Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 31, 2013

PROMOSI SEHINGGA DIBERITAHU

*promosi ni tinggal untuk 33set sahaja. lepas tu kembali harga normal RM170 okies*

 #RM150
#Free postage
#Free 2pcs black shiseido mask
#Free 2pcs white shiseido mask
#Free 2pcs naturgo shiseido mask 
#Free 2pcs eye mask
#Free 2pcs lip mask
#Free 1 lip tint
#Free 1 candy tint

Maixara Slim Look (nak clear kan)
 #RM89 (1 botol)
#Free postage
#Free 2pcs black shiseido mask
#Free 2pcs white shiseido mask
#Free 2pcs naturgo shiseido mask 
#Free 2pcs eye mask
#Free 2pcs lip mask
#Free 2 candy tint

#RM178 (2botol)
#Free postage
#Free 5pcs black shiseido mask
#Free 5pcs white shiseido mask
#Free 5pcs naturgo shiseido mask 
#Free 5pcs eye mask
#Free 5pcs lip mask
#Free 3 candy tint 
#Free 1 lip tint

Bedak Arab/Kokuryu (promosi sehingga Jun)
#RM50 termasuk postage
#Free postage
#Free black shiseido mask
#Free white shiseido mask
#Free naturgo shiseido mask 
#Free eye mask
#Free lip mask
#Free lip tint

May 30, 2013

Di Hari Jadi Part 2

Bukan nak cerita pasal befday Qery tau, haha! Tajuk je hari jadi sebab semalam befday dia, isi dia memang takde kene mengena.

Petang tu Qery amik aku pukul 5.45. Aku tak siap balut habis. lagi 3 parcel sambung balut dalam kereta. Aku dah biasa dah balut barang dalam kereta. Mak aku sampai kagum2 bila tau aku balut barang dalam kereta. haha! Ofkos dah biasa buat Kalau Qery langgar lubang pun i takde hal lah. Ceaa..tipu sangat, padahal terus marah Qery sebab aku tak boleh focus membalut, kuikui! Memang selalu ada yang beli last minit. Kebetulan barang memang aku bawak spare. Huhu!

Lepas pos dah pukul 6.30 macam tu. Terus menuju ke Jusco. Qery kata nak beli hadiah kawan dia kawin. Okey la. Boleh je. Tetiba dah setel beli barang, dia ajak masuk kedai kasut lagi. Pfttt

 Kaki sebelah tak pakai kasut.Hihi!

Punyelah banyak kasut dia nak try. Lenchai kat sini dah biasa dah melayan Qery. Siap perli letak 3 jenis kasut lagi depan Qery, kot kot Qery nak try, haha! Selagi dia tak dapat kasut warna gold, selagi tu la dia suka termasuk kedai kasut. Bengang je aku.

Balik pukul 9.30, singgah amik stok Opti E Plus, sebab dah habis semalam, tetiba ramai pulak beli Opti E Plus ni. Kawan aku yang ada cyst siap repeat order tau. Tak tau la result cyst dia ok ke tak. Sebab dia tak gi cek. Hihi! Pastu belikan untuk mak dia sekali. 

Lepas tu ada sorang repeat order untuk ayah dia, katanya ayah dia kat kampung, call kata ubat dah habis, haha! Opti E plus bukan ubat tau, dia supplement, tapi kesan dia hebat macam ubat. Apa-apa pun, kesihatan tu datang dari Allah, kita ikhtiar je k. Yang penting yakin dengan apa yang kite buat. Doa pun mesti yakin. Apa sahaja korang amik, supplement atau ubat, sebelum makan tu, niat kerana Allah tau. Bukan la kite percaya 100% kat supplement tu, itu semua adalah ikhtiar. Hihi! Gittew ye, ustazah don sangat ni. Haha!

Balik rumah, bukak pintu, bukak lampu, terdiam sekejap.

Hello Minnie Mouse, kenapa duduk je situ. Kemas la bilik ni.?!?

Huhu!

Serabut kan..Begitulah keadaannya..kemas 5 minit. terabur 23jam 55minit. Mihmihmih!

Kbye

Di Hari Befday Boy Part 1

Sebenarnya semalam takde planning best-best pun, janji nak sarapan sama, poyo konon2 nak sarapan pukul 9, last-last Qery lambat bangun, pukul 11 baru sarapan. Sarapannn la sangat kan pukul 11 dah. hihi!

Lepas tu kite ke Nunffnang pulangkan barang, dah tengah hari macam tu, KL memang menyampah kan. Asik jem je. Lepas ni kalau kereta turun harga, ofkos lagi sesak KL. Nasib aku ni kerja kat rumah je. Cuma kalau nak gi mengepos tu rasa serabut tengok jalan. 

