Pages

Followers

nuffnang

Jan 31, 2013

Orang tak ikhlas buat kerja...camni la

Haaaa!! Tanjat tak tetiba i is update 2 entry harini. Kahkah! Semangat nak cite. Seminggu ni Qery asik perli aku je. Punca perlian, ceaaa. siap ada punca, macam nak buat karangan, isi tersurat, isi tersirat, punca, cara mengatasi. Keke! Punca perlian adalah kerana aku mintak tolong cop borang pos laju.

Q : Kite memang beli dot matrix tu untuk buat perhiasan eh?
S : Haah *pffttt*

Dot matrix tu aku tak setting lagi. Huwaaa. Malas + tak reti + takut salah tekan + takut rosak. Nanti aku tekan salah, apa pun tak boleh. Dulu masa kat tempat kerja, ada jugak mesin, pun aku tak reti guna. Asik la panggil Judit tolong tengokkan aku guna mesin tu. Inikan pulak takde orang nak ajar. Acane ni. Kalau buat perhiasan pun okey apa....

ke tak okey?Hihi!

Q : Kawan kite nak beli dot martrik tu, kamu pun bukan pakai pun
S : Ok berapa dia nak beli
Q : RM50
S : Ok

Banyaaaak kau punya nak jual Rm50. Aku beliiiii pun dah RM500. Tibai kang tau la.

Sapa tak ingat entry dot matrix tekan SINI

Q : Set la, buat apa beli kalau tak set
S : *stress, haha* Eiii!! Sukati kite la, sekarang ni, kite tak suruh kamu tulis pun alamat tu kan
Q : Memang la, tapi kite kena tolong kamu cop..
S : Cop pun tak ikhlas!
Q: Bila masa? *sambil sengih*

Ko nak tau kenapa dia sengih??


Bengangggggg je aku. Mintak tolong sikit mula lah memberontak. Senget2 cop. Kong ajo betul. Huhu!

Ok dah habis cerita tu. 

Kerana aku takut asik mendapat pujian, ramai bgtau muka i floles la apa la. Sebenarnya tak ye, takde la floles pun, ada je sumbang sana sini. Aku selalu pakai camera 360, tolonnnngggg la download. Dan lepas tu korang pun boleh floles.


See? Tak floles kan, kerak2 jugak. Tapi kerana iolls ada handfon note 2. *ceaaa saja nak bagitau kan, kahkahkah* terpaksa la download 360, sebab kalau guna camera biasa, dia terlalu sharp, habis nampak segala2 yang tak perlu di nampak kan.  Huhu!


Ini setelah guna camera 360.Berbeza bukan? Jadi, lepas ni kalau upah photographer, sila suruh dia buang dslr, suruh dia download camera 360 je. Apa barang dslr ken..

tettt..haha!

Oh cerita pasal handfon note 2, haritu aku offer qery beli sekali. Tapi Qery dia macam berbelah bagi, sebab S3 tu pun baru lagi.. Kan Note 2 lagi besar skrin dia dari S3. Aku pinjam la saja tengok tengok.

S : Eh tak biasalah. Kecik sangat, tak selesa nak taip mesej semua.
*sambil buat muka jijik gila tu, haha*

'Tak selesaaaa' okeyh. rasa nak lempang diri sendiri. Padahal personal number aku guna Phone Samsung S Advance je. Lagi kecik kot dari S3. Haha! Dasar tak sedar diri..

S : Eh? Fon kamu ni takde pen yeah kat tepi ni?
Q : *jeling*

Auwww!! Godeeee i je tauuu, haha!

Q : Takpeeee...
S : Kenapa? Hati sakit ke? *tahan gelak, tapi hidung dah kembang kuncup*
Q : Takde pennn kannn...
S : Nak pinjam pen kite? Siannn...beli mahal2 takde pen..

Haaaaaa!!
Puasss hati aku..
Tapi tapi tapi...
Malam tu aku dah sedia mental fizikal..
sebab KOMPOM kena pujuk Qery. 
nasiblaa...sapa suruh nyakat. haha!

Not For SALE!! =)

Sejak PROMOSI MYRACLES BEAUTY kan. Kemain lagi semua orang beli. Huhu! Abis stok bekas sabun aku. Kelam kabut suruh Qery beli. Kena marah sikit dengan Qery sebab selalu bagitau dia last minit. Hehe!

Eksekiusme, mana la iolls tau kan MB nak jalan sebegitu laju sekali. Tengok2 masa nak bungkus. OMG! Habis pulek bekas sabun ni. Terus mengadu kat Qery sambil kikis2 kuku. Tatut nak pandang wajah Qery yang bengis ittew, haha!

Sekarang ni kan. Qery suka bizi je. *tetiba mengadu kat korang ken* haha! Motif.. nampak sangat tak cukup kasih sayang ni. Iyela. Ko bayangkan. Memang la aku pun bizi *mata ke atas* Tapi Qery lagi bizi. Start sekolah sampai habis. Pukul 2 kadang2 ada meeting, kadang2 ada koko. stay sekolah sampai pukul 4. Lepas tu ambik aku untuk pos barang2. Lepas tu hantar aku balik, pukul 5.30 ada training bola kat sekolah. Lepas tu malam ada badminton/bola/futsal. *kerut dahi tanda tak suka, tak suka tak suka tak suka, saja cakap banyak kali, sebab memang tak suka, hihi* Aku kena ikut gi pos, sebab dia tak tau mana aku kelip kertas prabayar, mana yang nak kena bayar. 

Sebenarnya aku sengaja konfiuskan Qery, hahaha! Sebab aku nak ikut pergi pos. Lalalala~~

Pastu masa nak gi pos, kompom dia akan tanya, mana prabayar, mana nak bayar. Lepas tu aku akan membebel 'berapa kali nak bagitau, belah kanan ni prabayar, belah kiri kena bayar' padahal every time pun aku akan tukar kelip tu kiri kanan, kahkahkah! Biarkan dia. Berani tak nak bawak aku gi pos barang. ^_^

Semalam lepas pos barang, terus gi cari bekas sabun. Dah la lapar tak makan seharian. Tapi takpe, demi bekas sabun untuk customer, aku sanggup dapat gastrik. *terharu tak? ke aku je yang terharu sorang2 ni? haha!*

 Maafla sebelum ni bagi bekas sabun yang biasa-biasa, sebab kan. Kat tempat aku selalau beli tu stok dia dah habis. Kat situ je pun yang comel. Beli yang biasa2 je asalkan ada. Tapi sekarang, dah ada yang homeii!!


 Comei ke tidok??


Sapa beli sekarang, aku akan bagi yang love love tu dulu, dah habis love love baru bagi yang lain. So sapa nak love, sila beli MB cepat, sapa lambat dapat bekas yang petak2 je. Hihi!

