik nenek tu Nek Yang.

Abah adalah anak Nenek, dan Uncle Baha adalah anak Nek Yang. Nenek dan Nek Yang tinggal satu rumah. Jadi mereka ni adalah sepupu yang mungkin rapat jugak la. Aku mana tau aku tak lahir lagi.. Ok panggil Bagio la kan senang korang nak pikio. Haha! Aku tak tau la umur dia berapa, tapi umur Bagio lebih kurang umur abang sulung aku. Dan dipendekkan cerita, kakak-kakak and abang-abang aku je yang ada bahan nak bersembang sebab mungkin mereka rapat. Aku duduk celah ketiak mak je.

Dulu masa kakak-kakak aku kawin, Bagio mesti datang, lepas tu mesti nyanyi sekali. Cuma yang last-last macam aku ni takde la nak nyanyi dah kot. Sebab kami bukannya rapat sangat. Haha! Jadi ko tak payah nak poyo buat permintaan suruh Bagio nyanyi ye. Libas kang.

Uncle Baha memang amik berat dengan mak abah aku. Abah sakit dia mesti jenguk. Haritu aku nak amik gambar dengan dia, dia boleh buat aku blur.

Aku : Nak amik gambar sesama boleh??
Uncle Baha : Eh kite selalu jumpa pun nak amik gambar sama-sama ke??
Aku : Bila? Mana ada??
Uncle Baha : Oh ye la kan.. Hihi

????????????

Bila masakah kite selalu berjumpa?? Ni mesti jawapan standard kalau saudara mara nak amik gambar sesama ni. Pukul kang. Haha!

Sekarang ni kan, rasa rugi pulak tak mintak sign haritu.... Muahahaha! Ofkos aku pun peminat Bagio. Walaupun aku tau dia bapak saudara, tapi aku tak pernah bagitau sapa-sapa pun bila aku nyanyi lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Sebab takut orang kata poyo. Baru saudara dengan bagio dah hidung tinggi walaupun hakikatnya aku hidung penyek. Huhu! Nowadays, aku rasa orang dah tak kisah kot..

Tapi aku masih berharap yang Siti Nurhaliza tu kakak aku. *tak dapek nak nolong...ye aku tau,huhu*

***************************
MAIXARA WHITE ESSENTIAL (MWE)
PILIHAN TERBAIK UTK WANITA MENGANDUNG & MENYUSU● TIADA PEWARNA TIRUAN
● TIADA PERASA TIRUAN
● TIADA PENGAWET
BAHAN-BAHAN BERKUALITI TINGGI, DIJAMIN HALAL & BERKESAN SEAWAL 3 HARI
Membantu mengurangkan keradangan, mengurangkan gula didalam darah dan mengurangkan kolestrol. Membantu menambah susu badan bagi ibu menyusu. Membantu meningkatkan antibodi untuk ibu dan anak. Mencantikkan dan mencerahkan kulit ibu dan anak. Membantu merawat kerosakan sel badan. Membantu meningkatkan metabolisma badan. Membantu merawat masalah kulit & kaki merekah.

99% perempuan je kannnnn..

Setelah 5 tahun berblogging. Aku rasakan, pembaca blog aku ni, 99 peratus adalah perempuan. Sebab sukati la aku nak rasa macam tu kan. Haha! Dulu lagi la aku gedik gila dalam blog sendiri. Sebab aku memang yakin sangat takde lelaki yang baca. Sebab seandainya mereka membaca blog aku. Kofem dorang jatuh cinta m =eluat. Macam...eh apahal pompuan ni buang tebiat tergedik bajet manje sangat..sambil mata mereke ke atas. Kalau boleh keluar bijik mata dorang, mungkin dorang dah pos kan ke aku, nak tunjuk mereka terlalu menyampah dengan aku kan. Haha!

Tapi sebab aku ni hati memang kering sikit. Ko tak suka ke, ko suka ke. Aku pedulik hape.. Sambil libas shawl biar kena mata dorang tu. Hihi! Ekceli benda-benda macam tak suka blogger itu blogger ini atau pun tak suka someone itu ini, perkara normal kan. macam lumrah dunia. Aku pun bukan suka semua orang. Kadang2 tak suka orang tu, takde reason pun. Saja je tak suka. Saja je suka psycho sorang-sorang. Huhu! Macam aku psycho diri sendiri, tak suka lelaki hensem, tak suka lelaki kaya. Tanpa sebab pun.