Sehari sebelum tu dah tempah kek bersama-sama Qery, janji nak amik semalam la. Tapi takde la celebrate sesama. Aku suruh dia bawak balik je kek tu, makan kat rumah dengan family dia. Menuju pulak ke LeisureMall. Lagi satu hal jem. Bertabahlah hati.

Kek befday boy punye pasal. hihi!

Qery tunggu dalam kereta. Aku yang pegi amik kek. 

First time belikan Qery kek. Tak biasa le romantik2 ni. Malu je.

Suke kotak dia, comel sangat. 

 Suke lettew =)

Aku nak tulis lagi, tapi kang family dia tak sanggup nak makan pulak. Jadi tulis simple je sudah la. 
Lepas ambik kek, terus balik. Sambung buat kerja. Qery balik rumah, makan kek dengan mak dia. lepas tu tanda kertas. Hihi!

Bosan kan, haha!

Balik tu kelam kabut balas mesej, salin alamat, balut barang. Sampai tercampak2 cincin aku. Omaiiii! jari i dah kurus ke?!? Haha! Over sangat ni. Sebab tangan je jalan kan, kat bahagian tangan je la kurus. Yang tang lain gemok maintain. Mihmih!

To my dearest customer. Mohon kesabaran di dada tau. Minggu ni lebih kurang 60+ parcel kena pos setiap hari. Mungkin aku tak dapat nak reply semua orang dalam kadar yang laju la. Aku try reply secepat mungkin. Tamo marah2 kite tau. Sebab nak reply sorang-sorang. Lepas tu nak tulis alamat. Nak tulis alamat pun 2 jam. Nak balut almost 4 jam. Bekerja sorang kan. Sorry sangat. Insyaallah minggu gaji je macam ni. Hihi! Lepas tu back to normal.

Apa pun TQ so much kepada yang sanggup tunggu. Kepada sapa-sapa yang memang siap2 ada no acc, bank in terus pun takpe, haha! Lagi senang, bank in dan terus bagitau barang apa yang korang bank in tu sebab semua barang ready stok. Kalau korang nak tunggu aku reply.. contoh.

Sepet, Aurawhite ada..
(10 minit aku nak reply, untung la kalau 10 minit kan, haha!)
Ada, nak 1?
Haah, nak 1
(tunggu lagi yang ni tak tau la bape minit)
Saya bagi no acc bla bla bla bla
Eh takpe Sepet kita simpan no acc awak lagi. Kite transfer skrg.

Kannn...kesian korang kena tunggu kannn....macam ternanti2. lagi senang kalau korang dah simpan no acc. terus je mesej.

Sepet, ni bukti pembayaran (mms/wassap resit atau sertakan no reference) untuk pembelian produk bla bla bla. Nama bla bla, Alamat bla bla. Gittew. 

Korang cuma kena tunggu aku jawab

TQ, petang ni/esok saya pos.

Haaaa...kan lebih mudah. Haha!

Itu untuk repeat customer la, kepada yang new customer, silakan order je macam biasa. Hihi!

p/s : stok promo Myracles Beauty dah tak banyak tau. Cepat grab promo Myracles Beauty RM170 (jimat RM20), free postage dan 12 free gifts menanti anda..gittew. Selagi stok masih ada.

May 29, 2013

Dating tapi....

 Walaupun hari-hari dating

(-_-)

Iolls tetap merasakan kehangatan cinta itu. Ada rasa nak muntah seminggu tak? Aku ada. Haha!

Dah lama tak ada gambar berdiri sama-sama

Walaupun dating, kite tetap amik order, balas order, balut parcel, dan buat postage. hebat tak kittew. Tak caya order la. *motif disituuuu, huhu*

Sebab apa kite boleh buat semua tu? Sebab ini semua gambar lama. Keke! Kite orang pompuan, duduk rumah je, tak pun duduk kat dapur, kalau tak masak takpe, duduk je diam2 situ. Hihi! 

Set Myracles Beauty masih promosi. Kemain ramai nak harga promosi dengan free gift yang super banyak. Aurawhite macam biasa la kan, sentiasa ada free gift. Maixara pun kemain semua nak harga promosi. Jangan risau, semua akan dapat free gift, beli seketul lip tint pun dapat free gift. Tak caya. Cer beli cer beli. (**,) 

Kla. Bye semua.. Sayaaang korang banyak-banyak.

Simpan no ni dalam fon korang tau. 
0122678134
Sepet
Kalau rindu nak beli mesej/wassap je

Happy Befday Ke-29

Ehem ehem. Kali ni takmo jiwang. U know I know dah la kan. Kalau u tak know meh i bagi penumbuk sebijik. Berani dia...huhu!

