Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 30, 2013

Keluarga Noh (As requested)

Aku rasa dah banyaaak kali aku cerita pasal keluarga aku. Bila aku google nak bagi korang link, rupanya keterlupaan yang aku dah save draft entry lama. Okey la kita perkenalkan semula yeah. Tak de hal. Cuma mungkin korang akan pening sikit la sebab ada 9 orang adik beradik semuanya...

 Ini abah, abah ni adalah idola aku. Aku kagum dengan dia sebab dia adalah abah yang sangat-sangat bertanggungjawab. Dia tak bagi mak bekerja kat luar. Sebab dia cakap tanggungjawab mencari rezeki tu adalah tugas dia. Biar dia susah. Jangan anak bini dia susah. Gittew. Walaupun dulu kami susah, tapi tak pernah pun kami berlapar. Dulu abah kerja lori. Dia korbankan masa untuk anak-anak semata nak cari rezeki halal. Tapi kita semua paham je. Kerana terlalu kuat bekerja, sampai sekarang pun masa sakit still fikir nak bukak kedai. Pftttt. Umur abah tahun ni adalah 71 tahun.

 Ini emak. Emak lagi perempuan hebat. Walaupun suami jarang balik rumah, dia tetap gigih menyara keluarga. Untuk tambah pendapatan keluarga, mak pernah ambik upah lipat kotak, pernah jual goreng pisang kat kawasan rumah. Untuk save duit belanja, mak tanam macam2 sayur, pokok cili, dulu rumah aku ni banyak pokok mangga,pokok rambutan, anggur, resberry, tapi rambutan dah tebang sebab banyak kerengga. Mak sangat kuat semangat, dan dia sangat prihatin kat semua anak2 dia. Umur mak 62 tahun.

Abang. Namanya Zaki. Umur 44 tahun. So peramah punya orang. Kalau sapa-sapa yang berborak dengan dia mesti ada je benda yang dia nak borakkan. Jarak beza umur kami adalah 19 tahun. Dulu masa kecik-kecik dia suka belikan aku gula-gula yang serbuk sagu tu. Sedappppp...Aku memang panggil dia abang tau. So kalau aku cerita kat blog abang abang abang tu, maksudnya memang abang aku yang ni la, takde abang lain dah. Qery iolls tak panggil abang. Please la..hihi!

 Akak (Zarina). Pun memang panggil akak. Walapun aku ada ramai gila akak. Tapi hanya Akak sorang je yang kitorang satu family panggil Akak. Akak umur 42 tahun. Anak akak yang paling sulung umur dah 19 tahun. Anak 4 orang dah. Badan tetap maintain walaupun ada 4 orang anak. Penggemar beli tudung. Pantang nampak tudung atau shawl, mesti nak beli. Aku agak kalau dia jual balik tudung2 dia dah boleh deposit rumah dah. Huhu!

 
 Kaklang (Zahirah). Umur dah 40 tahun. Yang paling kuat gelak dalam rumah. Kalau gelak suara dia sahaja. 3 orang anak. Pun badan maintain. Perempuan kedua tertinggi dalam rumah. Dan setiap kali nak raya, kaklang adalah orang kuat dapur. Kalau kaklang takde, rasa macam tak lengkap je dapur tu.

Kakcik (Zaharah). Umur 38 tahun. Ada 4 anak. Pun kuwuss je. jeles aku. Super funny punye perempuan.Apa yang dia cakap mesti kita rasa nak gelak. Aku selalu gelak dalam hati je. Sebab kang kalau layan, menjadi-jadi dia punya tak betul tu. Hihi!

 Ode (Zakhir). Umur 35 tahun. Ada 2 anak. Ode adalah sangat poyo sebab suka up diri sendiri. Lelaki paling tinggi dalam rumah. Dan yang paling penting, suka mengada2 memanja2 dengan mak. Buwekkk...haha!

 Jemah. (Zaimah) Umur 33tahun. Family panggil dia Andak. Perempuan paling tinggi dalam rumah. Andak ni kalau tengok lemah gemalai anje hangat, tapi she is a strong person inside la. Ada 3 anak, sorang dah arwah. Dalam family, andak sorang je yang aktif dalam sukan. Yang dia paling hebat adalah Hoki dan Kayak.

 Ceera (Zanira). Umur 31. Kitorang panggil dia Atam. Ada 2 anak. Dia macam aku, tak join apa-apa aktiviti kat sekolah pun. Aku join jugak kawad kaki kan.  Dia langsunnggggggg... Apa pun tak boleh. Haha! Walaupun di luar nampak kasar kan, tapi hatinya amat lembut sekali. Auw!

 Ayie (Zikri). Umur 28 tahun. Anak manja emak. Pfttt. Selalu jaga aku masa sekolah dulu. Aku syak, sebab tu masa dia ada kat sekolah, orang lain takut nak ngorat aku. Bila dia habis form 5 je, berlumba-lumba orang ngorat i. Wahh gitu, rasa nak lempang diri sendiri, haha! Pun suka buli aku. Grrr

Aku (Zuhana). Kat rumah ada dua panggilan (Zack-u & Ana) . Umur 25 tahun. Im the last one lols... 
Tak sabar nak kawin. 

Haha!

Okbye.

Apr 29, 2013

Boleh buat macam-macam fesyenn...

Pada tak sempat pun, sempat lagi haku nak berangan depan cermin kan..hihi! Tadi gi spital tengok abah sekejap, jumpa kawan yang lama. haha! Abah still dalam pemerhatian. Tak boleh discas lagi. Tapi badan dia dah kuat sikit sebab masuk drip dah berapa botol kan. Lepas tu kelam kabut balik nak packing barang.