Aku memang suka pembaca blog aku perempuan. Aku suka sebab selalu perempuan ni walaupun mulut dia pok pek pok pek, tapi sebab kite perempuan. Hati kite cenderung memahami hati perempuan. Sebab kita memang sejak azali dah jadi perempuan. Aku tak tau la kot ada yang sejak lahir konfius dia lelaki ke perempuan kan. Huhu! Tapi aku yakin la yang sejak lahir dia perempuan, memang sensitif dengan hati dan perasan kaum wanita. Ha kau dah macam topik wanita hari ini. Terus rasa nak duduk silang kaki badan tegak 90 darjah posing muka senyum pandang kamera kennn... Tak sesuaiii... 

Aku tak tau la kalau lelaki baca blog aku ni apa perasaan dorang. Jangan berperasaan dengan aku dah la ye. Nanti iolls feeling market tinggi, terpaksa tangguhkan pernikahan. Hahaha! Ok tak klaka. Mungkin la bila aku ada update entry contoh yang nak mengadu itu ini kaum lelaki akan berkata-kata di dalam hati 'ek-eleee...itu pun boleh jadi topik kau, itu pun nak cerita. itu pun menjadi satu masalah' Gittew. Eh bukan la lelaki yang selalu cakap camtu dalam hati, aku tak ada jugak perempuan spesis aku yang tak suka perempuan gedik macam aku ni, feeling anoyying sangat la kononnya. Lepas tu feeling rimas-rimas. Tak sukala aku merepek meraban benda yang remeh-temeh ni.

Kalau perempuan jenis yang macam memahami hati naluri jiwa raga aku, haha. nak muntah pulak kan. Jap tunggu jangan muntah lagi. Tunggu sampai habis cerita, lepas tu korang nak muntah ke, nak sawan ke, silakan..kekeke! Selalu kalau orang yang memahami and positif ni dia akan bagi kata-kata nasihat (dalam bentuk emailla aklau isu sensitif ke hape), atau dorang akan komen kat blog bagitau dorang paham perasaan aku, atau bagi idea macam nak solve problem. Kan...

Aku ni jenis orang yang menerima nasihat orang lain, dengan syarat takde ayat-ayat yang menyakitkan hati aku la. Kalau kau nak nasihat pastu ada motif lain. Ko nak laser2 dengan aku, kirim salam. Barisan pertama aku baca, barisan kedua, selamat dah dalam tong sampah. Hihi~ 

Tapi aku memang suka berkawan dengan orang perempuan.  Lagi2 dengan makcik-makcik. Sebab bila berkawan dengan makcik-makcik ni, yang pertama aku boleh feeling muda selamanya. Hahaha! Sebab tu bila aku anje-anje dengan makcik dorang tak rasa geli. Tak tau la kot tetiba ada cakap dalam hati 'woi,jijik kot perangai kau macam tu, puiii' hahaha! Mungkin la ada, tapi aku rasa mungkin dorang rasa aku ni macam adik-adik je nak mengada pun. 

Cuba kalau aku gedik anje-anje dengan budak muda dari aku. Ofkos dorang akan fikir aku ni over gila, nak test market lettew. Jadi bila berada dalam golongan muda belia ni, aku jadi kaku. Sebab aku tak boleh nak gedik. Seperti mana anak buah aku sendiri tau aku memang gedik sejak bayi. Haha! Kong ajo punya anak buah. Jadi, aku akan jadi pelik la bila dengan orang yang aku rasa aku tak boleh gedik.

Aku pernah cerita kan dulu, masa sekolah teknik, malam tu ada kelas tambahan budak letrik. Aku budak meki. Aku tumpang la belajar masuk kelas letrik sebab aku nak belajar LK *lukisan kejuruteraan* Aku borak2 dengan kawan perempuan aku *ofkos la aku gedik sangat dengan dorang kan*. Tetiba esok pagi dapat surat layang dari sorang budak laki kelas letrik, tulis kat daun besar 'zack-u gedik'. Aku hampir la sengseng lengan nak naik kelas letrik cari budak tu bagi tumbukan jantan, tapi ditahan oleh kawan2 lain *yang ni memang nampak sangat tipu kan,kihkihkih*. Yang sebenarnya aku buat tak tau je. Hahaha! Siap rasa kelakar, simpan lagi daun tu. Tapi ada dalam stor. nanti kalau ada aku tunjuk kat korang yeah.