Pastukan, tengah syok-syok beli bekas sabun. Sekali nampak lunch box ni. Alahai. Comel gila. Tanpa berfikir panjang, aku dengan Qery terus ambik, haha! Qery dia lagi gila kalau nampak benda2 comel ni.

 

Yang ni, aku ingat nak bagi kepada top 5 agen treenea. Haritu dah janji, sapa sales banyak, akan ku berikan something.


Geram! Takpe, ada rezeki lebih, mari kita kongsi bersama-sama ye. Mana tau aku nak buat free gift teka dan menang ke. Boleh la bagi korang. =P


Kemain banyak aku beli, haha! Nafsu semua ni.


Korang bagitau aku macam mana aku nak tahan nafsu beli. 


Kalau ada anak kecik gi sekolah kan, boleh la bawakkan bekal. Bawah sekali nugget, atas dia  ayam goreng, atas sekali salad.


Ini sangat comel! 2 tingkat tau. Kalau ko nak bawak bekal mihun kan, memang cun la lunch box ni, sebab dia provide chopstick dalam tu. Nak bawak sushi ke, mihun ke, best best best!


Kepada semua agen, sila bekerja keras ye. Walaupun free gift ni tak seberapa, tapi ianya free. Hehe!

Pastukan aku ada beli beg ni, tak tau nak buat apa. Nak jual ke nak bagi free je kat orang. Ke nak bagi dealer, ke nak bagi agen, ke nak bagi customer. Tengok macam mana.


Beg inilah yang mengkonpiuskan aku buat masa sekarang.

Untuk barang2 Felinna. Sori tau Vitamin C dah habis. Kalau nak beli Losyen 2 biji, baru dapat free gift. macam kat bawah ni.

 

Comel kan =P 


Ini semua phoyoooo free.

Rezeki kite kongsi bersama, walaupun tak seberapa.Harap korang suka ye.

Ok sapa pengomen pertama, dan pengomen yang 30 akan dapat free gift. Bagi sekali warna kegemaran. Dan email. 

Bye!!

Felinna Losyen : RM75 Free psotage (Beli 2 dapat free gift)
Myracles Beauty : Rm156 termasuk pos (PROMO) (termasuk bekas sabun)
Vcoa : RM45 termasuk postage (Beli 2 ke atas Free postage, harga asal RM40)

sms/wassap/email Sepet
012-2678-134
sepetsshop@gmail.com

Jan 30, 2013

Iyela kite update k

Aku tau korang boring asik baca pasal nak jual barang je kan. Bukan korang je, Qery pun boring. Semalam sedap je sound aku pemalas sebab tak update blog. Eleh, tau la suka baca blog awek sendiri. Siap paksa2 tulis cerita pasal dia lagi. Tak kuasa betul. Malas nak layan tau. *tapi jap g dating* Kahkah

Marilah kite cerita sekali harung apa yang aku buat sejak minggu lepas.

Sabtu lepas Qery tetiba kata ada meeting. Adoi, aku dah la tak bersedia mental dan fizikal. Pagi tu nak meeting, pagi tu jugak baru cakap. Terbaik! Janji dengan DH pukul 10.30. Tapi sesat punya sesat. Pukul 11 baru sampai. Qery kalau tak sesat dulu memang tak sah. Rasa nak drive sendiri je malas bawak Qery. Ecewahhh...cite nak up diri sendiri. Padahal drive pun terkedek2 ken..haha! Jangan nak phoyooooo...

Setelah selamat sampai. Peluk-peluk dengan Kak Nad, Kak Yana, tunggu Team DH siapkan proposal untuk dibentangkan. Ceaaa. cite mengalahkan projek berjuta-juta sambil konon2 pegang fon 'Iye Dato K saya tengah bizi tolong tinggalkan pesanan kat PA saya' Perghhh, tampa tau la. Haha! Sambil tunggu kat meja meeting, marilah kita berpoyo-poyo sekejap.


Tanpa secalit mekap dan camera 360, muka sebenar yang agak mengerikan. Kak Nad dengan Kak Yana siap tegur kenapa tak pakai mekap. Scary lettew, haha!


Pinjam sweater Qery, sejuk hokeyh. Aku kan sibuk snap gambar sendiri kan. Sekali Qery pun nak ada gambar dia. Aku bukan tak suka snap gambar Qery tau, tapi kalau snap gambar dia, 10 kali snap baru dia puas hati. Gemuk la, tak cun la. Geram je.


Dah la suruh aku snap bawah meja. Ko bayangkan kedudukan aku. Haih. Rasa nak tumbuk je muka dia.

Aku rasa sekarang ni aku banyak berfikir la. Kepala aku pening tau. Sakit kepala otak aku. Kalau contohnya, aku tekan kepala aku. Sakit okey, aaaaaaaa...stressnyeeeee. Tak suka tau. Pastukan, kalau macam bila satu masa, aku fikir banyak sangat. tetiba seminit otak aku blank. Rasa macam, hilang semua benda yang aku fikir tu. Macam bengong sekejap. I is takuit. Huhu! Siap tanya Qery 'eh tadi kite cite pasal apa' Gila. Baru fikir sesaat dah terus lupa. Opah i pun geleng2 kepala kalau tau ni. Huhu!

Meeting tak lama la. Zohor setel kite balik. Pastu dating sekejap. Tengok cite erm. Tak ingat la pulak. Jap eh nak ingat balik. *setelah 5 minit berfikir sambil hempas2 kepala kat bantal* tolong la percaya, hihi, aku tengok cite hansel n greetel. Bestttt. Pompuan ngan laki dia hot! Korang gi la tengok tau.

Balik tu tengok kemain lagi anak buah aku tengah main2 kat rumah. Marilah la join sekali. Tapi aku yang penat lebih.  Peluh2 ketiak tau.


Hakim over gila siap nak pakai semua ni. Aku tak tau apa nama dia. Tapi memang over la. Memula dia tak pakai pun.Lepas tu dia terjatuh. Terus nak pakai. Layankan je.
 

