Bila terkenang adik beradik, aku rasa nak gelak, korang percaya tak kitorang adik beradik adalah kawan baik yang sangat baik. Macam korang, mungkin korang ada kawan baik yang sangat baik. Bukan maksud aku cakap kawan-kawan aku tak baik, eh kawan-kawan aku semua baik-baik. Cuma kita tak rapat macam adik beradik.
Adik beradik lain okey, adik beradik adalah orang yang kita boleh percaya, yang boleh backup kita walaupun kita dah buat salah, haha! yang boleh cover line antara satu sama lain, yang boleh happykan kita di saat kita tengah happy dan boleh tambahkan kesedihan kita di saat kita sedih..itu sangat benci..haha!
Macam kakak-kakak aku, dorang semua ada karakter yang berlainan tau...tapi semua pun sweet, sebab bakanya pun sweet, eh? haha! No lah..maksud aku, perangai kita lain-lain tapi bila dah bargabung...meletop..ahhh! (kepada rakan chinese yang tak tau ini lagu stacy jangan fikir lain ye, hehe). Bila dah duduk ramai-ramai terus bertukar jadi orang gila..bukan sahaja adik beradik kandung, yang ipar-ipar pun terus jadi gila..
Okey, aku nak kenalkan sorang-sorang kakak-kakak aku dari yang tua (ops..haha) sampai yang muda selamanya.. =D
1. Akak
Ini akak yang pertama (anak ke-2) dia tak ada blog tapi dia ada facebook = Ina Noh
Biasanya perangai akak atau anak yang pertama ni dia ni selalunya beralah..hehe! Dan dia selalunya akan back-up adik-adik dia baik punye. Gila beg..aku rasa pantang Sepet Shop ada beg baru kompom dia yang rembat dulu, belum sempat aku upload..Kalau bawak kereta macam lelaki, 140km/j tu dah biasa kot bagi dia..kalau naik kereta dengan dia aku lebih rela tido sebab aku tak sanggup tengok dia pecut, haha! sangat berdikari juga.. kalau family buat makan-makan nak pegi mana-mana memang akak yang selalu arrange sebab dia tau adik-adik dia semua tak boleh harap punye..hehe!
2. Kaklang
Ini kakak no 2 (anak ke-3), ada blog tapi pemalas lipas nak update, pun ada facebook = Ira Noh
Dia ni happy go lucky, dia punye sambal ikan bilis memang tak boleh tido malam. Suka gelak tak kena masa, haha! Kalau 10 minit dia kol aku, 9 minit dengar dia gelak je..boleh? huhu! Susah nak kecik hati, kalau gelak memang tak cover punye...dan sporting..eh semua kakak-kakak aku pun sporting..
3. Kakcik
Kakak no 3 (anak ke-4), dia ada blog tapi lagi kuang ajo sebab dah berapa tahun tak update, bajet diva sangat lettew, haha! ada facebook = Zara Noh
Antara adik beradik dia lah yang paling lawak, selalu buat kitorang gelak, dia tak banyak cakap pun, tapi kalau dia cakap mesti kitorang nak gelak, tahun lepas dah suruh dia masuk raja lawak tapi dia taknak atas alasan dah bekeluarga.. *mata ke atas*
4. Kak Ida (kakak ipar)
Kak ida ada blog, baru buat tapi takde entry lagi kot, ada facebook = Iedalihin Norlida
Pun sporting habis. kalau join adik beradik dia pun sekali nasi tambah. Pandai buat hantaran, kalau aku kawen nanti nak suruh kak ida jugak yang gubahkan, senang..bayar kak ida je, boleh mintak diskaun..itu yang penting pun..haha!
5. Andak
Akak ke 4 (anak ke-6), ada blog dan ada facebook = Zaimah Noh
Akak yang bagus juga, kalau pegi rumah dia mesti nak bagi kita makan sampai gemok, jadi sila jangan pegi rumah dia kalau rasa-rasa nak diet, hehe! Selalu buat-buat sopan dalam blog, benci sangat tapi hakikatnye dia adalah kakak yang rude. haha! Kakak yang memahami dan selalu support adik beradik, selalu bagi kata-kata semangat dan suka menyakat.
6. Atam
Kakak ke 5 (anak ke 7) ada blog dan ada facebook = Ceera Noh
Oh Atam pun adalah kakak yang fun, selalu back-up aku dan selalu simpan rahsia, contoh dulu nak keluar dengan kawan-kawan suruh dia bgtau mak yang aku nak pegi library, perangai memang nice..hehe! Nampak kasar tapi dalam sangat lembut, kalau tengok cite sedih pasti menangis..kadang2 tak paham kenapa dia sangat menghayati..huhu! Dia juga kesayangan abah (buat masa ni, watever *cemburu lettew, haha*)
Kitorang tak selalu jumpa sebab masing-masing dah kawen, paling kerap seminggu sekali la..kalau tak kerap 2 minggu sekali, kalau yang bizi macam artis tu 3 minggu sekali, kahkahkah! kadang2 dorang balik rumah, aku pulak feeling artis asik tak ada kat rumah..tapi yang paling sweet, bila aku tak ada, dorang tau apa nak buat...dorang akan tag nama aku kat facebook supaya aku tau apa yang dorang buat bila ketiadaan aku kat rumah..contohnya...
Okbai






8 comments:
berdebor rasanya nak baca pasal atam, kahkahkah...
ops, ada benda nak betulkan.
Pastinya atam la yang paling cantik dan jelita... tepi sikit plz...
bestnye ramai akak..bleh mintak macam2..opsss..
hihihihi...
wahhh...happening la kluarga korang neh. Akak peminat setia blog adik beradik korang, cam viruspd, sepet dn ceeramoon.
meriahnya...ramai adik2 beradik,ramai girls pulak tuh..best!
tringin lah nanti nak anak ramai2 cam adik beradik u...
hehehe..
sangat happening ... kak sepet tau x dlu mse sye nak buat blog ... blog akk la jadi inspirasi saye tauu !! serius ! tak tipu ... da 3 tahun dlm dnia belog ni ... =D
andak yakin andak yang paling sopan dalam keluarga
korang la adik beradik paling happening penah saya jumpa...
bahagianya rasa kan?
Sweeettttnya.. suka baca :)
Post a Comment