Jangan salahkan perempuan kerana kegedikkannya ye. Ada banyak faktor kenapa engkau tak gedik macam aku. Mungkin sebab adik beradik kau semua lelaki. Atau mungkin kau tak rapat dengan adik beradik kau. Atau mungkin kau memang minat zamani sejak kecil *takde kene mengena*. Yang penting, aku tak gedik dengan lelaki. Aku cuma gedik dengan kawan-kawan, adik beradik, dalam blog ofkosla sebab sukati aku la blog aku. Haha! Dan juga dengan Qery. Apahal pulak tetiba aku nak gedik sakan dengan Lee byung Hun.Kalau jumpe Lee Byung Hun mungkin aku tak gedik, tapi aku terus histeria. Haha! 

Aku suka bila perempuan baca blog aku, sebab perempuan ni tak kedekut ilmu. Bukan la aku cakap lelaki ni kedekut ilmu sangat. Tapi aku rasa kebanyakkan lelaki ni malas nak share. Tak de keje aku nak share bende remeh temeh ni kat ko Sepet. Gittew kan. Yang perempuan ni memang suka share. Walaupun kite tau sikit je, tapi asalkan kite tau sikit-sikit, kite terus nak share. contoh kalau aku tanya camne nak masak pudingn caramel. Kalau yang tau sikit tu jawapan dia camni la. 'Sepet awak beli barang macam susu pekat, susu cair, haritu aunty kite ada buat, lepas tu awak google la eh' Haaaa...nampak tak kat situ? Hahaha! Kalau yang memang tau tu, terus bagi link blog dorang sendiri kan. Kalau lelaki aku tanya, dia tak cite banyak la. Memang tak cerita la sampai kesudah pun. Haha!

Setakat itu sahaja bebelan hari ni, sebab dah lama tak membebel. Kepada yang tak suka bila aku gedik, its okey, take time. *macam paksa orang suka kenn..huhu* Okbye bye

p/s : Untuk makluman, trial tabita takde promosi ye. And now stok available ada dua je. Sapa cepat dia dapat. Tapi insyaallah petang ni aku restock lagi. Tapi jumaat baru pos.Happy sangat bila ramai yang repeat order tabita. Ramai jugak yang terus order regular/exclusive.
MWE pun dah ada banyak testimoni, next time aku update entry testimoni MWE tau. Kbye

Jul 17, 2013

Kenapa la malas sangat ni

Mesti korang perasan aku malas gila nak update kan. Yela nak banding dengan tahun lepas punya puasa. Sehari aku rasa 3 kali kot aku update. Sekarang ni panjatkan kesyukuran je la kalau nampak entry dalam sehari tu. Itu pun aku paksa-paksa update. Entry ni pun sama dengan je la. Tak kuasa sebenarnya nak update, tapi sebab peminat *hahaha, perasan gila* iolls teruskan jugak. 

Masuk je bulan Julai, dah setahun aku jadi suri rumah tak bertangga. Happy gila kot tak yah kerja dah. Sebab aku memang tak suka kerja, tak suka fikir nak pakai baju apa, tak payah fikir kerja yang belum setel. Tak payah refer bos punye decision, tak payah fikir rehat nak makan kat mana. Happy la kan.. Tapi setiap kali aku resign pun aku happy je. Haha! Dulu resign kat KPJ pun happy. Habis praktikal pun happy. Clash dengan boifren pun happy *tetiba..haha*

Apa bezanya bisnes part time dengan full time. Ofkos la ada beza. Kalau ko part time, bulan2 ko still dapat gaji dari bos. Kau rajin ke kau malas ke ko tetap dapat amount yang sama. Aku ofkos la kategori rajin. *mata ke atas sangat*. Bisnes ni lain. Kau usaha banyak tu, banyak tu la kau dapat. Ko tak boleh nak komplen dengan orang gaji ko sikit sebab ko malas. Sendiri tau usaha banyak mana, sendiri redha je la. Macam aku, kadang2 aku rajin, kadang2 bila penat aku jadi malas.

Mula-mula aku resign, memang aku buat kerja dalam bilik. Aku tak tau kenapa, tapi aku suka gila buat kerja dalam bilik. Haha! Sepah la bilik macam mana pun, aku tetap nak buat kerja dalam bilik. Jadinya, untuk beberapa bulan pertama. Mak abah aku macam fikir aku ni asik duduk dalam bilik je takde kerja ke budak ni. Macam tu. Sebab sebelum aku resign pun aku memang suka duduk dalam bilik je. Itu la padahnya bila duduk dalam bilik, orang ingat aku tido. Sebab memang aku suka tido. Pfttttt

Bulan pertama aku resign, abah aku dah bising suruh aku kerja kat kedai dia. Dia dah plan nak suruh aku jaga kat kaunter bla bla bla bla. Satu hari dia panggil aku bagitau suruh kerja kat kedai. Eh eh ehhhh.. Suka hati je kan. Aku dah la tak suka kerja dengan orang. Walaupun dengan bapak sendiri. Aku tak suka yeah. Lepas tu nak jaga kedai. Tercongok tunggu customer. The very No Way la kan. Aku cakap la aku tak nak. Tak tanya aku tetiba je buat keputusan sebegitu rupa. Pastu abah aku sentap ke apa aku tak tau la. Aku ni kan jenis degil ikut kepala sendiri. Makin besar makin susah nak jaga.. Kuikuikui!