Benda yang paling merunsingkan wanita adalah bila befday pakwe/suami. Sebab barang lelaki ni memang takde banyak choice. Lepas tu mahal. Baju lelaki mahal okey. Tsk. Padahal aku tengok baju tu biasa-biasa je. Kain takde la bagus mana. Sepesen macam tu jugak. Tapi kenapaaaa mesti mahal... Haritu tengok kasut lelaki dekat seribu. Gila ke. Letak kat kaki kot. Pekejadah beli beribu lepas tu pijak. Oh memang tak boleh terima. Kalau orang kaya baca blog aku mesti dorang gelakkan. Hello Sepet? Seribu is so funny okey. Pfttt... Menangis aku. Haha!

Fikir punya la fikir. Sampai rasa nak mintak orang lain tolong fikirkan. Sebenarnya takde aku fikir sangat. Lebih kepada malas nak fikir. Kuikui! Dalam hati macam...boleh tak kalau buat-buat lupa. Kalau buat-buat lupa paling-paling pun Qery merajuk seminggu je. Takde la sampai nak clash kan. Ada ke orang clash sebab makwe dia lupa wish befday. 'Ko kenapa break?' 'Oh ex aku tu, boleh dia lupa befday aku, aku pun break la' Kentangg sangat nih. haha!. Mengenangkan setiap kali befday aku dia memang beriye buat sepraise. Maka, marilah kite poyo jugak. 

Ada dua benda wish list Qery, aku tau dia mengumpul duit sehari seposen nak dapatkan barang tu. Pfttt. Qery kalau kumpul duit, mesti dia cakap dia kumpul sehari seposen. Tiap kali masuk kedai kasut je kan, dia cakap la kat aku, sikit lagi je duit yang kite kumpul tu cukup, kite nak beli kasut ni. So aku memang dah tau la kasut mana dia nak. Bukan satu okey. Aku rasa kasut yang dia nak beli tu ada 4 5 pasang kot. Haha! Kegilaan. Tapi aku tak mampu la nak beli sekali 4 5.Belikan 1 cukup la. Sekurang2nya, seposen sehari dia tu, boleh la dia beli kasut lain. Kekeke!

Saiz kasut pun aku dah tau. Kalau UK saiz 8. Kalau US saiz 9. Jadi masuk-masuk kedai. Tunjuk je kasut mana. Lepas tu bayo sambil nangis dalam hati sambil air mata bertakung. Hihi! Lepas je belikan kasut. Kite menuju ke kedai jam. Jam pulak. Qery selalu beli Fossil. Aku dah la tak tau sangat design or brand2 jam. Aku kan tak pakai jam. Disebabkan aku tau jenama tu je, okeyla. Kite belikan je. Taste Qery aku tau sangat. Lagipun design dia yang cantik tak banyak mana pun. Masuk-masuk je kedai tu, terus nampak design ni, terus beli. 

Dua cukup la. Lepas tu ke Baskin Robin. Tempah kek. Kek kecik tu je. Yang asikrim tu. Sedap je aku nampak dari luar. Ini first time tau aku belikan Qery kek. Selama ni pernah la beli kek, itu pun duduk lepak makan kat SR. haha! Kali ni je poyo habis. Diam-diam beli ni. Peluh jantan semua keluar. Kuikui! Balik kite balut cantik-cantik.

Lepas ni mampus nak menjawab dengan Qery, beli kat mana, keluar dengan sapa, menggatal ke tak. Kalau bagitau beli online dia percaya tak. Tapi ada ke baskin robin online? huhu! Tatuttt gigil gigil. 

Hadiah dah bagi dah. Nanti sambung update pasal celebrate befday Qery eh. Kittew hadiahkan Qery innew....comei tak???

Dah siap-siap balut.

Dalam diaaa...

 Homei tak...

 Nasib Qery sukeee...mihmih!

Kasut idaman Qery.


 Semoga lari makin laju. Tapi aku rasa susah nak laju, faktor berat badan melampau..huhu!

Selamat Hari Jadi Khairi Fizairi yang ke 29

Bye!

p/s : Cepat rebut harga promosi MaixaraC Sential Rm99.90 sebelum harga naik bulan Jun. Ada banyak free gift menanti anda...ecehhh... Iklan sangat. Hihi!

May 28, 2013

3 bulan lagi je.

Gila la internet ni, kalau hujan je start la takde line. Hampir gila aku dibuatnya semalam. Nak update entry ni tak tau berapa jam aku mengadap laptop, pastu satu hape pun tak buat. Terasa macam nak gigit broadband, lepas tu nak pijak, lepas tu nak blender. Rasa je la. Kalau aku buat, memang aku dah komfem gila. Huhu!