Beli baju ni kat Pretty Chase

Dress dia lawa-lawa.

Cer korang KLIK sini

p/s: Pretty Chase ada diskaun 15% harini.
Gunakan code : HAPPY15

Ok la k byeeeeee

Menunggu-nunggu result

Sebenarnya harini nak cerita pasal benda lain kan, tapi macam kesuntukkan masa, sebab kejap lagi nak gi hospital, tengok abah macam mana. Doctor kata, kalau tak okey, akan buat ct scan. Tapi kalau tak perlu buat ct scan, abah boleh balik then datang lagi 2 minggu untuk check up. 

Jadi aku menunggu-nunggu panggilan dari emak, kalau doctor dah buat round, doctor dah decide nak buat ct scan, aku akan datang lambat sikit lah. Kalau mak kata tak perlu buat ct scan, and boleh balik. Aku akan setelkan discas nanti. 

Plus harini and hari cuti lepas ramai gila order. Terkejar-kejar jugak aku nak membalut dan me-reply semua mesej. Sorry sangat kalau lambat tau. Aku akan berusaha balas secepat mungkin. =)

Semalam pukul 3 pagi masa kat hospital pantai.

 Sempat lagi haku dengan jemah bajet nak ootd. Pfttt..

 Kepenatan sangat sampai tertidur Jemah. Aku tak tidur tau, aku tengah tengok fon main game..kuikui!

 Sementara menunggu doktor sampai.

Doktor nya aku kenal. Memang sweet sangat. And good explanation too la. Ofkos puji lebih kan. Bukan sebab aku pernah kerja sini. Tapi memang sebab doktor nya bagus and sangat memahami.

Masa andak tengah tidur, aku tanya la abah. 

Aku : Dah 3 botol drip masuk, abah rasa kuat sikit tak?
Abah : Abah rasa kuat sikit la Na, rasa dah boleh bukak kedai dah..

Pfttttt...ituuuuuuu ituuuuu ituuuuuuu je yang dia fikirrrrrrrr...
Grrrr!!!

Kite tengok macam mana 2 3 hari ni. Semoga semuanya okey2 je.
TQ korang, tak putus2 doakan abah, sampai mesej wasap doakan kesihatan abah.
Sayanggg korang. Muah!!

Apr 28, 2013

Teringin jalan-jalan luar negara =)

Entry baru kat bawah =)

Bila dah kawin nanti kan.. *berangan lebih ni* aku dah terbayang-bayang dah salji-salji kat korea. Makanan-makanan korea, produk-produk korea yang homei-homei..Ni semua sebab pengaruh drama Korea la ni. Kadang2 rasa nak menetap kat situ terus..Amboi..Huhu!

Lepas tu dah berangan nak pergi Jepun, almaklumlah..baru lepas tengok drama Great Teacher Onizuka. Punyalah cerita dah lama gila, aku baru hegeh-hegeh nak tengok kan. Gila ketinggalan zaman. Nak makan sushi dia. Meleleh air liuq..huhu!

Bila fikir nak honeymoon, terbayang-bayang pulak Paris. Kemainn kan. Macam la banyak duit. Haha! Berangan itu perlu. Baru kite akan bersungguh-sungguh..kan kan kan. Kenapa Paris? Biasalah...kata pun perempuan..banyak kedai handbag sana woi..haha! Bukan nak honeymoon sangat sebenarnya *mata ke atas*

Cuma kan, bila nak pergi negara orang..masalah sekarang adalah bahasa. Memang la kita boleh speaking London..takde hal lah...haha! Walaupun ayat terabur, lidah berbelit-belit, masih boleh la nak hentam pun. Tapi tu la, aku dengan Qery tak terror english sangat. Takkan la setiap kali nak pergi negara orang, kita nak belajar bahasa orang sana kan. Contoh Korea, Jepun, China, kan dorang tak berapa sangat bahasa Inggeris. Kau hebat english pun takde gunanya.. macam anjing dengan kucing la gamaknya..

Dulu aku risauuu laaaa... Sekarang tidak lagi. Auww! haha! Kerana kerana keranaaaa.... Samsung Galaxy S4 ada 8 bahasa yang dia boleh translate kan.


Contohnya, kalau ko nak translate kepada bahasa French, ko boleh taip la soalan yang ko nak taip tu, lepas tu dia akan keluar terjemahan. Kalau ko tak reti nak terjemahkan..Jangan risau..dia ada audio kat situ, kau tekan button audio, dia akan bunyikan untuk ko. jadi ko hala je telefon tu kat orang yang ko nak tanya. Senang...Kalau orang tu jawab bahasa French jugak dan ko tak paham. Ko hala jugak Samsung Galaxy S4 tu kat dia, sebab dia pun boleh detect sound. Dan akan translatekan untuk korang.

Gila canggih. Lepas ni boleh la nak jalan-jalan luar negara dengan hati yang tenang.. huhu!Tak yah ikut rombongan cik kiah pun takpe, gi sendiri-sendiri je. Mihmihmih.

Malam ni mimpi Korea le kitteww.. Kbye

Abah masuk ward

Jarang sekali aku update hari Ahad kan. Hihi!Ni nak cite la.. Semalam malam, memang bincang2 dengan Jemah, KakCik, Emak, Atam nak bawak abah gi hospital Hari Ahad, tapi nak bawak malam sebab HUKM rasanya malam macam tak ramai orang. Jadi malam semalam pun bincang-bincang nak masukkan abah kat dalam ward.

