Entry baru di bawah atau di sebelah --> sila tekan older pos =)
Kat entry sebelum ni aku ada cerita pasal Hong Kong Disneyland - Part 1 kan, itu semua pasa Theme Park dia. Kalau siapa-siapa yang belum tengok lagi boleh KLIK SINI, hope sangat entry aku ni dapat membantu korang. Pasal harga nanti aku akan buat satu lagi entry, so senang korang nak check yang tu berapa yang ni berapa.. Tungguuuuuu =)
Before naik kapal terbang, dari LCCT nak ke Hong Kong perjalanan lebih kurang 3 jam 45 minit, so korang kena pastikan korang pakai baju dan kasut yang selesa..hehe!
Sandwich dia besar gila, kalau tak kenyang tak tau lah..hehe!
Sampai-sampai kat Airport Hong Kong ni, lepas korang dah ambik luggage semua, korang boleh naik taxi. Kat sana ada 3 jenis taxi.
1 - taxi merah
2 - taxi hijau
3 - taxi biru
taxi yang aku suggestkan untuk korang adalah taxi hijau dan taxi biru, sebab dia lebih murah dari taxi merah, perjalanan ke Hong Kong Disneyland lebih kurang RM50 duit kita, atau duit Dolar Hong Kong $120. Aku naik taxi hijau =)
macam gini la rupa taxi hijau tu..comel je. Korang cuma sebut ''Hong Kong Disneyland Hotel"'. Semua yang bawak taxi tu tau kat mana.
Kat dalam Hong Kong Disneyland ni ada dua hotel yang korang boleh stay.
1- Hong Kong Disneyland Hotel.
2 - Disney's Hollywood Hotel
Aku stay kat Disney's Hollywood Hotel. perghhhh!! Memang bombastic sangat dia punye hotel. Terbayang-bayang rasa nak pergi lagi sebab memang best! Apa yang best? Meh aku tunjukkan..
Pemandangan dari luar, tersergam indah.. percayalah...hehe!
Muka berlagak dapat menginap kat Disney's Hollywood Hotel. Takpe, nanti korang stay sini pun boleh buat muka berlagak macam aku..mungkin lebih berlagak lagi..aku kena cover sikit sebab ramai lelaki ohsem kat sana..so kena control cun.. hehe
Terus check-in, dia punye service memang TIP TOP okey, kau punye access kad tak payah pulang balik sebab dorang bagi as souvenir..kalau korang dah bayar siap-siap pun korang tak perlu datang untuk check-out, boleh terus berambus.. Best kannnnn. Baru best no 1, ada banyak best lagi...satu-satu kita story k.
Muka happy dapat naik lif, sebab lif dia siap ada suara Mickey. Cute gila!
Bila kita dah sampai tingkat yang kita nak kan, dia akan cakap
'HERE WE GO!'
Ololololo....geram sangat!
*Makcik yang terlebih over, happy sangat lettew*
Masuk-masuk bilik je terus kagum!
Wahhhh...besarnya bilik ni, ada dua katil quenn size, malam ni tidur katil ni esok katil lagi satu. rasa macam princess okeyhhhh!
Siap ada pesanan, kalau towel yang rasa nak pakai lagi boleh sangkut dalam bilik air, yang taknak pakai sangkut kat luar, lets save the environment =)
ofkos la kita kan perlu diterapkan nilai-nilai murni supaya jangan membazir..so sweet..huhu!
ofkos la kita kan perlu diterapkan nilai-nilai murni supaya jangan membazir..so sweet..huhu!
Suka sangat ruang ni sebab ada cermin, boleh berangan dalam bilik air..hehe!
tak payah bawak hair dryer dari rumah, berat okey beg..kat sini semuanya dorang provide..
yang penting ada tab mandi...kuikui! boleh mandi sambil tido...eh? haha!
Holoh holoh holoh...tomei tangat! Dalam cup yang ada gambar mickey tu ada 3 pasang berus gigi, ada shower cap, so setiaphari dorang akan bagi satu, kiranya pakai buang lah..tak payah bawak berus gigi dari rumah..huhu!
Tong sampah pun ada, memang complete gila lah...duduk sini memang dorang akan layan korang macam VVVVVIP...dan setiap kali korang terserempak dengan staff yang kerja kat sini, dorang akan greet kita tau.. Syok sangat!
Decoration yang sweet..
Ada tv jugak! Oh aku kalau masuk bilik je mesti pasang tv sebab nak tengok cartoon. Banyak sangat rancangan cartoon, tak puas tengok karakter disney kat theme park, sambung tengok dalam tv. Over sagat
Siap ada tempat kau boleh duduk2 main laptop, ha lupa nak bgtau, kat sini dorang akan bg kabel untuk connect internet, so tak payah risau korang nak bertwitter nak berfacebook,nak berblog pun takde hal..bangga okey update facebook dari Disney's Hollywood Hotel..kau ada? haha!
