Followers

nuffnang

Mar 16, 2013

Kejayaan bukan datang dalam masa sehari

Semalam aku tertido awal, pukul 10 dah terlelap. Tak tau la apa yang penat sangatnya. Subuh bangun sambil tunggu 6.30 nak gerak Qery, mengada nak mintak gerakkan. 2 minggu lepas dia terlajak gi kelas, sampai lecturer tak bagi masuk, kahkah!! Tu yang takut terlajak lagi. Bagus pensyarah dia, bagi pengajaran sikit. Lain kali kalau dah tau ada kelas tu, pandai2 la nak bangun. Dah besar kot.Pfttttt..Terpaksa la aku buat-buat seperti sangat caring gerak awal pagi. Iolls tak biasa tahu..huhu! 

Tengah tunggu masa yang sesuai untuk gerak Qery, tetiba dapat mesej dari sorang kawan a.k.a pembaca blog a.k.a kawan bisnes. Dia start bisnes dengan jadi agen Treenea. Lepas tu sikit-sikit dia kumpul modal jadi pengedar Maixara. Katanya happy sangat sebab dia baru start bisnes bulan 2, dan gaji bulan 3 dia belum usik lagi.

Terus mata aku berkaca-kaca tau. Hihi! Walaupun aku tahu, aku tak tolong dia banyak pun. Aku cuma supply stok. Yang lain dia usaha sendiri. Adalah best bila kita tak perlu guna gaji kita sendiri okey. Boleh simpan dalam bank, simpan untuk masa depan. Sebab kita takkan tau apa yang akan terjadi nanti.

Ada sorang lagi kawan, *semua yang bisnes under aku, aku memang anggap kawan tau, hihi*. Dia sekolah lagi. baru tingkatan 3. Dah start bisnes. Beli vcoa dari aku. Jual kat kawan-kawan. Pergi tuisyen bawak stok, jual kat sedara mara, kawan2 facebook. Katanya walaupun dia sekolah. Setiap bulan dia boleh dapat simpan 4 angka. Gila lah.. Aku cerita kat mak aku. Mak aku kata bagus budaknya. Lebih baik dia berbisnes dari dia kuar dengan kawan-kawan lepas tu tak tau buat apa. *biasalah mak mak akan fikir macam tu, kekeke*. Dia pun start dengan berbisnes Vcoa je. Lepas tu baru dia jual barang2 lain.

Aku nak janji aku akan tolong korang sampai berjaya tu macam tak mungkin jugak. Sebab aku sendiri pun belum stabil lagi. Cuma aku harap bila korang dah start berbisnes, jangan putus asa. Kejayaan tu takkan datang dalam masa sehari. Kot korang memang datang dari kalangan orang kaya takpe la kan. mak ayah dah kaya tu lain cerita la. Untung leeeee, hihi. 

Guna peluang yang ada. Lepas ni aku akan bawak masuk 2 barang baru. Still dalam proses. Insyaallah dengan bawak masuk barang baru ni, aku boleh tolong lagi ramai kawan2 yang nak berbisnes. Kita tunggu sama-sama k

Kepada yang nak start berbisnes. Korang boleh terus email aku. Kalau boleh email sebab benda2 penting ni agak susah kalau nak berbincang dengan mesej/wassap. Tapi kalau nak wassap pun boleh je. Hihi!

Dengan modal serendah :
Rm150, anda layak menjadi Agen Treenea
RM690, layak menjadi Pengedar Maixara
RM850, layak menjadi Dealer Treenea
RM1000, layak menjadi Super Dealer Myracles Beauty
RM2999, layak menjadi Mini Stokis Maixara (limited)

 Kalau nak email/wassap/mesej
Sepet
012-2678134
sepetsshop@gmail.com

Aku tak dapat nak tolong korang selagi korang tak berani nak ubah cara hidup. Tak perlu berenti kerja pun boleh je. Ramai kawan2 aku dia buat part time. Sekurang-kurangnya dapat tambah sikit-sikit. Sapa nak bagi kan. Nak mintak bos naikkan gaji macam tak patut pulak. Hihi! Ada kawan aku lagi sorang, hasben dia suruh cuti setahun jaga baby. Baru lepas beranak la ni. Dia bosan kat rumah. Mintak aku tolong dia nak start bisnes. Masuk bulan ke 3, dia kata gaji dia duduk rumah lagi banyak dari gaji dia gi kerja. hehe! Kecomelan..

Kepada yang dah start berbisnes, aku doakan kita sama-sama takkan putus asa. Dapat sikit dapat banyak, bergantung jugak kepada rezeki. Yang penting kita jangan berhenti bersyukur, jangan pernah mengalah k.

Aku nak jadi macam mak abah, walaupun dah 20 tahun bisnes, tapi tetap hidup sederhana.

=)

7 comments:

farrah said...

This is SO sweet Sepet! SO sweet. Blog entry kali ni macam terlalu sweet macam gula! :)

mazs mazlan said...

saya pon nnt nk jdi agen bwh kak sepet tpi tggu kumpul modal dlu,hee

NinaAz said...

Me.... kdg2 giveup. Kdg2 semangat. Huuu. ALLAH KNOW THE BEST♥

sharifah rosidah said...

Tahniah kepada cik zu dan rakan2 niaga semua....muda2 lah masa nak cari duit.

Dan tahniah juga kepada Hj Noh dan isteri...mudah mudahan Allah limpahkan lagi rezeki...insyaallah.


Irfa said...

hebat2 mereka itu ;)
seronoknya kalau bisnes dan tak usik duit gaji

May Maisarah said...

Tak pernah drop komen kat blog sepet sebab selalu jadi silent reader je tapi hari ni nak komen gak. entry ni antara entry sepet yang paling manis sekali. tetiba rase macam minat pulak nak buat bisnes camni. hehehe. all the best to you, sepet ! =))

Ijan said...

Lpas baca entri ni rse minat lak nak mula bisnes