Abah dia memang dah teruk, tapi tu la. Kite paksa dia pergi hospital. Dia mesti ngelat. Katanya boleh tahan lagi. Tapi kita semua kenal bapak kita macam mana. Sebab abah dia memang jarang macam ni. Kiranya dah sebulat suara nak hantar hospital, suruh doktor masukkan dalam ward, cek betul-betul apakah masalahnya.

Pukul 2 pagi, semua orang dah nak tidur, aku macam biasalah burung hantu, tengok laptop nak update untuk hari Isnin. Lepas tu aku dengar abah keluar dari bilik dia, pergi dapur. Batuk teruk. Aku pun turun dapur, intai la dia..takut dia lapar..Sekali tengok dia duduk kat singki je, standby nak muntah..duduk diam2 situ, agaknya dia penat la tu asik ulang ulang muntah kan.

Aku : Abah lapar ke?
Abah : Abah sakit la Na, sakit sangat ni, tak tahan rasa..
Aku : Kita pergi hospital lah.
Abah : Ok, abah pakai baju.

Aku pun apa lagi, bila abah dah volunteer nak pergi hopsital, laju-laju gerak Jemah. Sepantas kilat Jemah bangun. Masa tu nak pukul 3 pagi dah. Siap-siap nak pergi HUKM sebab haritukan kite check up kat HUKM. Terus ke emergency..

Yang paling tak boleh bla. Kita explain la kat nurse ni...yang abah sakit dah lebih 2 bulan. Dan kita dah jumpa doktor pakar semua, cuma lepas makan ubat ni, badan abah condition abah semakin teruk. Lepas tu nurse pun explain

'Sekarang ni sistem kat emergency, kita merawat orang yang betul-betul sakit. Orang macam pakcik ni kena tunggu doktor, harini ramai, lebih kurang 3 4 jam jugak pakcik kena tunggu doktor'

Dan aku pun keluar cari Jemah, bincang.. Gilakapo nak suruh orang tua yang dah sakit sangat tu tunggu lagi sampai 3 4 jam. Dah la tak bagi ubat tahan sakit langsung. Ayat nurse tu paling klaka apa tau..

'Pakcik boleh bernafas lagi kan..pakcik balik dulu, esok pagi baru datang balik jumpa doktor, doktor akan suggest macam mana'

Tak menyirap ke kau. Aku pun cakap kat nurse tu aku bawak bapak aku balik je. Aku paham la kat emergency dia punya sistem macam mana. Memang dia rawat orang yang kritikal dulu, tapi ko tak payah kot nak cakap boleh bernafas lagi ke apa kan. Lempang sekali tau la.

Abah aku muka dah berubah dah sebab aku ajak balik. Yela sebab dia sakit.. Takkan nak balik rumah. Huhu! Masa jalan keluar tu aku bisik kat abah..

Aku : Kite gi hospital swasta je Bah
Abah : Boleh ke Na?
Aku : Boleh je

Dia risau la tu, takut mahal kan. Hihi! Dont worry Abah, anak abah 9 orang. Insyaallah kita akan ikhtiar yang terbaik. jadi decide pergi hospital tempat lama aku pernah kerja je. Senang, dekat dengan rumah. Aku pun kenal la doktor mana yang okey.

Sempat keek lagi.




 




Sampai sana, sebab aku kenal semua staff yang kerja tu, lagi bertambah senang la procedure nya. Hihi! Daftar masuk ward terus, kite cerita sikit-sikit apa masalah abah aku. pagi ni terus cek. Dia kena cari punca dulu kenapa semua. Lega sikit hati. Abah terus masuk drip, kena inject tahan sakit.

Sementara nak tunggu Xray, abah baring dulu kat emergency. Masa ni pukul 4 pagi. Abah cakap dia dah tak sakit, sebab dah inject ubat tahan sakit. Kitorang suruh abah tidur, rehat dulu dalam bilik tu. Esok kitorang datang bawak baju, ubat semua.

So kesian tau.. Aku pegang tangan abah tadi, memang takde isi dah. Turun 10kg, ko bayangkan.. Harapnya...apa yang kita ikhtiar ni, dipermudahkan oleh Allah swt. Aminnnnn

Apr 26, 2013

Kehidupan Kini... =)

Sticky Mode : Entry baru kat bawah

Hallu...semua orang sihat tak harini? Tetiba tanya orang sihat ke tak...apa kisahnya pulak kan si Sepet ni, mihmihmih. Sekarang ni aku perasan la kan..kebanyakkan antara kita ni dah tak macam dulu, semua berlumba-lumba nak naikkan taraf hidup.

Tanpa kita sedari.. *ecewah..haha* pergerakkan kita terhad. Kadang2 bila kita buat kerja, kita tak boleh nak jawab fon. Contoh terdekatnya aku la. Kalau aku buat kerja, bila ada call masuk, aku tak boleh nak jawab fon sebab tangan sibuk nak membalut. Bila makan nasi guna tangan, tiba-tiba ada orang call, pun terpaksa buat-buat tak nampak sebab tangan tengah kotor kan. Pastu kadang2 nak memasak *masak maggy ye..pfttt* pun sama. Terpaksa biarkan fon tu berdering2.

