Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 28, 2013

Sayaaaaang diaaaaaa tuuuu

 Baru-baru ni aku nak update tracking number. Oh ye. Aku dah tak update tracking number since Februari ye. Di atas sebab-sebab tertentu. huhu! Aku cuma update tracking number dalam laptop je. Simpan la dalam document supaya kot kalau orang tanya aku, aku boleh terus refer kat laptop. Tapi start April aku akan terus inform tracking number kat korang ye. Insyaallah. Sebab aku rasa macam susah untuk korang nak track kalau takde traking number. Kadang2 aku kat luar, korang kena tunggu pulak aku balik rumah kan. Hihi! Diharap korang boleh bersabar dengan sistem aku yang slow ni. 

Tengah kemas-kemas, pastu terpandang tarikh mula-mulaaaaaaaa aku start pos barang korang. Memang before ni dah 2 tahun aku pos barang korang. maksud aku, yang aku dah betul-betul focus. Start 7 November 2012.

 Baru lagi. Tak sampai 5 bulan pun. Tapi alhamdulillah ramai yang percaya untuk beli barang dengan aku. Tq ye. Tanpa korang semua siapalah Sepet88 ni. Tanpa korang semua jugak takde la Seqy Beauty. Korang walaupun baca tapi tak komen, haha. Tetap memberi semangat kat aku. Korang walaupun ada yang suka ada yang tak suka, tetap aku sayang. As a muslim, I'm trying not to hate people. Kasih sayang adalah kunci kebahagian. Ecewahhh...

Kepada semua pembaca blog ku, setiap sorang yang baca ni, ketahuilah..walaupun aku tak kenal korang, walaupun korang lebih tua, sebaya, atau lebih muda, yang mana lebih cantik *tetiba*, hihi! Aku sangat-sangat bersyukur sebab korang sudi singgah blog ni. Korang memang ohsem! Muah!!

Mana customer yang aku reply lambat, maafkan aku. Aku cuba untuk reply secepat mungkin. kadang2 aku tengah makan, mandi, balut, aku terpaksa reply lambat. Sangat2 maaf. Aku paham perasaan bila kita nak beli barang, kita nak orang layan kita secepat mungkin. Kalau aku, aku pun suka orang layan aku cepat. Sorry aku masih dalam proses belajar untuk menjadi lebih cekap. Hihi! Kadang2 tengah makan, pernah touch screen fon guna kaki. haha! Kalau mak aku tengok, mesti dia urut dada, malam tu mesti dia terus berdoa supaya Allah bukakan pintu hati anak dia supaya lebih bersopan. Muahahaha!

Mana-mana customer yang dia tak beli pun barang kat aku. Contohnya dia beli barang dengan orang lain, tapi mesej untuk dapatkan advice aku. jangan risau aku tak kenakan advice fees pun. Muahaha! Tanyala, selagi aku tau nak jawab, ataupun dengan katanya aku free untuk menjawab soalan korang. Insyaallah aku akan jawab. Memang dalam bisnes online, kita harap customer yang kite treat layan akan beli dengan kita, tapi as human,aku still boleh consider semua ni. Your health is my priority. Aku takkan biarkan korang makan supplement terlalu banyaaaak dalam 1 masa. Soalan logik boleh ku jawab. Soalan yang tak berapa nak logik, aku akan buat-buat tak nampak je.

Soalan homei still boleh layan lagi
Contohnya.. 

1. Sepet, saya minum Aurawhite ni dah seminggu, tapi saya hari-hari kena turun tapak pembinaan, cuaca panas. Agak2 berapa lama baru boleh nampak kesan.

2. Sepet, kite dah 5 hari tak makan Maixara sebab tertinggal at kampung. Takpe ke kalau kita makan lepas tu stop, lepas tu makan balik.

Aku kadang2 reply juga, tapi reply sambil bertakung air mata. hihi! Customer memang comel gila, customer macam ni jugak yang buat aku happy, sebab rasa lawak nak cubit je pipi.

Supplement kalau makan dengan consisten, insyaallah kesan dia boleh nampak dalam masa 2 3 bulan. Tapi kalau yang jenis ingat tak ingat ni. Mungkin la lambat sikit nampak kesannya. Tapi jangan risau, kot terlupa nak makan beberapa hari, lepas tu nak makan balik pun boleh. Supplement ni bukan antibiotik. Antibiotik memang kena ambik ikut masa. Kalau ko stop 2 3 hari, lepas tu ko continue, memang peratusan antibiotik tu untuk bekerja dalam badan akan berkurangan. Sebab tu kita paksa patient makan antibiotik sampai habis. Kalau tak habis, dan patient still tak okey, doktor terpaksa naikkan strenght gara-gara engko tak makan habis. Gittew. Supplement lain, dia still bekerja dalam badan macam biasa. tapi lebih senang dia nak proses kalau kita minum air cukup. (3-5 liter setiap hari)

Lepas tu, cuaca sekarang memang panas. Kalau kita boleh avoid dari kerap terkena cahaya adalah lebih bagus. Contoh korang dah consume supplement untuk kulit, tapi still kerja korang memerlukan korang terdedah dengan cahaya matahari. Korang boleh beli sunblock yang SPF50 atau pun SPF90, atau sukatila nak yang SPF berapa pun. Begitulah kehidupan..haha! Kadang2 kita memang nak cantik, tapi environment meng-limit-kan kecantikkan kita. kuikui!