Tapi aku explain la kenapa aku tak nak jaga kedai. So kedua orang tua ku redha. Huhu! Sebab aku memang bersungguh-sungguh kata aku nak bisnes sendiri. Aku tak nak la amik bisnes mak bapak kan. Takpe la aku susah dulu pun takpe. Mak aku tau kot macam mana aku susah tu. Masuk bilik je 'kesian anak mak' 'kesian anak mak' Sampai kadang2 aku rasa diri ini memang kesian. Psycho betul mak aku ni. Haha! Padahal takde mende yang nak dikesiankan pun. Dah ko degil nak bersusah macam tu. Ko hadap la kan. Rasakan.... 

(*_*)

4 bulan pertama, memang suffer sangat. Tapi aku happy. Sebab aku dah tak kerja dengan orang. Bila tak kerja dengan orang kan. Bahu tak rasa beban lagsung. Serius tak tipu. Dulu masa kerja, tak rasa pun terbeban. Tapi bila aku hantar surat resign and bos aku nak tak nak kena accept. Bos kata 'Ok Hana. i akan hantar ke HQ' terus aku rasa badan ringan gila. Nanti kalau korang resign, korang akan paham perasaan aku. Haha! Sukar nak diterangkan.

Tapi aku memang aku bersyukur sangat. Aku bertunang, aku nak kawin. Aku pakai duit sendiri. Memang tak guna langsung duit parent. Dari awal merisik, sampai bertunang, insyaallah sampai la aku kawin nanti, A-Z aku nak merasa susah senang nak kawin ni.  Mak aku takde la kejam. Dia ada la offer jugak nak bayarkan catering semua. Mak aku kan mak paling baik dalam dunia ni. Hihi! Ofkos dia tak sanggup tengok anak dia susah. Aku cakap dengan mak aku biar aku rasa susah. Bukan senang nak kawin. Tak salah pun kalau kawin mak ayah nak bantu. Terpulang individu ye. Aku kan degil. Dari dulu nak sendiri yang buat. Tak suka orang tolong. Tu la jadi macam ni. Hahaha! Lantak kau la Sepet. Asalkan bahagia.

Haritu, sebelum puasa. Ada sorang nenek ni. Kira sekampung la. Tapi dia tinggal atas bukit sana. Mak aku tinggal sini dah 40 tahun lebih. Memang ramai la dia kenal kan. Aku jiran sebelah belum tentu aku kenal. Haha! Dia datang rumah aku dengan cucu dia. Cucu dia nak bertunang. Dia cakap dengan mak aku, dia nak pelamin sebijik sejiban macam aku tunang haritu. Cantik sangat katanya. Aku dalam rumah terdengar2 terus kembang2 hidung.

Nenek : Aku dah round satu kampung ni Has, pelamin anak kau yang haritu paling cantik. 
Mak : Kejap Has amik gambar.

Mak aku pun masuk bilik ambil album tunang aku, tunjuk kat Nenek tu. Aku bagi sekali name card butik tu, so senang la nenek tu nak contact nanti. Lepas nenek tu balik. Aku pulak tengok album tu. Eh cantik sangat ke kan. Haha! Aku sendiri pun macam dah lama sangat tak tengok album tu. Lepas tu ofkos la macam bangga gila orang suka pelamin kite. Rasa macam puas hati tu tak habis lagi. Haha!

 Mengimbau kembali.

Lagi sebulan setengah.

I is tatut tangat tangat

Eh lupa nak cerita. Kan mak aku teman aku kerja sampai 2 3 pagi kan. Dia tetiba cakap kat aku..

Mak : Ko dah kawin nanti macam mana Na?
Aku : Erm, macam mana apa?
Mak : Mana nak masak, nak kemas rumah, nak kerja.
Aku : Makan koko crunch je mak. Haha!
Mak : Nanti kerja ni ko buat bila?
Aku : Buat malam la macam sekarang ni.
Mak : Nanti malam-malam buat lain...