Rasa haus nak minum pun dorang dah siapkan paket kopi, teh.. nak masak air pun boleh, jangan risau ye...hehe!
Ini pulak perkara paling best dalam hidup aku...dalam ni ada mini fringe untuk kita letak air lah..tapi yang atas fridge ni, ada peti besi...Waohhhhh!!! Teruja gegirl...! Peti besi ni untuk korang simpan barang-barang berharga. so korang boleh reset password and letak password baru, gila canggih bilik hotel ada peti besti. harus jakun sekejap.haha!
Jadi aku nak siap-siap sebab nak tunjuk kat korang tempat makan kat Hong Kong Disneyland Hotel. Nak pergi Hong Kong Disneyland Hotel ni korang kena naik Shuttle Bus
Memang terbaik!
Shuttle bus ni boleh bawak korang ke tiga destinasi.
1 - Hong Kong Disneyland
2 - Hong Kong Disneyland Hotel
3 - Disney's Hollywood Hotel
Sampai-sampai Hong Kong Disneyland Hotel, korang akan disambut oleh Mickey and Minnie!
Dekat Hong Kong Disneyland Hotel, korang boleh try makan kat Crystal Lotus.
Makanan dia buat korang tak boleh tido malam..boleh termimipi-mimpi...
tak caya sudah...hehe!
usha menu dulu..
Duck Breast with Cucumber and Sweetened Paste in Steamed Piggy Mask Buns
comel sangat kan..
Swan Vegetarian Taro Puff
Steamed Vegetable Dumpling
Disney Dim Sum Platter
Wok Fried Shrimps and Disney Root Vegetables
Fried Rice with Tasmanian Crabmeat stuffed in Whole Crab Shell
*teruja sangat sebab warna ketam tu warna emas*
Duffy steamed Red Bean Puree Bun
comel sangat rasa tak sampai hati nak makan..huhu!
Okey, selain makan tengah hari, korang boleh try breakfast kat Hong Kong Disneyland Hotel. Dan aku suggestkan korang breakfast kat Enchanted Garden. Kenapa? Meh i story..
Pemandangan dari dalam..ramai kan..sebab memang best!
Jom tengok makanan yang diorang sediakan untuk breakfast
Ini yang aku ambik..hehe!
Paling tak boleh tahan, dalam ni korang boleh snap gmbar dengan karakter-karakter Disney..tak payah berebut nak snap gmbar sebab mereka ni akan lalu setiap meja dan akan bergambar dengan kita..banyak syiok!
Cute kan, aku pun cute..hehe!
Mickey Mouse!
Sile jelez..
Bestkannnnn! So jangan lepaskan peluang okey, datang Hong Kong Disneyland Hotel mesti sarapan kat EnchantedGarden!
Lepas korang sarapan, korang boleh jalan-jalan kat taman betul-betul kat belakang Hong Kong Disneyland Hotel ni. Nyamannnn sekali!
Nampak best tak? Memang best okeyhhh! Apa pun ada kat sini.. Tak caya korang boleh pergi sendiri..
Korang jugak boleh try dinner kat Walt's Cafe.. makanan dia pun memang Superb!
Sementara nak tunggu makanan sampai korang boleh round tengok gambar2 yang diorang hias kat dinding, so nice..
Tengok menu lagi..hehe!
Chilled Chicken and Crabmeat Terrine with Seared Tuna and Cobb Salad
Cinnamon Apple Tart with Vanilla Ice Cream
Roasted Vine Tomato Soup with Basil Pesto in Demitase
Ergh...time makan memang segalanya sedap!
Okey, yang aku cerita tadi tu semuanya kat Hong Kong Disneyland Hotel.
Jangan lupa korang boleh jalan-jalan kat sekitar kawasan Disney's Hollywood Hotel, macam-macam ada..
Kereta ni dorang memang park untuk korang snap gamba..harus lah aku verangann kan..
Sekarang ni aku rasa rindu balik kat Hong Kong Disneyland.. Kena kumpul duit boleh pergi lagi...
Chayok!!
*Ulang suara..segala kos perbelanjaan akan aku buat entry lain ye..tungguuuuuu =)*
Apa-apa pun korang boleh refer ke sini
Enjoy your day!
Eh lupa nak bagitau korang pasal HALAL food yang baru dapat certificate tu, ada kat dalam Disneyland Theme Park. kalau korang nak tau lebih lanjut boleh klik sini ---> http://www.sendspace.com/file/du99cl
dan boleh downdload sendiri kalau rasa was-was..hehe!
Muah!