Siap paksa kena ambik gambar dia.Pftttt


Keisha siann okey, mummy dia tak belikan dia basikal. Hello? Minggu ni sila pergi beli basikal Keisha. Mummy Keisha ni borinngggg. Dia ingat main rumah2 best ke. Not funnyyyy!!
 cc: ceeramoon


Maksu : Keisha pinjam helmet abang hakim nak ambik gamba kejap boleh?
Hakim : Boleh, tejap je tau
Maksu : Yeay!!! *over, sambil sarung kat kepala Keisha*
Hakim *tiap 30 saat pandang Keisha, takut Keisha jadikan harta, haha*

Esoknya patutnya ada meeting Treenea, tapi aku tak dapat pergi, hantar Qery je pergi. Lagipun Qery ni dia macam mulut, kaki, tangan aku. Amboii, haha! Belum jadi laki dah jadi tangan mulut kan. Eii malas nak layan kann..Haha! Bukan tau. Maksud aku. Selama kite menjadi satu team. Selalunya semua banda memang aku yang banyak fikir. And Qery akan dengar pendapat, idea. Kalau aku silap, aku salah, dia akan tegur. Dia akan nasihat, macam ni betul, macam ni salah. Macam penasihat la. Sepatutnya memang aku kena attend meeting tu sebab banyaaaak benda aku nak cakap, tapi aku dah siap2 bagitau Qery apa yang dia perlu cakap, apa yang tak perlu, cadangan, bla bla bla. Semua tu.

I is percaya kat Qery sejak dulu lagi. Dalam bisnes, aku hanya percaya Qery sorang je. Qery ni dia function dia adalah perantaraan la. Kerja luar semua dia buat. Postage, beli barang, jumpa orang, meeting. Semua dia. Manakala iolls buat kerja dalam. Layan customer, akaun, packing, research, gittew. Itu sebab aku cakap, kalau Qery takde, aku macam patah tulang belakang. Sob. 

Tapi walau macam mana sekali pun, aku tetap akan bergaduh dengan dia hari hari. Haha! Stress Qery. Aku suka dia stress. Biarkan... biarkannnnn diaaaaa.. Padan muka. Sapa suruh tiap2 petang ada training bola. Tak cukup tau kasih sayang diberikan kepadaku *mata ke atas sangat2, haha*

Semalam pun rasa nak mengamuk je kat Qery, bila tengok pejabat pos penuh. Memang bukan salah Qery, tapi aku tetap nak salahkan dia, haha! Nampak kejam gila kan. Tapi sebenarnya, aku marah anjee anjeee je.. marah sambil kerut2 dahi, jeling sikit. Pastu ugut tak nak makan. Pfttt... Qery tak kisah pun, sebab dia tau aku kompom akan makan, walau apa pun terjadi. haha!


Haritu makan cheese nan. Sebab terpengaruh dengan Kak Pija, dan Kak Filla. Semua nak update kat IG gambar roti canai la apa la. Kong ajo dorang ni. Kalau makan, tak perlu la nak tunjuk gambar makanan tu. Aku tak kisah tau orang nak tunjuk beli handbag LV limited edition ke, beli beg fosil ke, tapi tolongggg la jangan tunjuk gambar makanan. Stress tau mak jemah. Kannnnnn aku dah tak senang duduk. Huhu!

Itu je setakat ni eh. Nanti kite update lagi. =P

*******************************************************

Felinna Vitamin C tinggal sikit. Sapa cepat dia dapat. Ada lagi 10 kotak kot. Sebab syarikat tetiba stop kan sekejap pengeluaran vitamin c ni. Tak tau berapa lama. Tapi tak silap aku dah seminggu camtu.

Felinna Inchloss masih ada seperti biasa.Beli 2 botol dapat free gift. Myracles Beauty pun masih ada. Vcoa pun masih ada. Nak tanya, haritu ada orang msg aku tanya pasal bedak arab. Kot kalau ada permintaan, aku jual je. Kalau nak la, kalau sorang dua je nak, aku malas nak jual. Haha! Kalau ada permintaan tolong sms/wassap aku seperti biasa yeah 012-2678134.

Pengambilan agen Rm150 sampai esok je. Start 1 Feb 2013,modal RM300
Dealer pulak Rm500 sampai esok. 1.2.2013 modal naik RM850.
Jadila agen dan dealer under Treenea Selangor. Kerana insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk semua. *ehem2, rasa nak lempang diri sendiri, hihi*

Kbyeee

Jan 29, 2013

Nak masuk majalah punya pasal, haha!

Gila glemer okeyhh. Haha! Takde la..haritu bos Myracles Beauty bagitau, mintak gambar aku nak masuk dalam majalah mingguan wanita. Suruh aku snap gambar dengan MB tu. Aku pun posing la dalam kereta.


Kemain posing dalam kereta luar kereta. Pelbagai sudut. Masuk majalah ken.... Tapi....rupanyaaaa....
Gambar tu, masuk 2cm x 2cm je, kahkahkah! Rasa nak lempang diri sendiri.


Aku banyak benda nak cerita ni, tapi tak sempat ahhh. Adoi la, ni pun rasa mengantuk. Haha! Sapa-sapa nak Myracles Beauty, sekarang harga PROMO RM156 termasuk postage sampai 3 Feb sahaja yeah.

Nanti la aku sambung cerita. nak membalut sekejap. Oh ye. Harini baru pos barang korang tau.Semalam abang pos cuti thaipusam la pulak. Hihi!

Selamat bekerja semua!

Jan 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Harini kena lebihkan selawat ke atas Nabi junjungan kite tau. =P

Pagi2 aku dah keluar, membeli free gift untuk korang yang beli barang felinna more than 2 items kan. Pukul 10 pagi Qery sampai, berdesup ke KL. Pukul 11 camtu sampai, nasib baik tak jem sangat. Aku punyala pakai cantik2, ingat lepas tu boleh la pergi jalan2, sekali Qery hantar aku balik.

Pftttt

Q : Kita ada training budak bola pukul 3.
S : Maulidur rasul kot.
Q : Tapi kita ada training.
S : Training di hari cuti? Maulidur Rasul?
Q : Please
S :  Kita pakai baju cantik ni.
Q : Balik rest tau, sian tengok mata kamu dah lebam2 dah

Taaaak payaaah aaaaa cite bawah mata lebam kan. Hello hari cuti kot. Buat la training hari tak cuti. Erghhhh!!

Nanti esok aku tunjuk free gift tu. Homei-homei! Eh okey la aku ngantuk ni, nak tidur dulu. Nanti la aku update lain. Bye...

Jan 23, 2013

AKU BENCI ULCER!!

Bengang okey dengan ulcer ni. Aku lapaaa tau. Susahnyaaaa la hai nak makan. Huhu! Nak kata aku tak minum air, memang tipu la tak minum. Aku minum tau. Stok air banyak gila kot dalam bilik. Tapi selain kekurangan air, stress jugak boleh menjadi penyebab ulcer. Geramnye!!

Pemenda la nak stress kan. 3 tempat tau ulcer. Sob sob sob. Dengan Qery2 aku marah. Kesian Qery seminggu ni, haha! Asik kena marah je dengan aku. Nasibla.Macam-macam hal tau sekarang ni, saja cari pasal dengan aku. Cea macam gaduh besar kan. Padahal gaduh sebab dia order bubur ayam MacD lupa mintak lada hitam je. wakakaka! 