Aku paham keinginan semua wanita dalam dunia ni nak cantik. Walaupun akan ada orang komen 'cantik itu subjektif' miahahaha. Bersabarlah.. Cantik tak datang dalam masa seminggu, 2 minggu, 3 minggu. Kalau nak betul2 cantik, bertabahlah dan bersabar je. Disiplin makan supplement 3 bulan berturut. Kalau still tak ada perubahan kat produk A, boleh cuba produk B. 

Produk A tak mungkin akan berkesan kat semua orang. Kalau produk A berkesan kat 1 dunia, tak perlu la ada produk B C D E kan. Sebab tu kita kena usaha. Bukan produk A tak bagus, produk A cuma tak sesuai je dengan jenis kulit dan hormon kita. Janga putus asa.. Yang dah sedia cantik tu. bersykurlah...huhu!

Ada readers yang email kata kulit dia semakin ok. jap aku print screen. 


Gambar dia aku tak brani share, mana tau dia tak bagi kan. Haha! Tapi memang boleh nampak beza lepas 2 minggu guna Myracles Beauty.

Oh yeah. Start harini sampai 31.3.2013 ni, Myracles Beauty ada promosi tau.
Beli 2 set Rm300 free postage.
Tapi beli 1 harga biasa Rm170.mihmih!

Sapa nak boleh order. Promosi 4 hari je. Pastu nak bagitau, bekas sabun habis la. aku bagi benda lain tau.

p/s : Again, TQ to my readers. Maaf kalau aku tak reply email korang. Insyaallah aku akan cuba curi masa untuk reply tau. Dan kepada lelaki-lelaki di luar sana. Yang percubaan untuk membuat suai-kenal di wassap. Maaflah, saya tak berminat dengan lelaki kecuali Khairi Fizairi. *pitam* haha!

Daku cuma reply mesej lelaki yang betul2 berminat nak beli produk sahaja. Boleh tahu tau, kalau yang serius nak beli, dia akan terus direct bagi nama, alamat, produk apa, kuantiti semua. Kalau yang main-main ni. Dia akan wassap macam ni 'Salam, ini zuhana ke, awak duduk mana, dah makan, cantiknya kulit awak, nama saya ****'

Aku nak je reply

'Jadi? Apa?'

atau dalam bahasa inggerisnya..

'So...What??'

mihmih! Tapi ku tahannn je jari ni. Aku berharap lelaki2 yang gatal/miang ni bukan readers aku. Tapi kalau memang betul ko pembaca blog ini. Please stop wassap daku. Daku bukan wanita kesepian. Huhu!
Kbye

5 Hari Consume Aurawhite.

 Baru 5 hari dah kecoh. Haha! Masa mula-mula aku nak minum Aurawhite ni, mak aku perli-perli baik punya. Dia kata aku ni kejap je disiplin, sehari dua lepas tu mesti lupa. Pfttt.

Mom knows you well

('',)

Tapi, disebabkan hari-hari orang beli Aurawhite ni, aku pun bersemangat plus ingat jugak la minum. Pagi2 aku selalu tidur kan. Tapi demi mu Aurawhite daku sanggup bangun kejap untuk minum. mihmihmih

 Baju from Pretty Chase
Shawl from PanaceaDulcet

 Mia yang sibuk nak rasa aurawhite. Tak boleh Mia, Mia tak payah cantik sangat. Mia lambat lagi nak kawin. Maksu terdesak nak kawin ni baru la Maksu sanggup bangun pagi minum Aurawhite. lalala~~

Trust me. Orang yang nak kawin memang macam ni. Sanggup buat apaaaa sahaja sebab nak cantik di hari pernikahan. Tapi lepas nikah. Ada haku mengesahkan..muahahaha! *harap Qery tak baca ni*

 Casing pink pilihan Qery. Mia tengah mengemas kat belakang.

Mia memang sukaaa gilaaaa masuk bilik aku. Sebab dia tau bilik aku ada banyaaaak barang yang dia boleh main. Huhu~ Selalu kalau Mia aku bagi je masuk. Tapi kalau anak buah seramai 4 5 orang nak masuk. Aku tak bagi, kahkah! Aku kunci pintu terus, Ofkos okey. Sorang dua boleh ku jaga, kalau dah 4 5 orang. Maaf ye anak buah ku sayang. Main di luar aje. huhu!

 Zoom depan sikit. Harap dapat disiplin minum Aurawhite paling kurang pun 3 bulan la. Selalunya, kalau nak nampak kesan ketara, tak kisah ambik supplement apa pun. Sekurang2nya mesti 3 bulan baru nampak perubahan yang ketara. Kalau setakat 5 hari macam aku ni, tak payah nak cite sangat, haha! Tapi biasalah aku kan phoyoooo.. semua nak bagitau orang.

Baru restock Aurawhite. Sapa nak silalah beli ye. Mari kite cantik bersama-sama. hihi!

PENGUMUMAN!!! STOK VITAMIN C FELINNA AVAILABLE!! STOCK LIMIT. AKU CUMA AMBIL 150 BOX SAHAJA. SIAPA CEPAT DIA DAPAT. =)
HARGA STILL RM85 (30BIJI) FREE POSTAGE

Mar 27, 2013

KEMPEN DUIT RAYA RM30,000 dengan MYRACLES BEAUTY

Sapa pernah beli 1 set Myracles Beauty, tak kisah la dengan aku atau korang beli dengan orang lain. Korang semua boleh menang duit raya tau. Meh tunjuk dulu apa hadiahnya tu.