Dalam tempoh pertunangan ni kan, rasa macam alhamdulillah setakat ni belum ada benda-benda yang tak baik, belum tahap nak bergaduh tumbuk muka ke, walaupun tumbuk muka qery adalah salah satu wish list aku dari dulu. Haha! Geram dengan pipi dia. Kalau dapat tumbuk tu, mesti melantun 5 batu penumbuk i dengan badan sekali melantun2. *bajet kurus* kihkih!

Rasa tak nak kawin tu still ada. Boleh? Haha! Sebab dah selesa macam ni kan. Bangun bilik sepah pun takpe, baju berlonggok berapa hari pun buat-buat tak nampak. Masak pun meggy je. Boleh tidur suka hati nak pukul berapa. Ceaaa...apahal tetiba fikir pasal tidur kenn...kahkahkah! Korang jangan sengih2. Aku sengih takpe. huhu!

Pastu aku pun macam meluahkan la perasaan tu kat Qery.

S : Ish macam tak caya la nak kawin dah. Hurm. Hari-hari tengok muka kamu. Dah la pembuli
Q : Kamu ingat kita dapat terima? Kita lagi tak boleh terime hidup dengan orang pemalas.

Kong ajoo sangat Qery ni.

Dia memang tau aku pemalas tahap gaban. Sebab aku selalu cerita kat dia. Nanti dah kawin, kena masak sarapan untuk Qery ke eh? Stresssss... Aku dah la tak makan sarapan. Qery pulak jenis kena sarapan. Lepas tu nanti kena masak makan malam. OMG. Lepas ni iolls tempat kegemaran kat shopping complex adalah Popular ataupun MPH. Lepak belek buku masakan. Kau mampu? Kalau takde kat situ, boleh cari i kat pasaraya,tengah cari ikan. Pftttt...Pitam sangat!!

S : Nasib baik kita kawin lepas raya kan.
Q : Kenapa?
S : Kalau tak, pening kepala nak fikir masak sahur untuk kamu.
Q : Haha! Itu yang kamu fikir.
S : Iye la. Sahur koko crunch boleh?
Q: Woiiiii!!

Hahahaha! Boleh la boleh laaaaa... Kecoh la mamat ni. Bersyukur la sahur makan koko crunch. Dari minum air kosong je. mihmihmih!

Q : Ah kita nak makan......erm...
S : Ok kite drive thru MacD. Mesti ada yang set sahur tu. Best.
Q : *jeling*

Bangun pagi kena masak sahur. Mesti mak aku nangis kegembiraan kalau tau aku bangun masak sahur. Mesti mak nak tidur rumah aku sepanjang puasa. Huhu!

S : Nasib baik kita tak kawin bulan 5 kan. *masa tu pilih tarikh antara bulan 5 atau bulan 9, tapi dapat bulan 9*
Q : Kenapa?
S : Kalau kita kawin awal, sebelum puasa. Nanti masa raya, mesti balik kampung kan..
Q : Habis tu?
S : Balik kampung tu tak kisah, tapi yang kisahnya, mesti nanti sedara mata tanya... 'ini ke pengantin baru haritu, macam mana dah ada isi ke' Pfttt.. Soalan makcik sangat okey, tak boleh bla. hahaha!
Q : Haha! Haah la kan.. Nasib baik kita kawin lepas raya.

Kompom! Soalan makcik2 ni serah je kat aku. Sebab aku ramai kawan makcik. Haha! Soalan dia macam pakej tau.

1. Dah ada isi ke?
2. Rancang berapa orang?
3. Jangan tunggu lama-lama
4. Chayok!

hahaha! Ok tak klaka.

Sampai sekarang rasa macam tak percaya ke kena lalui semua tu. Tapi nasib baik bakal keluarga mertua aku jenis yang rilex. Cool. Tapi yang tak best, sebab semua adik beradik Qery LELAKI. Takpe la, kite geng ngan mak Qery je. Kompom sangat iolls jadi menantu kesayangan lantik sendiri. Haha!

Aku tanya la Qery...nanti lepas kawin kan, apa yang dia teringin sangat nak buat. Aku bajet macam dia cakap la nak pergi honeymoon ke, nak gi jalan-jalan luar negara ke kan...

Q : Kite paling tak sabar, nak campak baju kita kat muka kamu, sambil cakap 'tunggu apa lagi? Pergi basuh laaaaaa'

Nampak tak kat situ????