Dah lama tak cerita pasal Qery *tipu sangat* haha! Marilah kite cerita pasal cikgu ni memandangkan harini dia GAJI. *joget 10 minit*

Mesti korang rindu kat Qery kan. Auww! Anje jeee nak windu windu Qery. *jeling, haha*. Mamat tu hangin je haku, dah ada broadband bukan nak update, dulu aku bising suruh update, cakap aku curi boradband, so dia tak boleh nak update, sekarang bila dah belikan yang baru, harem. Sama jugak.

Gambar2 ni aku curi dari facebook dia, Qery ada instagram hokeyh, gambar lagi banyak dari aku. Amboi..nyampah aku. Lagi hover dari mak hincik. Meh la kite berkenalan dengan abang ngengada saya ni. Gelinyeee..hihi!

Qery is penggemar kasut, ingat tak dulu rak kasut dia kena rompak. Berapa belas kasut sport dengan kasut kerja dia hilang. Seminggu bermurung. Setiap kali lalu kedai kasut je buat muka macam nak nangis, hihi! Tapi sekarang dah start kumpul balik. Aku dah lali sekarang perangai dia ni. Kalau aku tak bagi dia beli, esok lusa dia beli sorok2, tau tau je dah pakai. Grrrr


Kasut dia untuk badminton lain, kasut ajar budak bola lain, kasut bola lain, kasut futsal lain, kasut jalan lain, kasut jogging lain. Kalau dating kasut lain. Aku satu kasut je kot. Haha! Kasut dia lagi banyak dari aku. Dulu dia pelik jugak aku tak beli2 kasut. Aku bukan macam dia, aku jenis kalau pakai kasut tu, aku selesa..aku pakai yang tu je. Kecuali kalau kasut aku tetiba hilang, aku beli kasut lain. Gittew


Kasut jalan

 
Kasut kerja


kasut sama, stokin gegirl


Kasut kerja


Kasut basahan katanya. Macam-macam. Ada lagi kasut dia. Tapi yg ni je dia upload. Kasut dia semua cantik. Sebab aku pilih. Ceaaa bajet nak kata taste aku power. Poyo gila. Takdela, ini taste Qery, kalau aku kata OK baru dia beli. Eleh, aku paham dah taste dia. Mula2 kenal dulu iyela tak tau. Dah masuk tahun ke 5 tahun kot. Apa pun tak boleh la kan kalau tak tau.

Tahun lepas, bulan 12, dia ada beli raket badminton. baru jugak beli.


Punyala semangat main dengan raket ni, asik menang je katanya. Sekali tengah main terpukul peha sendiri. patah okey!!


Euw!! Peha ke dinding besi?!? Macam mana boleh patah. Tetiba i is rasa nak scary, kekeke! Lepas tu beli raket baru, terus kalah. Haha! Salahkan raket..padahal...


Handfon kesayangan Qery, punyalah ada spare fon touch screen canggih2, fon ni jugak jadi fon ke dua dia. Dia cakap senang nak mesej kalau dalam kereta. Huhu! Apa2 la bang.


Bola dengan Qery memang tak dapat dipisahkan. 


Masa ni aku tunggu kat luar pagar dalam kereta. dia berfoya2 kat padang. Dah la kalah. Huhu!


Haritu hadiahkan dia jam. Dia kan gila jam jugak. Kitorang singgah kedai jam sebelum masuk wayang. Sekali dalam wayang dia punya gelisah teringat2 jam tadi. Siap bisik dengan aku 'nanti kite tengok balik jam tadi boleh tak' Olorh siannn..sampai habis wayang dia tak boleh focus. Keluar terus belikan. Tapi memang homei pun jam ni.


Ada parent bagi dia coklat, sebab anak dia dapat masuk asrama. Anak dia main bola Qery ajar. So saja bagi la tanda menghargai. Bagusnyeee ada lagi mak ayah kenang jasa guru ken. Bukan Qery je la dapat, sapa yang ajar anak dia semua dapat. Tapi Qery je poyo nak update kat IG. haha! 


Semalam mintak aku belikan gunting. Katanya gunting dia dah habis. Boleh ke gunting habis? Kalau pemadam habis ke, pen habis boleh terima la. Gunting dia ada. Dia tu saja bagi alasan nak gunting baru. Nampak gunting comel sikit terus tak tenang. Kalau tak beli jugak memang aku yang tak tenang. Dia akan jampi takde gunting takde gunting. Adoi


Ini bukan motor dia, Sekian terima kasih. Hehe! Agaknya kawan2 dia punya kot. Qery ni bukan takde motor. Aku suruh naik motor taknak. Sejak kapel dengan iolls, tak nak naik motor dah, dia cakap bahaya naik motor. (________)
 
Dia punyala dah lama tak bawak motor, haritu bawak motor dah tak stabil. Mungkin jugak kerana faktor fizikal dia menyebabkan dia tak boleh balancekan diri. Hihi!

Dulu masa kenal, berat dia 70kg. Sekarang 80kg.
Aku masa kapel dengan dia berat 52kg, lepas kapel dengan dia berat 45kg.
Aku tak tau la sebenarnyaaa salah siapa sekarang ni. Hihi!

Tapi Qery lelaki yang paling baik dan penyayang tau.
*sanggup puji dia okeyh, sebab harini gaji kan, kahkahkah*

**************************************

Kot sapa nak asingkan modal nak try jadi agen Treenea boleh email sepetsshop@gmail.com
Rm150 je =)
Nak beli vitamin c lotion dengan Myracles Beauty pun boleh.
Cepat sementara stok masih ada.
sms/wassap 012-2678-134 (Sepet)

Jan 22, 2013

Betulkan niat dan ikhlas buat kerja.

Still, sebenarnya aku berkira-kira tak nak update pasal benda ni, tapi sebab ada beberapa orang mesej tanya, macam mana aku maju setapak. Setapak je pun. Malu nak cerita lebih-lebih. Untuk share saja-saja boleh la. Orang lain berjaya pun tak buat entry. Malampau kan kau, macam la berjaya sangat *kikis kuku sambil senyum sorang2, hihi*

Apa pun dalam dunia ni, kita akan back to reality. Kite renung balik, semua ni bukan milik kita pun. Kite ni diberi pinjam je. Dipinjamkan mak ayah, adik beradik, anak-anak, dipinjamkan pasangan, harta, semua kita pinjam Allah punya. *walaupun iolls tetiba alim, but its true kan* hehe!

Mana nak mula?