1 Hadiah Pertama : Wang Tunai RM3000
1 Hadiah Kedua : Wang Tunai RM2000
1 Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM1000
10 Hadiah Keempat : Wang Tunai RM500
20 Hadiah Kelima : Wang Tunai RM300
50 Hadiah Saguhati : 1 Set Lengkap Myracles Beauty

Tinggi peratus korang boleh menang. Sebab hadiah dia untuk 83 orang. (untuk warganegara Malaysia sahaja)

Aku tak boleh join sebab aku adalah Super Dealer, mihmih! Customer sahaja boleh yeah. Tempoh penyertaan dari 21.3.2013  - 25.6.2013.

Syarat-syarat dia,

1.) Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu kotak MYRACLES BEAUTY bersama dengan satu botol kosong MYRACLES COLLAGEN SPRAY dan satu bekas kosong MYRACLES SOAP.
2.) Sertakan satu helai kertas bersaiz A4 berserta maklumat
a) NAMA PENUH PESERTA:
b) ALAMAT LENGKAP:
c) IC NO: 
d) HP/NO:
3.) MENJAWAB SATU SOALAN : APAKAH BAHAN YANG PALING PENTING DI DALAM MYRACLES COLLAGEN SPRAY?
4.) LENGKAPKAN SLOGAN BERIKUT: 
SAYA SUKA MENGGUNAKAN PRODUK MYRACLES BEAUTY KERANA “.................(TIDAK MELEBIHI 50 PATAH PERKATAAN)……..”

Kalau korang ada 5 set Myracles beauty, korang boleh hantar 5 penyertaan. Setiap 1 penyertaan tu mesti satu kotak Myracles Beauty, satu botol kosong spray dengan 1 bekas sabun, maklumat peribadi dengan slogan. Jadi kalau korang dah guna 5 set, sila hantar 5 penyertaan.

Hantarkan penyertaaan korang ke 
Myracles Beauty
No 26, Jalan Wangsa Delima 6,
KLSC Wangsa Maju,
53300, Kuala Lumpur
Tel : 03-41417698

Kalau korang bertuah dapat hadiah pertama, duit tu ngam-ngam masuk masa nak puasa/raya tu. Sapa nak bagi kannnn... hihi!

Kalau korang nak jadi Super Dealer Myracles Beauty, boleh contact aku ye.

coretan dari salah sorang Super Dealer Myracles beauty.

Customer PERTAMA: emh takpe lah...ko gune la dulu, nanti dah cantik aku pulak try...huhu ~mentaliti melayu, takut pada risiko, takut mencuba sesuatu yang baru... tak yakin pada diri sendiri.

Customer KEDUA: emmm, saya yakin produk ni boleh bantu merawat masalah kulit saya... saya tawakal je pd Allah SWT... inshaalah kulit saya akan pulih...saya cube dulu lah... nanti kalau betul2 jadi saya akan promote kt kwn2 yer..
~mentaliti hebat, anda mudah berjaya, berani mengambil risiko, sentiasa tenang dan sentisa bertawakal kepada Allah..

hmmm... mane 1 adalah anda??????

tepuk dada tanya iman...

*****************************************************

Ada betulnya kata-kata ni. Hihi! Kita memang kebanyakkan play safe. Takkan ambil risiko. Aku dulu pun macam tu. Asalkan kita bahagia...kenn....huhu! Tapi makin aku membesar, makin besar tanggungjawab, makin besar impian, nak tak nak, risiko tu datang setiap hari, dan aku akan tempuh je walaupun berjaya ataupun tak. Yang penting usaha. =)

KEGEMUKKAN MELANDA!!

INI TIDAK FUNNY

Ingat tak aku cerita, aku kuat makan dalam seminggu ni. Berat badan aku tak timbang la pulak, tapi sendiri tau bila berat dah naik, perut ke depan, peha, pipi, lengan, lemak bawah dagu, semua naik bagaikan juara. Apakah??

Makan sampai shawl masuk dalam pinggan. Kau mampu. haha! Orang lelaki meja sebelah yang belum dapat makanan tengok aku makan habis semua telan-telan ailio je.

Akibatnya, pipi dah tembam macam nak meletup

 Fokus pipi sahaja yeah.

 Hamik kau.

Lepas tu tengok gambar diri sendiri, terus insaf, semalam cubaan diet. Masuk KRR order salad.

Tak tau la berapa lama je boleh tahan makan salad.

Cubaan snap gambar dari atas supaya pipi nampak kurus. 

Kalau letak pacat kat pipi, dia boleh sedut lemak tak.
mihmihmih.
macam dah terdesak sangat je ken...

Oh sapa-sapa yang nak beli Maixara C-Sential (MCS) tu, kalau tak silap aku, kalau tak silap la yeah. Promosi Rm99.90 sampai bulan March SAHAJA. Masuk 1 April. Harga dia akan kembali Rm125. Jadi sapa nak harga promosi, sila beli pada bulan March. Berbaloi-baloi

'Kenapa MCS?
Kerana ramuan dan kandungan MCS adalah Terbaik diantara Terbaik.
Doktor, Ahli Farmasi, Pakar Kulit juga menyarankan pengunaan MCS secara konsisten...
Suplemen PREMIUM yang hebat untuk kesan yang TERBAIK!
Jom berMCS... tak perlu dibancuh, tak perlu susah susah... hanya telan atau kunyah 2 biji sehari menjadi anda sehebat Selebriti'

kata-kata dari owner MCS =)

Siapa nak borong MCS, boleh contact daku yang gemuk ini
*************************************************
 
Turn on mood diet mulai hari ini. Ohyeah!!