Kesian sapa-sapa yang call aku tu. Terpaksa lah menunggu iolls yang berpura2 bizi ni. Hihi! Lepas tu mengadu2 dengan Qery tentang kesusahan yang aku alami *macam masalah negara pulak kan..haha*. 

Pastu dia pun suggest Samsung S4. Dia kata, dengan Samsung S4, kita tak payah touch pun fon tu, cuma gerakkan tangan kita kat atas skrin fon tu je. Contoh macam kat bawah ni..

Macam gini je uolls..

Lepas ni kalau aku masak, tangan kotor pun takde hal lah.. 

Qery pulak kata dia suka Samsung S4 sebab kalau kita tengok video...Pftt...Lelaki memang suka tengok video..Muahahaha! Katanyaaa...kalau dalam kelas keboringan melampau..dia akan tengok video bawah meja. Tapi setiap seminit dia akan buat-buat tengok lecturer la. Masalah dia sekarang, bila kita tengok lecturer, ofkos la ada part-part dalam video kita ter miss out kan. Kena reverse balik. Dengan Samsung S4, dia cakap tak payah reverse balik. 

Sebabbbb......bila mata kita pandang benda lain, video tu automatik akan pause sendiri. Fuyohhhh!!

Kekaguman hakuu.... 

Dengan ini, marilah kita kumpul duit beli Samsung S4 yang ohsem ittew!

Apr 25, 2013

Mencari kelengkapan untuk wedding nanti. Please Help Me =(

Susah tak nak cari entry terbaru iolls, kena scroll banyak2 kali baruuuu jumpa kan..hihi! Olololoo cian lenguh jari jemari iyee tewwww... Bertahanlah jari sehingga hari esok k, sebab sampai esok iklan tu ada kat atas, entry free gift tu pun sampai 1 Mei ada kat atas. 2 Mei tengok jari semua dah kurus2. Muahaha! Ok tak klaka sebenarnya..

Sebenarnya nak mintak pandangan korang la, memandangkan ramai di antara reader aku adalah berumur 20 ke 30 tahun, 80% dah kawin. Sukati aku je letak percentage, konon pernah buat survey berapa orang dah kawin kenn.. Lolsss... 

Kerana aku insyaallah akan berkahwin pada bulan 8. Jadi aku amatlah berharap korang dapat suggest kat mana aku nak cari kelengkapan perkahwinan yang harga dia berbaloi dan servis dia kedebabom. Harini baru aku nak discuss dengan Kak Nur, ingat tak Kak Nur..yang buat pelamin tunang aku haritu. Insyaallah kita akan guna khidmat Kak Nur and team jugak untuk pelamin. Tapi belum decide sama ada dia free untuk kedua-dua tarikh nanti.

Incase kalau dia tak free salah satu wedding, so i need you help please.. Memang aku kenal banyak butik-butik pengantin kat KL ni, tapi itulah, kalau korang pernah ada pengalaman ambil mana-mana khidmat busana pengantin, yang harga dan servis dia okey, please let me know, laju-laju aku usha butik tu.

Plus kalau korang tau kat mana nak cari macam..jap aku list kan..

-Door Gift (atau korang ada idea nak bagi door gift apa)
-Videographer
-Wedding Card
-Honeymoon *tempat sejuk2 please..hahaha, ini tak boleh bla, sapa-sapa travel agen pleaseeeee contact me*
-Cake *any tallented baker tak kat sini?*
-Wedding Shoes
-Spa Treatment

Banyak gila kalau nak list kan.

For meanwhile, aku memang dapat beberapa sponsorship *baru 2, tak banyak pun, haha* untuk my wedding reception nanti, tapi kita hold sebab kita nak tengok kot ada lagi yang lagi best. Muahaha!

Kalau ada, please mesej me 012-2678134 (mesej dulu, later i will call u back k, sebab handfon aku setting blocking mode, tak boleh call in. Atau email sepetsshop@gmail.com.

Boleh terus bagi quotation lagi bagus. Plus bagi gambar-gambar. Senang aku nak pilih. Sebab kita kesuntukkan masa. So mana yang datang dulu, kita sapu terus.. Tolong tanyakan kawan-kawan makcik-makcik tau. Tolong kite tau tau tau. Haha!

 

Thank you semua. Selalu susahkan korang.. =P

Musim hujan..internet gila..aku pun hampir gila..hihi!

Geram je bila nak connect dengan internet. Aku kan pakai broadband. Bila musim hujan mula lah buat perangai. Bukan setakat boradband, internet kat fon pun suam-suam kuku je. Nak upload gambar kat IG pun macam nak bercinta. Dugaan sungguh..huhu! Tapi musim hujan ni syok nya dapat tidur.

Sekarang ni kalau panas pun tak tahan, hujan pun komplen. Manusia sungguh..huhu! Kalau panas..memang rasa kulit pun nak terbakar. Nasib baik rumah aku banyak mask muka, panas sikit je aku tampal. Ngengade sungguh la hai...tak reti nak bersyukur pulak. Tak baik..jangan ikut perangai aku tau..hihi!

Semalam letih sangat, sampai tertidur, lepas tu bangun pukul 3 pagi terus makan nasi. Ko boleh? haha! Selamber pergi dapur bukak periuk nasi. Makan dalam bilik sambil tengok cd korea kejap. Lepas tu start google cari persiapan nak kawin. Terus berdebar..psycho gila.