Permulaan aku berniaga. Kot siapa yang follow lamaa blog aku, korang tau aku jual handbag. Macam mana tercetusnya nak jual handbag. Padahal benda tu langsung tak terlintas dalam fikiran aku. Tak pernah terasa nak berniaga pun. Orang macam aku ni, jenis yang redha dengan apa yang aku ada. Contohnya, kalau itulah nasib aku, walaupun tak baik mana, aku okey.Aku takde rasa macam cemburu dengan orang lain, yang hidup dia ofkos lagi best kan. Aku fikir itu rezeki dia. Aku memang bukan jenis bersaing sejak sekolah lagi.

Masa sekolah rendah, since aku masuk kelas pertama setiap tahun, sendiri rasa dah puas hati. Takde la nak bersaing nak dapat no 1 ke apa. Aku belajar takat yang aku nak je. Dapat mp last dalam kelas pun okey je. haha! Masuk tingkatan (Form 1 -3) pelajaran merosot sikit, pun tak heran. Sebab aku rasa..takpe je kot. Nanti form 5 kita pulun la. Masuk form 4-5, setiap kali exam dapat nombor antara 1 sampai 3. Pun takde rasa apa. Kalau dapat no 1 alhamdulillah, kalau dapat no 3 pun, eleh berapa beza je pun peratus dengan no 1. Aku memang jenis tak de perasaan. Aku pandai ke, aku tak pandai ke. Aku pedulik apa. Haha!

Dan masa tu aku tak rasa pun family aku kisah aku dapat no berapa pun kat sekolah. Sebab masa kat asrama, result dia hantar kat rumah. Aku sendiri tak tau aku dapat no 1. Bila aku call abah nak mintak duit, sekali abah aku cakap

'Kat dalam kelas ko, memang ada ko sorang je ke?'

pftt..takde la ayat macam tahniah ke apa ke kan, haha! But masa tu aku rasa funny gila kot, then takde perasaan la macam aku cakap tadi. Adakah aku kisah aku periksa no berapa pun. Perangai aku memang terima seadanya. Apa yang aku dapat, aku dah alhamdulillah. Tak dapat pun takpe. Aku tak kisah. Gittew. Terbawak2 perangai tu sampai la aku kerja.

Dan aku cakap tiba2 aku jual handbag kan. Masa tu aku beli handbag kat sorang kakak ni. Then aku tunjuk kat blog, mana tau ada beberapa orang email suruh aku belikan handbag yang sama. Mula2 aku memang belikan je. tapi esoknya aku cakap dengan akak tu, aku nak ambik banyak, akak tu bagi la murah sikit kat aku, lepas tu aku jual dapat la untung sikit sikit. Hehe!

Start dari situ rasa minat dah ada. Tapi minat macam tu je la. Takde la terfikir untuk nak buat full time ke apa. Sebab jiwa nak berniaga takde lagi. Kalau nak diikutkan, memang hari-hari ada orang nak beli bag, tapi aku tak hari2 cek email. Kadang2 ada yang pending dah seminggu. Dulu aku oncall 5 hari berturut. Penat. Balik rumah dah longlai. Dulu pun aku jarang update blog sebab aku letih. Aku tak larat dan takde perasaan pun nak update sangat. Kecuali kalau aku tak penat sangat, aku akan slow slow tengok email, update bag, paksa diri buat. First sebab minat, second sebab nak cari duit lebih.

Senang cerita, benda yang kita tak minat buat, jangan buat. Sebab bila kita tak minat, benda tu akan bersifat sementara. Mula2 je kemain. Lepas tu bila dah bosan. Kite buat benda lain pulak. Jangan paksa diri untuk minat. Aku pun ambik masa untuk langkah setapak. Ingat tau, setapak je, korang jangan ingat aku dah bertapak2 dah, Sangat fitnah di sittew, haha!

Pengalaman orang cakap aku menipu, memang ada. Bila barang sampai lambat, orang kata kita tipu. Ingat yeah, masa tu aku takde modal besar, ada certain barang aku pre-order. Memang aku lambat pos, aku paham, memang salah aku, orang lain sibuk berniaga, ko tu tak boleh nak fokus kat bisnes online, tapi sibuuuuk jugak nak bisnes. Aku telan je. Ada yang siap marah2 nak datang spital ugut nak maki aku depan semua orang pun ada tau. Tapi aku rilex je, sebab kita tak buat salah. Esoknya barang sampai,kelam kabut mintak maaf. Aku okey je. Memang people akan jadi a bit stupid bila marah. *cea ayat tapis kenn, macam la orang tak tau, haha* Well, human being, semua orang macam tu termasuk aku sekali.

Pengalaman kena marah dengan customer dalam alam maya apalah sangat. Lebih dari tu aku pernah kena kot. Kena marah depan2 dengan doktor, dengan patient, dengan bos, dengan colleague. Muka iolls dah tebal dah. Ko marah la macam mana pun, aku akan senyum jugak. Sampaikan bos lama aku nak letakkan aku kat customer service bahagian dalam farmasi. Muka tebal memang patut duduk situ kot. Haha!

Lepas tu, bila aku tengok kawan2 aku. Dorang ada kat situ jugak walaupun kerja 10 20 30 tahun. Still merungut, kadang2 mengadu kat aku, kerja banyak gaji sikit, itu ini, aku cermin diri aku kat rumah, 20 30 tahun lagi, aku akan buat kerja ni jugak ke? Kerja shif tak tentu masa, tinggalkan anak rumah mak atau hantar nursery, kelam kabut gi kerja, balik tengok anak dah tidur, bila gaji je boleh makan meriah sikit, pertengahan semua puasa khamis isnin, haha, Ok ni buat lawak tau. Lama aku termenung kat rumah. Aku fikir mana hala tuju aku sebenarnya. Cuma mak sorang je yang setuju aku resign. She's the one la yang happy sebab aku nak resign. Sebab aku je yang nak ikut step dia berniaga. Yang si Qery tak setuju. Sebab dia kolot sikit, haha! Qery bukan jenis berani ambik risiko. Dia bukan jenis macam tu. Hubungan jarak jauh pun dia tak boleh. *tetiba sangatkan cerita hubungan jarak jauh, haha*. Qery dia memang kolot sikit. Pemikiran dia mungkin luas, tapi terbatas. Macam tu. Huyooo macam bagus kan aku.  Lempang bagi sedar diri sikit. haha!