Mar 26, 2013

Sebenarnya aku semangat je nak update, tapi tetiba je bila pandang screen laptop ni, terus takde idea. Tensii gegirl. *gigit bibir sambil mata menggoda* sesuatu sangat, huhu!

Aku tengah risau dengan Ode aku ni. Sepatutnya dia bertolak dari Jeddah malam Ahad, jadi agak-agak selepas subuh Isnin *semalam* dah sampai ke KLIA. Malam tu mak dengan aku berborak la pukul 3 pagi dalam bilik, sambil dia tengok aku buat kerja, sambil kira-kira Ode dah berapa jam dalam kapal terbang. Mak tak boleh tidur kot sebab excited nak jemput Ode, maklong dengan Cik Intan. Tetiba dapat sms dari Ode, katanya kapal terbang ada masalah teknikal. So dorang tengah cek kapal terbang tu semua la. Mungkin lambat sampai Malaysia. Dia suruh mak datang lambat sikit pun takpe.

Subuh tu masa aku keluar bilik, aku dengar mak tengah cakap-cakap dengan abah dalam bilik. Aku pun bukak la pintu bilik mereka sambil kepochi. 

Aku : Nape?
Mak : Kapal terbang Ode kau naik, enjin dia meletup.
Aku : *diam tak terkata, telan ailiooo je*
Mak : Dorang dah naik kapal terbang tu. Tengah gerak, lepas tu kapal terbang tak boleh naik.
Aku : Oh tak berlepas lagi la *phewww lap peluh*
Mak : Belum. Masa nak naik tu enjin meletop. Semua sekarang ni tengah kat hotel. Tak tau balik bila. 

Nasib baikkkkkk la tak berlepas lagi. Kalau dah naik, buatnya enjin meletop di udara yang biru ittew,.. tak boleh daku bayangkan....

Jadi sekarang ni Ode selalu update dengan Kak Ida, apa-apa Kak Ida mesti akan inform mak dengan abah. Sebab mak abah akan inform orang kat kampung. Nanti anak-anak maklong tertunggu-tunggu pulak kan. Malam semalam Ode kata dia bertolak petang harini. Insyallah sampai KLIA hari Rabu subuh. Mintak-mintak la semuanya selamat pulang. Aminnnn...

Okey ini cerita malam tadi. Aku macam biasa tak tidur, lepas tu rasa nak terkucil. Lalu aku pun masuk bilik air dapur, dengan terperanjat beruknyaaaaaa....memang betul2 beruk kerana daku nampak lipas yang besar gilaaaaaa, aku pun bagaaai nak gilaaaa jadinyaaa...tatuttt..sobsob! Cecepat keluar dari bilik air, capai penyembur lipas. Aku pun terintai2 la dari celah pintu bilik air tu. Rupanyaaaaa ada dua ekor lipas tengah proses buat anak. Patut la aku nampak besar gila.  Sekor-sekor dah la memang besar, membuat persenyawaan di dalam bilik air, sekali pandang memang aku nampak lipas tu besar habaq hang lah kan...

Aku pun takut-takut berani je semburkan spray. Keadaan lipas masa aku spray masih macam kat bawah ni.


Jijik euw euw euwwwww!! Meremang bulu tengkuk aku.

Aku spray betul2 di wajah mereka, amboiii...haha! Tergolek2 tak bernafas beliau berdua. tapi yang tak boleh bla...bontot dorang taknak tercabut pulak tu.

Akibatnya, lipas ni mati dalam keadaan begini. Aku rasa bersalah je. Tapi aku geli. Dan aku dah tak tahan nak terkucil. Huhu! Mati betul2 depan pintu bilik air, lalu aku jiruskan jauh2 sikit. 

Tapi sampai sekarang ni aku pelik. Kenapa ye masa aku spray, lipas-lipas ni tak stop dan larikan diri? Hidup mati bersama lettew. Mihmih!

Sorry, lain kali pilih timing yang betul yeah. Jaga-jaga la sekalian lipas, rumah pakcik Noh ada Lipas Hunter okey. *berlagak gila padahal time sembur pun kecut-kecut perut. huhu*

Mood : masih rasa serba salah. huhu!

Shopping Online : Bafi Wahiah

Sticky Mode 24H : Entry baru di bawah =)

Masa mula-mula pakai tudung dulu, aku macam tak kisah nak try tudung jenis apa pun. Almaklumlah, orang feeling cantik memang gitu walaupun dot dot dot. Huhu! Tudung yang ada owning pun aku pakai *sekiranya orang kata aku macam bibik, aku still akan senyum, cuma ikhlas dengan tak ikhlas je la. mihmihmih. Aku pakai shawl, mahupun tudung bawal. Semua aku belasah, tak kisah lah muka nampak tembam, muka macam orang filipinos, hidup ni perlu redhooo...huhu! Tapi nowadays, walaupun aku tak kisah pun dengan tudung2 semua tu, aku tetap suka pakai shawl, atas sebab shawl panjang, senang pakai, dan selesa. Sebab tu aku punya shawl kat rumah ni banyaaaak.