Aku kan..kiranya dah lama tak nyanyi kat rumah. Semalam aku nyanyi la dalam bilik. Mak aku masuk...terus dia cakap kat aku.. 'Ko susah hati ye Na'. Tetiba cakap aku susah hati kan.. Apakah?? Sebab mak aku kata, dia kalau susah hati baru dia nyanyi. Pastu dia kata dah lama tak dengar aku nyanyi. Memang mak yakin konfiden habis la aku susah hati..huhu!

Agak laaa... Susah hati sebab semua dalam rumah ni sakit. Aku alhamdulillah sihat la. Cuma lately ni badan letih, lepas tu slalu tertidur, dalam tidur tu mesti akan mimpi 'benda'. Semalam paling teruk. Aku mimpi dah la tak boleh bangun. lepas tu aku nak keluar bilik, boleh bilik tu terkunci, pastu lampu terpadam, bila bukak suis macam tak function. Nampak la lembaga dalam kegelapan. Perasaan bengang lagi banyak dari takut. Kerap sangat mimpi 'benda' tu. Amarah sungguh la kan.. Bila mimpi 'benda2' macam ni, lagi la bertambah badan aku letih..sebab banyak guna tenaga.. Harap lepas ni okey la..

Dengan abah aku asik muntahhh. Minum susu muntah, makan burger muntah. Sekarang ni dia larat bukak kedai dari pukul 8 pagi sampai tengah hari je. Lepas tu balik tidur. Aku belikan susu Ensure tu nasib la dia boleh minum. Dah suruh tak payah kerja. Duduk rumah je. Anak2 boleh tanggung kot. Lagipun still dapat duit sewa rumah, sewa tapak kedai bulan-bulan. Daripada menyusahkan diri tu nak bukak kedai..Alahai..duduk rumah sampai sihat, baru la fikir pasal kedai. Tapi abahku degil macam aku jugak. Haha!

Kerana kerisauan melanda..marilah kita perasan cantik di depan cermin.





Ok bye... =)

p/s : Bedak Arab warna Russet OUT OF STOK. Warna lain available. 
Stok lain pun masih available. =)
jom beli dan dapatkan free gift yang comel
Muah!!

Apr 23, 2013

Selasa Sudah Mali...Hihi!

Harini dah Selasa. Kejap je masa berlalu kan. Semalam aku tak tau la apa ke lemau sangat badan ni. Pukul 10 pagi baru nak try tidur. Sekali hamik kau...pukul 3 petang baru terjaga. Alarm pulak aku tak hidupkan. Adoi, masak lemak cili padi laaa makannya. Kelam kabut aku bangun, cek handfon. Customer mesti menyumpah seranah dalam hati sebab aku reply lambat kan.hihi! Maafkan diriku ini... Tak sengajaaa tidur lama-lama. 

Melompat jugak la aku dari katil tu. Terus bukak lampu. Lepas tu salin alamat semua. Mesej Qery, sempat membebel kat dia sebab tak gerak aku. Tak pasal2 je kena marah. Haha! Nasib mu la.. Tengah siap-siap, sekali Qery kata dia datang lambat sikit sebab hujan lebat. Apa lagi kita bergambar la dulu..


Aku yang membesar dengan jayanya. Saja nak teman Qery gemok. *alasan lama..haha* Shawl ni beli kat sorang kakak. Cantik ke tidok...hihi! Pastu sementara menunggu Qery aku pun susun2 la parcel, sebab dah lama gila tak tunjuk bukti yang aku bukan tipu duit orang. Ada kakak tu, dia dah bayar, lepas tu aku reply mesej dia lambat sikit, biasalah aku kan slow. Terus cakap iolls tipu. Tatut kittew. Hihi!

 Lepas je upload, Qery terus nasihatkan aku..

'Jangan upload gambar-gambar parcel ni selalu, nanti orang ingat kamu berlagak, menunjuk'

Mana ada selaluuuuuu...ini sejak berapa bulan aku tak upload gambar parcel tau..sob sob..

Tapi bila fikir-fikir balik. Betul jugak tu kan. Sebab tu jugak aku dah stop update tracking number. Bukan semua orang berfikiran positif dalam dunia ni. Dalam 100 orang, 10 orang je yang positif. Contohnya, dalam 6-7 ribu reader aku, mungkin 6ribu akan fikir aku nak berlagak. Kan kan?

 Tapi kalau korang nak fikir aku nak berlagak pun. Aku nak buat macam mana kan.. Sesungguhnya, niat aku upload untuk meyakinkan orang yang aku memang jual barang. Dan marilah beli dengan aku. Haha!

Maaf lah kalau terasa aku berlagak ke apa. Semua manusia dalam dunia ni buat silap. Termasuk aku. Kalau aku ada buat salah yang tak sengaja atau sengaja, maafkan lah aku, doakan lah supaya aku tak tersesat. Sesungguhnya doa adalah hadiah yang paling baik dalam dunia ni. 

Ceaaa.. Tetiba kan...

Lepas tu, masa nak keluar pos barang. Mak pesan belikan ubat kutu. Sebab katanya kepala gatal2 takut ada kutu. Aku pun ke watson.

Beli ubat kutu, beli susu abah. Abah nak susut, jadi kena beli susu untuk bagi dia lebih nutrisi. Bertabahlah abah. Ini semua dugaan. hihi! beli detox, beli pencabut dot dot, beli lip ice. Lepas tu boleh terlupa bawak kad watson. Nak tak nak buat kad lagi sekali, tapi kena register nama Qery pulak. Mana tau pembelian Rm200 ke atas. Dapat free gift manyaaakkkk.....