Pfttttt... Aku tak dapat terimaaaa mak aku cakap macam tu dengan aku.. Whoaaaaaa!!! Terus stress.

Okbye

p/s : Aurawhite masih jual. Ramai tanya aku jual lagi ke tak sebab dah start jual MWE kan. Hihi! Aurawhite still RM150 (10 free gifts termasuk postage).
Myracles Beauty RM150 ada 13 free gifts termasuk postage
Tabita memang ada stok. #Hot item

Jul 16, 2013

Berbuka Itchiban Ramen

Puasa seminggu baru hegeh-hegeh letak gambar makanan kan. Itu pun sebab makan kat luar. Tak yah sibuk2 nak hidangkan ke apa. Duduk tercongok tunggu makanan sampai je. Itu yang terjadi kejadian amik gambar tu. Kalau tak, jangan harap la aku rajin nak snap snap. 

Haritu Ceera berbuka kat rumah aku, dia rajin la amik gambar,lepas tu aku cakap nanti aku curi gambar dia, dia marah okey. Sob sob. Dia kata tak suka gambar sama-sama. Hahaha! Kong ajo punya kakak. Berani dia tak suka tak suka. Lepas tu aku cakap kalau tak nak sama snap la dua kali. Dia jelingkan je. 

Semalam nak beli seluar abah aku sebenarnya. Tu yang gagah jugak keluar. Dah kurus dah bapak aku. Seluar dia yang sebelum ni saiz 34. Sekarang pakai saiz 30. Seluar abah selalu kalau tak mak aku, memang aku je la yang beli. jadi memang bila dia cakap saiz dia 30. Aku macam sedih sikit. Dia dah pesan dengan aku dari hari Sabtu. Katanya seluar lama semua dah longgar. Kena pakai belt,tapi tak selesa la ofkos.

Ingat Ahad nak beli la, lepas tu cari-cari macam tak tau nak cari mana sebab aku jarang gila shopping kat KLCC. Tak tau mana nak cari seluar abah. Qery kata esok kite gi Jusco. Jusco banyak. Sian..haha! Tak merasa la dia seluar dari KLCC. *mata ke atas sangat2*

Lepas cari seluar abah. Siap potong semua. Beli seluar sendiri jugak. Qery frust sebab seluar dia tak ada saiz. 30 minit dalam kedai tu, mencari barang dia je. Lepas tu takde hasil. Aku try seluar 2 minit je. Terus beli 2 seluar. Qery ni memang over sangat kalau bab-bab pilih baju. Aku yang letih sebab nak kena komen setiap baju yang dia try tu cantik ke tidokkk. Selalu aku akan cakap cantik je. Sebab mlas nak layan dah. 

Setel semua, lagi 10 minit baru masuk Itchiban Ramen. Tengok lauk dah terhidang.

 Itchiban Salad

 Ketam apa ke benda entah nama dia, tapi Qery habiskan.

 Miso Soup.

 Salmon Fried rice

 Air paling sedap kat situ. huhu!

Kenyanggg...

harini makan kat rumah. Berdoalah aku amik gambar makanan. kihkih!

p/s  : Slimming betl dah ada. RM35 termasuk postage
MWE pun dah ada stok. Kbye

Jul 15, 2013

Jalan-jalan The Mines

Jumaat lepas punye cerite. 


Saja la ajak lepak The Mines. Konon nak mencari barang la. Lepas tu jalan-jalan langsung tak cari. Sebab Qery tetiba nak cepat. Sabo je la mamat ni. Suke tetiba je nak cepat. Eh motif datang The Mines sebenarnya nak berbuka kat Litle Wok Kitchen je. Nak makan kari kepala ikan dia. Dah tempah makanan, kite pun jalan-jalan la.

 Aku suka gila kedai sukan ni. Cermin dia besar and banyak. Boleh la nak feeling cantik sorang2.

Tapi selalu pun Qery mesti nak sibuk jugak
 
 Upload gambar kat IG. Pastu ada yang tanya kasut beli kat mana. Eh korang ni nampak kasut dulu. Tpaksa aku amik gambar kasut je.

 Beli kat mana eh. Damansara yang ada Mabel tu. Banyak kasut dia cantik2. Korang google lah cari mabel ada kat mana. Aku tak ingat nama tempat tu. Qery kata Catay ke apa entah.

 Kasut Qery beli kat The Mines kalau tak silap. Suka sangat beli kasut macam ni. Lepas tu warna merah. Bosan dah aku tengok kasut dia. Huhu!