Seminggu sebelum aku nak bertunang, aku ada beli shawl online. Shawl yang ada manik2 kecik atas kepala tu, seperti trend orang sekarang kan. Dia takde la heavy macam boleh tanam pokok atas kepala tu *mata ke atas sangat* huhu. Tapi just nice la kalau dipandang. Tapi shawl tu mak aku yang pakai sebab masa aku bertunang tu dorang nak provide sekali dengan tudung yang sepatutya. Meh tunjuk korang shawl online ittew.

 Sebab warna putih, so tak nampak sangat. Hihi! Tapi shawl ni memang gojes la.

Manik tu kat atas je, kecik2 comei.

Kalau korang nak shawl macam ni, boleh beli online kat kedai Bahi Wafiah

Shawl yang macam mak aku pakai ni namanya Shawl Half Moon

Ada banyak lagi warna menarik. Sesuai la korang nak gi kenduri kawin ke, atau nak ke mana-mana event. Memang homei sangat. Mak aku hampir tak nak pulangkan shawl tu kat aku.. huhu!

Kat Bahi Wafiah pun ada jual tudung 3 layer tau.



KLIK SINI , korang boleh tengok lagi macam-macam corak. Kalau sapa gila tudung fareeda, memang akan suka sangat dengan tudung ni. Corang dia cantik-cantik.

Kat Bafi Wahiah ada jual dua jenis tudung.

1. Tudung 3 layer yang korang tengok kat atas ni
Saiz 11-12 inci
Kain Chiffon Gred AAA
Owning Full Cup Chiffon
RM70 termasuk postage

2. Tudung Halfmoon macam mak aku pakai tu.
Chiffon Gred AAA
Manik Bunga Sakura
RM46 termasuk postage

Kalau korang nak order, sama ada boleh direct pm kat Facebook Bafi Wahiah
atau
sms/wassap/call Cik Atirah 010-2919731
atau email
wafiahbahi@gmail.com

Selamat bershopping!!
=)

Mar 20, 2013

Pengaruh Korea...semata-mata

Sebenarnya aku malas nak cerita pasal Korea Korea ni, sebab nanti aku terbayang-bayang kedai Speedy kat shopping mall. haritu masuk kedai Speedy, memang dah cantik je pegang dua cd, cerita yes captain dengan aku tak ingat la satu lagi apa. Tapi lelaki yang cerita My Princess tu dengan perempuan cerita Personal Taste tu berlakon. lagi 5 langkahhhhhhh je nak sampai kat kaunter pembayaran. Aku macam kena azan kat telinga, haha! Terus letak balik. Tak sedar diri bawah mata dah gelap, jerawat dah tumbuh sebab tak cukup tidur kan. Lepas tu kerja banyak tertangguh. Semua gara-gara cd Korea. 

 Qery menarik nafas lega. Tapi dia memang tak sangka yang aku letak balik cd tu. Bukan Qery yang azan kat telinga okey, haha! Aku bermonolog di dalam hati. "Jangan Pet, keje banyak tak siap tu, sapa nak buat kerja kau Pet, tak mungkin la Qery" 

Begitulah ceritanya

(<>_<>)

Lepas tu jalan masuk kedai kasut, Pftttt... Nak ambik hati Qery, beberapa hari lagi dia gaji. Kite ajak masuk kedai kasut, masuk je tak payah beli. Haha! bagi dia cuci mata. Lelaki di suap je dengan kasut bola, pun boleh hidup 10 tahun *mata ke atas* Tapi jangan suap aku dengan cd korea okey.  Amboi biasaaaaaa dia tuuuuu....

Kebetulan ramai pulak dalam kedai tu, aku pun ajak Qery masuk kedai baju. Masuk-masuk nampak sweater. OMG cantik gila! Kalau aku pakai kompom Lee Min Ho terpikat terus masuk Islam. *tetiba sangat kan, haha* Imaginasi melampau. Takpe, kite belek-belek dulu. Sebab aku dengan sweater memang tak dapat dipisahkan. Kalau nak kira sweater aku kat rumah memang banyak.Sebab aku tak tahan sejuk. Cuaca biar panas jangan sejuk. Tapi jangan la suruh aku berendam dalam air 100c kan. Gilakapooo...

Duduk depan sweater tu ada la dalam 10 minit tak bergerak. Qery pun paham. Dia terus amik letak kat kaunter, Miahahaha! Dalam hati dia mesti nak cakap aku perempuan psycho. Sebab masa aku berdiri tu, dia boleh motivasi aku 'nak beli nak pakai gi mana' 'nanti kamu pinjam sweater kita jugak' 'kite nak gi hongkong lama lagi'

hati wanita ku merintih..cewahh..hahaha! Ayat geli, sebab baru baca cerita pendek dalam majalah mingguan wanita. Ada sorang perempuan ni frust dengan boifren, pastu dia decide nak jadi pengkid. Dia tinggal dengan girlfren dia satu rumah, masa dia start kerja, ada sorang laki try ngorat2 dia, pastu dia pun cakap 'dendam yang ku tanam mulai pudar, hati wanita ku tersentak'

 Nak muntah pun ada. Tapi nak muntah pun aku baca jugak sampai habis. Haha! Eh kenapa aku nak cerita kat korang ni. Memang tak paham. Terpaksa korang baca jugak ken...haha!