Yang bawah tu free gift, produk simplysiti. dengan detok brand lain. 
Best rupanya perasaan dapat free gift ni kan. Haha! Sebab aku jarang dapat free gift masa beli barang. So ini lebih kurang first time beli barang dapat free gift. Seronok.

patutla kebanyakkan customer yang beli kat aku tanya.. 'ada free gift tak' haha! Kadang2 beli banyak2 semata2 nak kan free gift tu. Kecomelan betul korang ni..

Semoga ceria sepanjang hari.. Muah!!

Apr 22, 2013

Suara Itik : Keek Bersama Ceera Dan Qery

Sabtu lepas Ceera tidur rumah aku..sebab Ciput dengan Keisha gi Singapore. Petang tu aku ajak la dia kuar sekali, dari doa kebosanan kat rumah kan. Tetiba teringin nak makan makanan korea. Ceera ajak la gi The Curve. Kemain nak makan makanan korea semata-mata kan.. Qery terpaksa la layann kan jugak..





Aku memang jarang gila la pergi area sini, tak suka sebab jalan dia serabut. Banyak sangat line, lepas tu asik jalan tutup je. Dah la aku dengan Qery memang Raja&Ratu Sesat. Nasib baik sampai jugak ke destinasi. Syukur...huhu!



Apr 20, 2013 | makan kat bulgogi by ceeramoon on Keek.com

Tolong la abaikan suara itik aku tu tau...

Aku order Chicken Bibimbap. Huwaaa...Sedapnyaaa!! Kalau teringat mesti rasa lapar. Ada tak makanan ni kat area2 Cheras? Ada tak ada tak??


Lapar......

Sembang kosong

PERHATIAN : Sapa-sapa yang belum pulangkan Aurawhite versi tak sedap tu, kalau nak tukar, please tukar cepat yeah. Hari Rabu ni last aku nak tukar. Lepas tu dah tak boleh..im so sorry. hihi!

Mula-mula mesti nak kena tayang muka sendiri dulu..baru puas dan senang hati nak karang entry. kihkih!!

Qery belikan aku casing lagi, kali ni hello kitty. Jangan risau..masih warna Pink. Haha! Terima je lah dengan hati terbuka ye.


Tapi homeiiii sangat. Aku sukeeee je la kan. Dia ada la warna merah,putih,biru, tapi macam biasa mesti la aku dapat warna pink. lagipun sesuai la dengan aku yang gedik ni. Pftt... Casing lama ni aku simpan, saja nak buat koleksi, mana tau bosan-bosan kita boleh pakai casing lama kan..


Haaaa...gambar kat atas ni adalah masker shisheido, dengan eye mask yeah. Tapi bukan untuk dijual. Yang ni untuk free gift kat semuaaa customer yang beli barang dengan aku, tak kisah la ko beli 1 2 3 4, ko tetap dapat barang ni.Contoh seperti kat bawah


Kalau ko beli 1 barang, contohnya 1 losyen. Ko dapat la 1 eye mask + 1 black shisheido. Kalau ko beli 3 bedak arab, dapat la 3 eye mask, 3 black shiseido. Gittew.

Eh sapa dah tengok keek aku, ramai yang komen nak pitam kan. Haha! Rasa nak tumbuk diri sendiri, aku dah agak dah korang mesti nak bahan aku. Takpe la aku redha je. Silalan bahan aku..tak mengapa.

Buat keek pun pagi2 buta tak sempat tidur lagi. Orang yang paling tak boleh terima adalah Ceera dan Jemah melihat adik dia begitu mengkontrol ayu. Haha! Ofkos. I malu cakap sorang2 macam tak betul je. 

Okla, bye

Apr 19, 2013

Keek dengan Viruspadu@Jemah@Tomato

Hehe! Semalam aku berada di hospital selama 6 jam. Sebab teman abah jumpa doktor pakar sana. Dah 2 bulan dah abah sakit. Kali ni baru dapat jumpa doktor pakar. Lahaaiiii...selow melow procedure nye. Huhu!

Semalam aku dalam dilema tau. Andak ajak teman dia bawak abah pegi spital. Aku okey je la. Pastu pagi subuh tu abah ketuk pintu, katanya mintak aku teman mak pegi spital. Kebetulan mak aku pun checkup hari yang sama. Mak spital ampang, abah pulak hukm.  Jadi aku pun bagitau mak yang aku teman mak, tak jadi teman abah.

Pastu mak kata tak payah teman dia, suruh teman abah..

Aaaaaa...mana 1 ni??? Pastu abah bising2 cakap tak payah teman dia, bla bla bla. Mak pulak cakap tak payah tak payah semua. Last-last aku teman abah. Sebab ode ada sana teman mak. Pastu kebetulan Kak Ninie pun ada kat spital ampang sebab nak jumpa doktor.

Huishh susahnye nak cari parking kat hukm ni. Sampai2 sana terus register. Dapat nombor lagi 30 orang. Adoi..sorang pun dekat setengah jam jumpa. Rasa nak pengsan menunggu. Tetiba Jemah ajak buat keek.


Abah la kesian. kami ni muda2 boleh la tunggu lama-lama. Abah menunggu sana sampai 6 jam. lepas tu siap mintak panadol untuk tahan sakit. Aku ni beli la makanan roti takut abah lapar, tapi dia tak makan pun. Takde selera. Berat dia turun 10kg 2 minggu. Susut habis. Kesian. 

Kesian abah bosan, ajakla dia gi kantin. Tapi dia tak nak. Jadi aku dengan jemah je la jalan-jalan. Bosan kot duduk je. Tengah jalan nampak kerusi urut ni. apalagi..kite rilex la kejap. Keek lagi.