Aku ambil masa jugak nak bukak pemikiran dia dalam bisnes ni. Pelan2 nak bagi dia yakin. Dia langsung tak yakin dengan aku. Dia tak yakin cara aku layan customer, profesional ke tak, sistematik ke tak. Seriusly aku selalu gaduh dengan dia pasal ni, sebab setiap kali aku reply msg dengan customer dalam kereta, dia nak apa yang aku taip tu aku sebut satu2 supaya dia tau apa yang aku nak cakap dengan customer. Bajet bos sangat. Sampai aku tension, aku cakap jangan sibuk hal aku dengan customer, aku tau macam mana nak kerja. Kerja kau pos je. Hahaha! Stress. Tapi Qery dia pedulik apa, kalau dia nak tau aku cakap apa, dia nakkkkk jugak tauuuu. Adoi pasrah je aku.

Tapi sekarang dia dah okey sikit, cuma ada la sikit-sikit dia cemburu kalau ada customer lelaki yang beli, haha! Yang paling klaka, dia siap cakap kat aku, kalau ada nama lelaki kat parcel dia tak nak pos. Haha!

Bila bertatih dalam bisnes jual beg.bangun jatuh bangun jatuh ni macam dah biasa..jadi aku ambik keputusan buat full time bisnes online. Masa aku dah resign, aku takde arah lagi. hari-hari aku berdoa tau. Pun paksa Qery doa sekali, haha! Mintak diberi arah, jalan, rezeki, semuanya lah. Nak meminta-minta ni baik dengan Allah je kan, haha! Dia kan Kaya. Hihi! Tapi jangan la tau mintak je. Usaha kena ada.

Macam-macam aku buat tau. Aku jual beg, jual skirt. Sebab masa tu tak tau lagi mana yang sesuai dengan apa yang aku nak. Hari-hari aku fikir, apaaa aku nak jual. Bisnes apa yang sesuai dengan aku.
Sehinggalah suatu hari........bermulalah satu langkah yang bagi aku sangat bermakna. Yang aku tak pernah fikir, yang aku tak bayangkan pun.

Malam tu, ecewah..haha! Poyo pulak. Aku tidur lambat macam biasa. Aku terdetik nak jual produk kecantikan. Aku tak fikir pun yang benda ni ok atau tak. Serius tau, selalu kalau benda aku nak buat, aku akan fikir kemain panjang. Aku tulis kebaikkan keburukkan, aku selidik sana sini. Tapi yang ni, aku tak fikir langsung, macam ada orang bisik suruh buat je, beli, dan jual. Segera tangan aku update, malam tu terang hati baca segala info pasal produk tu, apa pun aku pastikan apa yg aku jual tu selamat. Alhamdulillah aku ada basic dalam farmasi. Aku syukur sangat2, selama ni benda yang aku tak suka tu *farmasi la* akhirnya Allah tunjuk, itulah hikmahnya dan kegunaannya aku belajar walaupun aku tak minat,.

Aku tak guna modal langsung. Aku tak tau macam mana Allah dah aturkan semua ni, Esoknya pukul 10 aku bangun, pertama kali aku terkejut sangat mesej masuk sampai 30 lebih. wassap masuk dalam 20 lebih. Tak putus2 rezeki haritu. Aku menangis tau. Rasa bersyukur sangat.. Dengan rezeki tu, aku dah fikir aku taknak membazir. Rezeki ni kita tak tau sampai bila akan jadi rezeki kita.

Andai kata sebulan, dua bulan, 3 bulan, kalau banyak tu je rezeki kita, jangan lupa bersykur okey. Aku start melangkah dengan tak ada modal langsung. Ada hari yang ada ramai orang beli, ada hari yang tak ramai pun beli. Tapi tak pernah rasa nak putus semangat ke apa. Selalu pesan kat diri sendiri, jangan beli benda bukan2, memang kadang2 teringin tau nak beli itu ini, tapi beringat. Kita nak berjaya bukan semata2 nak puaskan nafsu kita. Bukan target nak berjaya sebab nak beli barang branded2 ke apa. Niat aku hanya Allah je yang tau, kenapa aku bersungguh sangat.

Aku belum berjaya pun. Sebenarnya maksud berjaya ni banyak. Tak semestinya orang kaya tu berjaya, tak semestinya orang sederhana tu tak berjaya. Jangan la email tanya macam mana aku dah berjaya tau. Aku rasa macam .... jauh lagi kot perjalanan aku untuk jadi orang berjaya kan. Hehe! Kirenya aku ni, kalau kat sekolah, kalau macam ada berapa banyak kejayaan, aku mungkin berjaya jadi tukang padam papan hitam kot. Belum sampai jadi setiausaha je, penolong ketua darjah ke, ketua pengawas ke, wakil daerah ke, wakil negeri ke, wakil negara ke, haha. baru takat tukang padam papan hitam kan. Kerlass kau. singsing tangan lompat penuh gaya masa padam tu. Haha!

First point kita adalah niat dan doa.Kalau betul niat kita, insyaallah dipermudahkan. Mak aku selalu cerita, buat kerja kena ikhlas. Tolong orang kena ikhlas. Dia pernah cerita, masa tu hidup susah. Jaga 9 orang anak. 6 orang anak yang bersekolah sekali gus. Dengan semua kecik lagi. Dengan ada nak kena jaga anak saudara, adik ipar, sedangkan bapak aku pemandu lori je masa tu. Masa tu pulak Nenek nak daftar pergi Haji, tapi takde duit. Mak kata, masa tu dia kumpul duit semata2 nak hantar Nenek (mak mertua) pergi haji, sampaikan kat dalam bank sendiri dah takde duit, tak fikir langsung ada ada 9, ada semua sekolah, yang dia fikir nak hantar nenek pergi haji. Bersungguh cari duit dengan bapak aku.

Itulah orang kata, berkat ikhlas dengan niat yang betul. Lepas nenek balik dari Haji, melimpah ruah rezeki datang kat emak. Sampaikan dapat bukak kedai perabut 2 tingkat + jual barang2 elektrik macam peti ais, mesin basuh semua. Mak aku sampai sekarang pun pesan, buat kerja kena ikhlas, niat kena betul.

Emak adalah orang yang paling aku sayang dalam dunia ni. Dia akan support anak-anak dia tak kira apa keadaan pun. Walaupun masa tu ko rasa lonely, dia akan teman borak sampai ko ok. Dia tau bila masa ko sedih, bia masa ko sakit, bila ko ada masalah. Semua dia tau. So jangan pernah membelakangkan emak. Dia akan bagi kata-kata semangat dalam diam tau. Contohkan, haritu aku buat kerja dalam bilik. Dia masuk duduk teman aku buat sampai habis.

Sambil-sambil tengok tu nanti dia puji la

'Pandai anak mak kerja'
'Pandai anak mak fikir'
'Kalau Ana penat balut, mak boleh tolong balut, mak bosan jugak takde buat apa dalam bilik'

Haha! Dia kesian tengok iolls hidup tak terurus.