 Warna kulit sebenar.

 360 sangat.

Lepas tu makan kat LWK kan, dapat kad membership free.

Tapi tak agak2. Nak menipu punnn kannnn.... Nak muntah aku. Haha!

Ok la.Aku malas nak taip ni. Kbye

p/s : Tabita ready stok. =)
MWE ready stok.
#Hot Item
012-2678134 Sepet

Jul 12, 2013

Tak ada gambar makanan berbuka lagi

Sendiri tak amik gambar, sendiri frust. Hehe! Kali ni punye berbuka kat rumah, bukan tak de feel. Tapi sebab aku tak ada semangat nak snap gambar. Lepas tu memang tak menyempat dah nak amik gambar. Mana tak nya. Sekarang ni, mak dan aku masak awal. Pukul 3 macam tu dia dah kelentung kelentang kat dapur. Aku pukul 3 pulak get ready nak pegi pos. Aku paham la kenapa mak masak awal. Sebab mak kan dah tua. Bila dia rasa dia kuat pukul 3, dia masak la pukul 3. Kalau tak dulu masak mesti pukul 5.30. 

Rutin aku sekarang macam dah bertukar sikit. Pukul 3.30 macam tu dah sampai pos laju. Semalam adalah pertama kali aku pos barang kat kaunter. Eh silap.Kali ke dua. Kali pertama masa tu Qery lambat,aku terpaksa gi pos sendiri, itu tahun lepas kot. Pun bulan puasa. Hihi! So semalam kali ke dua. Sepatutnya Qery la pergi pos, tapi tetiba takde parking. Aku nak drive kereta dia memang tak la kan. So aku lagi sanggup angkat barang berat-berat pergi pos. Nombor dah amik dulu. Masuk-masuk je lagi dua orang punye turn. Nasib baik aku tak suruh Qery cari parking. Kalau tak memang melepas la nombor aku ni. 

First time masuk, setelah setahun pos kat situ. Ko bayangkanlah. Haha! Gila aku tak pernah amik tau macam mana Qery pos. Masuk-masuk tengok penuh gila orang. Tak de tempat duduk. Mula-mula aku diri, tak sampai 10 saat masuk ada orang bangun, pandang kiri kanan macam takde orang nak rebut tempat duduk tu dengan aku. So aku jalan lemah lembut dan duduk dengan bergaya. Mesti semua orang tengok aku rasa nak suruh mak ayah datang meminang. Auw! Perasan sangat. Haha!

Tak sampai 2 minit, tengok kat kaunter dah sampai turn aku. Aku pun terus la menuju ke kaunter. Aku baru je letak 1 parcel kat atas kaunter. Abang pos tu tanya

Abang Pos (AB)

AB : Eh mana Kaede??
Aku : Oh dia ada kat dalam kereta, tak ada parking 'dan aku berasa sangat pelik'
AB : Saya tengok parcel ni dah tau dari Seqy Beauty. Hihi!
Aku : Oh...hihi! 

Nampak sangat la dorang dah hafal aku punya balutan ni. Haha! Start la abang tu 'tak pernah nampak pun hantar barang bla bla bla' Ofkos la abang. I kan princess, tunggu dalam kereta sambil buat keek. Pfttt.. Haha!

Lepas habis pos tu aku pun macam bangga sikit la sebab berjaya pos tanpa perasaan cuak ke apa kan. Qery tau aku ni jenis cuak sikit buat apa pun. Haha! Sampai-sampai kereta je...

S : Tak boleh bla bagi nama Kaede kat abang pos
Q : Hehe. Dorang tanya kite ke?
S : Haah. Dia tanya 'Kaede mana'. Nak muntah dengar nama tu. Huhu!
Q : Cuak tak tadi? Bercakap dengan abang posmen tu macam mana? Ada 'eh eh yeah yeah' tak?
S : Tak cuak pun. Eh mesti la kite cakap manje2. abang tu tanya ada 30 sen tak. Kite jawab 'Alaaaa takde la cane yeahhh'
Q : Kite tumbuk muka kamu kang. Kan dah pesan jangan cakap manja2 dengan orang lain. Ini first and last kita bagi kamu pos.

Sebab tu la aku tak pernah pos barang. Hahaha! Tapi aku suka je. Boleh la aku feeling dalam kereta.