Nak kawin ke tak nak ni. Gegirl keliruuuu....huhu!

p/s : Bulan ni last harga Maixara C-Sential (MCS) RM99.90. Bulan depan naik harga RM109. Jadi. Sapa-sapa nak buat stok, boleh beli sekarang k.Aku sentiasa ada stok. MCS memang baik untuk kulit muka, merawat dari dalam. RM99.90 free postage, free black shiseido mask, free eye mask, free lip tint.

May 27, 2013

Kuat makan!

Ini tidak sepatutnya berlaku..

Sekarang ni aku makan 3 kali sehari kot. Petang dalam pukul 3 macam tu makan. Lepas tu keluar pos dengan Qery makan. Lepas tu pukul 2 3 pagi makan. 

Whatisgoingonbebeh.

 Pastu mak aku petang2 suka masak kuew tiaw. Siap hantar sepinggan dalam bilik. Apo nak di kato... Telan je la..huhu!

Ini gambar makan kat Burger Bakar Abang Burn. 

Malam aku masa meggy, letak telur, letak kentang. Ko pernah letak kentang? Hahaha! Sebab aku rasa kalau meggy kosong je macam tak cukup. Sebijik kentang okey. Gila. Habis pulak tu. Mak aku senyum je. Dia memang suka la aku makan. Selalu macam payah gila tengok aku makan. Sekali aku dah makan, macam jin. Jin korea. *sebab pakai lip tint, haha*

Tolongggg laaa.. lepas ni setiap malam bermandikan losyen maixara. Nak ramping macam kerengga. *ada hati lagi, haha*

Diharap buruk lantak di bersifat sementara. Kalau dalam masa seminggu ni masih lagi. Bawak aku berubat cara kampung. *tetiba sangat* Padahal memang kuat makan.

Byeeee.

*pembayaran sebelum pukul 4, pos hari ni, lepas tu esok yeah. Muah!!*

Penganiayaan..Terasa..Promosi

 Jahat gila Qery, tetiba semalam dia wassap aku gambar ni.
 
Dia ingat ini kelakar? Takpe, biarkan dia..befday nak dekatkan. Buatlaaaah buatlahhh.. Habis bulan 5 ni, siap ko. Huhu!

 Sebenarnya aku nak tunjuk satu gambar, dari wassap. Ada orang pos gambar ni. Aku tergelak dan terasa. Memang tepek kat batang hidung sendiri. Jap aku upload. 

haha! So funny!!

Korang terasa tak? Aku kompom terasa la kan. Adui..bila la nak rajin ni sepet. Harap2 nanti lepas kawin jangan la malas macam ni. Kesian laki i kena lipatkan pulak. *jeling kat Qery* Haha!

Eh sekejap sekejap. Sapa-sapa yang beli Myracles Beauty kan. Myracles Beauty ni pun dah macam pisang goreng. Laju kebeno. Mungkin sebab ada promotion kot. Huhu! Cermin tu dah habis la. Aku bagi korang free lain boleh kan kan kan kann....

Bagi macam dalam gambar kat atas ni.
RM150 (diskaun Rm20, free postage, free 2pcs blask shiseido, free 2pcs white shiseido, free 2pcs lip mask, free 2pcs eye mask, free 2pcs naturgo mask, free 1 candy tint, free 1 lip tint.

 Maixara Slim Look RM89 free postage, free blask shiseido, free white shiseido, free lip mask, free eye mask, free naturgo mask,free 1 lip tint.

 Bedak Arab RM50 termasuk postage, free blask shiseido, free white shiseido, free lip mask, free eye mask, free naturgo mask,free 1 lip tint.

 Pastu kan, nak bagitau. Lip tint dah ada 3 color. Sebelum ni cherry dengan pink je kan. Tambah 1 lagi warna orange. Code dia macam kat atas tu. Nak bagitau tu je. Kbye

Sepet
0122678134

Monday Blues lagi..

Samelaaa kite..kehkehkeh! Opkos lah kan. Dah lama cuti, tetiba harini kena kerja pulak. Aduiduiduidui. Rasa nak sambung-sambung je lagi tido ni. Today iolls bangun awal.Terperanjat ke tidoookkk... Haha! Aku pun terkejut tau. Bangun awal saja seprise kat diri sendiri. Pfttt

Sebenarnya tengah runsing tak tau nak bagi hadiah apa kat Qery befday dia 29.5 ni. Malas nak fikir pun satu hal. Hihi! Buat-buat tak ingat macam kejam sangat pulak kan. Eh lupakan je la, esok baru sambng fikir.

Nasib baik kerja sendiri, boleh sukahati aku je nak bangun pukul berapa kan. Pernah satu kali, aku bangun mamai terus reply mesej tau. Aku pun tak tau apa aku mesej. Sekali tu cek balik. Homaigaaaaddd...!! 