Dulu masa aku kecik, kita orang ni hidup sederhana. Pernah je makan nasi campur air dengan kicap. Lauk tak banyakkan, adik beradik ramai. Bila mak panggil makan sorang ke sana sorang ke sini, ada yang rasa makan tapi rasa tak cukup, nak makan lagi tapi lauk dah habis, tinggal nasi je, tuang air dengan kicap pun sedap. Kenyang jugak. Pernah melalui susah semua.

Mak suri rumah. Mak amik kerja kontrak lipat kotak. Boleh bayangkan tak? Nanti korang google la kot2 ada lagi ke pekerjaan lipat kotak nim haha! Kerja takde la setiap hari, ada target la kot. Tapi mak tak ambik gaji tiap2 bulan, mak ambik gaji bila nak raya. Sebab mak ada 9 anak. 9 anak nak kena beli baju raya. Duit lipat kotak tu la untuk beli persiapan raya pun. Aku akan tolong kalau aku rajin la, kalau tak rajin memang mak buat sorang, hehe! Kakak-kakak lain pun buat jugak. Pun pernah jual goreng pisang kat tepi rumah. Kitorang adik beradik lahir memang dalam keadaan sederhana. Bukan nak kata mak tak mampu. Mak ni dia jenis menyimpan. Dia fikir masa depan anak. Anak nak sekolah,nak belajar tinggi2. Aku nak jadi macam mak aku memang tak boleh. Dia terlalu kuat hati dia cekal. Aku ni lemah. Orang kondem sikit sedih. haha!

Sebab aku tau perangai aku yang tak kuat ni, aku perlukan seseorang yang boleh angkat aku bila aku jatuh. Kalau nak dukung pun takpe je. kahkahkah! Ok takde la, this is the way we live sebenarnya...kan... Semua orang berbeza cara kehidupan. Semua orang berbeza pandangan. Berbeza mentaliti. Berbeza pendirian. Berbeza semangat dia.

Kesimpulan cerita aku harini.

Tak kisah apa sahaja jenis kerja korang buat. Asalkan betul niat tu, ikhlas. Insyaallah suatu hari nanti korang akan berjaya...bila?? Bila sampai waktunya. Allah tau sebaik-baik waktu untuk kita, tunggu dan jangan berhenti berdoa. Memang berniaga ni sunnah. Tapi kalau salah cara kita berniaga pun, takde gunanya. Biarlah gaji cukup-cukup pun takpe, asalkan halal dan berkat kan.

Walaupun ada yang tak pernah rasa susah sepanjang hayat dia, ramai jugak yang ambik iktibar dari cerita2 kat tv tu. Contoh tengok orang ni susah jadikan pengajaran. Jangan perangai macam ini macam itu kalau taknak jadi macam itu. Paham?Haha! Hidup ni, sama ada kita belajar dari kesilapan sendiri, ataupun kita belajar dari kesilapan orang lain. Sama jugak sama ada kita belajar dari kesusahan diri sendiri, atau kita belajar dari kesusahan orang lain.

Semangat kena kuat. Kalau tak de semangat, apa pun tak boleh. Hehe!

Panjang tak entry aku harini, haha! Well ayat yang di karang di malam hari memang metafora dan sedikit poyooo. Usaha tu penting, kalau tak usaha, kite akan pening. hihi! Aku terdengar2 lagi suara cikgu BM aku masa mengajar. Budak2 nakal kelas aku selalu tidur masa dia mengajar. Dia pesan kat murid yang tak tidur.

'Takpe, biarkan dia tidur, biarkan dia rehat. kamu yang tak tidur, yang tahan penat belajar ni, insyallah bila besar nanti, kamu pulak akan berehat, dan yang tidur ni, biar dia rehat sekarang, sebab nanti sampai tua dia takkan rehat dan akan penat'

Sebelum korang pulak yang tertidur baca entry aku ni, baik aku stop, haha!

Btw , sesiapa nak jadi agen atau dealer untuk seluruh kawasan Negeri Selangor *negeri lain pun boleh*, yang betul2 minat tau, email kat aku permohonan tu, tinggal 10 hari je promosi agen dengan dealer untuk harga rendah. Agent iolls tak kisah mana-mana kawasan pun boleh ja, tapi sapa nak jadi dealer, satu kawasan satu orang je jaga. Kawasan mana yang free?

Boleh LIKE PAGE TREENEA SELANGOR. Dalam tu aku ada tulis kat note. Ko tengok kat sana, kalau kawasan rumah ko tu masih kosong dan korang berminat. Boleh laju2 hantar email kat sepetsshop@gmail.com

Sapa nak kurus boleh beli Felinna Inchloss, Kulit cantik putih makan PMCVC, atau tak suka telan2 ni, boleh cuci muka guna Beauty Myracles je.

*nak tengok semua link produk ni, ada kat entry paling atas, scroll atas balik, klik kat nama2 yang aku link kan tu, jangan bila semua orang dah cantik, baru kita nak cantik2 tau, pftttt*

Semua di jamin Halal. And produk Felinna ada KKM jangan risau hokeyh!! You trust me. Ewah, haha! Ok bye!

Jan 21, 2013

Sentap dengan Qery =P

Aku dengan Qery memang selalu sentap menyentap. Mula-mula sorang merajuk, lepas tu dua2 merajuk. Haha! Sebab dua2 tak nak pujuk kan, sudahnya dua2 merajuk.

Haritu aku punya la lapar, tapi sebab merajuk punya pasal. Qery ajak makan, aku cakap taknak. pastu Qery pujuk pun tetap cakap taknak. Jawapannya memang tak makan la malam tu.

*nangis dalam hati*

Pastu esoknya, Qery ajak teman dia main bola. Mula2 malas ikut, tapi sebab tak puas hati merajuk semalam dia tak pujuk sangat kan, mengada gila aku, jadi saja buat perangai. Bawak makanan banyak2 masuk dalam kereta.


Q :Huyooo!! Banyaknya makanan!!
S : Haah, kita bawak je makanan, kamu kan dah tak nak bawak kite makan lagi

Ceaaa ayat aku kan..haha! Bajet Qery simpati la tu. 

Pastu, boleh dia singgah petronas belikan lagi aku ferrero dengan waffle. 

Q : Nah kite tambah takut tak cukup pulak nanti.

Benganggggggnyeeee akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Aku tak tau nak benganggg ke nak gelak. mamat ni psycho okeyh!! Bukan nak pujuk kan. Lain kali cakap la

'ala comei comei nanti kite bawak makan yea*

Takde punnnn.. Siap tambah lagi makanan dalam tu. Huhu!