('',)

Lepas pos barang, menuju param la kite. Masing2 dah hadkan sorang boleh belanja RM15 je. Jangan lebih dari tu. Disebabkan Qery yang akan belanja Rm15 untuk aku sepanjang bulan Ramadhan. Aku tak kisah la. Asalkan dia nak belanja. hihi! Tapi selalu tak sampai Rm10 pun. Kuih aku beli 2 jenis je. RM4. Air tengok air apa la. Kalau tebu atau tembikai yang pure tak de ais tu mahal la sikit. 1 dah RM3 macam tu. Kalau beli air asam boi ke, air jagung ke. Yang tu murah sikit. 2 pastik RM3. Gittew. Bergantung kepada nafsu the day. Hihi!

#OOTD semalam. Upload kat IG. Ceera pelik sebab aku tak TV3. Haha!

Kebetulan sangat baju sama warna dengan skirt. Untunglaaa...mihmihmih! Aku beli air soya, air tebu, kuih badak berendam, popia basah, dengan murtabak ayam. Yang aku sempat makan seketul badak berendam, dengan secawan air tebu. Yang lain orang lain balun dulu. Haha! Nasib habis. Kalau tak sentap beli tapi takde orang makan. Aku ni memang suka membeli, tapi aku tak suka makan apa yang aku beli. Aku makan apa yang mak aku masak je.

Sampai-sampai rumah dah pukul 5.30 macam tu. Tengok mak tengah masak. Aku pun buat-buat tolong sikit. Tolong tumbuk sambal belacan, gaul buat kerabu. kacau-kacau sikit lauk. Kacau mak masak sampai mak rimas. Sebab aku banyak tanya. Sikit-sikit 'mak banyak mana' 'mak tengok la sini' 'mak nak hancur macam ni ke' 'mak limau tu mak letak mana'. Haha! Mak pun stress. Bila mak stress baik jangan duduk dapur. Taktik anak pemalas. Meng-stresskan mak sendiri supaya takyah masak. Oh sungguh bergaya cara ku ini. haha!

Lepas tu aku duduk la dalam bilik, baca Quran bajet nak katam dalam masa sebulan. Kite tengok nanti. Aku ni hangat2 tahi ayam je selalu. Plus nak habiskan masa menunggu waktu berbuka tu. Main game asik stress je pulak. Takpe kite selang seli ye. Dah tak stress kite main game balik. Haha! Agak-agak dah pukul 7.15, baru hegeh-hegeh turun dapur. Berhidang semua. Lepas tu tertipu dengan jam Ateh. Jam dia cepat 10 minit ke aku tak tau la. Kelam kabut aku berhidang. Aku tak de la kelam kabut sangat. Cerita je lebih. Haha!

Maksud kelam kabut tu macam 'eh sempat ke ni berhidang' cakap dalam hati 10kali. tapi jalan slow jugak. Gittew la. Pastu cop tempat duduk. Panggil semua orang duduk.  Cedok nasi. Tak azan-azan. Nak naik amik handfon nak snap gambar pun dah tak keruan. Takut baru nak naik tangga dah azan kan. Tunggu punye tunggu, ada la kot 5 minit jugak baru azan. Kong ajo sangat jam Ateh tu. Kalau ku tau jam dia cepat, sempat je 5 minit amik gambar makanan kan...Dan boleh berlagak kat sini aku makan apa. Tengok...kan dah tak boleh nak berlagak. Tapi bagus jugak. Kurang dosa aku. Hahaha!

Eh takde la. Aku memain je. =P

Tunjuk makanan bukan berlagak tau. Kang ada yang sentap pulak. Aku je yang berlagak sebab nak show off dengan adik beradik mak masak sedap. Korang *adik beradik* masak tak sedap. Camtu. huhu! 

Panjang kan explaination kenapa aku tak ada gambar makanan. Semua salah jam Ateh. Kbye. Selamat berhujung minggu.

p/s : Bermula 1 Ramadhan dan insyaallah sampai bila-bila, Setiap Rm2 pembelian korang, aku akan sedekahkan ke Pusat Bimbingan Cinta Madinah. Kalau ada sapa-sapa nak sedekah ke situ jugak pun boleh. Terus contact no ni 019-2786441 (Kak Ana). Semoga sama-sama dapat kite beramal dan dilindungi Allah SWT. Aminnn. =)
p/s/s : Belt masih belum sampai. insyaallah harini atau esok sampai, pohon kesabaran ni dada. Musim puasa memang banyak barang pending termasuk barang yang aku order. TQ

Kadang2 malu dengan saudara baru

Assalamualaikum Salam Jumaat. Hihi!