Customer : Salam Sepet nak Aurawhite 1.
Sepet : Salam, kjdfbvsd sdvjho ok ksdv
Customer : Apa tu Sepet?

Bile dia mesej 'Apa tu Sepet' terus aku macam, nak buat-buat alasan anak main handfon macam tak berapa nak logik pulakkan. Haha! Aduilaaa.........ko dah kenapa sepet.....huhu! Kenapa aku boleh balas mesej customer macam tu. haha! hadui la. Bukan sekali hokey, aku rasa ada 3 4 kali kot. Customer tu gelakkan aku balik. Itu kalau aku dah mengantuk gila, mata tak boleh bukak, tapi still nak reply mesej, macam tu la jadinya. hihi!

Teringat dulu kerja kat hospital, pukul 7.45 pagi mandi siap2, pukul 8.30 tunggu taxi. Sampai spital tunggu pukul 9 pagi, terus buat kerja tak henti-henti. Berdiri all the time. Runner sana sini. Bukan setakat monday blues, hari hari aku blues. haha! Punyela tak sukaaaa kehidupan masa tu. Tak suka gila kot. Sebab macam takde life tau. Aku tak suka life yang terkejar2 macam tu. Tapi aku tak suka takde la aku protes tak buat kerja ke apa. Kerja tetap jalan. Tanggungjawab mesti dilakukan. Cuma otak aku asik fikir bila laaaa kontrak aku dengan spital ni nak habis. Sharp 2 tahun habis kontrak memang aku berambus terus. Cha alip but la. Hoih free nye rasa toksah cite, rasa nak ajak satu spital berenti sama. Haha!

Tapi ada orang jenis yang dia kena keluar dari rumah. Ada yang lagi rela kerja dari duduk rumah. Atas beberapa faktor la. Mungkin kat rumah ramai adik beradik lain. So lebih baik kerja kat luar dari kena jaga adik. Atau pun anak ramai, lebih baik aku kerja dari jaga anak yang super nakal tu. Atau kat rumah takde sapa, baik aku kerja dari aku gila sorang2 kat rumah. Gittew. Aku kategori....lebih baik aku duduk rumah tido. Hahaha!

Tapi takde kerja takde duit pulak kan. Tu yang susah. Sekarang ni semua benda nak duit aje. Kalau senyum je dapat milo sekotak tak boleh ke? Ok tak klaka...

Korang ada yang kerja jugak ke semalam. Mestila ada kan. Bukan semua orang untung dapat cuti di hari sabtu ahad dan cuti umum. Takpe la. Kerja pun best apa. *sedapkan hati walaupun semua orang tau bangla sahaja yang kerja ni hari Ahad, haha*

Family aku la...kalau nampak je sapa-sapa kerja hari Sabtu ke Ahad ke Public Holiday ke, mula la perli dari jauh.. 'ait kerja ke, bangla je kerja harini' sepoi-sepoi bahasa bersedup ketelinga aku. Kenapa telinga aku? Sebab aku jeeee yang asik kerja masa cuti. Lepas aku aku, pastu aku lagi. Benganggggg jee..huhu!

Semalam aku cuti, cuma ada OT sikit. *ceaaaaa, ayat cover diri sendiri, haha*

Bukan apa. Semalam Ahad pun ramai orang order, korang dah gaji eh....hihi! Masing-masing pun nak comei comei kan. Dulu aku pun macam tu. Bila gaji, spend 10% untuk diri sendiri. Tak kisah la apa pun. Macam baju ke, barang mekap ke, mesti nak beli jugak. Sebab penat kerja, mesti nak ada something untuk diri sendiri. Pernah la aku beli macam keychain tau, Rm10 je pun. Balik tu tunjuk kat Qery, Qery boleh cakap 'beli ni buat apa, nanti buang jugak' Kong ajoooo sangat. Haha! Walaupun betul pun kata-kata dia, tapi jangan la direct kan. Cakap la dalam hati. Menyampah betul.

Motif tayang muka sendiri. Marilah membeli Aurawhite, Maixara, Myracles Beauty, Masker, Opti E Plus, Felinna, Vcoa, Lip Tint, Candy Tint. 

Tetiba promote. Hihi! Korang mesti dah biasakan. Dalam hati 'Sepet ni tak habis-habis promote, terpaksa aku beli' Muahahaha!

Ada regular customer aku siap warning aku. 'Sepet ko boleh tak tolong jangan ada new produk. Nanti aku mesti nak beli. Tolong la...jangan update kat blog produk baru, tolong la tolong laaa' Huhu! 

p/s : Borong Candy/Lip Tint sekurang-kurangnya 12pcs
Borong Mask sekurang-kurangnya 50pcs

Nasib baik ada power bank. Murah pulak tu.

