Followers

nuffnang

Feb 15, 2012

Saya Lesbian?

Hehe.... berbalik kepada entry bawah ni, pasal aku ni lesbian ke tak dulu-dulu, aku pun konfius..

kejap nak kena ingat balik cerita masa aku form-form. Aku rasa macam dah banyak kali jugak la aku cerita masa aku darjah 1 sampai la form 3 aku tak ada boifren. Suka lelaki tu tak yah cite la, suka biasa-biasa macam kawan je, tak teringin lagi sampai nak couple. Sebenarnye aku lebih kepada rimas + menyampah + geli kat lelaki sebab dorang ni nampak annoying gila, letak surat bawah meja, tunggu kat tangga, hantar SMS geli, tunggu kat kantin..euw!



Yang mana aku perasan kawan-kawan aku yang dah pandai bercinta, lepas sekolah dorang akan dating kat pondok sekolah, atau kat bus stop, atau kat padang, yang paling ketara kat kantin la. Aku selalu nampak sebab masa aku form 3 aku selalu buat study group kat kantin. Nak kata aku study tu tak da la nampak study hard mana, sebenarnya lebih nak melepak dengan kawan-kawan perempuan je.

Tapi lepas dari kejadian ada sorang mamat ni selalu tunggu aku kat kantin nak dating dengan aku, aku jadi geli. Sejak peristiwa tu, cewah... aku ajak kawan-kawan aku study kat rumah je. Contohnye ada 5 orang kan, minggu ni rumah kau, minggu depan rumah aku..tapi takde la hari-hari. Kiranya macam selected day je la kan.. Aku fikir kalau aku ada study group hari Selasa Khamis, aku dating pulak Rabu Jumaat, eh bising mak aku sebab hari-hari balik lambat. huhu! Jadi tak payah gatal nak ada pakwe.

Bila aku masuk sekolah Teknik, semua kawan-kawan baru tanya ada pakwe tak ada pakwe tak. Aku cakap takde, tapi dorang tak percaya, Jadi biarkan je lah..huhu! Masa form 4 tu memang aku tak ada pakwe. Serius, hehe! Kebetulan aku sedikit rapat dengan sorang tomboi ni, haha! matiklah aku kalau dia baca blog aku ni...dia bukan pengkid la sebenarnye, tapi lebih kepada tomboi dan dia suka layan kerenah aku..aku ni memang mengada2 dan mengada2...huhu! Jadi bila aku rapat dengan dia, satu sekolah ingat aku lesbian, tambahan pulak aku tak ada boifren..keji sangat...Time tu pulak memang aku rasa tomboi ni best sebab dia caring kat aku..yaks! haha! Aku tak tau kenapa aku macam tu dulu dan silalah jangan tanya...

Seminggu sebelum cuti sekolah, aku request kan Raihan (kawan baik) untuk carikan aku pakwe, sebab aku tak boleh bla semua cakap aku lesbian..huhu! So Raihan kenalkan AAA dekat aku, aku pun layankan je la, aku borak-borak dengan AAA dalam bas dari Terminal One sampailah Pudu, tapi bukan sit sama ye, aku sit depan dia sit belakang, borak la macam orang gila, kejap2 pandang belakang kat celah2 sit tu..haha! So aku rasa aku takde perasan dengan dia..macam borak2 biase je..oh lantaklah..

So cuti sekolah tu aku selalu jugak la call tomboi ni, aku rasa Ceera tau la sapa..sebab Ceera memang tau apa pun aku buat, haha! Tapi Ceera selalunye chill sebab dia tau aku budak-budak lagi... Memang mesej hari-hari macam orang bercinta tapi aku tak bercinta pun dengan dia. paham tak? Lepas cuti sekolah aku sekatil lagi dengan dia, maksudnya masa aku form 4 pun aku sekatil dengan dia, aku atas dia bawah.. (mesti budak-budak sekolah tau sapa, haha) lagilah kawan-kawan aku ni ingat aku lesbian.. aku pulak masih mencari-cari siapa la nak dijadikan pakwe aku..hahaha! najis sangat perangai..

Tu yang aku suka sorang mamat yang baca doa time perhimpunan, kalau tak tau refer entry ni , hehe! Lepas tu aku selalu naik teman Raihan riadah kat padang, sebab Raihan nak teman Fairuz main petong, petong ke petang? entah la...time tu la aku berkenalan dengan AF (First Love), ceeaaaa..haha! Yang lebih sesuai dinamakan lelaki mangsa keadaan..ahaks! Aku tak tau macam mana aku boleh jadi gf dia, serius langsung tak ingat. Walaupun aku ada AF tapi aku still dengan perempuan tomboi tu, masih macam dulu la, AF ni kiranya fungsi dia macam nak menutup mulut semua orang yang kata aku lesbian..aku tak tau la perangai aku macam mana, gila terukkan..

Kiranya dua-dua aku layan la, AF layan, tomboi pun layan, dush dush dush! Habis sekolah.. aku masih contact perempuan ni tapi dah slow sikit sebab aku macam dah sayang sikit kat AF, over..haha! Nak dikatakan dulu............................ini dulu ye, lepas habis sekolah memang aku dah straight sikit, aku hanya nampak AF je dalam hidup aku..lelaki lain datang pun aku tak layan, bajet dah habis setia lah ni..tapi kalau tomboi tu call aku masih layan macam dulu-dulu, he he he.. AF ni pun semua family aku kenal. Sebab aku lama jugak dengan dia, dalam 3 tahun macam tu..mak aku pun tau dah..siap dalam purse mak aku ada gambar AF (mak aku curi gambar tu dalam purse aku, kahkahkah) Qery pun tau la..sebab dia je tak setuju time aku kapel dengan AF ni..bizi body je..

Zaman-zaman 2006, myspace memang best gila , lebih best dari facebook, kat situ la aku kenal Ash, okey cerita Ash boleh refer sini.. tapi mase tu aku still dengan AF, gila kan noks, tapi jodoh tak berpanjangan dengan AF, aku pun tak ingat clash sebab apa, dan tak nak ingat pun.. jadi kehidupan aku ni, dikatakan aku boleh layan lesbian, aku boleh layan pengkid, aku boleh layan tomboi, tapi takde la sampai lebih-lebih, setakat nak share-share cerita tu boleh la kot. Tapi kalau sampai nak duduk sekali tu..aku rasa baik aku dengan Qery je, kahkahkah!

Oh kalau korang susah nak bayangkan, macam ni lah..masa form 4 & 5, aku sekolah berasrama, jadi kau bayangkan lah, somtimes aku makan dengan dia (tomboi), solat, lepak, study, tidur sekatil (tapi tak buat pape ye, hehe). Mana la orang tak kata aku lesbian..kuikuikui!

Sekarang ni pulak aku dah tak boleh bla dengan pengkid, sebab aku rasa geli sangat, erghhhhh! Jangan dekat dengan aku..geli.. Korang boleh bayangkan aku sebenarnya lesbian ke tak..entah la..huhu!

1 comments:

Kasih nur azie said...

penerangan yg jelas. eh, klw sepet tulis buku sejarah malaysia mesti tebal 1063 muka suratkan. thx ye sepet..... :)