Berbalik kepada cerita tadi, Qery pun pilih baju dia, sebab aku pilih 2 helai. Dia tulis situ beli 3 helai dapat diskaun 20%. Terpaksa beli 3 helai tau..mihmih! Baju Qery tak penting. Yang penting sweater korea aku..

 Homeiii kann....

Tapi kulit i tak korea sangat, sekarang ni memang out gila. Jadi marilah kita tido dengan cukup, minum dengan cukup, cd korea campak longkang dalam laci. 1 cd je bawak keluar. Tetap tengok jugak kan. Sia-sia usaha campak dalam laci pun. haha!

baru-baru ni kawan aku kulit dah cantik, tapi dia still nak beli vitamin semua. Katanya selagi tak nampak ala-ala korea, selagi tu tak puas hati. Huhu! Itu je cerita harini. Cuma nak bagitau korang, Aurawhite tu ada free shaker dengan free masker k. =)

Beginilah rupanya bila korang dapat nanti. Collagen mask dan shaker. Semalam punya order semua dah pos semalam. Sebab aku dapat awal barangnya. 

Sapa nak boleh order lagi yeah, semalam dah jual dekat 30 botol. Apsal semua orang nak putih ala-ala korea ke? Ish aku pun macam dah hampir-hampir nak ambik 1 aurawhite ni, engkoooo je nak korea kan...Ketidakadilan sungguh.

 Free gift. Camne na dapat free gift, KLIK SINI

 Antara barang2 yang available.


1. Losyen Felinna Inchloss
2. Myracles Beauty
3. Aurawhite
4. Maixara C-Sential
5. Maixara Slim Look
Treenea Vcoa.

Gittew, sapa nak pembayaran sebelum pukul 2 aku pos hari yang sama tauu...
Semua barangan Malaysia, bukan dari Korea. 
mihmih!

Kbye!

Mar 19, 2013

Rindu tapi.....

Eceh...macam tajuk novel tak, *mata ke atas* Eh aku dulu ada buat novel tau. Tak siap pun la sebenarnya, baru chapter 5. kemain berchapter kau..best sangat ke kan...tetttt...haha! Lepas tu laptop aku rosak. Apaaaa pun tak boleh. Sob sob.

Tadi terbaca status kawan aku. Dia baru resign dalam sebulan. So sekarang ni dia kerja kat tempat baru la. Macam every day dia akan lalu tempat kerja lama dia. Lepas tu dia kata dia terkenang la tempat kerja lama semua macam dalam hati 'ini la tempat kerja aku dulu' Gittew

Perasaan tu aku pun alami jugak. Huhu! Bila aku lalu mana-mana hospital aku pernah kerja. Aku rasa sayuuuuu je. Yela kan, kat mana tempat kite nak cari rezeki. Bangun time orang belum bangun, berjaga time orang tengah tidur, tengok orang tenat, kelam kabut supply ubat masa zaman H1N1 dulu, sendiri sakit pun still kerja sebab nak orang lain sihat. Telan la panadol hari2. Gittew. 

Aku sampai sekarang respect siapa-siapa yang kerja kat hopsital, macam nurse, farmasi, doktor, betapa dorang ni kuatnya semangat, murni sungguh pekerjaannya. Ceaaa sebenarnya nak puji diri sendiri ke apa ni kan, haha! Bukan aku la.. Aku dah resign sebab aku dah tak boleh go on lagi. Pekerjaan memang murni, pahala pun banyak. Tapi aku resign sebab aku tak boleh deal dengan masa kerja dia.

Kerja tu aku suka, cuma masa kerja dia ikut shif. Kebetulan aku pun ada buat part time bisnes online. So masa dia agak terkabut2 jugak aku nak handle. Dengan kepenatan lagi. 

Ada satu masa tu, aku demam tapi still oncall. Lepas tu ada lebih 40 orang nak discharge. Aku rasa nak pitam pun ada. Mana nak tolak ubat, mana nak tambah ubat, mana nak key in, mana nak prepare, nak call doctor untuk double check, nak call nurse untuk confirm takde barang patient tertinggal, kalau ubat takde, nak call hospital lain untuk pinjam, nak dispen, nak susun ubat. Semua buat sorang. Nak kecing pun takde masa. itu baru discharge, belum yang new patient nak masuk lagi, belum yang every day doctor bagi new drug lagi, belum campur ubat untuk patient datang kat emergency department lagi.

Lebih stress kalau nurse yang nak cepat. Aku paham dorang pun kesian kat patient, sebab patient sakit nak ubat kan,. Tapi tu la. Masing2 ada tanggungjawab masing2. Pasrah je..hihi!

Kalau nak diikutkan, memang rindu je nak kerja. Datang kerja pagi2, susun ubat, call ward, dispen ubat kat patient, explain cara guna device, rindu tengok gelagat orang. Aku rindu jugak. Tapi kalau diberi peluang untuk kerja balik. Aku tak nak dah. Hahaha!

Duduk rumah pun bukan best. Tapi berbeza perasaan kerja sendiri dengan kerja dengan orang. Kerja dengan orang kite akan rasa tak puas hati itu ini, komplain bla bla bla. Kite boleh nampak permainan orang atasan. Tapi kita tak boleh direct cakap 'hello CEO, tak bagus ok macam tu, kena macam ni' Gila ke kau..haha! Walaupun kita tau dan nampak plan kerja dia yang huru hara, tapi still kena follow. Kerja sendiri, kita sendiri akan tau apa kekurangan diri kita, kat mana lebihnya kita, tak boleh nak komplen diri sendiri nanti sendiri sentap kan. haha! Dan yang paling penting, kita tau usaha kita macam mana, macam tu la yang kita dapat.