Sebenarnya power bank ni aku dah dengar lamaaaaaa gila punya zaman. Tapi aku takde la macam mesti nak ada, sebab dulu pun pakai fon setakat nak mesej dengan Qery. Cas pun 3 hari sekali. Lepas tu start bisnes ni, aku perasan aku punya bateri tak sampai sehari, contoh la, pukul 3 dah takde bateri, kalau kat rumah boleh la aku charge lagi. Kalau dalam kereta pun mampu jugak nak charge. Kalau kat shopping complex, tetiba takde bateri, memang tak senang hati aku. Bukan sekali dua kejadian ni berlaku, aku rasa lebih 10 kali fon aku takde bateri. 

Sehinggalah suatu hari, adik manis Nabila memperkenalkan powerbank yang beliau jual. Kekeke! Pestime pakai powerbank, kompom la i teruja. Korang yang dah lama gila ada power bank mungkin la tak heran. Aku ni heran-heran jugak macam mula-mula nak guna, tambahan pulak i ni kampungan sikit. Asik terkagum-kagum. 

Bagus sangat, Qery pun tumpang sekaki. Kalau kita guna internet memang cepat je bateri tu habis kan. Stress je aku. Power bank ni aku boleh la charge dalam 3 kali, sebab power dia 12800mah je. Kalau korang nak yang 30000mah pun ada. Aku punya ni murah je RM80 tak termasuk pos tau.

Aku macam biasalah. Warna pink. Pftttt... Huhu!

Abaikan tuan punye blog, fokus kat powerbank sahaja.

Aku punya ni 12800mah je. kalau korang nak ada 4 warna tak silap aku, jap ehhh

12800mah = RM80 tak termasuk postage (pink,hijau,hitam,biru,putih)

Nak lagi power pun ada.

 20000mah = RM105 tak termasuk postage (pink,hijau,hitam,biru,putih)

Nak paling power pun ada.hihi!

30000mah = RM135 tak termasuk postage (hitam,putih)

Boleh cas SEMUA jenis handfon. Handfon canggih boleh, cokia pun boleh. Mihmihmih! Terasa iolss..

cara untuk menjaga powerbank?
1.jangan terkena air
2.jangan jatuhkan
3.jgn cas dalam beg sebab haba tekumpul menyebabkan overheated|

cara nak guna powerbank dgn lebih lama?
1.cas powerbank sehingga full
2.jgn gune hp ketika mengecas hp menggunakan powerbank..ini menyebabkan powerbank cepat kehabisan bateri

warranty pulak mcm mane?
1 year warranty..kalau rosak...kite tukar baru terus..

berminat?

hubungi
NABILA (013-2826717)msg/whatsapp
email: arshiedanabila@yahoo.com
fb : https://www.facebook.com/powerbankmurahgile?ref=hl
Intagram : powerbankmurah

Murah gila kot.

May 23, 2013

Tak sempat nak update pulak.hihi!

Sorry ye. Biasalah harini gaji kan. Kemain ramai orang nak beli. Paling banyak adalah Myracles Beauty, Aurawhite dengan Maixara. Berpeluh nak packing. Mentang2 free banyak. Hihi!


Ini bukan putih sebenar okey, ini putih cahaya matahari. Hihi! Eh tak boleh update bebanyak la.Nak kena reply wassap jap. Korang kalau nak order pun boleh =P

 Pakej A RM30 free postage plus free gifts *iolls bagi free mask jugak*

 Lupe nak bagitau. Warna russet dah ada stok. Sapa nak bagitau je tau. Semua warna available.

bye..sorry tetiba update entah pape sebab nak cepat. Muah!

May 22, 2013

KFC Korea tak best. Nak Spicy je. Boleh?

Aku tak tau la sejak bila KFC tukar kan set Spicy dia kepada set Korea ni. Dah lama la kot, tapi aku baru lagi cuba. Ayam dia rasa ayam la kan. Hihi! Tapi aku tak suka dia punye sos tu, macam manis madu. Makanan manis2 ni tak boleh masuk ke tekak la. Nama dah korea kan, tetiba manis pulak. Potong betul. Lepas tu aku tanya la bila spicy nak masuk balik, kakak tu kata mungkin bukan 8. Perghh..lambat lagiii... Makan original je la lepas ni. Huhu!

 Sapa yang suka manis2 boleh la try.