Masa sekolah agama dulu, bila ustaz ustazah cerita tentang orang yang baru memeluk Islam, hati dia akan suci sesuci bayi. Tak ada dosa. Bersih. Mula-mula aku macam tak paham sangat. Sebab yela kan. Kita dah fikir 'mereka' ni pun ada buat dosa. Kenapa bila dorang memeluk agama Islam terus tak ada dosa. Kenapa itu kenapa ini kenapa kenapa. Pftt. Aku masa kecik memang banyak tanya. Kalau tak dapat tanya orang, aku akan bertanya-tanya dia dalam hati. Aku tanya aku jawab. Tapi jawapan aku mesti ada 'kot' kat belakang sebab tak pasti kan.Huhu!

Bila dah besar, dah mengerti, dah start paham kenapa kenapa kenapa yang masa dulu-dulu tu. Kalau kite relate dengan itu ini sana sini memang akan dapat jawapan dia kenapa hati mereka sangat suci dan kenapa Allah SWT hapuskan dosa-dosa sebelum mereka memeluk Islam tu. 

Bila aku tengok Video ni kat youtube, rasa malu sangat-sangat dengan saudara Islam kite. Tak kisah la dari negara mana dorang datang. Tapi yang pastinya, aku tau dorang lagi tinggi ilmu agama dari aku. Itu yang buat aku malu and sedih. ='(


Kite ni sejak lahir memang dah Islam. Masa sekolah bukan main bertudung, belajar subject ibadah, feqah, tajwid, Quran. Result pulak bagus sebagusnya. Tapi habis sekolah, habis exam. Hilang dah semua tu. *aku la tu*. Solat bila ingat je. Selalu tinggal la pun. Memang bila fikir-fikir, layak ke jadi orang Islam. Tak malu ke dengan Muallaf.  Aku malu. 

Muallaf ni yang lahir-lahir dari agama lain.  Bersusah payah dorang cari agama Islam. Susah payah dorang belajar baca Al-Quran. Yang kita ni dari kecik tau baca, tapi jarang gila la bukak kitab suci tu. Dorang kena buang keluarga, hilang kawan. Yang kita ni, kalau orang tu pakai macam ustazah sikit kite jauhkan diri. Nampak tak beza kat situ. Aku mengaku aku memang teruk la. Sebab tu la aku malu sangat-sangat dengan saudara baru ni. 

Kadang2 sayu hati dengar kisah-kisah pengalaman muallaf. Ada yang baru setahun masuk Islam,tapi lebih beriman dari kite yang dah berpuluh tahun Islam ni. Terus teringat ayat-ayat Ceera.

'Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa'

Hehe! haritu kami berborak dalam bilik, keluar la ayat-ayat tu. Kami cerita la pasal ada orang ni anak imam la apa, tapi anak dia memang worst. Aku anggap tu semua dugaan yang Allah bagi kat imam tu. Tapi bila fikir balik, betul la lagu yang kumpulan Raihan nyanyi tu..

'Iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai'

Bulan puasa ni buatkan aku rasa macam....apalah amalan aku setakat ni. Terus rasa nak bersedekah. Tak kisah la berapa ramai orang bersedekah sampai orang kata anak-anak yatim sekarang kaya-kaya ke apa. Itu tak payah ambik pusing. Yang penting niat kite tu nak sedekah. Duit yang kite sedekah tu la bahagian kite nanti. Yang ada dalam purse pulak adalah bahagian orang lain. 

Kongsikan sedikit kegembiraan untuk mereka menyambut Hari Raya. Insyaallah RM10 tak akan menjadikan kita kaya dan Rm10 jugak tak sesekali menjadikan kite miskin. Simpanan dalam tabung kite sekarang ni memang untuk dunia je. Tapi sedekah tu la simpanan kite yang sebetulnya untuk akhirat nanti. Hehe! Tetiba sangat jadi ustazah. Ini ayat-ayat dari kakak-kakak kenalan aku. Aku bagitau balik je. Sebab tak mungkin aku boleh cakap macam ni kan. Hehe!

Tanya diri sendiri.Umur kite dah berapa. Dan berapa banyak iman dan amal kite kat dunia ni
=)

p/s : Bermula 1 Ramadhan dan insyaallah sampai bila-bila, Setiap Rm2 pembelian korang, aku akan sedekahkan ke Pusat Bimbingan Cinta Madinah. Kalau ada sapa-sapa nak sedekah ke situ jugak pun boleh. Terus contact no ni 019-2786441 (Kak Ana). Semoga sama-sama dapat kite beramal dan dilindungi Allah SWT. Aminnn. =)