 Rindu staff dan bos farmasi ni =P

 Rindu kakak-kakak MOB =)

Aku selalu berkata-kata di dalam hati. I just wanna be what i wanna be, not who others choose to see. Kemain kan..haha! Stakat ni, aku happy dengan apa yang aku buat sekarang. Walaupun aku tau untuk kerja kat farmasi lebih di pandang mulia. *mulia sangat kannn, haha* Hidup perlu mengundi. *tetiba*

Selamat maju jaya untuk apa saja pekerjaan yang korang buat k. Kbye =)

Cari pasal

Sebenarnya aku tak berapa nak sihat sejak sabtu lepas. Tapi tu la, orang kata kalau kita layan..lagi menjadi kan.. jadi kite berpura-pura je tak ada apa-apa berlaku. Hihi! Bila tak sihat, mood pun agak kelaut sikit, nyampahhh tau...

Semalam dah berapa kali Qery kena marah dengan aku. Stress dia. Huhu! Tapi aku marah pun anje anje je *yelatu, haha*  Semalam aku saja la tanya dia..

S  : Sebenarnya taste kamu perempuan muka macam mana?
Q : Nealofa.
S : Oh, kamu suka yang muka garang2 eh? jap kita teka lagi. Tasha Shila suka?
Q : Suka
S : Nasha Aziz
Q : Tak
S : Oh dah tau taste kamu macam mana. Habis kenapa pilih muka macam kita?
Q : Sebab tak dapat dorang. Dapat kamu pulak. Terima je la.

(-_-')

Apakah semua ini????? Dah la aku takde mood kan. Saja la tu cari pasal dengan aku. huhu!

Q : Kamu suka lelaki macam mana?
S : Semua kita suka, kecuali kamu.

Rasakannnnnn rasakannnnnn!!

Q : Hahaha! Hebat permainan diaaaaaaa!!

mihmihmih!! Padan muka. Tak patut okey dia cakap macam tu. Dulu masa nak ngorat, katanya suka yang macam chinese look, putih, rambut panjang, homei. Sekarang tetiba dah tukar. Pftttttt..

S : Kamu kalau nak perempuan muka macam Nealofa tu pun kita rasa boleh dapat kot. Pegila..
Q : Kenapa cakap macam tu?
S : Sebab kita rasa kita dah tak minat sangat lelaki buncit macam kamu ni.

*terus tergelak2 dalam hati* OMG Qery sekarang macam pregnant tau. Kalau dia tak tahan napas. Ngeri sangat. Lelaki kan kalau pakai tshirt suka yang ketat. Lepas tu dahla sendat kat bahagian perut. Aku ni pun buncit jugak, tapi takde la pakai baju ketat so boleh cover lagi. Perut dia kedepan.. Macam dah ada anak 5.

Malam tu, gi The Mines, tetiba dia singgah gerai tepi-tepi tu. Beli D'Herbs..yang untuk kuruskan perut. Hahaha! Mesti dia kecik hati masa aku cakap tu, terus gi beli untuk kempiskan perut.

S : Olololooooo...nape nak kurus pulak?
Q : Ada orang tu tak sayang kite sebab kite buncit.
S : Sapa? Ish tak baik betul.
Q : Diaaaaammmm ahhhh!!

Terus dia jalan laju-laju sambil hentak kaki kuat2. kat The Mines okey! Buat perangai hentak-hentak kaki sambil muka merajuk. Aku rasa orang yang lalu sebelah dia semua tahan nak muntah tengok perangai dia. Bila aku ke kiri, dia pandang kanan, aku ke kanan dia pandang kiri. Amboiii... Aku pun terpaksa tahan muntah jugak.

S : Ok sorry, nanti kite belanja kasut bola ok.
Q : Ok! Kite nak yang paling latest sekali. Yang warna merah putih tu, tapi kan satu je ke boleh?

Kemonnnnnnnn laaaaaaa... kalau cakap nak belikan kasut, terus ok. Matalastik sungguh. Huhu!

S : Beli satu dulu, kalau lepas ni game Poron menang baru beli 1 lagi ok? *haritu poron kalah 5-0, gila lembik poron sekarang*
Q : Kalau tak menang tak dapat ke?
S : Tak
Q : Ajukkkkk!!

 

Huwaaaaaaaaa!! Stress!!

p/s : sapa-sapa nak beli AuraWhite lagi, boleh order harini. Insyallah aku akan dapat stok malam ni. Kalau dapat malam ni, aku pos esok. Kalau dapat awal, aku pos harini jugak k. Sebab semalam punya stok dah licin. AuraWhite Rm150(s), RM155(SS) free postage

Mar 18, 2013

AuraWhite Gluta Collagen 400,000mg

Pernah dengar tak Aura White ni? Aku pernah dengar dah dalam seminggu dua ni, tapi macam kemalasan nak ambik tau, sehingga ada sorang customer mintak jual produk Aura White ni, jadi aku pun cecepat la google intipati produk ni. Hehe!

Jadinya di sini, sapa nak PUTIH dan kulit cantik gebus ala korea. Sila beli. =P


1 botol 400gram.