Semalam pos barang macam biasa. Yang luar biasanya sebab aku bawak 10 jar aurawhite, sebab nak pos kat customer, dia beli borong kan. Ingat nak beli la kotak kat pos laju tu, ada kotak tu RM30 je. Sekali dorang kata kotak dah habis. Mangkuk betul. Terpaksa la balik rumah, balut pakai plastik hitam je. Aku memang ada plastik hitam besar gila untuk balut barang, tapi aku malas guna sebab kalau pakai kotak lagi jimat kan. Boleh pulak habis. Tak pasal2 pos dua trip. 

Dah la jalan kat KL ni agak tak munasabah.. huhu! Geram betul. Balik tu terus feeling depan cermin. Terapi diri sendiri.Hihi!

 Aku upload gambar ni kat IG, ramai kata macam Jemah. 
Biase leee..adik beradik pun kate....tapi ofkos la Jemah lagi tinggi. Pfttt

 Cantikkan seliper ni, seliper ni free gift tau. haha! Sapa beli banyak-banyak dapat seliper homei.

Tengah berangan bajet kurus, sekali mak masuk bilik. Mintak tolong lumurkan sesuatu kat rambut dia. sesuatu tu adalah lidah buaya + inai + limau + santan yang di blender bersama-sama. Mak aku memang jaga rambut sejak azali lagi.

Sekarang ni tangan aku masih bau sesuatu. hihi! Pekat gilaaaa la bau inai ni. byeeee

7 tahun yang lepas.

Muka dia

Dulu dia memang kurus kerempeng. Kerempeng tau. Nasib baik la sekarang dah gemok. Kalau tak, mesti aku macam tak dapat terima.

Sekarang? Pipi macam nak pecah.

 Bersama abang Randipanggalila.

Kbye

May 21, 2013

Normal lah kannnnn

Haritu aku main ukur kekuatan pakai benda alah ni.

Punyela sekuat hati aku bengkokkan. Lampu tu berhenti takat tu je.

 Korang pernah main tak? Besi ni keras gilaaaa...huhu!

 Kekuatan aku tahap 4 ni. Korang kalau jumpa mesin ni, cer try. aku nak tau jugak korang kuat tahap mana. Kalau setakat 3, aku jeling2 je. Haha! Berlagak gila padahal tahap 4 je kan. Sapa lebih pada aku, tolong jangan inform eh. 

(-_-')

Turn Qery pulak.

 Pftttt

Tahap 10!?!?!?!

Rosak kot mesin ni. Hihi!

Qery lembik okey, kalau aku cubit sikit, sakit sampai seminggu, asik la tunjuk tempat kena cubit tu. Kalau tumbuk dia kat lengan, malam tu terus dia cakap tak boleh main badminton. Gedik sangat. Huhu!

S : Eleh 10 je, tak yah la kembang2 hidung
Q : Kalau mesin ni ada sampai 20 pun kite mesti sampai 20.
S : Tangan je kuat pun
Q : Ish rasa tak setaraf la jalan dengan orang kekuatan 4 ni.

Kong ajooooooooo....

Asik engkooo je beli kasut.

Gittew. 

Bunyi memang tak puas hati tahap meroyan. Sebab paling menyampah kalau jalan-jalan tetiba ada kedai Puma, Adidas, Nike, Al-Ikhsan. Gila. Kenapa satu shopping mall ada banyak sangat kedai kasut lelaki? Kat Time Square ada berapa kedai Puma. Lepas tu amik lot yang memang tengah-tengah bagi orang nampak kedai kau. Amik la lot yang corner tu, takde la nampak sangat. Hihi!

Aku tak puas hati sebab Qery pantang nampak kedai kasut, mesti dia nam masuk. Aku pulak, walaupun perempuan, aku tak gemar masuk kedai kasut. Takde la tak suka, tapi takde la gila kasut. Bila fikir-fikir kan, macam rasa tak fair. Asik ko je beli kasut. Lalu sejak bulan lepas, aku dah tanamkan perasaan suka kasut dalam diri, agar dapat beli kasut bersama-sama. Hihi! Tak kisah walaupun aku tak pakai.  Pfttt

Bulan lepas punye kasut, yang belum pakai lagi.

 Ini Qery hadiahkan, sempena hari jadi. Pun belum pakai lagi.

 Ini beli kat mabel dengan Ceera. Tak pakai lagi.

Ini beli semata-mata nak tuntut voucher. Tak tau la bila aku nak pakai.

Aku cuma pakai kasut ni je.

Sebab dia selesaaaaaa sangat.

 Ada gaya kpop tak mak hincik...hihi!

 Qery sampai sekarang jeles dengan kasut aku ni, dia cakap nanti dia nak cari jugak kasut warna gold. Aku doakan takde. Haha!

K. Challuuu beteeehhh