Pukul 2.30 baru dapat jumpa doktor. Masa jumpa tu aku yang masuk. Jemah duduk luar, Sebab sebelum ni check up Jemah teman abah. Abah asik cakap dia okey je dengan doktor even sakit pun. Jemah is sakit hati. Hihi! Dia suruh aku masuk. Abah dia sebenarnya tak berani sikit dengan aku. Sebab aku pun perangai lebih kurang dia jugak. Muahaha! Walaupun aku lemah lembut di dalam blog, akan tetapi aku akan jadi strict dengan orang yang aku sayang. Gittew.

Doktor tanya dia, aku yang jawab. Kesudahannya aku yang cerita, abah terpaksa angguk2 je. Keputusan dia kite tengok lagi sebulan. Siapa tak sayang mak abah sendiri kan. Semua orang sayang kot. 30 40 tahun lagi, kite pun akan jadi tua, *kalau oanjang umur la*, kite pun akan sakit. Abah aku dah 70+ kot. Yang paling aku sedih, bila tengok badan dia susut, tengok dia terbaring, mata merah tahan sakit, slalu dia boleh bukak kedai dari jam 7pagi sampai 10 malam.Tapi kali ni dia akan balik tengah hari untuk baring...lepas zohor bukak kedai balik, pukul 5 balik baringg... lepas maghrib bukak kedai balik. Pukul9 balik baring.. Gittew. Badan dia dah lemah dah. 

Suruh duduk je rumah rehat, tak payah bukak dah kedai tu. Dia taknak pulak. Rehat kat rumah sampai sihat kan. Pernah sehari tu dia baring je tak bukak kedai langsung. Hurm. Selama berpuluh tahun ni dia tak pernah macam ni pun.. I is so sad la kan. Ofkos. Makanan jangan cite la, sebab dia takde selera, aku akan tanya dia nak makan apa, i is sanggup paksa Qery tolong belikan. Hihi! Buat masa ni Qery sangatlah memahami. Tapi masalahnya abah takde selera makan. Aku nak kena cari fibre. Haritu cari fibre kat hukm..boleh plak takde.. Apakah ini??

Nak suruh dia makan vitamin banyak2, pun risau jugak..takut dia tak minum banyak air, rosak buah pinggang pulak. Kena beli dia ubat selera makan ni.. hihi! Okla, bye semua.

TQ for reading. =)

Apr 18, 2013

TQ Pretty Chase =)

Aku rasa, baju aku pilih macam banyak warna pink kan sekarang. Nak pitam tak?  Haha! Jangan ye. Aku takde la tak suka pink. Aku okey je warna apa pun. Tapi takdela obses pink tu. Yang obses pink adalah Jemah je. Baju kali ni pun warna pink. =P Dah tunjuk sebelum ni, tapi saja nak tunjuk lagi. Baju dari Pretty Chase


Baju ni ada poket. Kain dia pun lembut dan sejuk. 

Bogel fon aku. Sebab aku cas fon. Bila pakai casing tu dia takmo lekat sangat. Casing minnie mouse tu je. Casing lain okey. Jadi tiap kali cas, kita bogelkan dia. Nampak badan dia yang putih tu. Auw!!

Nak tengok baju baru dari Pretty Chase KLIK SINI.

Byeeee =)

Muka Miang

 Korang ada add aku kat facebook tak. Aku upload gambar muka dekat-dekat. Pastu senyum. Gambar biasa je kot. Tetiba 2 3 hari lepas tu, aku dapat mesej dari Qery..

Q : Takde gambar lain ke nak upload
S : Apa?
Q : Facebook
S : Kenapa?
Q : Macam nak gode orang je.

Terus la aku cek. 

 gambar ni, aku pernah publish.

Gode? Kong ajo Qery ni.Dia suruh aku tukar. 2 3 hari lepas tu baru aku tukar sebab dia asik membebel je tanya bila nak tukar..

Aku pun tukar la gambar ni


Malam tu dia mesej lagi. Katanya gambar ni nampak macam miang....

Hoihhhh!!! Apa ni??? Bengang je aku..pastu aku malas nak layan. Buat tak tau... Pastu dia suruh upload gambar bawah ni, merayu2 suruh tukar. Stress betul..


Muka aku miang yeah? Benci betul. Mana ada miang kan...Mana ada buat muka duck face, mahupun muka jelir2 lidah. Tetiba cakap muka aku miang. Pastu siap bagi idea letak gambar muka aku yang nampak sipi2 je. Boleh?? Baik aku letak gambar pinggan mangkuk je kalau gitu..huhu!

Minggu lepas terpergi The Mines. Sebenarnya aku dengan Qery bertekad tak nak masuk dah The Mines dengan Alamanda bulan 4 ni. Sebab kalau pergi sana mesti terbeli. Tapi haritu Qery kata nak pergi The Mines sebab nak makan kat Little Wok Kitchen. 

Okey la kite pegi je...Tapi dah datang The Mines takkan nak makan je kan. Mesti la jalan-jalan.

 Baju from FemmeFashion2u

Macam ni la gambar model sebenar pakai.

 Cantik...tak sure ada warna apa lagi. Korang KLIK SINI tengok yeah.

Yang ni model miang punye gambar. Mihmihmih!

Macam biasa, terbeli kasut Qery. Lepas ni pergi Tesco je lah..