Aura White dalam majalah

Satu2 nya produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel hasil gabungan 3 jenis tumbuhan/buah - tomato, epal dan roselle serta ditambah benefit kehebatan lain, L-glutathione dan kolagen ikan talapia!

    HARGA:
    RM150(S) RM155(S/S)
  FREE POSTAGE + free botol
    500GM/JAR
    (1-2 BULAN PENGAMBILAN)
 
Dengan ramuan berkualiti premium yaang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !!

FORMULA LENGKAP
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.



RASA YANG LAZAT
Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan
khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.

TANPA BAHAN TAMBAHAN
100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG


- 50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2
- memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
- menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
- mengurangi kedutan dan garis2 halus
- mengecilkan pori2 kulit
- menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
- meningkatkan sistem imunisasi badan
- mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
- mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- mengurangi sakit radang/sendi
- mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
- sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
- membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
- mengurangi kolesterol
- menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
- meningkatkan kualiti tidur
- sesuai untuk lelaki dan wanita

CARA PENGAMBILAN


1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.

5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)

Beberapa persoalan yang sering ditanya pengguna:

a). 1 jar tu brapa gram? Tulis 500gm, tp kenapa isi ia 400,000mg?
- Sebab ia termasuk berat jar/bekas ia.. isi kandungan memang 400gm=400,000mg

b). 1 jar tahan brapa lama?
- Bergantung cara pengambilan. Jika sekali sehari, tahan 2 bulan. Tapi permulaan amal, di sarankan minum lah 2 kali sehari, pagi dan malam. Jadi ia tahan untuk sebulan.. Nak kesan bagus dan cepat kan, jadi minum banyak2 sikit..hehe.. (air bersih juga minum secukup nya ye..)

c). Rasa ia macam mana ye?
- Rasa manis2 anggur..:) sedap.. kena cuba sendiri, baru tau..

d). Jar tu plastik ke tin? Kang berkarat lak, bahaya tu..
- Bekas plastik yang cantik, macam tupperware.. Dah habis isi nanti boleh gantikan dengan biskut..hehe..

e). Alahan seafood/resdung boleh ambil?
- Boleh. Kolagen ia dari sumber akuatik - ikan talapia, tiada unsur marin. Bahan2 lain dari ekstrak buah juga sarang burung.. sangat bagus untuk kesihatan dalaman selain untuk mencantikkan kulit..

f). Jika ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis atau jantung boleh minum ke?
- Aura white selamat untuk semua. Ia minuman bernutrisi bebas gula dan pengawet. Jika makan ubat, jarakkan masa pengambilan. Jika bimbang berlakunya tindakbalas yang teruk, cuba minum dengan dos yang sedikit dulu, setengah scoop..

g). Berapa lama nak nampak halus, cerah, gebu ni?
- Jika konsisten 2 kali sehari, jaga pemakanan dan badan sihat, tentunya kesan terserlah pada kulit dalam tempoh 2 minggu sahaja!!

h). Jika berhentikan pengambilan kulit jadi kusam semula ke?
- Badan kita ni terdedah dengan radikal bebas setiap hari.. proses penuaan juga berlaku setiap saat. Beza nya jika kita mengambil nutrisi yang cukup, proses itu semua dapat dilambatkan.. Dan Aura White salah satu pilihan minuman tambahan yang sangat bagus, sebahagian dari cara anda untuk lebih muda dari usia.. Contoh mudah, kita nak bersih dan segar mestilah mandi setiap hari.. Apa jadi jika sehari tak mandi atau seminggu, apa lagi jika sebulan tak mandi? huhu..


TESTIMONI












Jadi, kalau korang nak, boleh order sekarang, pembayaran sebelum jam 2 petang akan di pos harini jugak. Pengeposan setiap hari kecuali sabtu dan ahad.

sms/wassap Sepet 0122678134
atau email ke sepetsshop@gmail.com
(nama, alamat, no telefon, produk, kuantiti)

info dari sfbeauty =)

Mar 17, 2013

Sepet : Pemborong Bedak Arab

Sapa-sapa nak bedak arab (kokuryu) atau bedak Syiria, boleh start email aku ye. Tapi barang akan dapat pada awal bulan 4. Kenapa lambat? Sebab aku ambik direct terus dari Arab sana. kihkih! Tunggu procedure semua. Setakat ni,sapa nak bedak sampai awal bulan 4 jugak, boleh order dan bayar selewat-lewatnya 23 March 2013

Ini adalah bedak arab kokuryu. yang sangat popular tu. 3 in 1 function. Aku tak terangkan sekarang, barang dah dapat baru aku terangkan secara detail okey. Yang ni aku bukak order untuk sapa yang nak borong, kalau nak barang sampai awal bulan 4 ni, sila order sekarang, kalau lambat, sila tunggu next batch iaitu bulan 5, hihi!

Ingat ye, untuk pemborong sahaja . =)


Beserta dengan sponge sekali.


Ada banyak warna, rasanya if sebelum ni sapa-sapa pernah beli. Korang pun tau jenis warna dia macam mana. Tapi buat masa sekarang ni aku order 4 warna dulu.

1. Russet
2. Roshalle
3. Cherry
4. Cherry pink

Dan bedak Syiria, ada beberapa warna.





Sapa yang dah biasa borong, boleh email aku untuk tempah ye. 

Insyaallah akan bagi the best price =)

sepetsshop@gmail.com