I is stress tau, dia belikan aku air kacip fatimah. aku komplain

S : Ei kite taknak la air ni
Q : Kamu kan xfresh, minum air ni nanti badan fresh sikit
S : tak nak la. bape kali cakap tak suka air kacip fatimah ni!
Q : *bersabar*

hahaha! Yang tu aku memang betul2 saja cari pasal. Saja dah lama tak cari pasal. Qery bersabar je dengan aku. Memang 2 3 hari ni aku mood ke laut.Qery paham2 je la. Kuikui!

Dah sampai padang, tapi aku duduk dalam kereta je. Dia tak bagi aku ikut masuk dalam, ramai laki kan. Eleh dulu boleh je. Sekarang ni tiba2 tak boleh. Alasan Qery lelaki2 kat dalam sana tak boleh dipercayai. Dia pun tergolong dalam lelaki2 dalam sana jugak ken?? haha!

Takpela. Aku okey je duduk dalam kereta. Lagipun banyak kerja tak siap lagi. 2 jam tau dalam kereta menunggu dia. Takpe sayang punye pasal.


Jadi mari makan apa yang ada.

Balik tu singgah KFC. Aku tak nak makan KFC.  Tapi order la jugak snack plate. Qery kalau aku tak makan, dia pun tak nak makan. Ngengade tau.

Kitorang dapat peha dengan dada. Aku tukar la aku amik peha dua-dua. Qery dapat la dada dua-dua. Pastu dia taknak. Dia cakap dia nak peha satu. Aku dah bengang ni. Tetiba aku rasa bengang gila, padahal pasal ayam je kot kan, hahaha!

Aku cakap aku tak nak dada aku tak nak dada la. Apahal ko tak nak tukar dengan aku kan. Huwaaa!! Sakit hati aku. Aku letak dada tu kat tepi. Aku makan peha je sambil muka masam. Qery macam biasa pinggan licin. Tak de la nak pujuk aku supaya makan ke dada tu, cakap sori ke. 

Aku pun tak tau kenapa aku nak marah sangat kan. Rasa macam takde benda ke nak gaduh pasal ayam je. Adoila.

Balik rumah tu berlaku la drama TV3

S : Ada orang tu dah tak sayang kite
Q : Sapa?

Dia boleh tanyaaaa sapaaa!!!! huhu.. sabar sambil urut-urut dada

S : Dia dah la tak nak bagi kite peha ayam, lepas tu tak nak bagi kite makan nasi
Q : Orang tu yang tak sayang kite, 3 4 hari ni asik buat perangai je
S : Pape aa, bye
 Q : Bye

Tak bertambah kembang hidung kau tahan marah, haha!

10 minit lepas tu Qery mesej aku.

Q : Kite lapa la
S : Jadi apa masalahnya??

hikhikhik!! Padan mukeeee!!

Instagram ada 6 gambar!! Wuhuuuu!!

Perihal IG tak habis2 kan, haha! Kepada yang takde IG, takpe lah mari kite berkogsi kegembiraan ini bersama ye *motif sangat gembiranyaaaa*

Aku dulu pun takde IG, handfon takde la sedih sangat, tapi ke-slow-an atau senang cite ke-tidak-up-to-date-tan nya telah membuatkan aku macam makcik2 tau. Makcik pun ada IG. Sentap. Haha! Selalu mesti aku lambat, orang lain dah beranak pinak dalam IG, aku baru hegeh-hegeh nak ada. Bajet sangat taknak menghamba abdikan diri dengan dunia internet. Amboi..haha!

Last-last, okey fine. Marilah kite download jugak. Aku ada IG ni sejak awal Dec 2012. Tapi first upload gambar 2.12.2012. Itupun serba salah orang ada follow, tapi aku takde gambar.. Jadi mula-mula gambar yang aku upload adalah gambar ini.

 
Tengah tunggu Qery try seluar, kat luar ada cermin kan.jadi marilah kite try and error macam mana la nak upload gambar ni. Mula2 rasa slow gila kot dia nak upload, mungkin line aku tak bagus. Lama okey, ada 10 minit kot..

 

Gambar ke-2. Masa ni baru beli sticker love love tu. Poyo gila konon2 girlish sangat. Yang ni beberapa hari selepas gambar first tu diupload. 
 

Gambar ni 12.12.2012

tengah tunggu Qery beli barang untuk sekolah dia. I is tak kuasa nak ikut dia masuk kedai *sebenarnya Qery yg tak bagi ikut sebab dia selalu cakap aku jalan slow* grrrr

 
 
Tarikh yang sama, 12.12.2012. Merajuk sebab Qery pegi kedai lama sangaaaat. Bosan tau..haha!


Gambar ni pulak setelah sebulan tak update IG, 14.1.2013. Haha! habis semua tanjat2 iolls ingat lagi macam mana nak upload. Sungguh kong ajo masing2. Masa ni tengah tunggu Qery pos barang.
 

Yang ni pulak gambar paling latest!! 20.1.2012. Tengah tunggu Qery main bola padang. Aku dalam kereta selama 2 jam. Terima kasih laaa kepada yang terlibat. Huhu! Nasib aku banyak kerja nak buat dalam kereta tu, kalau tak sumpah bosan melangut tak tau nak buat apa.

Wuhuuu!!

Akhirnyaaa!! 6 gambar berjaya di upload selama hampir 1 bulan setengah. Purata yang boleh dikira adalah 1 nisbah 8. Hehe! Tahniah Sepet, usaha lebih pasti berjaya!
^_^

Aku bukan nak menunjuk tau. Tapi kalau korang nak kata menunjuk pun, apa salahnya kan. Pedulik apa aku. Hehe! Aku beli note II ni minggu lepas tapi masa beli tu takde la excited pun. Jadi takde la rasa nak bgtau kat semua seperti 'hello i baru beli fon baru'. *mata ke atas sangat* Yang pasti, bila beli fon baru kena la puasa sebulan selepas ittew. Kahkahkah!

Ceera haritu datang rumah, aku tengah lepak dalam bilik meng-reply semua msg/wassap customer. Sekali dia masuk..

'HUYOOOOO!! NOTE II'

Dia keluar bilik kejap, pastu masuk balik bilik, terus berpura2 datang dekat dengan aku..

Sepet : Woi nak tangkap gambar fon kite nak update kat instagram la tu!
Ceera : Mana ada *sengih2*, atam nak amik gambar cadar ktilam kau je

Motif sangat nak snap gambar cadar tilam haku ken...

Seminit lepas tu, dapat notification dari IG.

'Ada orang tu dah beli note2 uols. Kalau update ig setahun sekali tak tahu lah. Hihihi.... @sepetnoh'


(__________________________________)

Cadar la sangat kan. Dah la  amik gambar depan2 tak nak ngaku, lepas tu tag nama aku. Motif sangat sangat sangat. Haha!