Okbye..

p/s : sapa-sapa yang dah dapat aurawhite yg baru tu, sedap tak?? hihi! Macam tu la rasa sebenar dia. Memang sedap sangat. =)
Borong bedak Arab dah ditutup. Stok yang ada ni untuk aku jual je. Yang peruntukan untuk borong dah tutup yeah. Sorry. Tapi sapa-sapa nak borong untuk next month, boleh la booked dulu. Cuma barang sampai pertengahan bulan 5. Okeyh bebeh.

Apr 17, 2013

Bedak Kokuryu In The House

Maaf ye, stok sampai lambat. Pending sikit, maklumlah...dari Mesir. Masalah2 yang tak dapat dielakkan. Terima kasih kepada yang bertabah tu. 

Sebelum tu, bagitau siap2. Bedak Kokuryu ni nama popular dia Bedak Arab. Tapi bukanlah bedak ni diprocess di Arab. Kilang dia sebenarnya kat Filipina. Tapi bedak ni dipasarkan di negera-negara Arab. Jadi popular lah namanya bedak Arab. 

Ada yang kata boleh beli borong terus dari filipina. Untung la kalau ada kawan yang filipina... Tapi memang kebanyakkan stok datang dari negeri Arab sebab ramai saudara Islam kita menetap kat sana. Begitu...

Stok 50% dah clear. 30% aku simpan untuk aku jual. Mihmih! Jadi yang ni untuk sapa-sapa nak beli boleh la. =)

 Stok baru sampai pukul 12.30 pagi semalam. Pagi okey... Sabo je la. Hihi! Terpaksa mak aku tunggu sekali barang ni.Yela risau la kan tetiba hantar malam pulak.


Baru bukak sekotak dah penat, pastu surrender, malas bukak kotak lain. 

 Bawak masuk 5 warna sahaja

1. Russet = Untuk Kulit Sederhana/ Natural (sesuai untuk semua jenis kulit esp asian people)
2. Cherry = Untuk Kulit Cerah & Sederhana (mahu nampak kemerah-merahan )
3. Roshalle = Untuk Kulit Kuning Langsat / Kulit Cerah
4. Orange jade = Untuk Kulit Sawo Matang/ Kulit Sedehana Cerah
5.Cherry Pink = Untuk Kulit Lebih Cerah ( mahu nampak kemerah-merehan )

Price 

1 = RM50 free postage
2 = RM90 free postage

wassa/mesej Sepet
012-2678134
email
sepetsshop@gmail.com
 

Apr 16, 2013

Maixara Tablet dah SEDAP!!

Statement tak boleh bla kan. Sebelum ni macam mana taste dia. Bukan sedap ke???

Okeyh...first of all. Ingat tak aku cakap HQ tak ada stok. Sebenarnya stok tu tengah upgrade sikit. Dulu memang ada rasa stoberi, tapi rasa stoberi tu 30% je, yang lain rasa macam serbuk tepung tambah rasa pelik sikit. And to be frank. Sebab tu aku bertukar kepada Aurawhite, sebab Aurawhite  lebih sedap. Maixara ni aku still continue makan, tapi dalam seminggu tu 2 3 kali je ingat. Sebab teringatkan rasa dia tu...terus buat-buat terlupa. Hihi!

Sebab tu jugak, sesiapa yang tanya aku pasal maixara, aku akan jujur bagitau rasa dia macam mana. Ianya bukan sebijik rasa macam stoberi la. Aku tak nak la tipu customer cakap sedap tetiba tak sedap kan. Selalunya aku akan tanya, kalau tak ada masalah nak telan tablet. Better take Maixara, kalau boleh telan, ko telan la. jangan kunyah. Tapi ada orang yang tak kisah kunyah. Thumbs up!!

Tapi....dia punya effect, 90% bagi feedback positif. Yang lagi 10% bukan la negatif, cuma perubahan tu tak ketara sangat la. Yup, cuba amik 3 bulan dulu tengok macam mana k. kalau 3 bulan pun takde hasil. Korang tukar je produk lain. Sebab bukan semua produk sesuai dengan kita.

Jadi semalam aku ambik stok kat opis maixara terus. Sebab senang malas nak tunggu HQ pos. 

Baju from Pretty Chase
 
Stok yang ambik semalam ni memang dia dah tambah perisa. So bertambah manis, dan senang rapuh. Kalau maixara dulu nak kunyah kena sepenuh hati kan. Yang ni kunyah sikit-sikit je dah hancur. Pastu rasa memang better than before la.

Warna dia pun light sikit dari yang lama. Yang lama macam ungu sikit kan..yang ni lebih putihhh sikit.

 Tunggu staff bagi stok, kita duduk kat luar opis Maixara sambil tengok tv

 Qery dah kenapa amik gambar macam tu...

 Bergambar dengan bunting. Nak amik gambar dengan Puan Aina, tapi beliau takde pulak. Kita ambik dengan bunting pun jadilah...

 Gedik sikit

 Tengok perut aku, macam pregnant. Bulan puasa kang je la diet. Malas nak diet awal2 ni. Haha!

Jadi, sapa-sapa yang dah beli minggu lepas. Im so sorry. Aku pun baru tau dorang ada tambah perisa. Aku dah try, memang boleh gigit dan telan dengan rela hati. 

Harga Maixara still Rm99.90 sehingga Mei. Bulan Jun komfem harga berubah. 
Sapa nak beli, baik simpan stok dari sekarang. Jimat sikit. =)

Info tentang Maixara, KLIK SINI

Kbye